Showing posts with label shafie afdal. Show all posts
Showing posts with label shafie afdal. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Mereka kah Naib Presiden UMNO?

Gambar dari Kosmo

Uish.... Terserlah keyakinan... Tambah2 lak tengok muka Zahid Hamidi... Mungkinkah mereka Naib Presiden UMNO??

Kali ini kita bakal menyaksikan saingan 6 penjuru... Selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanding untuk merebut kerusi Naib Presiden, Pengerusi Felda,Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga turut bertanding.

Uish.. Panas....Sengit...Masing-masing ada kelebihan tersendiri... Tapi siapa yang betul-betul layak?

Namun salah sorang calon tersebut, Tan Sri Isa Samad  tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.



Baca cerita lanjut....

MARAN, 22 Sept (Bernama) -- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.


Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.



"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat sini hari ini.



Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.



Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti.



-- BERNAMA

Sunday, August 11, 2013

Haa...Macam ni lahhh.....




"SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak gusar dengan hasrat mana-mana anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober depan.   

Beliau berkata terpulang kepada diri masing-masing untuk bertanding namun hasrat bertanding berkenaan seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.  

"Itu hak mereka, terserah, kita bersifat demokratik, kebebasan diberi, tak ada sekatan untuk mana-mana pihak. Apa yang penting dalam menawarkan diri untuk bertanding ialah keutuhan parti perlu menjadi keutamaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, mengenai ura-ura beberapa tokoh yang berhasrat bertanding merebut jawatan itu.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota parti yang bertanding supaya tidak menabur fitnah atau mereka-reka cerita terhadap calon lain.

Dalam perkembangan lain, anggota Parlimen Semporna itu menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mengkaji semua kesesuaian penempatan perkampungan air di daerah itu.

Katanya, inisiatif itu harus diterima baik semua pihak bukan sahaja untuk kepentingan keselamatan tetapi juga bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah lain termasuk kegiatan penyeludupan dan dadah di kawasan itu.  - Bernama"



Steady lah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kita, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...Sikap terbuka berkenaan jawatan Naib Presiden UMNO harus di puji...Biarlahpersaingan berlaku secara sihat..asalkan ianya untuk kebaikan untuk semua...

Friday, August 2, 2013

Pemansuhan EO,ISA Dikekalkan ATAU Pembaharuan Dilakukan?


Kenaikan kadar jenayah melibatkan penggunaan senjata api semakin meningkat kebelakangan ini..Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaitkan dengan peningkatan tersebut..Sejauh mana kebenaran keadaan ini dengan penghapusan EO dan ISA?

Jika dilihat dari sudut jenayah melibatkan senjata api, pada gua tidak berapa tepat jika kita mahu kaitkan dengan pemansuhan tersebut. Ini kerana penggunaan senjata api juga mungkin lebih melibatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan kita yang mungkin lemah dan menyumbang kepada faktor penyeludupan senjata api secara berleluasa..Keadaan ini memudahkan para pembunuh upahan mudah untuk mendapatkan senjata api untuk melakukan jenayah.. Jadi, tidak peliklah kenapa kes bunuh di negara kita ini banyak melibatkan senjata api kerana ianya mudah diperolehi dan lebih mudah untuk dilakukan berbanding menggunakan senjata lain seperti pisau.

Pemansuhan EO dan ISA lebih tepat lagi boleh dikaitkan dengan kes pasangan Alvin dan Vivian dalam kes "Bah Kut Teh berlogo halal" dan isu video 1 Hari Dihari Raya oleh Chetz Yusof@ Maznah Mohd Yusof..Ini kerana isu-isu sebegini mempunyai unsur-unsur penghasutan dan penghinaan kepada agama Islam dan mungkin pada masa akan datang jika agama lain juga di hina, tindakan tegas harus dilakukan dan diperlaksanakan...

Namun, kedua-kedua keadaan ini saling berkaitan jika melibatkan keselamatan negara. Pembunuhan bersenjata api lebih melibatkan fizikal dan nyawa manusia manakala isu penghinaan agama Islam itu lebih melibatkan serangan psikologi dimana akan mewujudkan keadaan huru-hara dan rasa tidak puas hati yang akan mengundang kepada keadaan yang lebih teruk lagi.

Mungkin kerajaan harus mengkaji semula pemansuhan EO dan ISA. Samada mahu mewujudkan semula akta-akta ini atau mewujudkan akta lain untuk mengawal keadaan seperti ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat...nanti jangan dah huru hara, baru nak ambil tindakan...PREVENTION IS BETTER THAN CURE!!

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan