Friday, October 11, 2013

Pesawat MAS Terhempas Di Kudat



Masa tengok berita semalam, terkejut jugak dapat tau pesawat MAS atau lebih tepat MASWing terhempas di Kudat... Langgar rumah orang pulak tu... Baca laporan lanjut ni..

KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.
Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.
Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.
Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.
"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.
Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.
Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.
Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.
Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.
Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.
Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.
Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASWings di Kudat.
Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.
MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan. 

Takziah pada keluarga mangsa.. Semoga mereka tabah menerima kejadian ini..

Lagi gambar kejadian....







Wednesday, October 9, 2013

Wednesday, October 2, 2013

Jom undi calon Ahli Majlis Tertinggi ini..Terbaik..Kau ada?


DATUK Dr. Norraesah Mohamad adalah antara wanita yang mempunyai `tarikan' tersendiri bukan kerana sifat semula jadi kewanitaannya tetapi kerana cetusan idea dan kepetahan bercakap dalam isu membangunkan agenda Melayu. 

Pakar ekonomi negara yang terjebak juga dalam bidang politik ini pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian di tahun 1980-an. 

Norraesah mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan mempunyai Ph.D dalam Sains Ekonomi di Universiti of Paris 1 Pantheon, Sorbonne. 

Pendidikan tinggi beliau bermula di Universiti Malaya dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Paris 1, Pantheon, Sorbonne bagi mendapatkan Ijazah Sarjana dan bidang Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa. 

Kerjaya Norraesah pula bermula sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1985.

Baca kisah kehebatan wanita ini selanjutnya DI SINI

Rugi kalau wanita sehebat ini dinafikan tempat di pimpinan tertinggi UMNO..!!!

Jom undi Datuk Dr. Norraesah....

Mangsa Keempat Kenduri Beracun Meninggal Dunia

Tajul Urus Md. Zain mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada mangsa di Hospital Yan

Apalah perasaan tuan kenduri beracun ni ye... Di mana silapnya...Hari ni kenduri tersebut sudah meragut nyawa mangsa keempat.....


SUNGAI PETANI 1 Okt. - Seorang lagi mangsa keracunan makanan rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), malam ini. 
Mangsa, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi semalam. 
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan di HSAH semalam. 
"Dengan kes terbaharu ini, ia menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan dalam majlis kenduri berkenaan meningkat kepada empat orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain melawat mangsa-mangsa keracunan makanan di HSAH di sini malam ini. 
Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai pada Sabtu lalu. 
Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang, manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan. 
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH. 
Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri berkata, pihaknya mengucapkan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat. 
Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kematian mangsa sebanyak RM1,000 seorang dan RM200 seorang bagi mangsa yang dimasukkan ke wad. 
Tambahnya, beliau juga merupakan antara tetamu dalam majlis kenduri tersebut pada pagi Sabtu lalu. 
"Selepas makan kenduri, saya terus beredar ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi. Namun, saya bersyukur kerana tidak menghadapi keracunan makanan kerana difahamkan hanya tetamu yang makan kenduri sebelah petang menjadi mangsa," katanya.-UTUSAN

 
Nak kata ada orang nak khianat ke tapi dah keluar laporan menafikannya... Baca di sini... 
 
Mungkinkah kerana cara masak makanan tu kan...Sebab rata-rata mangsa adalah tetamu yang hadir pada sebelah petang...Mungkin makanan tu dah tak elok....
 
Takkan sampai nak buat kenduri harus ada sesi pemantauan cara penyediaan makanan pada masa akan dating pulak kan... Tapi kalau ini lah cara untuk mengelak kejadian seperti ini terjadi lagi, kenapa tidak....
 
Renungkan...

Tuesday, October 1, 2013

PRK Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini




PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius.  - Bernama
 
 
 
 
P/S: Dah bersedia??

Monday, September 30, 2013

PLKN- Program Latihan KENCING Negara??


Banyak masalah yang timbul tapi masih dapat jadi Ketua Pengarah PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)... Apakah Abdul Hadi Awang Kecil betul2 relevan untuk menyambung jawatan Ketua Pengarah PLKN??

Ramai pelatih meninggal dunia, ada yang beranak, buli.....Semua ni berlaku di bawah pemerintahan Hadi sebagai Ketua Pengarah...Bila dapat sambung lagi jadi ketua pengarah, ikot celah bedah mana pulak dia ni layak nak teruskan jawatan tu? 

Tujuan PLKN tu nak suntik semangat kenegaraan di kalangan belia remaja supaya negara kita ni kekal aman damai lagi permai....Tapi kalau pucuk kepimpinan pun hancur, macam mana nak bagi contoh...Ada jugak berita yang Hadi ni 'berpaling tadah' dan ada pelatih yang dah terpengaruh...Apa cer ni...



Berilah peluang kepada orang lain untuk bawak perubahan kalau dah terang2 nampak Hadi ni tak mampu nak bawak PLKN ke arah yang lebih baik...

Ada yang kata Hadi dapat teruskan jawatan ketua pengarah tu sebab ada "kabel" kuat....Nak tahu? Baca di sini...



Friday, September 27, 2013

Al Fatihah





Al Fatihah...Semoga roh Alahyarham dicucuri rahmat....



TAN SRI AZIZAN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Muasasah Darul Umum, Pokok Sena, Kedah pada pukul 5.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di Muasasah pada pukul 4.20 petang dengan ambulan jenazah diiringi polis trafik dan lebih 200 penyokong bermotosikal dari Markas Pas Pokok Sena, Langgar.

Setibanya di situ, jenazah Allahyarham disembahyangkan sekali lagi sebelum majlis pengkembumian disempurnakan.

Kira-kira 10,000 orang hadir di majlis pengkebumian itu termasuk-termasuk beberapa pemimpin PAS dan UMNO.

Antara mereka yang hadir ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir,  Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Menteri Air, Teknologi Hijau dan Tenaga Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan orang-orang kenamaan yang lain.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai seorang yang komited dengan perjuangan Islam.

"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi seperi yang dilaporkan HarakahDaily.

Dalam satu kenyataan ringkas, Abdul Hadi menyifatkan pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu satu kehilangan besar buat PAS. Beliau juga menyifatkan Azizan sebagai sahabat, guru dan pemimpin.

“Sama-sama kita mengambil roh semangat Ustaz Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam.

“Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT,” katanya.

Sementara itu HarakahDaily juga melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Azizan sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Azizan sebagai pemimpin PAS yang sangat mencintai perjuangan Islam dan bidang pendidikan.

Katanya, Allahyarham seorang teman yang berfikiran terbuka dan amat memahami naluri segenap lapisan masyarakat.

"Secara peribadi kami pernah bertengkar, menangis dan ketawa bersama, beliau seorang yang bersifat terbuka, kami boleh bersembang beliau faham jiwa orang muda.

Sementara itu, wartawan TV3, Kumaran Rajamoney yang pernah membuat liputan ketika Allahyarham berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah menyifat Allahyarham sebagai seorang yang meletakkan kepentingan negeri dan rakyat, melebihi tuntutan sebagai seorang ahli parti.

"Beliau mengekalkan hubungan baik dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika era kepimpinannya, sekaligus memberikan dimensi baru dalam suasana politik negara yang ketika ini sudah jauh berbeza.

"Ironinya, cara kepimpinan ini juga disegani pemimpin Kerajaan Pusat-BN ketika itu, yang akhirnya memungkinkan Kedah terus disalurkan bantuan dan sokongan.

"Hari ini, bukan hanya ahli PAS meratapi pemergiaan Allahyarham tetapi juga kalangan orang UMNO dan BN. Tan Sri Azizan, contoh terbaik pemimpin berjiwa rakyat dan perlu dicontohi semua pengiat politik," katanya.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah di sisi ahli keluarganya dan pimpinan PAS pusat dan Kedah.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.

Hujung bulan lalu, Allahyarham menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Muasasah Darul Ulum bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Azizan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dilaporkan turut menziarahi jenazah Allahyarham Azizan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Berikutan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berdepan dengan cabaran empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN. Azizan mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,774 undi.



VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan