Showing posts with label rachel corrie. Show all posts
Showing posts with label rachel corrie. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

SIAPA MASUK SYURGA DULU? Rachel Corrie ke N.Ajis???

Takkan lah kapal masuk syurga pulak, semut dengan Unta adalah aku dengar masuk syurga tapi kapal tak de lah pulak...

Rachel Corrie ni sebenarnya nama seorang pejuang hak asasi manusia yang patut ita hormati dan sanjungi....


anak gadis keturunan Ireland yang lahir di Olympia, Washington, USA ini bersungguh sungguh menghalang kemusnahan yang dilakukan oleh pengganas Zionis di Palestin.....

Lahir pada tanggal 10 April 1979, beliau menghembuskan nafas terakhir 23 tahun kemudian pada tahun 2003...

Ketika itu beliau berdiri di hadapan jentolak Zionis yang tiba untuk merobohkan rumah warga Islam Palestin. Walaupun digertak Rachel tidak berganjak lalu binatang yang memandu jentolak tersebut melanggarnya sehingga mati....


Adakah sia sia matinya membela nasib Umat Nabi Muhammad S.A.W. kekasih Allah dan sebab segala kejadian...

Apakah kepercayaan yang ada dalam hati Rachel Corrie ketika dia menghembuskan nafas terakhir?

Tuhan manakah yang bertapak dihati Rachel Corrie yang menyebabkan beliau sanggup mati, sanggup meninggalkan dunia ini pada usia yang begitu muda?

Apakah yang diharapkan oleh Rachel Corrie ketika dia merelakan dirinya digilis jentolak Zionis?

Syurga?
Peringatan? Kebebasan untuk orang Palestin?
Hak setimpal untuk orang Palestin?


Adakah kita mempunyai iman yang cukup kuat hingga sanggup mati demi perjuangan membela umat Nabi Muhammad S.A.W.?

Janganlah kita bongkak dengan serban, jubah putih dan beberapa potong ayat yang belum tentu kita fahami sepenuhnya...

janganlah kita ingat bahawa ayat al quran itu sejengkal dalamnya walhal setiap huruf adalah satu dunia tersendiri yang penuh dengan ilmu. kebenaran dan kebesaran Allah yang maha Esa...

Janganlah kita bangga kita boleh mengucap dua kalimah syahadah, janganlah kita berasa syurga sudah tetap milik kita

lebih elok jika kita malu setiap hari dengan kelemahan dan kekurangan kita

eloklah setiap hari kita berjalan tunduk ke tanah dan menghitung nikmat yang Allah sudah pun limpahkan

eloklah setiap hari kita cuba untuk menjadi Insan terbaik yang mampu dan jadilah kita manusia yang mencintai Rasullah S.A.W. dan sentiasalah kita mengharapkan rahman dan rahim dari Allah S.W.T.

Umat Islam sedan nazak, apa usaha kita untuk memulihkannya?

Janganlah kita pula yang menghancurkan hati Rasulullah dengan merosakkan umat yang beliau cintai ini...

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan