Monday, January 10, 2011

Felda Tenang didatangi Isa Samad


Felda Tenang kecoh seketika bila ada NGO yang cuba memporak peranda kan warga mereka, NGO yang diketuai oleh anak warga Felda yang tersohor masalahnya ketika dalam rancangan.

Terkenal dengan sikap malas dan tidak bekerjasama, manusia ini sekarang digunakan oleh pembangkang untuk menaikkan kebencian warga Felda kepada Kerajaan.

Nama manusia bangsat ini ialah Mazlan Aliman

Maaf bercakap tapi penegerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Noor, lebih sesuai jadi pensyarah kuliah ugama di universiti dari ahli politik, dia memang tak cekap nak hadapi masalah ni, jadi bila Felda kena serang dengan manusia bangsat macam si Mazlan ni pun Yusof Noor tak boleh nak handle.

Memang betul bawah Yusof Noor Felda berjaya mengubah imej dan kini mengorak langkah menjadi satu syarikat perladangan dan hartanah yang bercorak global tapi sebagai pengerusi satu badan semi kerajaan, Usop Noor kena lebih cekap berhujah.

Di sinilah masuk Isa Samad. Isa samad ni memang seorang yang mudah didekati, kau tanya orang PAS pun dia mengaku, kalau jumpa si Isa ni susah nak marah kat dia....di kebil kebil sikit senyum sengih sekejap dan tarik kolar baju dua tiga kali ...kita pun lupa dia hali politik


kalau dudk beresembang dengan Isa ni kita memang ingat dia ni cikgu ke atau pun orang kampung yang berjaya, cara dia bercakap, cerita dia semuanya benda yang mudah kita faham

takde dia nak sembang bab bab polisi lah masalah negara yang besor besor ataupun nak cerita teori it teori ini.

Kamu cakap masalah buah sawit yang tak berapa elok, dia akan tanya masalah apa, pekerja ke? tanah tak elok ke? baja tak kualiti ke? hujan terlebih ke ataupun apa masalah nya....

lepas bersembang dia pun beritahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat dengan cara yang ramai orang boleh faham dan terima...itu aje, mudah

Isa ni pulak memang cekap memahami masalah orang, dia boleh duduk bersembang kejap dan tangkap apa masalah dan apa penyelesaian yang orang tu nak itu yang sedap bercakap dengan Isa

pas tu dia tak lah pulak janji yang bukan bukan, dia janji setakat yang dia rasa Kerajaan atau Felda boleh buat, itu aje.

Ye lah kita semua ada akal, kita semua boleh nilai takat mana sesuatu masalah boleh diselesaikan, kalau maslaah tu penipuan atau sistem kerja yang tak efisien atau betul, boleh kita bongkarkan dan berhentikan, itu antara masalah yang sesetengah orang Felda komplen, cara tanam, cara baja tak betul dan itu ini lah...

tapi kalau masalahnya disebabkan pokok sakit takkan nak suruh Felda turunkan mukjizat bagi pokok sihat balik...susah lah beb...

Kita kena ingat balik, warga Felda ni memang kena kerja keras, dia dapat tanah, dia kena usahakan sebagai ladang dan juga tanah bercucuk tanam untuk keluarga,

bekerja dengan bumi ni memang teruk, tak macam duduk kat ofis atau kerja kilang. Kerja dengan bumi ni pulak tak kisah kalau nak kerja ke tidak takde siapa nak marah,

cuma kalau tak kerja takde makan lah...itu puncanya setengah peneroka rumah buruk wlaupun jiran sebelah rumah dah naik batu dua tingkat dan anak semua masuk universiti.

sapa rajin dengan bumi dia senang, sapa malas dia miskin, InsyAllah

Bila Isa turun bersembang dengan warga Felda di DUN Tenang, mereka sedar yang sebenarnya memang Felda ni tak sempurna, ada cacat dan ada celanya tapi mereka juga sedar bahawa Felda ni lagi banyak elok dari yang tak elok....

Yang tak elok kita cuba lah tegur dan betulkan, yang dah elok mari lah kita sorakkan

Isa ni seorang ahli politik zaman transisi Malaysia dari masa susah selepas Merdeka ke masa senang era pembangunan, jadi dia masih ingat macamana pentingnya tanggungjawab ahli politik untuk menyatukan rakyat kerana perpaduan menjamin keamanan dan sesebuah negara hanya boleh membangun dan membina masyarakat madani di atas bongkah keamanan

Unity and peace form the bedrock of any great civilisation....

ahli politik pembangkan tidak ramai yang faham pentingnya perpaduan, kerana kerja mereka membangkang dan memecahbelahkan masyarakat agar dapat menarik serpihan baru untuk menyokong mereka



Pembangkan menuduh Kerajaan cuba memecahbelahkan masyarakat, tetapi sebenarnya sesuatu kerajaan hanya boleh kekal berkuasas sekiranya rakyat bersatu kerana lazimnya rakyat yang bersatu akan mengundi kerajaan yang sedia ada bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan yang sedia ada


Macamana Anak cuba memporak perandakan warga Felda, Isa datang untuk menyatukan mereka kembali agar mereka terus fokus kepada masa depan.

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan