Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Apa? Menang Lagi??


BN berjaya mengekalkan kemenangan di Cameron Highlands... Tahniah....

Laporan lanjut..


BN mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail calon DAP bagi membatalkan keputusan PRU13 kawasan berkenaan.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan petisyen M. Manogaran adalah cacat kerana gagal mematuhi Perintah 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata pempetisyen juga gagal mengemukakan fakta yang mencukupi bagi mendedahkan kuasa tindakan.

Hakim itu berkata Manogaran tidak menunjukkan bagaimana rasuah dikatakan begitu menjejaskan keputusan pilihan raya.

Umi Kalthum memerintahkan Manogaran membayar RM40,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.

Palanivel menang dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Calon lain ialah Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Kisho Kumar Kathirveloo (BEBAS) dan Alagu Thangarajoo (BEBAS). - Bernama



Sunday, October 4, 2009

Nizar jatuh terduduk : Siapa ajar budak ni jadi tak senonoh??



bila cikgu doa macam ni



anak murid jadi macam ni


Sekali tengok macam alim besar..dua kali tengok macam taliban (dia ni adik tiri osama laden kot) dan tiga kali tengok anakmelayu terfikir anak siapa lah ni (macam tak cukup didikan) dan bila dah mula nak menyampah tengok pasal dah mula rasa macam budak tak betul je ni.

Masa dekat kampung anakmelayu mesti kena hentam kalau main sepit baju tu..tapi brader kita yang alim besar hidup tak keruan dan panas hati macam perangai setan muka tak puas hati (eh segala yang buruk le pada budak tak senonoh ni) kemaruk main sepit.Mak dia mesti garang tak kasi dia main sepit masa dia budak budak dulu (ke orang tua dia pun tak mau tengok dia ni) Budak tak senonoh ni kalau ada mana mana ada company nak pakai sandwichman boleh le appoint budak ni.

Tanya Nik Ajis pasal dia le cikgu pada budak ni!!!!

Friday, October 2, 2009

Nizar Harami: Antara suratkhabar lama dan sampah lama






ANTARA SURAT KHABAR LAMA YANG SUDAH DIKITAR SEMULA DAN SAMPAH LAMA YANG ENTAH BILA NAK DIBUANG


Kata Azmin Ali: Tan Sri Isa Samad ibarat surat khabar lama yang dikitar semula oleh UMNO/BN apabila dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Surat khabar lama jika dikitar semula masih boleh digunakan dan masih boleh menyumbang sesuatu dan jauh lebih baik dari sampah lama yang telah berkulat dan penuh dengan segala lalat dan ulat yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Apa yang nak dihairankan jika di Kelantan penuh dengan sampah dan segala jenis kekotoran kalau boss yang memerintah Kelantan ibarat sampah lama yang penuh dengan sagala ulat dan lalat yang telah lama sepatutnya dibuang.

Yang mendatangi sampah hanyalah lalat lalat dan yang lebih teruk anjing jugak suka mendatangi sampah..

Buang buang je lah sampah lama..sampah tak boleh nak dikitar semula...

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Jangan sentuh peribadi calon

'Sempena bulan Syawal ni jangan sentuh peribadi calon'...Itu bukan anakmelayu yang cakap tadi si tua nyanyuk nama Nik Ajis yang cakap. Kata dia dalam bulan baik ni jangan sentuh peribadi calon..Aduhai terkemut jubo dan meleleh air hidung dengar dia cakap macam tu.

Semalam masa umumkan kuda tunggangan Pakatan Gila untuk Bagan Pinang nasihat dari kuda tua PAS tu kena langgar semacam je oleh kuda kuda sondol PAS, DAP dan PKR. Semua hentam Tan Sri Isa macam orang gila meroyan. Eh! goyang jugak rupanya dengan Tan Sri Isa..Ingatkan handal sangat lembu sondol Pakatan Gila ni. Jangan lupa Pakatan Gila ni hanya handal dalam reban dia orang jek..Budak Permatang Pauh asal tak datang semalam? Pergi luar negeri..alasan je..Ada agenda lain tu.

Goyang jugak puak puak Pakatan Gila ni sampai hantar kuda tunggang nombor 1 Negeri Sembilan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Wow..power jugak Tan Sri Isa sampai PAS termasuk telur macam kena angin pasang.

Tapi kalau tengok jumlah juak juak Pakatan Gila yang hadir semalam, mau lelah dan jadi kuda tempang si Pesuruhjaya PAS tu. Lepas ni boleh lah jadi Pesuruhjaya SUMPAH pulak..Pelanggan pertama kau suruh budak Permatang Pauh tu angkat sumpah.....hahahahaha.....masuk longkang beb!!

Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang: Tak ada ikhlasnya Pakatan Rakyat




kononnya orang orang estet ni akan menyokong Pakatan Rakyat dlm piliharaya Bagan Pinang
mari main teka nombor: berapakah bilangan pekerja estet yg sebenarnya jika ditolak dengan
jumlah balaci balaci Pakatan Rakyat di dalam gambar ni?
kesian Pakatan Gila ni


Tiba tiba Pakatan Rakyat nak jadi hero Tamil..kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja pekerja estet untuk mendapatkan gaji minima RM 900 sebulan.

Pirah mabuk..dah berapa bulan jadi Ahli Parlimen Teluk Kemang dah dekat pilihanraya kecil Bagan Pinang ni baru kau menyalak nak perjuangkan nasib dia orang ni...Agaknya kalau tak ada pilihanraya ni sampai mati pun kau tak akan tau kesusahan dia orang. Kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja ladang Atherton di Teluk Kemang. Betul niat tu nak tolong orang susah (kalau benar benar susah lah) tapi soalnya kenapa baru sekarang? Kan dah setahun lebih jadi wakil rakyat takkan nak pilihanraya baru nak menyalak kata nak tolong rakyat.

Takde ikhlasnya dengan Pakatan Rakyat ni..Memang wakil rakyat Pakatan ni cuma tahu berpolitik..Nak bangunkan dan majukan rakyat jauh panggang dari api..Takde politik takdelah Pakatan Rakyat.

Bagan Pinang: Kelibat Isa Samad digeruni PAS


cakaran harimau yang buat PAS susah hati

Belum lagi diumumkan nama calon BN untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, PAS dah mula kecut telur apabila ada ura ura untuk meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon.

Salehuddin Ayub minta UMNO dan BN calonkan calon yang bersih dari tuduhan politik wang. Eh! Sallehudin ni sejak bila jadi penasihat BN dan UMNO pulak yang sibuk sibuk nak rekomen calon untuk UMNO dan BN?

Semua tu alasan PAS untuk UMNO supaya tidak mencalonkan Tan Sri Isa Samad yang sememangnya cukup popular di kalangan pengundi Bagan Pinang. Andaikata Tan Sri Isa Samad dicalonkan PAS akan telanjang bulat kena mandi di Bagan Pinang.

Kalau benar sekalipun tuduhan politik wang apa bezanya dengan peliwat dan pengkhianat negara yang nak dinobatkan dan gila untuk jadi Perdana Menteri tu?? Bekas banduan pulak yang nak di julang oleh puak puak PAS ni..Inilah kegilaan tahap meroyan..

p/s: Untuk BN, kalau tak calonkan Isa Samad anakmelayu nak cadangkan untuk calonkan Rohaizat atau Wan Farid..Fuhh...jangan degil tak reti bahasa..!!!


Tuesday, August 11, 2009

Apa erti khianat Pt1

Kamus Dewan memberikan maksud khianat sebagai perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia kepada negeri atau bangsa.

Dah banyak kali komentar yang masuk ke blog yang tak seberapa ini mencaci Umno dan Barisan Nasional sebagai pengkhianat bangsa. Katanya Umno khianat kerana rasuah dan kerana memberi pulau Pangkor Laut, Genting Highlands dan beberapa tempat lain kepada kaum Cina.

Sebelum kita bermula saya nak jelaskan bahawa bahasa rasis ini semuanya datang daripada penyokong Pakatan Lah ye, kiranya kalau dalam tangan Pakatan tak mungkin lah tanah tergadai ke tangan bangsa lain. OK kita lupakan Perak dan tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina, kita akan bincangkan hal ini dalam sekejap masa lagi

Pertama sekali mari kita kupaskan maksud Khianat itu sendiri iaitu perbuatan jahat bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang.

OK sekarang kita tengok rekod Kerajaan BN dan Umno. Sebagai kerajaan tanggungjawab besar ialah terhadap negara secara keseluruhan dan kepada setiap rakyat secara terperinci dan setiap mereka yang mempelajari ilmu polisi awam sudah tentu akan dapat mengatakan bahawa kepentingan umum jelas mengatasi keperluan persendirian dalam membuat formulasi polisi kerajaan.

Dalam tempoh 51 tahun memerintah negara Malaysia ini Kerajaan BN telah memastikan hampir setiap tahun berlalu dengan peningkatan pendapatan negara dan ini menjurus kepada peningkatan pendapatan rakyat.
Setiap tahun berlalu dengan pertumbuhan bilangan bilik darjah, sekolah, kolej, universiti, hospital, stesen bas, laluan jalan dan keretapi, bekalan elektrik, air dan juga kemudahan beribadat bagi semua kaum.

Benar ada yang tercicir, tapi jika dikira secara peribadi, bila kita pergi berjalan pun ada kalanya tercicir baju, setokin, berus gig dan pelbagai.
keciciran berlaku dalam semua sistem, termasuklah alam semulajadi, proses keciciran semljadi ini dipangil entropi

Jika ditimbang antara kemajuan yang begitu pesat yang telah menjadi kan Malaysia salah satu daripada Harimau Asia, rekod BN sebenarnya cemerlang.

Apakah membawa semua kebaikan ini dikira sebagai khianat?

Kita mengaku ada berlaku kesilapan kerana kita manusia,
ada kelemahan dalam perlaksanaan
dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh lima tahun yang lalu, tetapi
sejak adanya pentadbiran baru
banyak usaha sedang dilakukan untuk kembali
kepada niat asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional iaitu
membangunkan negara Malaysia ini dengan tekad usaha, keringat dan semangat semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa berlandaskan perlembagaan yang memberi hak hak tertentu kepada orang Melayu dan kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak.

Dengan itu kita timbang baik dengan buruk dan kita lihat mana yang lebih banyak sebelum kita tuduh Umno itu khianat.

Talam Jahat
Kita letakkan di atas Mizan rakyat ketirisan dan rasuah yang berlaku serta kronisma dan pelbagai kelemahan lain di satu talam

Talam Baik
dan dalam satu talam lagi
jutaan graduan tempatan
hasil universiti tempatan,
ribuan hasil penyelidikan tempatan
jutaan hektar tanah peneroka
jutaan rumah mampu dimiliki,
jutaan pekerjaan di kilang dan kantor,
air dalam besi dan api dalam kaca,
sekolah di setiap pelusuk,
puluhan ribu batu jalanraya,
ratusan ribu bas memudah perjalanan,
jutaan kereta membolehkan kita selesa
keamanan setengah abad
kemakmuran setengah abad
kebebasan berniaga dan mencari rezeki
kebebasan beragama
penerokaan dan pembangunan hasil bumi

Jelas yang baik jauh lebih banyak dari yang buruk
jadi dimana aniaya dan kecelakaan kepada negara
(memang aniaya dan kecelakaan berlaku di peringkat individu
itu sifat lemah manusia)

NEXT:-
Pulau Pangkor Laut dan Genting Highlands - adakah ini tanda jelas khianat - nantikan dalam Part II esok

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan