Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Peminjam PTPTN Tidak Akan Disenarai C-CRIS


Kerajaaan telah membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan peminjam PTPTN dalam C-CRIS...hm..baguslah macam tu...

Cuma lepas ni kerajaan haruslah mencari jalan lain yang lebih berkesan tetapi berhikmah untuk memastikan peminjam-peminjam PTPTN ni bayar balik apa yang mereka pinjam..terutama kepad peminjam yang liat nak bayar..bertanggungjawab lah sikit....

Jangan pentingkan diri sendiri...esok-esok jangan anak kita lak yang sukar nak buat pinjaman dengan PTPTN...Kalau PTPTN ni takde, tak ramai anak Melayu yang dapat nak tampung perbelanjaan kat universiti dan kolej..kene ingat tu...

Tuesday, August 20, 2013

Ah Long ke Kerajaan?


Masa nak bagi pinjam,macam-macam janji ditawarkan..Kononnya nak membantu rakyat...tapi bila kerajaan bertindak menyenaraikan peminjam 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), tolong ke tu??

Kita faham setiap hutang harus di bayar..tapi dari segi PTPTN, tak kan kerajaan tak boleh nak bagi kelonggaran sikit...Bukan apa...banyak faktor yang harus kerajaan pertimbangkan..bila pelajar buat pinjaman PTPTN, bila sudah tamat pengajian, bermacam rintangan dan dugaan yang mereka akan hadapi...

Antaranya susah nak mendapat pekerjaan..bukan semua graduasi mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian atau pun dalam tempoh 3 bulan..persaingan sengit dan pemilihan pekerja yang sedikit racism pun menghalang mereka untuk mendapat pekerjaan...rata-rata pekerjaan memerlukan calon untuk menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan MANDARIN! Ada juga yang mahukan pekerja yang sudah ade pengalaman...Habis tu macam mana nak ada pengalaman  kalau tak de siapa nak bagi peluang??

Kalau yang dah dapat kerja pun belum tentu mampu nak membayar hutang PTPTN dalam masa yang segera..Kos sara hidup makin meningkat..Nak kena tanggung kos rumah, kenderaan, cukai dan macam-macam lagi...Mereka ini mungkin mampu membayar tapi tidaklah dalam masa singkat...bila kerajaan bertindak menyenaraikan peminjam PTPTN dalam CCRIS, ini akan membebankan peminjam itu yang juga rakyat kita..Memang kerajaan harus bertindak untuk memastikan hutang piutang semua dibayar tetapi tindakan melibatkan CCRIS ini adalah sangat tidak wajar kerana seolah-olah nak bebankan rakyat dan mengugut rakyat untuk bayar hutang...

Kos pentadbiran PTPTN tu tak cukup ke nak bebankan peminjam? 

Kerajaan harus ingat...peminjam PTPTN ini sudah tentu berasal dari keluarga yang kurang mampu dan sederhan...jika mereka mampu dan kaya, sudah tentu mereka tidak akan meminjam dengan PTPTN untuk belajar...Kerajaan galakkan rakyat untuk belajar sebab nak memastiakan rakyat kita berilmu..tapi bila buat macam ni, membantu rakyat ke...

Apa pun, kepada orang-orang yang berhutang tu, hutang tetap kena bayar....Kalau tak bayar, macam mana generasi bawah kita nanti nak guna kemudahan itu...lagipun hutang adalah wajib untuk dilunaskan..Hutang di dunia dan akhirat...

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan