Showing posts with label traitor. Show all posts
Showing posts with label traitor. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Khianat II: Penjelasan Genting Highlands and Pangkor Laut

Anwar sedang berdansa dengan anak mendiang Lim Goh Tong, tokey Genting - kenapa yang sekarang dia nak marah sangat kat Genting???

Salah satu Anwar's favourite line bila nak mempertahankan keputusan Kerajaan DAP bertopengkan Nizar di Perak memberi hakmiik 999 tahun kepada Beribu ekar kampung baru di Perak ialah penyerahan Genting Highlands dan Pangkor Laut kepada Lim Goh Tong dan YTL group, dia juga suka cakap pasal Berjaya resorts di Tioman dan Redang.

Argument dia macam ni: kita bagi sikit, depa bagi lagi banayak, kita bagi pada orang biasa depa bagi pada tokey Cina.

Ini contoh statement half-truth yang memang menjadi modal utama pengkhianat bangsa ini. Kenapa?

Memang Genting Highlands diberi kepada Lim Goh Tong, Pangkor Laut kepada YTL dan dua resorts di Tioman dan Redang kepada Vincent Tan..tapi ini semua serahan PRODUKTIF-- tiga tokey ni buat berniaga , perniagaan mereka besar, puluhan ribu anak Malaysia dan ramai juga Anak Melayu bergantung kerja kepada tiga tokey ni

Tanah di kampung kampung baru di Perak tu orang buat rumah, itu serahan TAK PRODUKTIF

nampak tak bezanya

Kedua Anwar ni suka kata yang BN keluarkan banyak lesen judi...
Saya pernah tanya Tengku Razaleigh Hamzah, tentang cerita lesen judi ni..
kata Tengku: Anwar lah yang paling banyak keluarkan lesen judi semasa dia Menteri Kewangan...

Nallakaruppan, kawan baik dia bukan kerja dengan Magnum ka??

Agenda Daily pun ada carry story Anwar berdansa dengan Lim Goh Tong's daughter...dia memang rakan akrab tokey judi semasa dalam Umno, terutama masa jadi Menteri Kewangan...

Bila seseorang tu cakap mengutuk pengeluaran lesen judi tapi dia sendiri pernah mengeluarkan banyak lesen judi, orang jenis apa kita panggil manusia jenis ini??? pembohong? pengkhianat? munafik? Apa? saya tak berani nak menggelar, hanya sekadar membuka ruang fikiran pembaca


cuba timbangkanpula sumbangan Anwar dan keburukan dia... adakah dia pengkhianat??

Tuesday, August 11, 2009

Apa erti khianat Pt1

Kamus Dewan memberikan maksud khianat sebagai perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia kepada negeri atau bangsa.

Dah banyak kali komentar yang masuk ke blog yang tak seberapa ini mencaci Umno dan Barisan Nasional sebagai pengkhianat bangsa. Katanya Umno khianat kerana rasuah dan kerana memberi pulau Pangkor Laut, Genting Highlands dan beberapa tempat lain kepada kaum Cina.

Sebelum kita bermula saya nak jelaskan bahawa bahasa rasis ini semuanya datang daripada penyokong Pakatan Lah ye, kiranya kalau dalam tangan Pakatan tak mungkin lah tanah tergadai ke tangan bangsa lain. OK kita lupakan Perak dan tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina, kita akan bincangkan hal ini dalam sekejap masa lagi

Pertama sekali mari kita kupaskan maksud Khianat itu sendiri iaitu perbuatan jahat bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang.

OK sekarang kita tengok rekod Kerajaan BN dan Umno. Sebagai kerajaan tanggungjawab besar ialah terhadap negara secara keseluruhan dan kepada setiap rakyat secara terperinci dan setiap mereka yang mempelajari ilmu polisi awam sudah tentu akan dapat mengatakan bahawa kepentingan umum jelas mengatasi keperluan persendirian dalam membuat formulasi polisi kerajaan.

Dalam tempoh 51 tahun memerintah negara Malaysia ini Kerajaan BN telah memastikan hampir setiap tahun berlalu dengan peningkatan pendapatan negara dan ini menjurus kepada peningkatan pendapatan rakyat.
Setiap tahun berlalu dengan pertumbuhan bilangan bilik darjah, sekolah, kolej, universiti, hospital, stesen bas, laluan jalan dan keretapi, bekalan elektrik, air dan juga kemudahan beribadat bagi semua kaum.

Benar ada yang tercicir, tapi jika dikira secara peribadi, bila kita pergi berjalan pun ada kalanya tercicir baju, setokin, berus gig dan pelbagai.
keciciran berlaku dalam semua sistem, termasuklah alam semulajadi, proses keciciran semljadi ini dipangil entropi

Jika ditimbang antara kemajuan yang begitu pesat yang telah menjadi kan Malaysia salah satu daripada Harimau Asia, rekod BN sebenarnya cemerlang.

Apakah membawa semua kebaikan ini dikira sebagai khianat?

Kita mengaku ada berlaku kesilapan kerana kita manusia,
ada kelemahan dalam perlaksanaan
dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh lima tahun yang lalu, tetapi
sejak adanya pentadbiran baru
banyak usaha sedang dilakukan untuk kembali
kepada niat asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional iaitu
membangunkan negara Malaysia ini dengan tekad usaha, keringat dan semangat semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa berlandaskan perlembagaan yang memberi hak hak tertentu kepada orang Melayu dan kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak.

Dengan itu kita timbang baik dengan buruk dan kita lihat mana yang lebih banyak sebelum kita tuduh Umno itu khianat.

Talam Jahat
Kita letakkan di atas Mizan rakyat ketirisan dan rasuah yang berlaku serta kronisma dan pelbagai kelemahan lain di satu talam

Talam Baik
dan dalam satu talam lagi
jutaan graduan tempatan
hasil universiti tempatan,
ribuan hasil penyelidikan tempatan
jutaan hektar tanah peneroka
jutaan rumah mampu dimiliki,
jutaan pekerjaan di kilang dan kantor,
air dalam besi dan api dalam kaca,
sekolah di setiap pelusuk,
puluhan ribu batu jalanraya,
ratusan ribu bas memudah perjalanan,
jutaan kereta membolehkan kita selesa
keamanan setengah abad
kemakmuran setengah abad
kebebasan berniaga dan mencari rezeki
kebebasan beragama
penerokaan dan pembangunan hasil bumi

Jelas yang baik jauh lebih banyak dari yang buruk
jadi dimana aniaya dan kecelakaan kepada negara
(memang aniaya dan kecelakaan berlaku di peringkat individu
itu sifat lemah manusia)

NEXT:-
Pulau Pangkor Laut dan Genting Highlands - adakah ini tanda jelas khianat - nantikan dalam Part II esok

Tuesday, August 4, 2009

Aku dikhianati Anwar


KEMPEN AKU DIKHIANATI ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim mahu menyaman Utusan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri kerana katanya mereka menyebar fitnah bahawa dia pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Ada satu cara mudah untuk mematahkan usaha kotor Anwar untuk menutup mulut sesiapa yang mengkritik beliau. Caranya begini:

Setiap kita yang mempunyai blog, mulakan satu posting yang bertajuk seperti di atas dan nyatakan yang anda terasa dikhianati oleh Anwar kerana ...

Saya rasa dikhianati oleh Anwar kerana beliau memecahbelahkan umat Melayu sehingga kuasa Melayu terhakis. Oleh itu pada mata saya Anwar ialah pengkhianat bangsa

Jika ramai yang merasa begini maka apa yang dicetak oleh Utusan dan apa yang dikatakan oleh TS Muhyiddin bukanlah fitnah tapi semata mata cetusan rasa hati jutaan rakyat Malaysia

Marilah kita mulakan kempen

PS: Kalau saudara Jeffry Damien boleh buat logo lagi cun kita guna yang itu lah

Aku Dikhianati Anwar Ibrahim

Tuesday, July 28, 2009

Anjing Kurap Yang WAJIB Ditendang

Datuk Hasfarizam, penasihat undang undang Umno telah menyenaraikan beberpa orang peguam dan firma guaman yang tealh mengutip berjuta juta yuran guaman dengan melakukan kerja untuk syarikat yang hampir dengan Barisan Nasional mahupun kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.

Semasa BN kuat mereka tak pandai menyalak, tetapi kini ketika BN diserang oleh segerombolan serigala maka anjing anjing ini pun bertukar kurap dan seirign menyalak.

Saya kira adalah lebih daripada wajar sekiranya anjing anjing iniditendang jauh dari mendapat makanan dari meja BN, walau tulang sekalipun jangan diberikan lagi, biar mereka menyalak di meja pembangkang mencari tulang dan sisa di sana.

Hanya orang bodoh saja yang akan terus menggemukkan anjing kurap tidak bertuan yang menggigit mereka.

alah peguam bukan nnya susah nak cari. berlambak peguam bagus yang percayakan perjuangan dan visi Barisan Nasional, ramai lagi rakyat Malaysia yang mahukan keamanan, kestabilan dan pembangunan. tak perlu kita hard-up dengan mereka ni. Tendang aje jauh jauh... kalau boleh tendang di perut biar membuak sedikit darah dari mulut

baru dia ingat bahawa tak ada siapa yang sukakan anjing kurap tak bertuan.. tak percaya tengoklah, nanti perkara yang sama akan dilakukan merkea kepada Pakatan...

Saya kata WAJIB kerana kita tak boleh terus membiarkan orang mendatangkanmudarat kepada kita, itu bodoh namanya


Wajarkah?

Salam Sejahtera,

Minggu lepas saya telah menerima emel daripada seseorang yang meminta agar indentiti beliau tidak dinyatakan. Di dalam emel beliau itu, beliau telah menyenaraikan beberapa peguam-peguam pakatan pembangkang yang telah mendapat faedah/manfaat daripada institusi perbankan (dimana Kerajaan Barisan Nasional mempunyai kepentingan, samada secara langsung atau tidak) dan juga syarikat milik Kerajaan (GLCs) dan sekarang memberi perkhidmatan undang-undang secara 'pro bono' (percuma) kepada pakatan pembangkang di dalam tindakan undang-undang di Perak.
Apakah ini suatu yang wajar? Kenapakah tidak berlaku sebaliknya iaitu firma saya ataupun mana-mana rakan di dalam pasukan saya mendapat kerja daripada PKNS, PKINK ataupun Penang Development Corporation? Siapakah yang bersalah di dalam situasi ini?
Dibawah ini, saya telah mengadaptasikan emel tersebut di dalam blog saya dan saya bersetuju 100%.

"THE MAKING OF BARISAN NASIONAL'S GOVERNMENT ASSASIN

These are the lawyers whom have benefited from the good deed of Barisan Nasional Government governing the country and made it conducive for them to earn a wealthy and luxurious life style.

We oxygenate them and let them censure us, live a life to fight us out and make continuous attempt to discredit and where possible kick the Government of the day out of power. They threw their absolute support to the opposition irrespective of right or wrong.

1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank

2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant

3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank &
CIMB

4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank Islam,Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu

5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank, RHB, Petronas and IOI Properties

6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN

We are the one who enrich these lawyers who instead of thanking us bite us to bleed. It is suggested that all banking institutions and GLC cease from engaging them either directly or indirectly.

It is also important to ensure all banking institution and GLC only refer work to firms which are pro-government.

Zaid Ibrahim & Co. is on the panel of most banks and GLC and yet they squeeze the Government to a point of no return.

If we do not put a stop to all these they will grow bigger and stronger and by then we will be too late to stop them. "
Sekian, terima kasih.

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan