Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Pergolakan Mesir: Pelajar Malaysia di Mesir Dibawa Pulang


Pelajar- pelajar kita yang menuntut di Mesir bakal dibawa pulang oleh pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Keputusan membawa pulang pelajar-pelajar kita ni adalah satu langkah yang bijak kerana keadaan di Mesir semakin runcing dan keselamatan rakyat kita di sana pun terancam...

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam ini, selepas kerajaan mendapati pergolakan di negara itu semakin tidak menentu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamad Thajudeen Abdul Wahab yang kini berada di Kaherah untuk memantau perkembangan krisis di sana. 
''Saya sudah dapat laporan bahawa keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
''Oleh itu, pasukan MKN beri pandangan dan nasihat supaya kita mulakan operasi membawa balik pelajar-pelajar yang ingin kembali secara sukarela dan saya bersetuju dengan pandangan tersebut," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain. 
Perdana Menteri berkata, mulai malam ini, kerajaan akan menempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki dan beberapa tempat lain untuk membawa pulang para pelajar. 
Perdana Menteri berkata, beliau dan Muhyiddin sudah berbincang dengan Universiti Al-Azhar untuk menentukan kaedah peperiksaan bagi pelajar yang kembali ke tanah air. 
''Kita telah tetapkan dalam apa jua keadaan, mesti utamakan keselamatan pelajar. Kita tidak akan melengah-lengahkan lagi seandainya keadaan mungkin menjadi lebih serius, lebih genting dan lebih berbahaya. 
''Tindakan untuk melindungi dan memelihara keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan," katanya. 
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan pesawat Charlie C130 kerana membabitkan masalah logistik yang lebih berat dan perbelanjaan yang lebih tinggi kerana pesawat tentera itu tidak boleh melakukan penerbangan jarak jauh pada satu-satu masa. 
Menurutnya, segala urusan terperinci membawa pulang kumpulan pelajar dari Mesir akan memakan masa kerana tertakluk pada kekosongan tempat duduk yang boleh diperoleh dalam penerbangan dari sana. 
Najib berkata, usaha membawa pulang pelajar dari Mesir ekoran krisis politik di negara itu yang sudah masuk kali kedua sejak 2011 turut mendorong kerajaan untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan. 
''Kita sedang fikir perkara ini, Universiti Al-Azhar merupakan sebuah universiti terkemuka dan tersohor, namanya terbilang. 
''Kita kena kaji sama ada boleh bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk buat (buka cawangan) di Malaysia ataupun alternatif lain tetapi dari segi pengajian Islam," katanya. 
Pada 2011 kira-kira 11,000 pelajar Malaysia dibawa keluar secara berperingkat menerusi Op Piramid ekoran konflik berdarah yang melanda Mesir selepas rakyatnya berdemonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 
Sementara itu, Najib berkata, belum ada persetujuan dicapai bagi mengadakan persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan krisis di Mesir. 
Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan pergolakan di negara itu sebagai isu dalaman mereka. 
''Perkara paling penting sekarang ini ialah mengurus pelajar-pelajar kita di Mesir dan pada masa ini, kita sedang mengkaji dengan teliti situasi di sana," katanya." -Utusan
Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara kita tidak menerima nasib seperti rakyat Mesir..Dah macam tu pun ade lagi babis-babis dan malaun-malaun yang tak habis-habis nak ganggu keamanan negara kita ni..Jadi macam Mesir ni baru nak ada akal kot.. 
 




Thursday, February 3, 2011

Domino tumbang di timur tengah, apa rupa domino baru?


Ketika dunia bersorak tumbangnya kerajaan Tunisia dan goyahnya Presiden Hosni Mubarak di Mesir, adakah sesiapa terfikir apa yang akan menggantikan kekosongan atau vakuum kuasa yang bakal wujud di dua negara penting di Timur Tengah ini?

Dunia arab sememangnya sudah lama dikuasai oleh kerajaan jenis monarki atau autokrasi dan ini terbukti berjaya mewujudkan sedikit kestabilan politik di satu ceruk dunia yang tidak pernah menikmati aman dalam tempoh beberapa kurun yang lalu.

Hosni Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia menggantikan pemimpin berkuku besi tetapi ada yang mengatakan mereka sendiri menjadi pemangsa kepada rakyat sendiri.

Kekayaan terlampau kedua dua pemimpin ini dijadikan kayu pengukur penindasan keatas rakyat. Gambar kereta mewah Ferrari diambil dengan jentera pengangkut di Tunisia tersebar luas, imej istana presiden Tunisia di pecahkan menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir.

Elok lah kalau pemimpin yang baru membawa perubahan positif dan memberi rakyat Mesir satu kehidupan yang lebih bermakna, tetapi adakah mereka yang bertindak memacu penunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir mempunyai rancangan yang jitu bagi memegang tampuk kuasa dan mencari haluan yang terbaik untuk negara mereka.

Adakah mereka sekadar pemimpin Jalanan yang memang pandai bersorak dan mengajak rakyat berdemonstrasi tetapi tak pernah terfikir rancangan jangka panajng.

Hakikatnya, adalah tidak susah untuk rakyat sesuatu negara menjatuhkan kerajaan mereka, samada melalui peti undi ataupun dengan demonstrasi jalanan dan kekacauan tetapi mereka wajib pasti apa yang dimahukan dengan perubahan dan siapakah yang akan membawa mereka ke alam yang lebih enak itu.

Muhammad El Baradei terkenal sebagai manusia yang 'menjual' Iraq kepada Amerika Syarikat, jadi kalau Mubarak diganti dengan El Baradei maka Rakyat Mesir hanya sekadar mengambil tampuk kuasa dari satu kaldai Amerika dan menyerahkan kepada yang satu lagi

Di Tunisia, keadaan sudah sedikit reda dengan timbalan presiden yang dikatana bersih mengambil tampuk Kuasa....tapi Jangan lupa 20 tahun yang lalu, Ben Ali adalah wira Tunisia yang membebaskan rakyat dari belenggu pemimpin yang kejam....

bak kata pujangga, kuasa bisa korup dan kuasa mutlak wajib korup

dalam minda kita sebagai rakyat, politik harus dijadikan sekadar ulam ulam kehidupan, kalau tak ada pun nasi tetap sedap, kalau ada mungkin lebih enak

tetapi tidak seperti ulam, politik yang berlebihan membinasakan, ia membuatkan kita lupa akan kehidupan sebenar, maka itu elok kiranya kita menepis sebanyak yang boleh tempias politik dari hidup kita dan membuat keputusan ketika bertafakur di rumah

maka pergilah kita mendengar ceramah si polan dan si polan, biarlah kita sama ketawa dengan jenakanya dan tak mengapalah kalau kita sama geram setiap kali si politikus menghentam meja tetapi anggaplah ia sebagai hiburan yang mungkin bermakna dan berguna

jangan sesekali kita membuat keputusan tentang masa depan kita di khalayak ramai.

balik lah ke rumah dan selepas solat atau sebelum tidur luangkan sedikit masa untuk bertafakur, untuk memikirkan kehidupan kita di hari yang lalu dan betulkan pegangan hidup dan wawasan kita.

dalam suasana hening dan sepi inilah elok kita sulamkan fikiran dan pendapat bagi menjadi satu wadah kehidupan,

dalam suasana sendiri inilah elok kita memilih marna masa depan untuk diri kita dan, jika boleh arah tuju yang mahu kita tunjukkan kepada anak anak.

Aku amat berharap yang rakyat Mesir sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka mahukan

aku pasti mereka sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka benci dan tidak mahu tetapi sudahkan mereka mengilas walau sejenak apa corak masa depan negara mereka

bak kata pujangga, awas apa yang diidamkan kerna ia mungkin sekali menjadi nyata

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan