Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Masih Amankah Malaysia ku?



Maaflah..Gambar diatas bukanlah untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk buat sampai tak tidur malam..Nampaknya keamanan negara kita bukan lagi seperti dulu...

Ish..Baru pagi tadi kita dikejutkan dengan berita pegawai bank mati ditembak oleh pengawal yang merompak bank tempat beliau sendiri berkerja, lagi sekali Malaysia digegarkan dengan berita 4 orang awam diserang secara tiba-tiba. Kejadian terbaru ni meragut 2 nyawa...Suspek dipercayai kurang siuman dan mempunyai masalah mental...

Laporan dari MStarOnline...

KUALA LUMPUR: Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.
Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.
"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.
"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.
"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.
Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.


Berikut merupakan gambar-gambar mangsa ketiga yang merupakan yang pertama terbunuh:






Mangsa terakhir yang merupakan yang kedua terbunuh:



Dan gambar suspek yang telah berjaya ditangkap dan sekitar keadaan tempat kejadian:




Nasib baik suspek berjaya ditangkap...Kalau tak, orang awam kat stesen LRT mana la pulak dia jadikan mangsa...

VIDEO: Video ini dirakam oleh orang awam yang berada ditempat kejadian...Sila lihat..



Oh ya... Video seterusnya ini adalah rakaman CCTV kejadian pegawai bank dibunuh oleh pengawal keselamatan...




Aku rasa ramai yang bersetuju kalau aku cakap rakyat Malaysia perlukan sesuatu untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Mungkin pihak PDRM boleh mengatur strategi yang sesuai sama seperti mereka mengatur rancangan untuk menangkap geng-geng kongsi gelap dalam OPS CANTAS...

Malang memang tidak berbau...Tapi berhati-hati lah.. Aku percaya orang-orang yang telah melakukan semua ini mempunyai sebab tersendiri...Kos hidup tinggi, hutang keliling pinggang, tekanan hidup antara sebab-sebab yang boleh dikaitkan dengan permasalahan yang berlaku...Masih amankah Malaysia ku kini?

Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia!!


Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia dari Melayu Bersatu.. Sayangi Malaysia...

Tuesday, September 10, 2013

60 Terbunuh??



Jom kita ambik tahu pasal hal luar Malaysia jugak...Tak salah tambah pengetahuan kan..Ni ada berita baru dari Afrika....Syukur negara kita tak jadi macam ni...

Afrika Tengah: 60 terbunuh dalam pertempuran

REPUBLIK AFRIKA TENGAH 10 Sept. - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam tempoh dua hari selepas berlakunya pertempuran di antara tentera presiden baharu Republik Afrika Tengah dengan pengikut setia bekas presiden yang digulingkan, Francois Bozize. 

Penyokong Bozize menyusup masuk ke kampung-kampung sekitar Bossangoa, 250 kilometer barat laut Bangui, memusnahkan jambatan dan infrastruktur, selain mahu membalas dendam terhadap penduduk Islam, kata jurucakap Presiden, Guy-Simplice Kodegue. - AFP

Lagi Islam ditindas... Tak dapat sumbang wang ringgit atau tenaga, jom kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia... Jangan terlalu 'selesa' dengan keamanan yang kita ada...  Jaga... Bukan rosakkan demi kepentingan peribadi..

Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan Ke 56 Dari Melayu Bersatu



Salam Merdeka untuk seluruh rakyat Malaysia... Cintakan Malaysia kita agar negara kita akan terus kekal aman.. Alhamdulillah... Sudah 56 tahun negara kita merdeka.. 

Ketepikan sekejap semua sengketa dan drama... Sambutlah kemerdekaan dengan hati terbuka... Bersyukurlah... Banyak manfaat yang kita dapat dari kemerdekaan ini...

Selamat Hari Merdeka... Hidup Malaysia!!!

Tuesday, August 27, 2013

Sengaja Atau Tak Ambil Kesah?



Dengar video ini dulu...


Lepas tu dengar ni.....



Hahahaha...ala-ala tak?...aduhai...kenapa lah lagu tema Kemerdekaan kali ni macam katun..apa sudah jadi?macam mana boleh jadi?

Takkan sebelum keluarkan lagu ni secara officially tak study dulu impak lagu ni.. Kalau macam ni lah lagunya, bukan semangat kemerdekaan yang ada tapi semangat kekatunan...aduihhh....

Selalunya tujuan kita nak adakan lagu tema ni nak bagi orang ramai rasa semangat kemerdekaan tu...terutama golongan muda yang masih bersekolah...tapi kalau macam ni lah punya lagu, tak berkembang minda lah jawabnya...

Aku ni bukan lah ahli muzik ataupun ada ilmu muzik..tapi kita semua ni pendengar muzik...tahu menilai mana yang best didengar ataupun tidak...

Macam mana nak pupuk semangat patriotik kalau lagu camni...Jap lagi semua duk bersemangat berlawan macam Mask Rider je... Ape cer?

Wednesday, August 21, 2013

Pergolakan Mesir: Pelajar Malaysia di Mesir Dibawa Pulang


Pelajar- pelajar kita yang menuntut di Mesir bakal dibawa pulang oleh pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Keputusan membawa pulang pelajar-pelajar kita ni adalah satu langkah yang bijak kerana keadaan di Mesir semakin runcing dan keselamatan rakyat kita di sana pun terancam...

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam ini, selepas kerajaan mendapati pergolakan di negara itu semakin tidak menentu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamad Thajudeen Abdul Wahab yang kini berada di Kaherah untuk memantau perkembangan krisis di sana. 
''Saya sudah dapat laporan bahawa keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
''Oleh itu, pasukan MKN beri pandangan dan nasihat supaya kita mulakan operasi membawa balik pelajar-pelajar yang ingin kembali secara sukarela dan saya bersetuju dengan pandangan tersebut," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain. 
Perdana Menteri berkata, mulai malam ini, kerajaan akan menempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki dan beberapa tempat lain untuk membawa pulang para pelajar. 
Perdana Menteri berkata, beliau dan Muhyiddin sudah berbincang dengan Universiti Al-Azhar untuk menentukan kaedah peperiksaan bagi pelajar yang kembali ke tanah air. 
''Kita telah tetapkan dalam apa jua keadaan, mesti utamakan keselamatan pelajar. Kita tidak akan melengah-lengahkan lagi seandainya keadaan mungkin menjadi lebih serius, lebih genting dan lebih berbahaya. 
''Tindakan untuk melindungi dan memelihara keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan," katanya. 
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan pesawat Charlie C130 kerana membabitkan masalah logistik yang lebih berat dan perbelanjaan yang lebih tinggi kerana pesawat tentera itu tidak boleh melakukan penerbangan jarak jauh pada satu-satu masa. 
Menurutnya, segala urusan terperinci membawa pulang kumpulan pelajar dari Mesir akan memakan masa kerana tertakluk pada kekosongan tempat duduk yang boleh diperoleh dalam penerbangan dari sana. 
Najib berkata, usaha membawa pulang pelajar dari Mesir ekoran krisis politik di negara itu yang sudah masuk kali kedua sejak 2011 turut mendorong kerajaan untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan. 
''Kita sedang fikir perkara ini, Universiti Al-Azhar merupakan sebuah universiti terkemuka dan tersohor, namanya terbilang. 
''Kita kena kaji sama ada boleh bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk buat (buka cawangan) di Malaysia ataupun alternatif lain tetapi dari segi pengajian Islam," katanya. 
Pada 2011 kira-kira 11,000 pelajar Malaysia dibawa keluar secara berperingkat menerusi Op Piramid ekoran konflik berdarah yang melanda Mesir selepas rakyatnya berdemonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 
Sementara itu, Najib berkata, belum ada persetujuan dicapai bagi mengadakan persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan krisis di Mesir. 
Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan pergolakan di negara itu sebagai isu dalaman mereka. 
''Perkara paling penting sekarang ini ialah mengurus pelajar-pelajar kita di Mesir dan pada masa ini, kita sedang mengkaji dengan teliti situasi di sana," katanya." -Utusan
Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara kita tidak menerima nasib seperti rakyat Mesir..Dah macam tu pun ade lagi babis-babis dan malaun-malaun yang tak habis-habis nak ganggu keamanan negara kita ni..Jadi macam Mesir ni baru nak ada akal kot.. 
 




Wednesday, April 11, 2012

Menjunjung Kasih Tuanku


Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....Daulat Tuanku!!!!!

Rakyat dan Tuanku berpisah tiada...

Monday, August 2, 2010

PArti politik terlibat dengan pembunuhan Ahli Majlis Perbandaran Manjung

Ketua cawangan MCA Changkat Keruing, Lim Ting Peng yand dipercayai dibunih oleh dua orang pekerja Myanmar di ladang ayam beliau di percayai dibunuh atas sebab politik.

menurut blog skandalpolitik, mangsa dikatakan telah berapa kali berjumpa dengan seorang adun yang dikatana ingin menjadi seorang calon bebas.

rahsia tersebut sudah bocor dan parti adun yang ingin menjadi calon bebas dikatakan telah mengupah pekerja Myanmar di ladang mangsa untuk membunuh beliau.

katanya ini cara mereka menghantar mesej kepada sesiapa yang ingin melompat parti

hai kalau bab lompat parti pun boleh bunuh, kaalu dah dapat kuasa sipa saja yang membangkang akan dibunuh nanti

pada aku pembunuhan ni ada banyak persamaan dengan pembunuhan Teoh Beng Hock...
mari kita sama sama fikirkan partiu politik mana yang banyak untung bila TBH dibunuh???

betul ke kita nak serahkan kuasa pada mereka yang kejam dan tidak berhati perut begini???

Monday, June 28, 2010

Orang Melayu patut sokong usaha Azmin di Selangor

Aku bukan suka kan sangat si Azmin ni tapi hakikatnya si Khalid Gagap ialah lembu DAP. itu pasal DAP beriya iya, sampai mengugut keluar pakatan kalau Khalid digugurkan sebagai MB...
Umno dan BN sebagai parti politik elok duduk diam aje sebab korang pun perangai tak sudah sekarang, lembab dan bebal

tapi rakyat Melayu di Selangor haruslah menyokong usaha Azmin untuk meletakkan DAP di tempatnya, sebagai parti yang menurut perintah majoriti, inilah semangat demokrasi. hak minoriti itu patut dijaga tapi hak majoriti wajib di dahulukan kalau demokrasi mahu terus berjaya di negara ini

Azmin pun ada banyak kontroversi, macam cerita kongsi bini sehingga timbul wasangka terhadap bapa sebenar si Afifah yang kini ber binti kan Azmin tapi ini semua boleh di ketepikan buat masa kini kerana kita perlu meletakkan seorang yang paham pentingnya mejaga hati orang Melayu di Selangor.

Khalid Gagp sudah pun puas mengagihkan kontrak dan kekayaan negeri selangor mengikut kehendak DAP, biarlah Azmin pulak diberi masa untuk membetuilkan keadaan dan membolehkan orang Melayu berasa macam duduk di rumah sendiri kembali

inilah yang penting sekarang, kerana rata rata orang Melayu dah semakin tak keruan, dah tak senang duduk dan sudah mula membakar semangat memberontak kepada dua dua parti  ataupun gabungan politik utama negara ini

eloklah diredakan sedikit kemarahan mereka dengan menggantikan seorang yang begitu pro kepada parti cauvinist Cina, iaitu DAP, dengan seorang yang dikatakn lebih akur tentant pentingnya menjaga hak orang Melayu di negeri paling maju di Malaysia.

Kemenangan Azmin di Selangor andn menajddikan lebih susah untuk BN menawan negeri ini kembali kerana mereka juga sedar bahawa Azmin merupakan pemain politik yang jauh lebih licik dan tangkas

kami membuat gesaan menyokogn Azmin ini kerana kami tidak mahu orang Melayu di Selangor terus menerus di aniaya oleh Khalid Ibrahim dan gerombolan Cauvinis Cina dan gangster DAP di belakangnya

pikir pikir kan lah kerana yang pentingnya

MELAYU BERSATU

Friday, June 4, 2010

Misteri: Teresa Kok jalan jalan bawak siapa ni???

Gambar gamvbar ni semua aku dapat dari GAP,  inilah bukti yang exco DAP ni berjalan jalan di China... melawat world fair


kalau duit sendiri pergimampuslah, aku tak heran nak letak sini, ini bukan blog jalan jalan cari makan

tapi ni dia ke sana dengan duit rakyat untuk cari pelaburan, kononnya lah



dulu mengata kat BN perabih duit berjalan luar negara tapi sekarang dia pulak lebih ...

ni bukan rupa cari pelaburan, ni rupa makan angin

aku ni pun pernah juga travel for business, selalunya sampai pagi sebelum meeting, dan balik flight pertama lepas meeting terakhir... ni private sector lah

habis kalau cakap macam terrer yang pembangkan lebih efisyien, tak perabih duit rakyat, tak seleweng,... ni apa?



waalu satu sen pun kamu pakai untuk berseronok, ini duit rakyat

kalau kau pun sama korup jangan berlagak suci

siap ambik gambar dengan patung babi lagi

yang herannya kalau pergi world fair kenapa ambik gambar dengan patung babi tapi tak dengan pavilion Malaysia, kau tak banggan ke jadi rakyat Malaysai Kok oi...

dah lah berjalan guna duit rakyat Malaysia tapi tak bangga jadi rakyat Malaysia... cehhh



oh ya, soalan di tajuk tadi.. siapa perempuan bertudung tu, rapat semacam aje dengan Teresa... samapi posing sekali dengan patung babi.....


GAP macam perli kata ini kakak Teresa Kok,  betul ke kakak dia... muka ada pulak iras tu

Thursday, June 3, 2010

ko nak menang ke tak? kebebalan Idris Jala



Kalau ye pun nak potong subsidi, dan nak buat perubahan drastik cara hidup

kena lah tengok keliling dulu

kalau pak menteri dan suku sakat boleh kurangkan rasuah dan ketirisan ber bilion ringgit boleh lah rakyat marhaen ikat perut


ini pak menteri masih lagi memberi kontrak ratus juta secara direct nego kepada anak menantu tapi nak suruh kita ikat perut

ape jadah nye tu???

kau dah hilang akal ke?

kalau tak nak menang cakap aje senagn kita pergi sokong dan betulkan yang lain yang boleh membela nasib Malaysia dan orang Melayu....

Friday, May 28, 2010

Kalau Nurul Izzah mengaku dia akan jadi hero lebih besar

Ramai yang usdah menerima kenyataan bahwa riwayat politik Anwar akan berakhir tidak lama lagi, tetapi Anwar sendiri sudah tentu tidak mahu menerima kenyataan pahit ini.

Kejatuhan Anwar adalah atas perbuatannya sendiri, jika pun hobi songsangnya tidak diketahui umum, sudah tentu Allah tidak akan membiarkan sebuah negara yang umatnya berpegang teguh dengan tali Allah dipimpin oleh seorang ketua yang songsang...

Saya yakin Allah akan menghalang kenaikan Anwar ke kerusi teratas jika benar dia seorang peliwat...

Kini tinggallah Anwar dan keluarganya sahaja yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa rakyat di seluruh pelusuk negara sudahpun mula sangsi akan naluri pemimpin pembangkang ini...

sebagai seorang ahli Parlimen muda yang berpotensi Nurul Izzah perlu matang dengan pantas dan mengambil kira keperluan rakyat yang diwakilinya, sekiranya dia tahu akan perangai ayahnya, maka eloklah dia menjauhkan diri dari terpalit dengan skandal tersebut...

tidak ada malu sekiranya Izzah menjauhkan diri dari kaum Nabi Lut, malah sekiranya dia berbuat demikian, nescaya undi kepadanya akan meningkat di pilihanraya akan datang... rakyat akan simpati dengan nasib keluarga yang dianiaya oleh ketuanya

malah Wan Azizah juga akan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh pengundi Permatang Pauh sekiranya beliau mengaku tentang perbuatan Anwar...

tetapi semua ini perlulah dilakukan sebelum minda rakyat berubah sendiri

Kita perlu ingat bahawa perjuangan kit ialah untuk nasib umat Melayu dan juga untuk mempertahankan Malaysia.

Kita tidak mahu dilaknati Allah kerana memiih pemimpin yang peliwat.

sudah ada ramai pemimpin pelapis dalam Pakatan untuk mengambil alih tampuk kuasa dan menjana pendapat dan idea baru bagi memacu gagasan pembangkang

jangan lah kita terikut ikut dengan adu domba Anwar Ibrahim yang secara terang telah mengaku kepad Nanyan Siang Pau bahawa sasaran beliau adalah semata mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional... laungan ketuanan rakyat sebenarnya laungan kosong yang telah menipu rakyat.

Izzah dan Azizah, beranilah kedepan demi memperkukuhkan Pakatan yang kini semakin rapuh akibat mainan politik ayah dan suami kamu serta maharaja kenit di sekelilingnya

Izzah dan Azizah, beranilah anda berdua untuk mendahulukan hasrat rakyat dari hasrat Anwar...

Izzah dan Azizah, jadilah srikandi negara yang menyelamatkan Malaysia ini dari pemimpin yang berjiwa songsang...

Thursday, May 20, 2010

DAP sudah mula bisik sama Anwar: Kalau lu tukar Khalid sama macam lu kasi jatuh kerajaan Cina

Khalid tu bebal tahap dewa dia sama dengan Nizar meroyan - DAP canggap dia sebagai ketua kerajaan Boneka Cina di Selangor - Anwar kena warning halus jangan kacau Khalid


Mulanya Anwar memang nak tukar si Khalid Ibrahim ni,
ye lah dia pun tak berapa berkenan, Azmin pun tak berapa suka...

tapi Khalid ni simpan banyak rahsia Anwar jadi terpaksalah telah dan duduk tengok aje...

Jadi Nuar Berair cari akal lain, dia mintak jadi penasihat murahan kepada Selangor...

pa jadah orang yang lulusan kajian Melayu dengan tesis 'Wau' boleh jadi penasihat ekonomi??

lepas dipaksanya Khalid bayar gaji segala pembantunya sebagai penasihat ekonomi Selangor, maka dia pun perhatikan Khalid dari dekat, tengok lubang mana boleh kasi si Gagap ni tersungkur...

maka digerakkan lah si Mike Kapar ni.... dia tahu isu pasir ni isu senang kantoi sebab macam jenis manusia buat kerja haram dengan pasir ni... dengar khabarnya adik si KHalid Ibrahim ni pun terlibat sama....

jadi Mike pun buat kecoh dan sampai buat laporan polis....

tak sedap lagi dia hantar pulak gengster baling cat pada kereta si Mike... ye lah nak kasi nampak yang si Khalid Gagp ni gengster besar... ada juga logiknya tu sebab gengster besar Selangor Ronnie Liu memang terlibat skali dalam skandal pasir ni...


apa pun kini Khalid dah semakin tersepit, ahli dewan lain dah mula lihat dia ni Ketua Menteri Lame Duck... masih di pejabat tapi sudah mula hilang kuasa....

Ronnie masih lagi giat buat kerja kongsi gelap dari pejabat exconya, dia cuba meluluskan sebanyak mana rumah urut dan apa saja kegiatan kongsi gelap yang boleh menjana pendapatan untuk DAP dan pada masa yang sama boleh merosakkan Malaysia... ye lah komunis memang niat dia satu aje, biar rosak Malaysia ni...

Si Nuar pulak makin terdesak sebab dia tahu lepas Sibu, Kit Siang punya tocang sudah tegak dan dia sedar yang dia tidak mungkin boleh jadi PM yang berkuasa penuh....

dia tahu Kit Siang sudah ajar Cina benci Melayu.. dia sekalipun dah terpalit... dia tahu politik rasis DAP yang dia sokong selama ni akan kembali menghantuinya

jadi dia try lah nak kasi cantas DAP di Selangor, nak gunakan Azmin lah kononnya tapi sudah datang satu bisikan lah...

Khalid ni sama dengan NIzar- orang kita - ini bisik DAP tau...

kalau lu tukar Khalid, sma macam lu kasi jatuh kerajaan Cina di Perak pimpinan Nizar... lu tau ka???

kalau lu ksi jatuh kerajaan Cina, lu jaga jaga... nanti saya kasi ranjau sama lu...

jadi si Nuar pun duduk ajelah berpeluh...

Lim Kit Siang senyum aje

Karpal tergelak kuat sebab dia yang control Kes liwat Anwar, lagi senang kalau DAP nak ranjau Anwar...

mimpi 16 september dah berlalu dan pada anwar peluangnya berkuasa di Malaysia juga semakin kabur

.....yang makin jelas ialah jika dia terus dengan politik memcahbelahkan orang Mleayu apa yang berlaku di Thailand akan berlaku juga di Malaysia

tapi inilah Plan 'B' Anwar,

Plan 'B' yang sama yang dirangka oleh Barat untuk Thaksin akan dilaksanakan di Malaysia

Tuesday, May 11, 2010

P212 Sibu: Dengarlah apa yang rakyat Sibu mahukan




Hakikatnya Rakyat negara ini masih dahagakan pembangunan yang terus menerus dilaksanakan oleh BN selama lebih 50 tahun dan bukan janji kosong melangit dan politik adu domba yang dianjurkan oleh Pakatan Republikan

Monday, May 10, 2010

P212 SIBU: Penyokong PAS semenanjung diimpot untuk buat kacau di Sibu

Aku bukan blogger pembangkang cakap hentam kromok aje, ini adalah pendapat blogger yang berada di Sibu OhPolitik yang mengambil gambar juak PAS yang terpekik konon nak meng-apikan orang Kristian di Sarawak bagi membenci BN..

korang tengoklah sendiri video ni



Thank You MyGhostwriterz yang juga pengendali blog OhPolitik kerana telah muatnaik video ini

PRK Sibu P212: Tunggu apa lagi? DAP pun dah sokong 1-Malaysia

Korang tengok sendiri lah gambar ni.. bukan ada siapa buat buat... ini memang betul si Wong ni pun dah bagi signal yang dia sebenarnya sokong 1-Malaysia

mungkinkah ini satu signal dari Wong agar rakyat menyokong 1-Malaysia?

kata orang perkara yang kita lakukan dengan tak sengaja itu sebenarnya mennunjukkan rasa hati kita yang tulen dan tidak bercampur aduk dengan perasaan lain

orang Sibu tunggu apa lagi?

kalau calon DAP sendiri sudah pasrah dan kini menyokong Gagasan 1-Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak

kita sebagai rakyat biasa harus sedar betapa pentingnya kejayaan Gagasasn 1-Malaysia untuk masa depan negara

sama samalah kita dokong Barisan Nasional demi keamanan dan pembangunan negara tercinta

P212 Sibu: DAP cuba rampas tanah Iban untuk Cina

Blogger Kak Jamaliah (OhPenipu!) yang berada di lapangan membawa satu cerita menarik yang menunjukkan bahawa DAPigs ini sudah mula menipu orang Iban di Sarawak walaupun belum memiliki kuasa... kononnya mereka menjanjikan akan memberikan hakmilik tanah tradisi kepada setiap orang...

hakikatnya mereka memang tak mempunyai kuasa untuk bertindak sebegitu kerana urusan tanah adalah di bawah kerajaan negeri...
jadi apa akalnya???

menurut Kak Jam, DAP nak kudakan Orang Iban dan perah keringat mereka untuk memperkayakan penyokong Cina mereka dengan hasil usaha pribumi Sarawak

bacalah sendiri di sini



mentang mentanglah Presiden PAS, Hadi Awang kata orang Sarawak semua bodoh dan masih pakai cawat, ingat ingatlah sikit bila nak menipu tu...

Monday, May 3, 2010

Mari belajar dari kartun

Para pembaca ingat tak cerita kartun Pocahontas... cerita red Indian kena buli dengan Mat Salleh sombong tu...
kan ada lagu Colours of the wind dalam cerita tu.. jari ni kita nak belajar sikit dari lirik lagu tu


You think you own whatever land you land on

The Earth is just a dead thing you can claim

But I know every rock and tree and creature

Has a life, has a spirit, has a name
Dari empat baris ni kita faham yang lagu ni bercerita tentang manusia yang datang ke tempat orang tapi tak reti hormat apa pun...
Orang jenis ni dia ingat semua benda yang dia boleh nampak dan pegang dia boleh ambik, macam bumi ni tak ada tuan
manusia jenis ni memang tamak, haloba dan rakus dan tak pernah reti berterima kasih dah tak kira banyak mana harta dan kekayaan yang dia miliki, dia tidak akan berasa puas atau cukup...
Dia akan mahu lagi dan lagi
Di tak ada sifat kerohanian, dia tidak ada konsep syukur dan dia tidak ada konsep berkongsi...semua dia nak ambik tanpa mengambil hirau perasaan tuan rumah atau tuan punya tempat...


You think the only people who are people

Are the people who look and think like you

But if you walk the footsteps of a stranger

You'll learn things you never knew you never knew
Empat baris ni pulak menceritakan tentang orang yang sombong kerana memiliki sedikit Ilmu...

Orang jenis ni...walaupun dia baru sesaat buka mata sebelah dia dah ingat dia kenal satu dunia

Manusia dari kam ni walaupun baru sekali melangkah panjang dia ingat dia layak memberitahu semua orang tentang apa yang baik

Manusia jenis ni bongkak dan tidak sedar bahawa sebanyak mana pun ilmu di dada tak terbanding dengan Ilmu yang Allah turunkan ke hati Rasulullah, dan kalau kita sedar yang ilmu yang banyak di dada Rasulullah itu pun tidak samapai setitik dari lautan Ilmu milik Allah...

begini lan bongkaknya manusia manusia jenis ini...

Kononnya hanya merekalah intelektual,

kononnya hanya merekalah yang layak memimpin kita,

kononnya hanya merekalah yang tahu apa itu adil dan apa itu saksama,

kononnya hanya merekalah yang sedar apa yang elok untuk kita sebagai rakyat

apa pendapat aku tidak penting?

apa pemikiran aku ni semuanya salah?

apa yang diajar oleh atuk nenek aku semuanya tak betul?

Sedarlah bahawa sebagai manusia, akal dan deria kita hanya mampu mengesan dan memahami sebahagian kecial shaja dari rahsia alam ini....

Terlalu banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui akal dan pemerhatian

dunia moden ini memang menarik dan menawan tetapi sedarlah bahawa sains, teknologi dan politik barat adalah bagaikan bayi yang belumpun pandai merangkak

Bumi ini sudah wujud jauh lebih lama dari falsafah dan teori barat

eloklah kita kaji dan selidik sistem perundangan dan Kerajaan yang telah berjaya bertahan beribu tahun lamanya dan ambil pengajaran darinya

sedarlah bahawa demokrasi baru bertapak kurang 300 tahun dan kini ianya sudahpun mula runtuh kerana demokrasi ala barat berasaskan politik jangka pendek diusahakan oleh ahli politik yang meraih undi dengan memecahbelahkan masyarakat dan bukan membina muafakat

janganlah kita menjadi begitu bongkak dengan sedikit ilmu di dada

dan janganlah kita hormat orang yang tidak beradab

pikir pikirkan lah

Saturday, December 12, 2009

Nizar cari kutu babi : Melayu yang hancurkan Melayu?






Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak diluluskan penubuhannya  ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Anak Melayu tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Thursday, August 27, 2009

LIVE TBH INQUEST: Goblind tersadung

Tujuan inkeus nak cari sebab TBH mati, jadi antara faktor penting ialah keadaan jiwa dan perasaan si mati betul tak?

kalau nak tahu jiwa dia happy ke guindah gulana ke mestilah tahuegala gala yang berlaku dalam hidupnya pada waktu kejadia.

ada rahsia besar ke yang dia pendam dalam hati?

ada kesalahan yang hendak ditutup ke?

ada ke orang mengugut dia?

kenapa pulak orang nak ugut dia?

Ada gengster Kajang gaduh dengan dia ke?

Ye lah kalau kit aingat balik, Masa cerita Anwar dan keterlampauannya mula nak keluar dudlu, macam macam dibuatnya pada Ummi Hafilda... bukan aku gemar sangat kat si Hafilda tu tapi inilah hakikat, nila terdeak orang akan buat macam macma termasuklah mengugut dan pebagai benda lain

jadi kenapa Goblind takut sangat apa cerita nak dikeluarkan? apa hal pulak ia akan memburukkan simati? dia dah mati. pada masa ini dia mungkin mahu seluruh dunia tahu sebab sebenar mengapa dia mati eloklah keluarkan semua bukti ye tak

takkan nak sorok sorok....

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan