Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Wednesday, September 11, 2013

Kenapa Manusia Nak Jadi Batu....


Kadang-kadang sebab banyak mulut bercakap yang buat sesuatu keadaan tu lebih parah.... Nak pulak bercakap benda tak betul dan menghasut... Aishh... Jauhkan lah....Wanita UMNO dinasihatkan tidak menjadi batu api dalam isu berkenaan Sharizat dan Azalina...Eloklah...Lagipun dalam sama parti buat apa bermasam muka...

Laporan dari Sinar Harian...

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsee membidas sesetengah pihak yang menjadi batu api dan melaga-lagakan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


"Perbuatan melaga-lagakan sesama pemimpin Umno tidak menguntungkan parti malah akan dieksploitasikan oleh pihak pembangkang," tegasnya dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.


Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, sepatutnya pihak yang terbabit perlu menghormati keputusan Azalina yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno.


"Tetapi malangnya ada pula kalangan Wanita Umno yang terus mendesak Azalina supaya bertanding kononnya bagi mengukur kekuatan," ujar Syed Ali.


Menurut beliau, desakan itu akhirnya hanya akan melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan Wanita Umno.


"Wanita Umno sudah boleh 'berasa seronok' kerana Shahrizat hampir pasti akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia tanpa bertanding," katanya.


Beliau menegaskan, sikap batu api dan memperlekehkan individu tertentu sepatutnya tidak ada dalam minda pemimpin Umno ketika parti sedang berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.


Menurut Syed Ali, pertandingan merebut jawatan dalam parti khususnya sayap wanita bukan gelanggang untuk seseorang individu itu menguji kekuatan atau pengaruh.


"Azalina dah umum untuk tarik diri walaupun beliau berat untuk berbuat demikian, jadi kita kena hormati keputusan tersebut," ujarnya.


Semalam, Ecxo Wanita Umno Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid menyarankan Azalina supaya terus bertanding bagi mengukur kekuatan sebenarnya untuk mengemudi sayap Umno yang berpengaruh itu.


"Jangan tarik diri kerana khuatir takut kecundang," Maznah dipetik sebagai berkata.


"Mungkin Maznah ikhlas tetapi apabila buat kenyataan selepas bekas Ketua Puteri Umno itu umum tarik diri, akan timbul tanggapan seolah-olah seperti memperlekeh-lekehkan kewibawaan Azalina," kata Syed Ali.  


Azalina semalam dilaporkan akan menarik diri daripada merebut jawatan tertinggi sayap parti itu selepas "dinasihatkan" untuk tidak berbuat demikian.
Beliau dikatakan hanya akan mempertahankan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan akan datang.

Dilaporkan Azlina akan membuat kenyataan rasmi mengenainya pada 20 September depan. 

Azalina pun dah tarik diri...Tak yah nak keruhkan keadaan lagi... Kadang-kadang kita beralah bukan kerana kita lemah atau takut, tapi kita dah buat satu tindakan yang bagus untuk mengelak keadaan negatif.... Tapi tak salah nak bagi peluang pada orang lain sekali sekala....

Monday, September 9, 2013

AWAS! Dia Datang......


Wah wah.... Nampaknya dia mengikut jejak langkah suaminya, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia Mohd. Sumali Reduan... Pelakon Anne Ngasri sudah mula nak mengorak langkah untuk turut terlibat sama dalam politik.... Ni mesti terdorong bila tengok suami kan...hehe....

Baca laporan lanjut dari Sinar Harian....

SHAH ALAM - Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini. 
Laporan BH Online menyebut, cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu. 
Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka.

Monday, August 19, 2013

Hishammuddin Yakin!!


Yakin..tu yang penting...Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin untuk mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO yang disandangnya sejak tahun 2008..lama tu...

Apa pun biarlah perjuangan semua ahli-ahli UMNO ni lebih bersifat untuk memberi manfaat pada rakyat berbanding untuk kepentingan peribadi..biar sesiapa pun yang akan bertanding nanti....jangan syok sendiri nak dapatkan jawatan hanya untuk kuasa untuk diri sendiri dan kroni-kroni mereka..ops!!

"Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin mendapat sokongan penuh daripada Umno Johor untuk dirinya mengekalkan jawatan yang disandangnya itu sejak 2008. 
Beliau turut menyifatkan keputusan Umno memperkenalkan sistem baru menunjukkan parti itu mementingkan perjuangan bangsa Melayu dalam suasana politik hari ini. 
“Pada pandangan saya, tiada lagi berlaku isu-isu seperti serangan peribadi atau menjatuhkan pihak lawan di kalangan mereka yang menawarkan diri yang hendak bertanding di semua peringkat sama ada cawangan mahupun bahagian.
 
“Ini menunjukkan ahli-ahli Umno semakin matang," katanya pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini, semalam.
 
Beliau juga gembira melihat perkembangan Umno Johor kerana menunjukkan permuafakatan baik di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
“Pemilihan melalui kaedah baru ini akan menguji ahli-ahli Umno untuk terus setia dan berjuang kepada bangsa Melayu,” katanya." -Sinar Harian

Wednesday, August 14, 2013

Awakening Muslihat Untuk Jatuhkan UMNO?


Kemunculan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia dikatakan strategi pihak tertentu untuk memecah belahkan UMNO terutama apabila Perhimpunan Agong UMNO akan berlangsung tidak lama lagi..

Nak kene sekeh je sape yang buat onar ni..main cara kotor pulak nak pecah belahkan UMNO...guna orang dalam UMNO pulak tu..

"Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, penyusun dan penerbit berkenaan didakwa sengaja mempergunakan persepsi buku ini yang seolah-olah pandangan 100 peratus bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sedangkan sebenarnya tidak sedemikian.
"Pandangan Abdullah sebenarnya biasa tetapi yang menimbulkan kontroversi adalah penulisan penyusun buku terbabit yang seolah-olah memberi persepsi buruk kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya menyentuh hubungannya dengan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Jelas mereka pergunakan Abdullah untuk merosakkan perpaduan UMNO, lebih-lebih lagi menjelang Perhimpunan Agung UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini."

Harap-harap orang UMNO sendiri bijak menangani isu ini...lakukan apa yang patut untuk perpaduan dan masa depan UMNO.....


Tuesday, August 13, 2013

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia: Penjelasan Tun Abdullah Badawi!!

Tun Abdullah Badawi tampil untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik buku yang diterbitkan mengenai beliau, Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Baca di bawah:-

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan terlibat dalam penulisan, penajaan, penerbitan dan pelancaran buku bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Menurut beliau, persetujuannya untuk diwawancara oleh penyusun-penyusun buku tersebut iaitu Prof. James Chin dan Prof. Bridget Welsh adalah berlandaskan kepada prinsip keterbukaan yang menjadi pegangannya.

Sehubungan itu, Abdullah meminta semua pihak tidak membuat andaian kononnya buku itu ditulis beliau yang bersubahat dengan pakatan pembangkang untuk menentang UMNO.
"Ini sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan di dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan UMNO dan insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir dengan masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia mencetuskan kontroversi selepas beberapa kandungannya dilihat menjurus kepada kritikan terhadap UMNO termasuk menyentuh mengenai hubungan Abdullah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tambah Abdullah, pembabitannya dalam wawancara bersama James dan Welsh pada 2011 lebih tertumpu kepada menjawab soalan yang dibangkitkan penulis-penulis yang menyumbang kepada buku berkenaan serta memberi ruang kepada beliau menjelaskan beberapa perkara.

Menurutnya, walaupun dimaklumkan buku itu bakal memuatkan rencana yang kritis dan kurang menyenangkan tentang kepemimpinannya, namun beliau tetap bersetuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Beliau berkata, analisis yang dihasilkan ahli akademik tentang sejarah politik negara adalah perkara biasa dan era pentadbirannya juga tidak terlepas daripada kajian ilmiah.

Dalam masa sama, ujarnya, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab atas mana-mana jemputan untuk membincangkan atau melancarkan buku tersebut.

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput melancarkan buku ini di Singapura, kalau pun benar, adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," katanya.

Selain itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak merancang menghadiri pelancaran buku berkenaan kerana tidak mahu orang ramai membuat andaian buku tersebut ditulis atau ditaja beliau.

"Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca," katanya. (HUSSAINI AMRAN-pengarang@utusan.com.my)



Diharapkan dengan penjelasan ini, kita semua jelas dengan apa yang berlaku sebenarnya...InsyaAllah....

Sunday, August 11, 2013

Pak Lah Mengalah?



Kalau selama ni dia diam je, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menjawab segala spekulasi sepanjang pentadbiran beliau yang lepas dalam buku terbarunya, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia".

Gua rasa ada baiknya penjelasan ini ditampilkan kerana ianya akan menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul semasa Pak Lah jadi PM...

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustafa Yaakob, bersetuju buku tersebut dapat menjernihkan keadaan sepanjang memerintah negara dari tahun 2003 ke 2008...

“Saya tidak tahu apakah inti pati buku tersebut. Jika dikatakan penjelasan, ia patut dipuji kerana selama ini Abdullah hanya berdiam diri. Jadi dengan menggunakan buku sebagai platform, kita nampak Abdullah bukan terus menyepi sebaliknya ada sebab,” katanya.  
Beliau berkata, penjelasan yang diperkatakan mungkin akan melibatkan beberapa pihak dalam Umno tetapi menolak ia menjurus kepada perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
“Najib mendapat sokongan padu daripada Abdullah dan jarang kita mendengar Najib mengkritik Abdullah. Tetapi ada bekas pemimpin lain yang mungkin dijadikan sasaran,” katanya.
Mustafa berkata, semua pihak harus menerima buku tersebut sebagai satu wadah daripada bekas pemimpin tertinggi dengan hati terbuka.  
“Ditambah dengan pemilihan Umno tidak berapa lama lagi, jangan ada pelbagai tafsiran sama ada daripada kalangan orang Umno mahupun orang luar,” katanya. -Sinar Harian

Gua harap buku ni takkan mengundang apa-apa isu lepas ni...setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabahnya...kita tengok je nanti... 

Haa...Macam ni lahhh.....




"SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak gusar dengan hasrat mana-mana anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober depan.   

Beliau berkata terpulang kepada diri masing-masing untuk bertanding namun hasrat bertanding berkenaan seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.  

"Itu hak mereka, terserah, kita bersifat demokratik, kebebasan diberi, tak ada sekatan untuk mana-mana pihak. Apa yang penting dalam menawarkan diri untuk bertanding ialah keutuhan parti perlu menjadi keutamaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, mengenai ura-ura beberapa tokoh yang berhasrat bertanding merebut jawatan itu.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota parti yang bertanding supaya tidak menabur fitnah atau mereka-reka cerita terhadap calon lain.

Dalam perkembangan lain, anggota Parlimen Semporna itu menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mengkaji semua kesesuaian penempatan perkampungan air di daerah itu.

Katanya, inisiatif itu harus diterima baik semua pihak bukan sahaja untuk kepentingan keselamatan tetapi juga bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah lain termasuk kegiatan penyeludupan dan dadah di kawasan itu.  - Bernama"



Steady lah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kita, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...Sikap terbuka berkenaan jawatan Naib Presiden UMNO harus di puji...Biarlahpersaingan berlaku secara sihat..asalkan ianya untuk kebaikan untuk semua...

Sunday, July 28, 2013

UMNO Sabah Perlu Bekerja Keras-Najib Razak

Gua setuju dengan nasihat yang PM kita bagi ni..PM kita telah memberi peringatan kepada barisan kepimpinan UMNO di Sabah agar lebih bekerja keras untuk memastikan Sabah terus menjadi penyumbang terbesar undi kepada BN dalam pilihanraya.


Gambar dari Utusan Online

Petikan berita dari Utusan 28 Julai 2013:


"KOTA KINABALU 27 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan barisan kepimpinan parti di negeri ini supaya terus bekerja keras bagi memastikan Sabah kekal sebagai 'deposit tetap' yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri turut memberi nasihat dan pandangan beliau kepada barisan kepimpinan UMNO Sabah dalam usaha mengukuhkan lagi peranan badan perhubungan di negeri ini."



Seharusnya barisan UMNO harus bersatu padu dan sentiasa mencari jalan dan idea terbaik untuk memastikan UMNO terus kukuh di bumi Malaysia. Bukan tu je... terus perbaiki kelemahan yang ada untuk memastikan tahap keyakinan rakyat terus kukuh bersama UMNO...


P/S: Ada masa, kaji la balik sejarah kemerdekaan negara kita..siapa yang telah bersusah payah membawa kemerdekaan kepada negara tercinta..jangan tau nak porak peranda usaha orang je...

Wednesday, July 24, 2013

Apakah pula fitnah terbaru Pakatan haram petang dan malam ni?

kb-undi1x
Sama-sama Melayu dan sama -sama Islam..Belajarlah terima Qada dan  Qadar. Sudah kalah..kalahlah..!!!

Ketika artikel ni ditulis ada kira-kira 1 jam 15 minit sahaja lagi untuk pengundi Kuala Besut menjalankan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat mereka.

Sudah terlalu lambat untuk merayu kepada pengundi Kuala Besut untuk memilih mana-mana calon sebagai wakil rakyat mereka dan tentulah di dalam benak mereka sudah tergambar lambang parti mana yang akan dipilih.

Kami di Melayu Bersatu dengan penuh percaya meletakkan kepercayaan kepada pengundi Kuala Besut untuk membuat pilihan terbaik. 

Kami dengan penuh yakin meramalkan bahawa BN akan mencapai kemenangan di Kuala Besut tetapi soalnya adakah gerombolan Pakatan Haram akan dapat menerima kekalahan mereka?

Kami merasakan tentulah kemenangan BN hari ini akan menjadi pertikaian. Sudah tentulah akan ada fitnah-fitnah yang akan dilemparkan oleh pihak yang kalah. Yang menjadi mangsa tentulah BN ataupun SPR sendiri.

Kalau dalam PRU ke 13 ada istilah BLACKOUT tentulah kalau kemenangan berpihak kepada BN petang ini akan lahir pula istilah baru untuk menidakkan kemenangan mutlak BN itu.

Kalau tidak buat huru hara bukanlah AnWAR namanya.

Bersedialah dengan permainan kotor yang tidak akan ada hentinya ini.

Saturday, December 12, 2009

Nizar cari kutu babi : Melayu yang hancurkan Melayu?






Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak diluluskan penubuhannya  ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Anak Melayu tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Thursday, October 8, 2009

Nizar melolong : Akademi Bagan Pinang





TAN SRI ISA SATU DALAM SEJUTA

11hb ni hari buang undi dan buang suey (suey  kalau undi PAS) di Bagan Pinang. Keadaan di Bagan Pinang dah macam akademi Fantasia gayanya. Tan Sri Isa ibarat Mawi yang penuh aura dan menarik minat para pengundi. Calon PAS yang namanya orang tak berapa tahu nak sebut tu macam dah siap siap nak tersingkir awal. Tapi tak jauh kalau dia kena tarik beg dia keluar dari Bagan Pinang, ke Lenggeng je(itupun kalau pengundi Lenggeng nak tengok muka dia lagi).

Itulah Tan Sri Isa Samad yang penuh dengan aura..Tua dan muda bukan sahaja rakyat Bagan Pinang malah seluruh Malaysia senang dan sayang padanya. Siapa tak suka Tan Sri Isa  tak sihatlah dia (pinjam ayat Tan Sri Isa).

PAS pati terhemPAS!!!!!!!

Sunday, October 4, 2009

Nizar jatuh terduduk : Siapa ajar budak ni jadi tak senonoh??



bila cikgu doa macam ni



anak murid jadi macam ni


Sekali tengok macam alim besar..dua kali tengok macam taliban (dia ni adik tiri osama laden kot) dan tiga kali tengok anakmelayu terfikir anak siapa lah ni (macam tak cukup didikan) dan bila dah mula nak menyampah tengok pasal dah mula rasa macam budak tak betul je ni.

Masa dekat kampung anakmelayu mesti kena hentam kalau main sepit baju tu..tapi brader kita yang alim besar hidup tak keruan dan panas hati macam perangai setan muka tak puas hati (eh segala yang buruk le pada budak tak senonoh ni) kemaruk main sepit.Mak dia mesti garang tak kasi dia main sepit masa dia budak budak dulu (ke orang tua dia pun tak mau tengok dia ni) Budak tak senonoh ni kalau ada mana mana ada company nak pakai sandwichman boleh le appoint budak ni.

Tanya Nik Ajis pasal dia le cikgu pada budak ni!!!!

Bagan Pinang: Nizar melolong lagi




Mantan Menteri Besar Perak, Nijar hari ni berceramah dekat Batu 4 untuk pilihanraya kecil  Bagan Pinang. Bilangan orang yang datang selepas ditolak petugas petugas tengik PAS jumlah orang yang hadir adalah dalam 50-70 orang. Itu Melayu Bersatu kasi maksimum...kalau ikhlas cakap adalah dalam 30 orang.

Nampaknya Nizar bukan peduli sangat pasal Pesuruhjaya PAS yang tak lama lagi nak jadi Pesuruhjaya Sumpah tu, sebaliknya dia sibuk cakap pasal kisah dia jadi Menteri Besar Perak..Allo brader dah dah le tu..satu Malaya dah tau kau tu MANTAN. Tak ada orang nak peduli pasal kau lagi. Camry pun dah lelong kau nak apa lagi.

Megah pulak tu kata masa dia jadi Menteri Besar kasi kaum Tionghua tanah untuk tempoh sampai bila bila. Kau ingat ini tanah atuk kau yang punya. Pandai pulak nafikan PAS bukan boneka DAP.

Pakatan Gila ni kalau kau orang boleh gunakan kepala otak (puak puak PAS ada otak ke) sebenarnya adalah parti orang orang kecewa. Nuar Berahim kena tendang UMNO masuk Pakatan Gila, Zaid Ibrahim lepas tak cukup pencalonan nak tanding Ketua Bahagian nak cover malu masuk Pakatan Gila. Chua Jui Meng lepas tak laku masuk Pakatan Gila..Ni le perangai pemimpin Pakatan Gila..Merajuk kalah budak budak..

Amacam Isa Samad dengan Ali Rustam? Kena gantung masih setia dengan parti. Inilah baru pemimpin sejati..Hukuman seberat mana pun dia orang pikul pasal sayangkan parti dan perjuangan lebih dari segalanya..Nijar Mantan Menteri Besar kau kena belajar dengan dua orang tokoh ni macam mana nak tau erti redha bukan terpekik terlolong sana sini...Tak dapek den nak nolong!!!

Friday, October 2, 2009

Nizar Harami: Antara suratkhabar lama dan sampah lama






ANTARA SURAT KHABAR LAMA YANG SUDAH DIKITAR SEMULA DAN SAMPAH LAMA YANG ENTAH BILA NAK DIBUANG


Kata Azmin Ali: Tan Sri Isa Samad ibarat surat khabar lama yang dikitar semula oleh UMNO/BN apabila dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Surat khabar lama jika dikitar semula masih boleh digunakan dan masih boleh menyumbang sesuatu dan jauh lebih baik dari sampah lama yang telah berkulat dan penuh dengan segala lalat dan ulat yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Apa yang nak dihairankan jika di Kelantan penuh dengan sampah dan segala jenis kekotoran kalau boss yang memerintah Kelantan ibarat sampah lama yang penuh dengan sagala ulat dan lalat yang telah lama sepatutnya dibuang.

Yang mendatangi sampah hanyalah lalat lalat dan yang lebih teruk anjing jugak suka mendatangi sampah..

Buang buang je lah sampah lama..sampah tak boleh nak dikitar semula...

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Jangan sentuh peribadi calon

'Sempena bulan Syawal ni jangan sentuh peribadi calon'...Itu bukan anakmelayu yang cakap tadi si tua nyanyuk nama Nik Ajis yang cakap. Kata dia dalam bulan baik ni jangan sentuh peribadi calon..Aduhai terkemut jubo dan meleleh air hidung dengar dia cakap macam tu.

Semalam masa umumkan kuda tunggangan Pakatan Gila untuk Bagan Pinang nasihat dari kuda tua PAS tu kena langgar semacam je oleh kuda kuda sondol PAS, DAP dan PKR. Semua hentam Tan Sri Isa macam orang gila meroyan. Eh! goyang jugak rupanya dengan Tan Sri Isa..Ingatkan handal sangat lembu sondol Pakatan Gila ni. Jangan lupa Pakatan Gila ni hanya handal dalam reban dia orang jek..Budak Permatang Pauh asal tak datang semalam? Pergi luar negeri..alasan je..Ada agenda lain tu.

Goyang jugak puak puak Pakatan Gila ni sampai hantar kuda tunggang nombor 1 Negeri Sembilan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Wow..power jugak Tan Sri Isa sampai PAS termasuk telur macam kena angin pasang.

Tapi kalau tengok jumlah juak juak Pakatan Gila yang hadir semalam, mau lelah dan jadi kuda tempang si Pesuruhjaya PAS tu. Lepas ni boleh lah jadi Pesuruhjaya SUMPAH pulak..Pelanggan pertama kau suruh budak Permatang Pauh tu angkat sumpah.....hahahahaha.....masuk longkang beb!!

Nizar rebah dirumah: Tak sampai 500 orang datang pengumuman calon PAS

Dah lah buat di tempat DAP, nampak pun macam DAP punya event...ramai Cina dari Melayu


Hadi Awang berucap...


Lepas tu tak ramai pulak orang yang datang, tak sampai 500 orang pun yang muncul


Inilah dia, 500 orang yang datang, 
gerai PAS lengang
Bihun Sup pun tak laku

bila Hadi Awang sampai ada lah mamat yang jerit 'TakeBeer' tapi yang menyahutnya tak smapai 10 orang.. Tiga kali dia jerit, tiga kali tak bersambut...


Muka semua dah macam cicak telan kapur,
ye lah lengang se lengang lengang nya 
mana tak rupa Kit Siang bintang tiga tu 
macam nak mengamuk aje

yang kelakar nya si MSO, penuilis Upahan Khairy Jamaludin tu cuba nak tutup malu PAS dengna mengatakan di acara BN 3,000 orang datang tapi tak sebut berapa ramai orang di tempat PAS...




Ni hah rupa pemimpin BN, 
happy dengar orang bersorak nama Isa Samad 
macam Rock Star

Kalau BN 3,000, PAS kiranya 150 orang ajelah datang..


Ni baru satu khemah, 
ada lagi dua khemah yang penuh 
dan kat luar pun ramai orang tengah tunggu DS najib, 
kira lah sendiri

Katering untuk BN 10,000 orang dan semua makanan lesap sebelum mula pun event....


Najib nak masuk ke dalam khemah 
dekat 20 minit baru boleh sampai ke meja, 
punya ramainya orang berebut nak bersalam


biasanya katering untuk 10,000 katerer biasanya masak untuk 12,000 orang. Kalau ye pun orang Bn kuat makan tak kan sampai habis semua makanan

perh takkan lah 3,000 orang makan makanan untuk 12,000 orang... 

Monday, September 28, 2009

Bagan Pinang: KJ di rumah terbuka Nasharuddin



Jeng jeng jeng..KJ khabarnya ada di rumah terbuka Nasharuddin. Bincang pasal kerjasama UMNO-PAS yang terbengkalai suatu ketika dahulu??

Alangkah baik kalau ada 'nujum Pak Belalang' yang boleh tahu apa yang dibincangkan.

Ada yang senyum dan ada juga rakan-rakan yang garu telur fikirkan apa yang dibincangkan..

Keputusan pilihanraya Bagan Pinang nanti agaknya boleh gambarkan apa yang dibincangkan antara KJ dan Nasharuddin...lalalalalalala

p/s: Selamat Hari Raya House PK Parpu..

Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang: Tak ada ikhlasnya Pakatan Rakyat




kononnya orang orang estet ni akan menyokong Pakatan Rakyat dlm piliharaya Bagan Pinang
mari main teka nombor: berapakah bilangan pekerja estet yg sebenarnya jika ditolak dengan
jumlah balaci balaci Pakatan Rakyat di dalam gambar ni?
kesian Pakatan Gila ni


Tiba tiba Pakatan Rakyat nak jadi hero Tamil..kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja pekerja estet untuk mendapatkan gaji minima RM 900 sebulan.

Pirah mabuk..dah berapa bulan jadi Ahli Parlimen Teluk Kemang dah dekat pilihanraya kecil Bagan Pinang ni baru kau menyalak nak perjuangkan nasib dia orang ni...Agaknya kalau tak ada pilihanraya ni sampai mati pun kau tak akan tau kesusahan dia orang. Kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja ladang Atherton di Teluk Kemang. Betul niat tu nak tolong orang susah (kalau benar benar susah lah) tapi soalnya kenapa baru sekarang? Kan dah setahun lebih jadi wakil rakyat takkan nak pilihanraya baru nak menyalak kata nak tolong rakyat.

Takde ikhlasnya dengan Pakatan Rakyat ni..Memang wakil rakyat Pakatan ni cuma tahu berpolitik..Nak bangunkan dan majukan rakyat jauh panggang dari api..Takde politik takdelah Pakatan Rakyat.

Bagan Pinang: Kelibat Isa Samad digeruni PAS


cakaran harimau yang buat PAS susah hati

Belum lagi diumumkan nama calon BN untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, PAS dah mula kecut telur apabila ada ura ura untuk meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon.

Salehuddin Ayub minta UMNO dan BN calonkan calon yang bersih dari tuduhan politik wang. Eh! Sallehudin ni sejak bila jadi penasihat BN dan UMNO pulak yang sibuk sibuk nak rekomen calon untuk UMNO dan BN?

Semua tu alasan PAS untuk UMNO supaya tidak mencalonkan Tan Sri Isa Samad yang sememangnya cukup popular di kalangan pengundi Bagan Pinang. Andaikata Tan Sri Isa Samad dicalonkan PAS akan telanjang bulat kena mandi di Bagan Pinang.

Kalau benar sekalipun tuduhan politik wang apa bezanya dengan peliwat dan pengkhianat negara yang nak dinobatkan dan gila untuk jadi Perdana Menteri tu?? Bekas banduan pulak yang nak di julang oleh puak puak PAS ni..Inilah kegilaan tahap meroyan..

p/s: Untuk BN, kalau tak calonkan Isa Samad anakmelayu nak cadangkan untuk calonkan Rohaizat atau Wan Farid..Fuhh...jangan degil tak reti bahasa..!!!


VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan