Showing posts with label Pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan rakyat. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Nizar Laknat: Lagi Bukti Pakatan mengikut ideologi komunis DAP



Semasa pemerintahan kuku besi kounis di USSR dan China dan juga ketika Adolf Hitler dan The Third Reich berkuasa di Jerman, semua rejim opresif dan komunis ini menggunakan satu sistem intipan bagi mengetahui siapa yang menentang mereka.



Mereka mengajak rakyat biasa yang termakan propaganda komunis dan fasis mereka untuk mengikuti program SPIES keluarga, mereka digalakkan melapor segala aktiviti, perbincangan dan juga perancangan yang berlaku dalam keluarga dan kumpulan mereka kepada parti NAZI dan parti KOMUNIS.
Inilah cara mereka mendapat maklumat untuk menindas sesiapa saja yang menentang ideologi dan pemerintahan kuku besi mereka.

TONTON VIDEO INI UNTUK MELIHAT CARA NAZI MENYURUH ORANG MUDA MENGINTIP KAUM KELUARGA



Kini telah tersebar bukti bahawa Pakatan telah memulakan program SPIES mereka sendiri.
Pendedahan ini telah dibuat oleh the UNSPINNERS
Mereka dengan terbuka mengaku bahawa program ini hanyalah untuk pengundi muda yang merupakan anak kepada ahli parti komponen Pakatan ataupun pengundi muda yang menjadi ahli terus Pakatan.

Tadi anak aku ada tanya nombor telefon kat poster ni. Teringin nak joint kursus SPIES ni jugak. Tapi penganjur tu tanya anak aku dilahirkan kat mana? Dah jadi pengundi ke belum? Mereka kata hanya anak orang PAS, PKR dan DAP saja yang layak joint SPIES. Ada ke patut penganjur tu minta anak aku sign borang PKR dulu baru boleh joint kursus.


ini petikan dari blog Pilihanraya KINI yang diterima melalui UNSPINNERS

Terbukti satu program yang dijalankan secara berahsia begini sudah tentu mempunyai motif politik. tak lain dan tak bukan ianya untuk mempengaruhi minda muda dengan program brain washing agar mereka percaya seratus peratus ideologi Pakatan yang telah disongsangkan oleh parti bertunjangkan ideologi Komunis tersorok DAP.
Walau bagaimanapun mereka cuba menyorokkan perkara ini Allah maha mengetahui dan telah membongkarkan niat jahat mereka cara halus, dengan membiarkan mereka  menggunakan log yang seiras dengan parti cauvinis CIna PAP Singapura yang menindas orang Melayu seberapa mungkin.

Lihat bagaimana pihak NAzi sentiasa menggunakan tema sama untuk logo syarikat dan organisasi mereka... logo bukan sekadar grafik, ia menunjukkan niat dan juga pegangan satu satu organisasi






Ini pula logo Parti Fasis Britain
adakah semuanya co-incidence
atau sebahgian dari rancangan halus?

Mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan menlabelkan program ini sebagai program pembangunan minda dan rohani serta intelek tetapi ini semua adalah wayang sahaja

Alangkan nama program itu sendiri adalah SPIES, maka tidak hairan lah sekiranya mereka melatih ahli totok Pakatanyang baru dilahirkan ini untuk mengintip ahli keluarga mereka dan rakan rakan mereka bagi megetahui siapa yang nati Pakatan diatanr pakcik, makcik, sedara, rakan dan taulan.../

Ini adalah mirip program pengintipan keluarga dan rakan yang diamalkan oleh parti Komunis di USSR, China dan juga parti NAZI di bawah pimpinan Hitler.

Walaupun mereka terang teran mengamalkan program indoktrinasi politik untuk orang muda dan cuba menyorokkan program tersebut dengan membenarkan hanya anak ahli dan ahli sahaja menyertainya, pemimpin fasik dan pembohong Pakatan dengan tanpa segan silu menuduh program BTN, yang bukan saja boleh tapi wajib dihadiri oleh hampir semua penjawat kerajaan dan pelajar sebagai program yang rasis

kalau BTN rasis sudah tentu ia hanya untuk Melayu

Pihak pembangkang hanya mahu mendengar apa yang sedap di telinga mereka sahaja, yang lain dikira penipuan walau bukti setinggi gunung

Monday, October 5, 2009

NIZAR PITAM MASA CERAMAH: Jurujual K-Y Jelly diperlukan segera

PORT DIKSON: PKR hari ini melancarkan satu produk baru K-Y Jelly keluaran NUAR JUBURI SDN BHD disini. Satu majlis besar-besaran telah dibuat dan telah dirasmikan sendiri oleh N.Ajis bersama pemimpin-pemimpin atasan yang sesat.
Produk keluaran terbaru ini terpaksa dikeluarkan segera memandangkan kutipan derma kilat yang dibuat semasa ceramah-ceramah pilihnaraya tidak mendapat sambutan. Lantaran itu Pemimpin Pakatan giler telah mengeluarkan produk ini bagi keuntungan pemimpin-peminpinnya sahaja. Penyokongnya biar mampus ditelan masa seperti N.Ajis.Hasil daripada kutipan penjualan K-Y Jelly ini akan digunakan juga bagi membuat tugu peringatan N.Ajis dan beberapan kenalan rapatnya.
K-Y Jelly ini bagus digunakan dimana-mana sahaja tanpa malu-malu babi dan tanpa rasa was-was. Produk ini juga dijamin halal dan suci, tiada perwarna tiruan serta mampu memulihkan kesan-kesan melecet dalam masa yang singkat. K-Y Jelly boleh didapati dalam pelbagai perasa seperti rasa limau, durian dan juga pisang. K-Y Jelly boleh didapati dimarkas-markas PAS dan dijual dengan RM 13.90 untuk Ahli dan bukan ahli RM15.00.-Pakatan Giler

Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang: Tak ada ikhlasnya Pakatan Rakyat




kononnya orang orang estet ni akan menyokong Pakatan Rakyat dlm piliharaya Bagan Pinang
mari main teka nombor: berapakah bilangan pekerja estet yg sebenarnya jika ditolak dengan
jumlah balaci balaci Pakatan Rakyat di dalam gambar ni?
kesian Pakatan Gila ni


Tiba tiba Pakatan Rakyat nak jadi hero Tamil..kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja pekerja estet untuk mendapatkan gaji minima RM 900 sebulan.

Pirah mabuk..dah berapa bulan jadi Ahli Parlimen Teluk Kemang dah dekat pilihanraya kecil Bagan Pinang ni baru kau menyalak nak perjuangkan nasib dia orang ni...Agaknya kalau tak ada pilihanraya ni sampai mati pun kau tak akan tau kesusahan dia orang. Kononnya nak memperjuangkan nasib pekerja ladang Atherton di Teluk Kemang. Betul niat tu nak tolong orang susah (kalau benar benar susah lah) tapi soalnya kenapa baru sekarang? Kan dah setahun lebih jadi wakil rakyat takkan nak pilihanraya baru nak menyalak kata nak tolong rakyat.

Takde ikhlasnya dengan Pakatan Rakyat ni..Memang wakil rakyat Pakatan ni cuma tahu berpolitik..Nak bangunkan dan majukan rakyat jauh panggang dari api..Takde politik takdelah Pakatan Rakyat.

Sunday, September 6, 2009

NIZAR PENGKHIANAT: Pakatan Selangor goyang

Inilah SMS yang sedang disebarkan melalui saluran Pakatan Riot di Selangor dan seluruh negara

UNTUK SEBARAN SEGERA !

TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.


Aik, tup tup dah nak terlentang pulak.. apahal?? Yang heran nya terus terejah menuduh BN.... ish ish ish tulah bila dah ramai sangat gunting dalam lipatan.. dari mana arah serangan pun korang dah tak tahu ye

bila orang kata ini pakatan rapuh berlandaskan plitik kuasa dan peribadi korang tak percaya...

Prinsip Pakatan mudah aje,,, kekalkan kuasa.... itu prinsip penyamun namanya

Hassan Ali Mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor

Ada laporan semalam mengatakan Hassan Ali pergi mengadap Tuanku... katanya Hassan Ali kena marah.... smokescreen ke laporan tu???

Ke Hassan Ali pergi jumpa Tuanku ada hajat lain??? jeng jeng jeng

kerajaan Selangor mungkin jatuh ke tangan Bebas atau tangan PAS???

habis kalau DAP boleh tunjuk besar kepala keluar dari Pakatan Rakyat hanya demi mempertahankan SATU rumah potong babi takkan PAS tak boleh bertindak mempertahankan Islam ye dak???

Apa pa pun yang pentingnya,

MELAYU BERSATU

Tuesday, August 11, 2009

Apa erti khianat Pt1

Kamus Dewan memberikan maksud khianat sebagai perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia kepada negeri atau bangsa.

Dah banyak kali komentar yang masuk ke blog yang tak seberapa ini mencaci Umno dan Barisan Nasional sebagai pengkhianat bangsa. Katanya Umno khianat kerana rasuah dan kerana memberi pulau Pangkor Laut, Genting Highlands dan beberapa tempat lain kepada kaum Cina.

Sebelum kita bermula saya nak jelaskan bahawa bahasa rasis ini semuanya datang daripada penyokong Pakatan Lah ye, kiranya kalau dalam tangan Pakatan tak mungkin lah tanah tergadai ke tangan bangsa lain. OK kita lupakan Perak dan tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina, kita akan bincangkan hal ini dalam sekejap masa lagi

Pertama sekali mari kita kupaskan maksud Khianat itu sendiri iaitu perbuatan jahat bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang.

OK sekarang kita tengok rekod Kerajaan BN dan Umno. Sebagai kerajaan tanggungjawab besar ialah terhadap negara secara keseluruhan dan kepada setiap rakyat secara terperinci dan setiap mereka yang mempelajari ilmu polisi awam sudah tentu akan dapat mengatakan bahawa kepentingan umum jelas mengatasi keperluan persendirian dalam membuat formulasi polisi kerajaan.

Dalam tempoh 51 tahun memerintah negara Malaysia ini Kerajaan BN telah memastikan hampir setiap tahun berlalu dengan peningkatan pendapatan negara dan ini menjurus kepada peningkatan pendapatan rakyat.
Setiap tahun berlalu dengan pertumbuhan bilangan bilik darjah, sekolah, kolej, universiti, hospital, stesen bas, laluan jalan dan keretapi, bekalan elektrik, air dan juga kemudahan beribadat bagi semua kaum.

Benar ada yang tercicir, tapi jika dikira secara peribadi, bila kita pergi berjalan pun ada kalanya tercicir baju, setokin, berus gig dan pelbagai.
keciciran berlaku dalam semua sistem, termasuklah alam semulajadi, proses keciciran semljadi ini dipangil entropi

Jika ditimbang antara kemajuan yang begitu pesat yang telah menjadi kan Malaysia salah satu daripada Harimau Asia, rekod BN sebenarnya cemerlang.

Apakah membawa semua kebaikan ini dikira sebagai khianat?

Kita mengaku ada berlaku kesilapan kerana kita manusia,
ada kelemahan dalam perlaksanaan
dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh lima tahun yang lalu, tetapi
sejak adanya pentadbiran baru
banyak usaha sedang dilakukan untuk kembali
kepada niat asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional iaitu
membangunkan negara Malaysia ini dengan tekad usaha, keringat dan semangat semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa berlandaskan perlembagaan yang memberi hak hak tertentu kepada orang Melayu dan kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak.

Dengan itu kita timbang baik dengan buruk dan kita lihat mana yang lebih banyak sebelum kita tuduh Umno itu khianat.

Talam Jahat
Kita letakkan di atas Mizan rakyat ketirisan dan rasuah yang berlaku serta kronisma dan pelbagai kelemahan lain di satu talam

Talam Baik
dan dalam satu talam lagi
jutaan graduan tempatan
hasil universiti tempatan,
ribuan hasil penyelidikan tempatan
jutaan hektar tanah peneroka
jutaan rumah mampu dimiliki,
jutaan pekerjaan di kilang dan kantor,
air dalam besi dan api dalam kaca,
sekolah di setiap pelusuk,
puluhan ribu batu jalanraya,
ratusan ribu bas memudah perjalanan,
jutaan kereta membolehkan kita selesa
keamanan setengah abad
kemakmuran setengah abad
kebebasan berniaga dan mencari rezeki
kebebasan beragama
penerokaan dan pembangunan hasil bumi

Jelas yang baik jauh lebih banyak dari yang buruk
jadi dimana aniaya dan kecelakaan kepada negara
(memang aniaya dan kecelakaan berlaku di peringkat individu
itu sifat lemah manusia)

NEXT:-
Pulau Pangkor Laut dan Genting Highlands - adakah ini tanda jelas khianat - nantikan dalam Part II esok

Thursday, August 6, 2009

Politik Pakatan Gila: Suatu permainan licik



abang dan adik mungkinkah bergaduh..atau gaduh gaduh sayang??


Lepas satu satu keriuhan yang geng geng Pakatan Gila ni buat. Di Selangor macam nak runtuh dengan pelbagai skandal baik seks mahupun rasuah. Di Pulau Pinang kes Kg. Buah Pala. Di Kelantan, kisah Nik Aziz yang tampak kagum benar dengan Perdana Menteri. Adakah ianya benar benar berlaku atau suatu percaturan politik yang jelas licik untuk memerangkap kerajaan Barisan Nasional? Kau orang fikirlah apa yang tersirat di sebalik rentetan peristiwa ini.

Selepas berhempas pulas untuk kejayaan di dalam pilihanraya umum ke 12 dan selepas beberapa kali menang di dalam pilihanraya kecil sebelum ini adakah masuk akal untuk mereka membuka pekung di dada mereka dan biarkan kejayaan itu dirobek atas kebodohan mereka sendiri? Dan adakah dengan kemelut yang mereka cipta yang seolah menggambarkan ada perpecahan di dalam geng geng mereka, mereka telah bersatu mengheret lembu lembu mereka untuk bersepah di tengah jalan menentang kerajaan seperti demonstrasi GMI? Gila berapa punya mudah untuk membaca rentak dan tari politik geng geng gila ini. Apa yang tersirat di sebalik kronologi peristiwa ini?

Geng geng gila ini cuma mahukan momentum dan mahukan nama mereka terus bermain di bibir rakyat. Buatlah apa jua spekulasi dan tuduhan terhadap mereka, lembu lembu tegar dan orang orang bodoh yang terpedaya dengan tipu helah mereka akan terus terjerumus ke dalam perangkap ini. Geng geng gila ini telah dibahagikan tanggungjawab yang perlu mereka galas oleh budak Permatang Pauh yang menjadi ‘play maker’ di dalam senario ini. Ada yang menjadi tukang salak, ada yang menjadi kambing hitam, ada yang menjadi boneka dan macam macam watak yang budak Permatang Pauh ni telah ciptakan untuk strategi politik. Nik Aziz mungkin telah diberikan watak sebagai malaikat yang cuba mengaburi mata rakyat.

Yang jelas keriuhan yang tercetus ini adalah suatu strategi terancang yang perlu sama sama kita fikirkan. Tidaklah bodoh kita untuk terus menerima keadaan ini tanpa mengambil kira apa yang tersirat. Yang tersurat amat mudah dibaca yang tersirat perlu kita sama sama renungkan dan sama sama kita rungkaikan. Allah sentiasa memberi petunjuk.

-daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan