Showing posts with label arak. Show all posts
Showing posts with label arak. Show all posts

Monday, April 19, 2010

HULU SELANGOR P94: Zaid ada kuda lumba...

Dah lah botol.... judi pulak tu


macamana Haji Hadi nak kata dia dah berubah... Zaid ni ada kuda lumba samapai...

ini komitment terhadap judi namanya.. kuda racing bukan murah, harga juta juta punya

ni lah masalah PAS, orang yang hardcore arak dan judi dia anytime boleh maafkan dan beri peluang kedua...janji join Pakatan

tapi kalau orang Islam sendiri dia tak boleh maafkan kalau orang Islam tu tak sokong PAS...

kalau tak percaya nanti N.Ajis balik dari Umrah kau dengar lah dia bercakap... mesti dia sedia maafkan Zaid Ibrahim.... judi ke, arak ke, liwat ke, komunis ke, sokong Allah untuk Kristian ke.... semua boleh... satu aje syaratnye... mesti ahli Pakatan

maklumlah syurga dah dijanji kalau sokong PAS...

Ini yang ramai orang dah mual kata PAS ni dah terpesong akidah kot... kalau tak pun dah terpesong perjuangan...

apalah Tuan Guru Lah nak kata pasal hal ni....

Anyway tentang kuda racing ni aku cut and paste research Parpukari...


1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.




2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersenut telah dibeli oleh Zaid Botol dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com



3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Zaid Ibrahim telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari www.stallions.com.au

Saturday, August 8, 2009

"Baik tuan, saya bodoh tuan"




Dalam pada nak jadi hero pasal isu arak di Selangor, Hasan Ali kena gasak pulak dengan DAP. Kesian dengan PAS yang tak boleh bersuara langsung sekarang ni. Bukak mulut je kena gasak dengan DAP dan PKR. Kenapalah orang PAS ni lemah otak dan minda nak dengar cakap DAP?

PAS sebenarnya jauh lebih kuat dari DAP dan PKR. Kalau tak ada PAS di Kelantan DUN Guchil di Kuala Krai tu pun takkan boleh jadi milik PKR. Ayat yang paling sesuai PKR takkan ke mana tanpa PAS. Yang tak malu tu budak Permatang Pauh yang nak jadi Perdana Menteri dan orang PAS boleh sokong. Kenapa orang orang PAS tak mau sokong Tuan Guru Hadi Awang jadi Perdana Menteri?

Balik pada kisah Selangor, orang orang PAS sekarang ni dah bolehlah mula angguk angguk kepala dan skrip yang sesuai untuk orang orang PAS cakap pada DAP dan PKR macam dalam cerita P. Ramlee 3 Abdul tu..’baik tuan, saya bodoh tuan’..Agaknya itu yang Nizar ucapkan masa angguk kepala pegang lilin masa upacara kematian hari tu.

DAP dah mula jadi tukang lelong untuk lelong PAS.

-daeng celak-

Sunday, August 2, 2009

Ronnie Liu Mufti baru Selangor


Majlis Agama Islam baru Selangor: Mufti progresif Selangor Ronnie Liu Chee Bai kelihatan mengetuai mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor yang baru. Gamabar diambil sejurus selepas mereka mengeluarkan fatwa bahwa Beer adalah tidak haram kerana pertusan alkoholny arendah, iaitu kurang 50 peratus


As-Sabut Kelapakatmanahah Datuk Mufti Ronnie Liu Chee Bai telah mengeluarkan fatwa bahawa Beer itu adalah bukan minuman keras dan tidak boleh dianggap sebagai haram kerana kandungan alkoholnya tidak cukup tinggi.

Menurut Mufti Ronnie Chee Bai yang mendapat ijazah falsafah perundangan Islam dari Rumah Urut Pan Tat Makdia, mana mana minuman yang bergelar beer dan mempunyai tahap alkohol kurang dari 100 proof atau 50 peratus alkohol tak boleh dikira sebagai haram.

"Kita akan mula menghidangkan beer di mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Selangor mulai minggu depan, sebagai Mufti baru saya juga ingin memperkenalkan satu khidmat progresif untuk Umat Islam Malaysia, iaitu rumah pelacuran halal.

"Dalam Rumah pelacuran ini kita tak ada hidangkan babi dan semua pelacur adalah memiliki visa pekerjaan yang sah.

"Saya sebagai mufti progresif negeri Selangor ingin mengingatkan umat Islam negeri Selangor agar tidak berfikiran kolot. Seks itu bagus untuk kesihatan, urut juga bagus untuk kesihatan jadi saya rasa Islam sudah tentu tidak mengharamkan sesuatu yang baik," katanya lagi.

Menurut Mufti Ronnie Liu Chee Bai, beliau telah berjaya mengeluarkan fatwa tersebut hasil ilham yang diterima ketika bertapa di pelbagai rumah urut dan setelah minum sekurang kurangnya satu botol beer setiap hari selama sejak dilahirkan.

"Saya juga menjadi mufti yang jaya kerana setiap hari saya melakukan seks di rumah urut dengan pelacur halal, ini membolehkan muka saya berseri macam babi baru mandi.. bercakap tentang babi saya sedang menghasilkan deraf fatwa babi halal,

"Kita sedang mencari dan melatih tukang sembelih babi dari Singapura dan negara Cina, mereka boleh mengajar Pak Haji orang Melayu yang lazimnya menjadi tukang sembelih di pasar pasar cara untuk menyembelih babi terbaik. Kita sedang bekerjasama dengan DAP Kedah dalam hal ini.

"Saya ingin syorkan semua umat Islam yang mahu mencapai Nirvana dan boleh bercakap dengan tuhan agar kerap melawat rumah rumah urut dan minum beer selalu kerana ia akan menghasilkan akal yang tenang dan dapat befikiran luas.


Tidak seperti megeri lain, Mufti selangor dilantik oleh majlis Mesyuarat Gangster-Cina Alim Se-selangor. (MG-CAS) Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan salah seorang ahli majlis mesyaurat tersebut dan beliau memuji tindakan berani Ronnie Liu Chee Bai itu.

Berikut adalah petikan dari akhbar tempatan Haram Utusan Malaysia, Ronnie Liu dan Khalid telah bersetuju dalam mesyuarat majlis gangster Cina Alim pada awal tahun bahawa Utusan Malaysia adalah Haram kerana is tidak bersetuju 100 peratus dengan segala hadis dari Mufti Ronnie Liu Chee Bai dan seluruh Exco Selangor

Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia menaggap Liu tidak berkelayakan menjadi Mufti atau Nabi terakhir negeri Selangor, tetapi pendapat mereka tidak akan didengar kerana Pas juga dianggap parti ekstremis oleh persatuan Gangster Cina Alim se-Malaysia iaitu DAP


MB akan minta penjelasan Ronnie Liu

SHAH ALAM 1 Ogos - Tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di sini kelmarin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan mendapatkan penjelasan daripada Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

''Saya akan menyiasat perkara ini dan mendapatkan penjelasan daripada Exco terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ronnie yang mengarahkan anggota penguat kuasa MBSA memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin.

Mengulas isu penjualan minuman keras di bandar raya ini yang menimbulkan perbezaan pendapat antara wakil rakyat Pas dan DAP, Khalid berkata, minuman keras masih boleh dijual di premis di bandar raya ini tetapi perlu mempunyai lesen dan dibuat secara tertutup.

Bagaimanapun ujar beliau, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan supaya penjualan minuman keras dibuat secara tertib dan berhemah bagi mengelak kesan sampingan khususnya kepada orang Islam.

Jelasnya, asas kepada peraturan yang masih dalam kajian itu ialah orang Islam diharamkan membeli dan menjual arak dan penjualan minuman keras kepada bukan Islam pula perlu dibuat secara tertib.

''Kita baru mengadakan perjumpaan dengan operator dan pengendali premis yang beroperasi di sini kira-kira dua bulan lalu. Kita jangka dalam tempoh tiga dan empat bulan akan datang baru kita boleh buat keputusan.

''Kita perlu melihat dan faham apa peraturan yang dibuat di negeri lain termasuk yang dipraktikkan di Kuala Lumpur," jelasnya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat Pas dan DAP berbeza pendapat mengenai peraturan penjualan minuman keras di bandar raya ini berikutan Pas mahu kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan yang majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan keras wakil rakyat DAP dengan alasan peraturan itu tidak adil bagi orang bukan Islam.

Arak: Jangan cakap jika tidak faham

SHAH ALAM 1 Ogos - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum Islam jika tidak memahaminya secara mendalam.

Sambil mengaitkan soal penjualan minuman keras di Selangor beliau berkata, tindakan itu tidak harus dilakukan terutama oleh pihak bukan Islam kerana ia boleh mengundang rasa tidak puas hati umat Islam.

Kata beliau, sama ada bir atau minuman keras lain, ia tetap haram diminum oleh umat Islam tidak kira berapa peratus kandungan alkoholnya.

''Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, tidak kira berapa kandungan alkoholnya. Oleh itu, saya menggesa supaya tidak ada pihak yang membuat kenyataan tentang hukum Islam jika tidak memahaminya dengan mendalam kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di dalam laman blognya, http://iskandar56100.blogspot.com.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi.

Kenyataan Ronnie itu dibuat susulan tindakan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terpaksa memulangkan semula minuman beralkohol sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu, setelah merampasnya dalam satu operasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya.

Rampasan itu dibuat setelah MBSA menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman tersebut kepada umat Islam.

Bagaimanapun menurut Ronnie, tindakan MBSA itu merupakan salah faham dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut tidak ada kuasa untuk merampas bir berkenaan tetapi hanya boleh berbuat demikian ke atas minuman keras lain yang dijual oleh peniaga tidak berlesen sahaja.

Dalam pada itu, Iskandar turut menyatakan tindakan MBSA merampas minuman keras berkenaan adalah untuk menghalang umat Islam daripada membeli minuman keras dengan mudah dan berdasarkan enakmen yang sedia ada, bukannya menyekat masyarakat bukan Islam membeli dan meminum minuman tersebut.

''Hak masyarakat bukan Islam tidak dinafikan sama sekali. Akan tetapi, jika tidak ada peraturan menghalang umat Islam membeli dan meminum minuman keras, maka hak umat Islam untuk dilindungi daripada bahaya minuman keras telah dinafikan.

''Menjual minuman keras di kawasan orang Islam tidak dirasakan sensitif, tetapi apabila hendak dihalang ia menjadi sensitif seolah-olah orang Islam ini tidak ada perasaan, tidak ada hak atau tidak ada nilai," jelasnya.

Kata beliau, jika kedai-kedai yang menjual minuman keras kepada orang Islam tidak diambil tindakan atau ditarik balik, masyarakat Islam akan mempersoalkan kepentingan mereka dipandang remeh dan moral kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas turut terjejas.

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan