Showing posts with label khianat. Show all posts
Showing posts with label khianat. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

WIKILEAKS SELANGOR: Biaya demonstrasi - Khalid mencabar kuasa Sultan

Khalid patut dilucutkan jawatan kerana bertindak di luar bidang kuasa dan mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negeri dan jajahan Tuanku Sultan Selangor


Pendedahan oleh blog Apanama (Quarter Million Demo Man) tentang usaha kerajaan Selangor membiayai demonstrasi jalanan supaya memberi tekanan kepada Syabas agar bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam industri air negeri itu menunjukkan bahawa negeri paling kaya di Tanah Melayu telah jatuh ke tangan badut.

Sebagai kerajaan yang memerintah, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang harus dielakkan kerana sekiranya ia menjadi satu amalan dan kebiasaan maka ia boleh menimbulkan huru hara dan ini pastinay membebankan negeri dan juga menakutkan pelabur, samada dari dalam mahupun luar negara.

Tetapi badut politik, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pasangan badut perempuan beliau Faekah Husin telah merancanakan satu strategi yang sememangnya boleh digelar sebagai strategi makan tuan atau bunuh diri kerana memupuk budaya demonstrasi jalanan boleh menjurus kepada anarki.

Belum ada satu kerajaan pun yang mampu menentukan dengan pasti apa kesudahan sesuatu demonstrasi jalanan kerana dalam keadaan yang tegang, satu kesilapan kecil boleh berganda menjadi bencana yang luarbiasa dan tidak boleh dikawal.

Keputusan Khalaid untuk membiayai satu demonstrasi jalanan sudah tentu bertentangan dengan kehendak pihak berkuasa undang undang, iaitu polis. manakan mungkin satu kerajaan membiayai rakyatnya untuk menambah kekecohan dan memberi beban tugas dan tekanan yang lebih kepada pihak polis negeri itu sendiri.

Maklumat terbaru ini harus diambil secara serius oleh pihak polis, tentera dan Istana.

Saya sebutkan ketiga tiga ini kerana Istana adalah sumber kuasa pentadbiran negeri, Tuanku Sultan adalah pemerintah negeri manakala Menteri Besar hanya sebagai pentadbir bagi pihak Tuanku.

Polis negara ini danjuga pihak tentera adalah instrumen diraja yang ditubuhkan dengan izin tuanku bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Mungkin pihak Khalid dan konco konco DAP beliau melihat ini sebagai satu permainan politik tapi sebenarnya ia adalah satu ancaman kepada keamanan negara,  apabila sesuatu negeri mengambil sikap aktif untuk mewujudkan keadaan tidak stabil maka negeri itu mungkin boleh dikira sebagai sebuah negeri yang sudah tidak terkawal

Pada pendapat saya  ini menunjukkan bahawa menteri besar yang diberi kepercayaan oleh Sultan untuk mentadbir negeri Selangor sudah hilang keupayaan untuk menjamin negeri jajahan Tuanku dapat terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera, malah menteri besar sendiri yang mengwujudkan keadaan tidak stabil dalam negeri Tuanku.

Malah adalah tidak ekstrem untuk kita mengatakan bahawa Khalid telah mengkhianati Istana dan Tuanku Sultan kerana merancang dan sudah membawa keadaan kurang stabil kepada Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dari mukasurat ini sahaja sudah cukup untuk kita melihat bagaimana Khalid telah merancang dan mensyusun strategi untuk mengujudkan perasaan benci rakyat terhadap Kerajaan negeri Selangor, walaupun ianya untuk pentadbiran sebelumnya.

jangan lupa perkataannya masih keRAJAan, kuasa keRAJA an dari raja ataupun Sultan, kebencian yang dikipas oleh Khalid adalah terhadap Kerajaan tuanku Sultan Selangor

Datuk Seri Khir Toyo, kita jangan lupa, adalah pentadbir negeri Selangor bagi pihak Tuanku Sultan, Kuasa yang mengalir ke pejabat Menteri Besar tetap berpunca dari watikah perlantikan yang diterima dengan izin dan di hadapan Tuanku Sultan Selangor.

Lebih dari itu, Khalid sedang mengwujujdkan keadaan tidak sabil dlam Negeri Selangor pada masa sekarang dengan program ceramah dan demonstrasi jalanan dan kempen mengutip tandatangan yang mampu mewujudkan kebencian rakyat terhadap Tuanku Sultan sendiri.


Dalam mukasurat ini pula terdapat bukti bagaimana Khalid tidak mengendahkan peraturan dan kaedah pentadbiran negeri Selangor kerana memberi kontrak untuk penghasilah bahan cetakan bagi tujuan demonstrasi tersebut  kepada syarikat bukan Bumiputra yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kepala yang ditentukan.

Mungkinkah ini cara Khalid untuk menyorokkan cara beliau menghasilkan bahan cetakan yang berbentuk hasutan, dengan menggunakan syarikat kawan dan sahabat yang sanggup menyorokkan rahsia ini dari pentadbiran, pegawai dan juga rakyat jelata?

Satu laporan polis tentang khianat khalid terhadap Tuanku Sultan Selangor wajar dilakukan segera dan siasatan mendalam perlu dilakukan dan tindakan undang ndang wajib diambil sekiranya beliau didapati benar benar merancang dan membiayai demonstrasi jalanan

Tuesday, April 27, 2010

PENDEDAHAN SKUM: Apa yang Zul Nordin beritahu pada PM tentang pembohongan Altantuya

Kisah Altantuya ni mula mula keluar di Blog Mahazalim pembangkang iaitu Malaysia Today milik raja todi RPK.

Si pemabuk ni kau bagi dia dua beer, hmm apa pun dia tulis, ye lah orang tak de maruah dan tak de nilia diri... macam tu lah perangai dia....



orang kata bapak borek anak rintik... sendiri lah mau ingat kan...

anyway si RPK kaki tonggang ni dah pun terbukti mempunayi kaitan yang rapat dengan Kalimullah Hassan yang juga dikaitkan dengan Singapura dan juga Si Kitol Utama Malaysia (SKUM - English translation=SCUM). - AKU PINJAM ACRONYM NI DARI SEORANG COMMENTER ANONYMOUS

di hari akhir berkempen di Hulu Selangor PM kita DS Najib Tun Razak ada memberitahu mereka yang hadir bahawa YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim yang dibuang parti oleh Anwar Ibrahim sudahpun menceritakan segala galanya tentang pembohongan jahat Altantuya...


aku pun najk tahu juga samada jaringan Rajamabuk+Kali Ular+SKUM ada disebut sebab cerita ni memang panas...

Si SKUM ni pulak dengan tak dak segan silu dok teringin nak jadi menteri... kalau betul lah cerita yang sebenarnya pembohongan jahat Altantuya ni sebenarnya hasil nUkilan otak pengkhianat si SKUM ni, maka eloklah tindakan tegas dan segera diambil

seorang yang khianat pada pemimpin, kerajaan dan negara selalunya hukuman dia hukuman gantung

treason is punishable by death... jangan lupa ya SKUM

kalau kau dah buat khianat pada negara tercinta aku ni kau pasti akan dihukum

SKUM perlu sedar yang segala kisah dia akan terbuka dalam sedikit masa lagi, jadi kalau ada perancangan kedua atau ketiga, mulakanlah ia sekarang

lebih baik kau masuk barisan haram pembangkang yang ditaja oleh ejen yahudi utama di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dari terus mengkhianati perjuangan Umno


kau ni sudah dianggap sebagai kanser yang perlu dipotong dan dibedah kelauar dari tubuh Umno agar ia dapat kembali sasa dan bertenaga.

biasalah, lepas operation mesti rasa lemah sikit, tapi lepas tu kau tengoklah Umno akan jadi kuat kembali

kita bungan marah pada SKUM, kita anggap dia sebagai barah yang perlu dikeluarkan itu saja

kalau pemimpin teratas ada tergerak untuk melakukan pembedahan, beritahulah kami dan kami akan sokong dan melakukan apa saja yang terdaya untuk menjayakannya..

Tuesday, April 13, 2010

PRK P94 Gempar: Kubur Islam dimusnah di Penang - Inilah akibat DAP memerintah

DAP nimemang orang yang jenis tak ada hormat pada orang lain, itu masalahnya.
Lim Kit Siang ingat dia saja betul dan anak dia Lim Guan Eng tu kononnya ternaik lah

Iye lah ikut model penguasaan Cina di Singapura yang diamalkan oleh pemimpin kuku besi Lee Kwan Yew...

ini berita gempar dari Penang: (Terima Kasih The Flying Kick)

 
KUBUR ORANG MELAYU DIHAPUSKAN DI PULAU PINANG



PULAU PINANG, 12 April — Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama

Korang rasa syarikat yang buat kerja ni dan sub kontraktor dan pekerja yang buat kerja ni orang jenis apa? ni bukan manusia biasa.. ni memang orang jenis hati busuk
 
kalau manusia biasa, bial dia tengok kubur lama mesti dia tanya dulu orang masjid...
 
kita tak kira lah kubur bangsa apa, mesti kita hormat, itu tempat orang bersemadi
 
di bawah batu nisan mesti ada kubur tempat jasad seorang insan disemadikan
 
takkan tak de hormat langsung
 
inilah akibatnya bila DAP memerintah, dia tak reti tunjuk hormat, semua hentam kromok aje
 
sampai Kubur lama orang Islam pun dia belasah semacam aje nak buat jalan, batu nisan dia buang aje di longgokkan samapah, tulah si mati macamana? nak tutp dengan tar jalan aje??
 
ingat ingatlah orang Hulu Selangor, ini mungkin nasib anda

UiTM Serendah akan dibina jika...

JIka Selangor ditadbir oleh kerajaan negeri yang tidak berdengki dengan orang susah dan anak yatim lah...

Selagi Selangor ditadbir oleh boneka Khalid Ibrahim yang talinya dikawal oleh Ronnie Liu, Elizabeth 'dedah' Wong, Teresa 'talk' Kok dan ADUN Sekinchan Ng "pemandu mabuk" Sue Lim....selagi itulah segala usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu dan YBK akan dipangkah...

ADUN Sekinchan dan konco DAP
.. bila TBH bukan main
bila dia langgar student Melayu..
sepi seribu bahasa...
tak de siapa pun datang mintak penyiasatan penuh
inilah dia kerajaan Boneka DAP
yang kini bermaharajalela di Selangor
sampai teguran Sultan pun di putar belitkan
oleh mereka
Jadi kalau orang Selangor nak merasa senang macam dulu, eloklah pangkah Barisan Nasional yang dipimpin oleh DS Najib.

Semalam ketua penerangan Umno, Datuk Ahamd Maslan mendedahkan bahwa PM akan membina UiTM di Serendah sekiranya orang Melayu Selangor memulangkan tampuk pemerintahan kepada satu kerajaa yang tidak berdengki dengan orang Melayu.

Kerajaan pusat hanya boleh berusaha tetapi bab tanah ni memang dalam bidang kuasa kerajaan negeri jadi kalu nak buat punt ak boleh kalau negeri tak bagi.

si Khalid memang pandai buat drama, konon cabar BN buat universiti dan kerajaan negeri akan beri kelulusan... apa punya gormal lah si gagap ni... kalau nak buat UiTM untuk tolong orang susah atas tanah yang dah diberi oleh kerajaan negeri pada YBK pun dihalang... manakan mungkin dia nak benarkan kerajaan Pusat bina universiti di Selangor

Itu semua permainan politik anak anak yang memang menjadi mercu tanda Pakatan pembohong rakyat.

Semalam si Khaldi katanya dah mengugut orang Hulu Selangor, kalau Pakatan kalah, tarif air naik... pergh bongkaknya mamat ni, baru jadi MB setahun dua dah ingat dia berkuas sangat... eloklah tu senang sikit orang nak kenal perangai dia yang sebenar

jadi terpulanglah pada rakyat Selangor untuk membuat keputusan samada mereka mahu terus dipimpin oleh kerajaan boneka DAP yang memang dengkikan Melayu atau mereka mahu kerajaan yang sentiasa cuba memberi hak kepada semua rakyat...

renung renung kan lah

Friday, August 28, 2009

NIZAR-ZAMBRY: antara khianat dan kacang lupakan kulit

Ada seorang commenter yang menggunakan nama Nizar kkk, ye lah nama tu pun memang magnet kutukan dari kaum pemyokong Pakatan dan beliau pula menyangkal komen dari sebelah sana... sekadar mengingatkan jasa lepas Umno.

tapi orang sekarang tak nak denganr cerita jasa lepas ni

in fact PM DS Najib pun dah cakap toksah dok bersandarkan kejayaan dan sumbangan lalu... kita mulakan dengan usaha baru

molek sangat lah tu

cuma yang lepas itu sejarah dan sejarah ni adalah guru yang paling strrict... if we forget she will punish us without mercy itu pasal orang putih kata "those who forget history are doomed to repeat it"

Kita kalau lupa sejarah akan terjerumus dalam semua kemelut lepas dan kesusahan lalu

jadi lesson sejarah yang penting di sini ialah

Jangan biarkan Rasuah itu berterusan, rasuah lah yang telah merosakkan Umno - jangan setakat mengaku, tapi mesti kena lakukan sesuatu dalam kadar segera

Jangan biarkan Melayu berpecah dan lemah - perbezaan politik itu biasa akan tetapi agenda agama dan bangsa mesti tetap satu. Melayu tunjang negara ini, kalau tunjangnya lemah negara binasa... jika tidakpun orang lain akan menggantikan Melayu sebagai tunjang negara ... terpulanglah kepada kita samada mahu terus memikul tanggungjawab sebagai tunjang negara. BTW stop saying that there is no such thing as Melayu - Melayu is not a pure genetic construct, it is a socio-genetic construct (if I may put it like that), it is the first non genetic race int eh world. Now people are proud to cal themselves American no matter what theri colour? well hundreds of years ago people were already proud to cal themselves Melayu regardless of colour or place of origin.. just like Bangsa Amerika, there are common grounds.. kita cerita ni di masa lain

Jangan lupakan kepentingan dan keinginan kaum lain, sebagai ketua keluarga orang Melayu jangan lupakan adik adik yang lain, semua kita kena jaga. Ini antara tanggungjawab sebagai ketua keluarga.. tak boleh tidak. kalau kita nak pimpin negara, kita kena pikul tanggungjawab ni... kalau ktia tak mahu jaga adik adaik, kita kena beri laluan.

anyway below is definisi Kamus dewan bagi khianat dan tulisan awal say tentang khianat

sila klik di SINI

Ini pula tulisan Nizar kkk

nizar kkk said...

tu lah cakap marah marah sapai tak pikir

ada negara yang tak ada internet walaupun ada minyak dan pelbagai resource lain

China kaya tapi internet sekat, rakyat tak sebebas di Malaysia.. tu dalam masa semua orang bangsa Cina, puak aje lain lain pun dia sekat

di Australia ada internet censoring, di germany pun ada

kat malaysia mana ada internet censoring

lu cerita rasuah=mundur

itu dua perkara berneza

rasuah memang umno mengaku, memang dia lembab nak ubah itu memang betul

tapi jangan kata rasuah=negara mundur

you must learn to give credit where credit is due

kalau tak nanti pap apa you buat pun orang lain tak bagi credit

berapa banyak negara di Afrika ad aminyak tapi tak maju

lihat saja di saudi, sapa yan gpernak pergi mekah tentu boleh cerita macamana kemudahan asas seperti kawasan rehat dan surau tepi highway pun daif

di Malaysia macamana? anda rehat di kawasan rehat PLUS ada surau, selesa

PLUS tu siapa yang suruh buat macamtu kalau bukan kerajaan Melayu-Islam

dan pad amasa ini Umno ylah yang tunjangnya

say tunjuk yang kecik lah, yang lain pikir sendiri lah

betul Umno tu dah rosak

tapi dia macam kereta yang kita dah pakai bertahun dan masa tengah pergi ke kerja rosak, memang kita sakit hati dan memang kit aboleh buang dan ganti dengan kereta baru

tapi kita tak boleh salahkan kereta semata mata kalau kita tak jaga kereta bila dia rosak ktia cuba lah repair

kalau rasa mampu nak beli kereta baru buatan Amerika beli lah

jangan nanti terjerat dengan hutang baru dan maintenance cost yang lagi tinggi

Tuesday, August 11, 2009

Apa erti khianat Pt1

Kamus Dewan memberikan maksud khianat sebagai perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia kepada negeri atau bangsa.

Dah banyak kali komentar yang masuk ke blog yang tak seberapa ini mencaci Umno dan Barisan Nasional sebagai pengkhianat bangsa. Katanya Umno khianat kerana rasuah dan kerana memberi pulau Pangkor Laut, Genting Highlands dan beberapa tempat lain kepada kaum Cina.

Sebelum kita bermula saya nak jelaskan bahawa bahasa rasis ini semuanya datang daripada penyokong Pakatan Lah ye, kiranya kalau dalam tangan Pakatan tak mungkin lah tanah tergadai ke tangan bangsa lain. OK kita lupakan Perak dan tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina, kita akan bincangkan hal ini dalam sekejap masa lagi

Pertama sekali mari kita kupaskan maksud Khianat itu sendiri iaitu perbuatan jahat bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang.

OK sekarang kita tengok rekod Kerajaan BN dan Umno. Sebagai kerajaan tanggungjawab besar ialah terhadap negara secara keseluruhan dan kepada setiap rakyat secara terperinci dan setiap mereka yang mempelajari ilmu polisi awam sudah tentu akan dapat mengatakan bahawa kepentingan umum jelas mengatasi keperluan persendirian dalam membuat formulasi polisi kerajaan.

Dalam tempoh 51 tahun memerintah negara Malaysia ini Kerajaan BN telah memastikan hampir setiap tahun berlalu dengan peningkatan pendapatan negara dan ini menjurus kepada peningkatan pendapatan rakyat.
Setiap tahun berlalu dengan pertumbuhan bilangan bilik darjah, sekolah, kolej, universiti, hospital, stesen bas, laluan jalan dan keretapi, bekalan elektrik, air dan juga kemudahan beribadat bagi semua kaum.

Benar ada yang tercicir, tapi jika dikira secara peribadi, bila kita pergi berjalan pun ada kalanya tercicir baju, setokin, berus gig dan pelbagai.
keciciran berlaku dalam semua sistem, termasuklah alam semulajadi, proses keciciran semljadi ini dipangil entropi

Jika ditimbang antara kemajuan yang begitu pesat yang telah menjadi kan Malaysia salah satu daripada Harimau Asia, rekod BN sebenarnya cemerlang.

Apakah membawa semua kebaikan ini dikira sebagai khianat?

Kita mengaku ada berlaku kesilapan kerana kita manusia,
ada kelemahan dalam perlaksanaan
dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh lima tahun yang lalu, tetapi
sejak adanya pentadbiran baru
banyak usaha sedang dilakukan untuk kembali
kepada niat asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional iaitu
membangunkan negara Malaysia ini dengan tekad usaha, keringat dan semangat semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa berlandaskan perlembagaan yang memberi hak hak tertentu kepada orang Melayu dan kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak.

Dengan itu kita timbang baik dengan buruk dan kita lihat mana yang lebih banyak sebelum kita tuduh Umno itu khianat.

Talam Jahat
Kita letakkan di atas Mizan rakyat ketirisan dan rasuah yang berlaku serta kronisma dan pelbagai kelemahan lain di satu talam

Talam Baik
dan dalam satu talam lagi
jutaan graduan tempatan
hasil universiti tempatan,
ribuan hasil penyelidikan tempatan
jutaan hektar tanah peneroka
jutaan rumah mampu dimiliki,
jutaan pekerjaan di kilang dan kantor,
air dalam besi dan api dalam kaca,
sekolah di setiap pelusuk,
puluhan ribu batu jalanraya,
ratusan ribu bas memudah perjalanan,
jutaan kereta membolehkan kita selesa
keamanan setengah abad
kemakmuran setengah abad
kebebasan berniaga dan mencari rezeki
kebebasan beragama
penerokaan dan pembangunan hasil bumi

Jelas yang baik jauh lebih banyak dari yang buruk
jadi dimana aniaya dan kecelakaan kepada negara
(memang aniaya dan kecelakaan berlaku di peringkat individu
itu sifat lemah manusia)

NEXT:-
Pulau Pangkor Laut dan Genting Highlands - adakah ini tanda jelas khianat - nantikan dalam Part II esok

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan