Tuesday, November 22, 2011

Menang penalti kenapa Najib tak mahu score penalti?


Anak sapa lah ni..tapi gua respect semangat dia orang demi Malaysia!!
Gua terbalikkan meja kedai mamak malam tadi bila ingat Indon panggil Malaysia 'Malingsia'

Gua tak tau nak cakap apa dengan kemenangan skuad Harimau Muda semalam. Sejarah untuk negara dan sejarah untuk gua sendiri kerana semalam gua tidur dengan jersi Harimau Muda. 

Berpuluh tahun gua hidup semalam mata kepala gua jadi saksi macam mana anak-anak muda Malaysia berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku meraikan kemenangan skuad Harimau Muda. Kalau menyanyi di stadium gua dah biasa tengok tetapi menyanyikan lagu Negaraku di kedai mamak beramai-ramai, sumpah gua belum pernah tengok.

Indon kata Harimau Muda menang nasib kerana menang dengan sepakan penalti tapi gua tak peduli. Kalau menang setengah bola pun gua tetap bangga. 

Semua penyokong Harimau Muda semalam tertunggu-tunggu adakah hari ni akan diumumkan cuti tetapi malangnya tak ada pengumuman tu dan disebabkan tak ada pengumuman tu ada yang cuti sendiri. Hoi..ingat bapak lu punya opis ka..itu kata kawan serumah gua.

Kalaulah Najib a.k.a PM bijak ambik sepakan penalti (macam Fakri..eh Fakri tak score lah malam tadi) tentunya anak-anak muda jatuh cinta kat Najib tapi Najib lebih suka jadi defender yang bertahan dari menyerang. Defender pun kadang-kadang buat 'overlapping' untuk score goal Tok Najib weh..

Sekali-sekala Najib kena jadi populis jugak macam Nuar Juburi yang mempromosi ubat tegang anu yang tak jatuh walaupun dah pancut..

Hidup Harimau Muda!!!

-daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan