Showing posts with label Tan Sri Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Isa Samad. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Mereka kah Naib Presiden UMNO?

Gambar dari Kosmo

Uish.... Terserlah keyakinan... Tambah2 lak tengok muka Zahid Hamidi... Mungkinkah mereka Naib Presiden UMNO??

Kali ini kita bakal menyaksikan saingan 6 penjuru... Selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanding untuk merebut kerusi Naib Presiden, Pengerusi Felda,Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga turut bertanding.

Uish.. Panas....Sengit...Masing-masing ada kelebihan tersendiri... Tapi siapa yang betul-betul layak?

Namun salah sorang calon tersebut, Tan Sri Isa Samad  tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.



Baca cerita lanjut....

MARAN, 22 Sept (Bernama) -- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.


Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.



"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat sini hari ini.



Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.



Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti.



-- BERNAMA

Monday, January 10, 2011

Felda Tenang didatangi Isa Samad


Felda Tenang kecoh seketika bila ada NGO yang cuba memporak peranda kan warga mereka, NGO yang diketuai oleh anak warga Felda yang tersohor masalahnya ketika dalam rancangan.

Terkenal dengan sikap malas dan tidak bekerjasama, manusia ini sekarang digunakan oleh pembangkang untuk menaikkan kebencian warga Felda kepada Kerajaan.

Nama manusia bangsat ini ialah Mazlan Aliman

Maaf bercakap tapi penegerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Noor, lebih sesuai jadi pensyarah kuliah ugama di universiti dari ahli politik, dia memang tak cekap nak hadapi masalah ni, jadi bila Felda kena serang dengan manusia bangsat macam si Mazlan ni pun Yusof Noor tak boleh nak handle.

Memang betul bawah Yusof Noor Felda berjaya mengubah imej dan kini mengorak langkah menjadi satu syarikat perladangan dan hartanah yang bercorak global tapi sebagai pengerusi satu badan semi kerajaan, Usop Noor kena lebih cekap berhujah.

Di sinilah masuk Isa Samad. Isa samad ni memang seorang yang mudah didekati, kau tanya orang PAS pun dia mengaku, kalau jumpa si Isa ni susah nak marah kat dia....di kebil kebil sikit senyum sengih sekejap dan tarik kolar baju dua tiga kali ...kita pun lupa dia hali politik


kalau dudk beresembang dengan Isa ni kita memang ingat dia ni cikgu ke atau pun orang kampung yang berjaya, cara dia bercakap, cerita dia semuanya benda yang mudah kita faham

takde dia nak sembang bab bab polisi lah masalah negara yang besor besor ataupun nak cerita teori it teori ini.

Kamu cakap masalah buah sawit yang tak berapa elok, dia akan tanya masalah apa, pekerja ke? tanah tak elok ke? baja tak kualiti ke? hujan terlebih ke ataupun apa masalah nya....

lepas bersembang dia pun beritahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat dengan cara yang ramai orang boleh faham dan terima...itu aje, mudah

Isa ni pulak memang cekap memahami masalah orang, dia boleh duduk bersembang kejap dan tangkap apa masalah dan apa penyelesaian yang orang tu nak itu yang sedap bercakap dengan Isa

pas tu dia tak lah pulak janji yang bukan bukan, dia janji setakat yang dia rasa Kerajaan atau Felda boleh buat, itu aje.

Ye lah kita semua ada akal, kita semua boleh nilai takat mana sesuatu masalah boleh diselesaikan, kalau maslaah tu penipuan atau sistem kerja yang tak efisien atau betul, boleh kita bongkarkan dan berhentikan, itu antara masalah yang sesetengah orang Felda komplen, cara tanam, cara baja tak betul dan itu ini lah...

tapi kalau masalahnya disebabkan pokok sakit takkan nak suruh Felda turunkan mukjizat bagi pokok sihat balik...susah lah beb...

Kita kena ingat balik, warga Felda ni memang kena kerja keras, dia dapat tanah, dia kena usahakan sebagai ladang dan juga tanah bercucuk tanam untuk keluarga,

bekerja dengan bumi ni memang teruk, tak macam duduk kat ofis atau kerja kilang. Kerja dengan bumi ni pulak tak kisah kalau nak kerja ke tidak takde siapa nak marah,

cuma kalau tak kerja takde makan lah...itu puncanya setengah peneroka rumah buruk wlaupun jiran sebelah rumah dah naik batu dua tingkat dan anak semua masuk universiti.

sapa rajin dengan bumi dia senang, sapa malas dia miskin, InsyAllah

Bila Isa turun bersembang dengan warga Felda di DUN Tenang, mereka sedar yang sebenarnya memang Felda ni tak sempurna, ada cacat dan ada celanya tapi mereka juga sedar bahawa Felda ni lagi banyak elok dari yang tak elok....

Yang tak elok kita cuba lah tegur dan betulkan, yang dah elok mari lah kita sorakkan

Isa ni seorang ahli politik zaman transisi Malaysia dari masa susah selepas Merdeka ke masa senang era pembangunan, jadi dia masih ingat macamana pentingnya tanggungjawab ahli politik untuk menyatukan rakyat kerana perpaduan menjamin keamanan dan sesebuah negara hanya boleh membangun dan membina masyarakat madani di atas bongkah keamanan

Unity and peace form the bedrock of any great civilisation....

ahli politik pembangkan tidak ramai yang faham pentingnya perpaduan, kerana kerja mereka membangkang dan memecahbelahkan masyarakat agar dapat menarik serpihan baru untuk menyokong mereka



Pembangkan menuduh Kerajaan cuba memecahbelahkan masyarakat, tetapi sebenarnya sesuatu kerajaan hanya boleh kekal berkuasas sekiranya rakyat bersatu kerana lazimnya rakyat yang bersatu akan mengundi kerajaan yang sedia ada bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan yang sedia ada


Macamana Anak cuba memporak perandakan warga Felda, Isa datang untuk menyatukan mereka kembali agar mereka terus fokus kepada masa depan.

Thursday, October 8, 2009

Nizar melolong : Akademi Bagan Pinang





TAN SRI ISA SATU DALAM SEJUTA

11hb ni hari buang undi dan buang suey (suey  kalau undi PAS) di Bagan Pinang. Keadaan di Bagan Pinang dah macam akademi Fantasia gayanya. Tan Sri Isa ibarat Mawi yang penuh aura dan menarik minat para pengundi. Calon PAS yang namanya orang tak berapa tahu nak sebut tu macam dah siap siap nak tersingkir awal. Tapi tak jauh kalau dia kena tarik beg dia keluar dari Bagan Pinang, ke Lenggeng je(itupun kalau pengundi Lenggeng nak tengok muka dia lagi).

Itulah Tan Sri Isa Samad yang penuh dengan aura..Tua dan muda bukan sahaja rakyat Bagan Pinang malah seluruh Malaysia senang dan sayang padanya. Siapa tak suka Tan Sri Isa  tak sihatlah dia (pinjam ayat Tan Sri Isa).

PAS pati terhemPAS!!!!!!!

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang: Nizar melolong lagi




Mantan Menteri Besar Perak, Nijar hari ni berceramah dekat Batu 4 untuk pilihanraya kecil  Bagan Pinang. Bilangan orang yang datang selepas ditolak petugas petugas tengik PAS jumlah orang yang hadir adalah dalam 50-70 orang. Itu Melayu Bersatu kasi maksimum...kalau ikhlas cakap adalah dalam 30 orang.

Nampaknya Nizar bukan peduli sangat pasal Pesuruhjaya PAS yang tak lama lagi nak jadi Pesuruhjaya Sumpah tu, sebaliknya dia sibuk cakap pasal kisah dia jadi Menteri Besar Perak..Allo brader dah dah le tu..satu Malaya dah tau kau tu MANTAN. Tak ada orang nak peduli pasal kau lagi. Camry pun dah lelong kau nak apa lagi.

Megah pulak tu kata masa dia jadi Menteri Besar kasi kaum Tionghua tanah untuk tempoh sampai bila bila. Kau ingat ini tanah atuk kau yang punya. Pandai pulak nafikan PAS bukan boneka DAP.

Pakatan Gila ni kalau kau orang boleh gunakan kepala otak (puak puak PAS ada otak ke) sebenarnya adalah parti orang orang kecewa. Nuar Berahim kena tendang UMNO masuk Pakatan Gila, Zaid Ibrahim lepas tak cukup pencalonan nak tanding Ketua Bahagian nak cover malu masuk Pakatan Gila. Chua Jui Meng lepas tak laku masuk Pakatan Gila..Ni le perangai pemimpin Pakatan Gila..Merajuk kalah budak budak..

Amacam Isa Samad dengan Ali Rustam? Kena gantung masih setia dengan parti. Inilah baru pemimpin sejati..Hukuman seberat mana pun dia orang pikul pasal sayangkan parti dan perjuangan lebih dari segalanya..Nijar Mantan Menteri Besar kau kena belajar dengan dua orang tokoh ni macam mana nak tau erti redha bukan terpekik terlolong sana sini...Tak dapek den nak nolong!!!

Friday, October 2, 2009

Nizar Harami: Antara suratkhabar lama dan sampah lama






ANTARA SURAT KHABAR LAMA YANG SUDAH DIKITAR SEMULA DAN SAMPAH LAMA YANG ENTAH BILA NAK DIBUANG


Kata Azmin Ali: Tan Sri Isa Samad ibarat surat khabar lama yang dikitar semula oleh UMNO/BN apabila dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Surat khabar lama jika dikitar semula masih boleh digunakan dan masih boleh menyumbang sesuatu dan jauh lebih baik dari sampah lama yang telah berkulat dan penuh dengan segala lalat dan ulat yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Apa yang nak dihairankan jika di Kelantan penuh dengan sampah dan segala jenis kekotoran kalau boss yang memerintah Kelantan ibarat sampah lama yang penuh dengan sagala ulat dan lalat yang telah lama sepatutnya dibuang.

Yang mendatangi sampah hanyalah lalat lalat dan yang lebih teruk anjing jugak suka mendatangi sampah..

Buang buang je lah sampah lama..sampah tak boleh nak dikitar semula...

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Jangan sentuh peribadi calon

'Sempena bulan Syawal ni jangan sentuh peribadi calon'...Itu bukan anakmelayu yang cakap tadi si tua nyanyuk nama Nik Ajis yang cakap. Kata dia dalam bulan baik ni jangan sentuh peribadi calon..Aduhai terkemut jubo dan meleleh air hidung dengar dia cakap macam tu.

Semalam masa umumkan kuda tunggangan Pakatan Gila untuk Bagan Pinang nasihat dari kuda tua PAS tu kena langgar semacam je oleh kuda kuda sondol PAS, DAP dan PKR. Semua hentam Tan Sri Isa macam orang gila meroyan. Eh! goyang jugak rupanya dengan Tan Sri Isa..Ingatkan handal sangat lembu sondol Pakatan Gila ni. Jangan lupa Pakatan Gila ni hanya handal dalam reban dia orang jek..Budak Permatang Pauh asal tak datang semalam? Pergi luar negeri..alasan je..Ada agenda lain tu.

Goyang jugak puak puak Pakatan Gila ni sampai hantar kuda tunggang nombor 1 Negeri Sembilan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Wow..power jugak Tan Sri Isa sampai PAS termasuk telur macam kena angin pasang.

Tapi kalau tengok jumlah juak juak Pakatan Gila yang hadir semalam, mau lelah dan jadi kuda tempang si Pesuruhjaya PAS tu. Lepas ni boleh lah jadi Pesuruhjaya SUMPAH pulak..Pelanggan pertama kau suruh budak Permatang Pauh tu angkat sumpah.....hahahahaha.....masuk longkang beb!!

Tuesday, September 29, 2009

Nizar sakit jantung: Bagan Pinang dipertahan oleh Isa Samad

Lebih 10,000 orang memnuhi khemah besar yang dipacak di tepi jalan di Batu 6, Jalan Teluk Kemang...

Sorakan dan teriakan menyebut nama Tan Sri Isa Samad menujukkan bahawa rakyat tempatan memang benar benar mahukan beliau

kini tiba masa untuk menghantarnya ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dengan majoriti yang lebih besar...

Kekalahan tipis di Manek urai menunjukkan bahawa jika pengundi diberikan calon yang mereka mahukan , mereka akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Harapnya begitulah di Bagan Pinang....

Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang: Kelibat Isa Samad digeruni PAS


cakaran harimau yang buat PAS susah hati

Belum lagi diumumkan nama calon BN untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, PAS dah mula kecut telur apabila ada ura ura untuk meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon.

Salehuddin Ayub minta UMNO dan BN calonkan calon yang bersih dari tuduhan politik wang. Eh! Sallehudin ni sejak bila jadi penasihat BN dan UMNO pulak yang sibuk sibuk nak rekomen calon untuk UMNO dan BN?

Semua tu alasan PAS untuk UMNO supaya tidak mencalonkan Tan Sri Isa Samad yang sememangnya cukup popular di kalangan pengundi Bagan Pinang. Andaikata Tan Sri Isa Samad dicalonkan PAS akan telanjang bulat kena mandi di Bagan Pinang.

Kalau benar sekalipun tuduhan politik wang apa bezanya dengan peliwat dan pengkhianat negara yang nak dinobatkan dan gila untuk jadi Perdana Menteri tu?? Bekas banduan pulak yang nak di julang oleh puak puak PAS ni..Inilah kegilaan tahap meroyan..

p/s: Untuk BN, kalau tak calonkan Isa Samad anakmelayu nak cadangkan untuk calonkan Rohaizat atau Wan Farid..Fuhh...jangan degil tak reti bahasa..!!!


VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan