Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

PANASSS: Video Terbaikkkk!!




Gua rasa iklan raya Maxis tahun ni memang sangat bermakna dan menyedarkan kita pada zaman sekarang yang taksub dengan teknologi sampai terlupa cara untuk berkomunikasi yang sebenar...Mesej yang nak disampaikan oleh Maxis ni memang terbaik..So mana yang kita boleh ubah tu, ubah lah...jangan lupa eratkan silaturrahim sesama insan...

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH: Harimau Makan Garuda


Ini video sepakan penalti yang diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia

Pemain kita beraksi dengan baik, mereka bertahan dengan padu di separuh masa pertama walaupun diasak secara agresif oleh Indoneisa,

mereka sempat mencuri gol di separuh masa kedua dan mencuba beberapa gerakan yang cantik dan tidak seketika pun menunjukkan semangat yang luntur

tahniah semua, moga bolsepak Malaysia akan terus maju

PS

bila takde KJ semuanya baik....

Monday, June 7, 2010

OI BEBAL!! KONAK MENANG PRU 13 KE TAK: Mengapa pemimpin Umno masih biadab?

Kalau cakap kasar orang kata kenap pemimpin Umno masik Kurang Ajar... pada orang Melayu kurang ajar ni ialah penghinaan paling teruk kerana ianya penghinaan untuk mak bapak kita....


bila orang kata kita kurang ajar, maka maknanya orang tu kata mak bapak kita tak pandai ajar kita masa kecil

tapi yang peliknya sekarang aku ada dengar mak bapak sendiri cakap anak anak dia kurang ajar... gila ke apa??

anyway, dalam politik mak bapak politik ialah pemimpin atasan... dalam Umno mak bapak politik ialah ketua
Presiden, DS Najib
Timb. Presiden" TS Mahyuddin (aku eje nama macam mana orang sebut bukan aku tak tahu ok?)
Ketua Wanita - DS Shahrizat
Ketua Pemuda - KJ kurang ajar

inilah mak pak dalam Umno, mak pak ni lah yang kena ajar anak anak cara berpolitik... tapi nampaknya masih lagi ramai anak anak politik mereka yang kurang ajar... kenapa ye??

mereka tak malu ke anak anak politik mereka kurang ajar???

hari ni aku ada dua cerita nak politik kurang ajar...

Sorang tu Ketua Penerangan Umno Selangor, - Shukor Idrus

Sorang lagi Ketua Bahagian Dungun... Datuk Rosli Mat Hassan

kurang ajar belaka dua ni... mak bapak politik dia tak ajar

CERITA KURANG AJAR PERTAMA


Yang si Shukor ni ciplak idea RBF dan mengaku idea sendiri... menurut blogger GAP, idea asal RBF menyatakan yang Kerajaan Pakatan hanya memberi rakyat selangor sorang 25 sen di bawah konsep merakyatkan ekonomi selangor....

Si haprak yang bangkrap idea ni pergi termuramah dengan Sinbar harian dan mengaku idea sendiri... tak de pun sebutkan ini hasil nukilan RBF... apalah kurang ajar sangat,

orang bukan mintak duit, orang dah tolong bagi peluru...cuma tinggal nak beritahu aja peluru ni dibeli dari kedai mana....

kau ni Shukor, walaupun aku tak kenal kau sepatah haram tapi nampak sangat kau ni pemalas, bukan pemikir dan tak layak digelar ketua, dan sudah tentu tidak layak jadi katua penerangan Umno

DS Najib memang dah sah salah pilih kau jadi ketua penerangan... dah lah tu dia pulak tak ajar kau cukup cara menjadi ahli politik dan pemmimpin yang boleh disegani.... yang pasi kau ni pemimpin yang bikin malu...

CERITA KURANG AJAR KEDUA


Ni pulak si berlagk dari Dungun ni... mentang mentang dia dah kaya dengan duit balak ke apaa ke? boleh berlagak pulak nak mengata kat orang yang tak kaya...

ikut cerita si BUJAI inilah kata kat si Rosli penyangak Dungun ni kepada Ahli Parlimen kawasan itu yang juga timbalan ketua bahagian, Matulidi Jusoh

"YB kalau takda duit, kalau miskin, tak payahlah jadi Ahli Parlimen...". (YB, if you dont have money, if you are so poor, no need to be a Member of Parliament...)


Rosli kamu jangan lah takbur, kamu kaya bukan pasal pandai, bukan pasal bijak berniaga... nanti keluar cerita kamu yang malu....

kamu kalau sakit hati tak kena pilih jadi Ahli Parlimen pun jangan nak merempan.... itu bukan hak itu adalah kelebihan yang diberi oleh ketua kamu...

perangai orang macam kamu lah yang buatkan aku dan jutaan rakyat Malaysia benci dengan Umno...


Jadi saya dan ramai umat Melayu yang sayangkan Umno berharap sangat lah kalu Mak Bapak Umno boleh tolong panggil anak anak yang kurang ajar ni dan disepak atau di rotan cukup cukup dan di ajar

kalau nak menanglah

kalau tak nam menang cakap aje

kita cari yang lain

Saturday, June 5, 2010

BILA KERAJAAN MALAIKAT MEMERINTAH: Di Selangor Rasuah pun jadi suci..

Untung orang Selangor, Malaikat yang memerintah negeri ni...

Semua orang tahu malaikat ni dia tak de nafsu, dia turut perintah aje jadi kalau turut perintah, yang nampak macam salah pun mesti lah tak salah, ye lah kalau dah perintah..

malaikat bukan turut perintah manusia, dia turut perintah tuhan, takkan tuhan salah pulak..

contohnya malaikat maut tiap tiap hari ambik nyawa orang tapi tak de lah pulak orang kata dia membunuh sebab dia turut perintah

sama lah macam Kumpulan Semesta yand dikatakan rasuah dalam menjual pasir...

Selcat dengar pertuduhan dan keterangan dua tiga kerat saksi dan dah boleh buat keptutusan yang KSSB tak rasuah....

ada video pasukan penguatkuasa datang lomnbong pasir haram dan tak ambik tindakan pun di kira tak rasuah lagi



si Mike Kapar siap ready saksi nak buktikan yang KSSB ni rasuah, tapi ye lah... Selcat pun malaikat juga jadi dia kata tak boleh sebab tak ikut 'prosedur'... prosedur apa tak tahu lah,

kononnya prosedur yang betul saksi mesti hantar kenyataan bertulis dulu, prosedur mak siapa tak tahu lah ni sebab ada sorang lawyer dah gi telepon check dan terbukti tak de prosedur tu.... macam biasa... Pakatan ikut sedap tekak aje... sorry maksud aku turut perintah aje

soalannya sekaran malaikat malaikat ni semua turut perintah tuhan mana?

Tuhan Anwar Ibrahim ke?
Tuhan Khalid Ibrahim ke?
Tuhan Zaid Ibrahim ke?

Malaikat oh malaikat kau dah jadi setan ke????

Thursday, June 3, 2010

OI bebal, nak menang ke tak? Toksah nak memandai di Kampung Baru...


Hak Melayu tu toksah nak memandai kamu nak jadi kan kongsi dengan Cina pulak

tapi kalau tak nak menang buat lah

korang dah bebal sangat ke apa?

tak tahu ke yang Orang Melayu dan meluat kat Umno ni???

tak reti bahsa ke?

nak pelempang ke?

KJ = Kanser

Monday, May 10, 2010

PRK Sibu P212: Tunggu apa lagi? DAP pun dah sokong 1-Malaysia

Korang tengok sendiri lah gambar ni.. bukan ada siapa buat buat... ini memang betul si Wong ni pun dah bagi signal yang dia sebenarnya sokong 1-Malaysia

mungkinkah ini satu signal dari Wong agar rakyat menyokong 1-Malaysia?

kata orang perkara yang kita lakukan dengan tak sengaja itu sebenarnya mennunjukkan rasa hati kita yang tulen dan tidak bercampur aduk dengan perasaan lain

orang Sibu tunggu apa lagi?

kalau calon DAP sendiri sudah pasrah dan kini menyokong Gagasan 1-Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak

kita sebagai rakyat biasa harus sedar betapa pentingnya kejayaan Gagasasn 1-Malaysia untuk masa depan negara

sama samalah kita dokong Barisan Nasional demi keamanan dan pembangunan negara tercinta

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan