Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Apa Yang Jadi Ni??



Nampaknya bukannya pemerintahan PM Malaysia sekarang je makin kelam kabut... Rupa-rupanya PM kita yang lepas pun duk serabut...Aku tak paham lah..hahaha...

Tapi...kalau dikaji dan dinilai semula,ada benar kata-kata Tun Mahathir..Tun Mahathir telah bersusah payah berusaha untuk memajukan Malaysia seperti apa yang kita nikmati dan banggakan sekarang..Niat Tun Mahathir hanyalah untuk menjadikan Malaysia lebih maju dan boleh menjadi tempat pelaburan yang berbaloi untuk kemajuan ekonomi Malaysia..Walaupun modal yang dikeluarkan untuk semua ni adalah besar...

Pastu bila Tun Abdullah jadi PM, boleh pulak dia batalkan beberapa projek yang telah diusahakan dengan susah payah oleh Tun Mahathir terdahulu...Mau tak hangin Tun Mahathir..Apa orang kata...Bengkekkk je..

Baca berita lanjut dari Utusan di bawah....



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.

Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.

"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.


Thursday, April 29, 2010

Pak Mentua KJ - Khairy Jamaludin memang bodoh melantun lantun

harini Mantan PM kita Che Det/Tun M/Dr M/Tun Dr M telah membuat satu pendedahan gempar dalam blog beliau...

menurut penasihat Petronas ini negara telah kehilangan dua blok kawasan menggali minyak yang digelar Blok L dan Blok M...

dalam dua blok ini dianggarkan terdapat minyak bernilai lebih kurang USD100 billion... banyak tu beb

kalau harga mnyak naik lagi ke USD160/barrel tak doubel nilai tu... pergh pecah kepala memikirkan berapa bebalnya seorang manusia bernama Pak Lah ni

menurut kisah Che Det si tundun dari Kepala Batas dan Pak Mentua Khairy Jamaludin ni bersetuju untuk menyerahkan dua blok minyak ni untuk mendapatkan balik pulau Limbang...

ewah ewah, apa Malaysia ni bapak dia punya negeri ke nak suak suka runding tanah mana nak beri tanah mana nak mintak???

Wisma Putra.. Helloo...korang makan gaji buta ke?

Apahal korang biarkan si orang tua bodoh ni pergi buat deal sendiri, dia tah paham ke tidak apa yang dia buat...

Siapa siapa dari Wisma Putra yang mengikut Pak Lah ke Brunei untuk rundingan tu mesti di buang kerja ataupun diturunkan pangkat ke gred ofis boy tahap fail SRP pasal orang yang ikut tu pun sama bodoh....

tak kira lah apa pun alasan, hak sempadan takkan sorang aje decide, tak de ke jawatankuasa kabinet yang kena luluskan perkara macam ni????

bodoh bebal, laknat

laknat

laknat

Pak Mentua dengan anak menantu sama aje, menjahanamkan negeri... pergi lah berambus cepat sikit ke Australia ke Kanada lubang neraka ke.....

isy menyusahkan orang aje kamu anak beranak

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan