Showing posts with label ketua menteri. Show all posts
Showing posts with label ketua menteri. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

NIZAR BATU KARANG: PAS, PKR dan UMNO patut beri sokongan pada cadangan Yusmadi

Sistem giliran ketua menteri Pulau Pinang yang dibawa oleh Ketua Pemuda Keadilan Pulai Pinang, Yusmadi Mohd Yusuff merupakan satu cadangan yang amat bernas dan patut disokong bukan saja oleh parti komponen Pakatan rakyat seperti PAS dan Keadilan, malah Umno juga patut berdiri di belakang anak muda ini.




Sistem giliran ini akan memberikan peluang kepada anak tempatan Pulau Pinang untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing masing dan mengimbangkan kepincangan sosial dan ekonomi yang semakin getir di Pulau Mutiara itu.

Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng telah memberi kelulusan terakhir dan terpenting yang membolehkan tanah kerajaan negeri di Kamapung Buah Pala di ubahmilik kepada koperasi yang kemudain nya menjual tanah tersebut kepada pemaju.




Maka terhapuslah satu Kampung tradisi kaum India di Pulau Pinang,

Jika tidak kerana semangat juang penduduk kampung dan bantuan dari NGO sudah tentu mereka terpaksa keluar dari rumah tanpa pembelaan, seperti yang terjadi kepada penduduk Kampung  Melayu tradisional di Pulau Pinang yang ditendang keluar dengan pampasan yang amat sedikit.




Ketua Menteri Impot, Lim Guan Eng yang terjun dari Melaka sudah tentu kurang faham tentang keperluan dan kehendak rakyat setempat dan cadangan yang diajukan oleh Yusmadi ini jelas membuktikan terdapat kepincangan serus dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan LGE.

Jika tidak masakan Yusmadi sanggup menghulurkan tengkuk beliau untuk dipancung oleh DAP sepertimana mereka lakukan kepada Datuk Hassan Ali di Selangor kerana membantah cadangan DAP Ronnie Liu yang mahukan beer dijual secara terbuka di Shah Alam.




Hassan Ali terus digasak oleh DAP kerana menegur cara mereka mentadbir Selangor.

Penyokong PAS dna Keadilan mesti memastikan Yusmadi tidak diperlakukan begitu kerana beliau sekadar bangkit untuk memperjuangkan hak semua bangsa yang tinggal di Pulau Pinang.


Lihatlah sendiri di negeri negeri yang diperintah oleh Menteri Besar Melayu, tidak terdapat keadaan tidak seimbang yang seteruk di Pulau Pinang, Ini kerana sebagai Bangsa tunjang negara orang Melayu faham kedudukan mereka sebagai ketua keluarga manakala LGE yang datang dari kaum minoriti terlalu sibuk untuk memajukan hak kaum sendiri tanpa menghiraukan majoriti.





LGE dan DAP sebenarnya bermuka muka ketika menjanjikan kesaksamaan dalam konsep Malaysian Malaysia mereka.

Sekiranya LGE dan dan DAP menerima pakai cadangan Yusmadi ini barulah mereka boleh mendabik dada dan mengatakan parti berasaskan ajaran Kristian itu memnperjuangkan kesaksamaan. Jika tidak kita terpaksa akur bahawa ia sebenarnya parti cauvinis Cina Kristian.




Bukti mereka cauvinis Cina Kristian banyak sekali, bantahan mereka terhadap hukum Hudud dan Negara Islam adalah contoh yang paling nyata tetapi terdapat banyak lagi bukti bukti lain.

PAS perlu memulihkan kredibiliti mereka yang teruk terhakis akibat menjadi budak suruhan DAP di Perak dan Selangor.

Sistem politik dua parti yang kita inginkan di Malaysia memerlukan cadangan bernas begini kerana ia akan memperkuatkan perpaduan rakyat dan mengurankan perbalahan dan perpecahan yang berlaku akibat politik.

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan