Monday, May 10, 2010

PKR semakin runtuh: 1700 orang 'jahat' keluar PKR




Senang cakap terus aje...

kalau tak nanti esok kena baca juga berita meloya ni dalam HAPRAKah dan Suara Pembohongan...

besok dia akan kata 1700 India yang keluar parti dan masuk MIC tu memang semuanya pariah tak guna... dan mmang PKR tak hingin pun mereka ni.. eloklah ida masuk BN...

jadi eloklah kita aje yang tulis, biar dia pikir kot mana pulak dia nak spin cerita ni...

anyway tahniah kepada mereka yang telah pun sedar akan kesilapan mereka

ini berita nya...


Kira-kira 1,700 anggota dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi.



Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K. Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.


Hadir sama pada majlis ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian , Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."


Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria,&nbs p;Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan