Showing posts with label anti islam. Show all posts
Showing posts with label anti islam. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

PRK P94 Gempar: Kubur Islam dimusnah di Penang - Inilah akibat DAP memerintah

DAP nimemang orang yang jenis tak ada hormat pada orang lain, itu masalahnya.
Lim Kit Siang ingat dia saja betul dan anak dia Lim Guan Eng tu kononnya ternaik lah

Iye lah ikut model penguasaan Cina di Singapura yang diamalkan oleh pemimpin kuku besi Lee Kwan Yew...

ini berita gempar dari Penang: (Terima Kasih The Flying Kick)

 
KUBUR ORANG MELAYU DIHAPUSKAN DI PULAU PINANG



PULAU PINANG, 12 April — Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama

Korang rasa syarikat yang buat kerja ni dan sub kontraktor dan pekerja yang buat kerja ni orang jenis apa? ni bukan manusia biasa.. ni memang orang jenis hati busuk
 
kalau manusia biasa, bial dia tengok kubur lama mesti dia tanya dulu orang masjid...
 
kita tak kira lah kubur bangsa apa, mesti kita hormat, itu tempat orang bersemadi
 
di bawah batu nisan mesti ada kubur tempat jasad seorang insan disemadikan
 
takkan tak de hormat langsung
 
inilah akibatnya bila DAP memerintah, dia tak reti tunjuk hormat, semua hentam kromok aje
 
sampai Kubur lama orang Islam pun dia belasah semacam aje nak buat jalan, batu nisan dia buang aje di longgokkan samapah, tulah si mati macamana? nak tutp dengan tar jalan aje??
 
ingat ingatlah orang Hulu Selangor, ini mungkin nasib anda

Tuesday, August 18, 2009

GEMPAR BEB: Anwar wakil sebenar Islam Palestin

Aku puas memikirkannya... Ape menatang Islam Palestin yang terpacul dari mutut N.Ajis di Permatang Pasir semalam....

Aku heran kenapa dia nak Hina orang Palestin pulak... dah lah orang Palestin tu dok merana berpuluh tahun dek tangan Yahudi...


Kenapa N.Ajis benci sangat orang Palestin?

Anyway, setelah puas aku pikirkan, inilah jawapannya

.....

Kuasa dominan di Palestin ialah Hamas. itulah kot Islam Palestin.

Spiritual Patron Hamas= Yusuf Qardhawi

Yusuf Qardhawi = spiritual guide Anwar Ibrahim

jadik wakil Islam Palestin sebenar di Malaysia ialah Anwar Ibrahim


Aku tanya orang Umno sekor pun tak tahu Islam Palestin menatang ape

Jadi Nik azzi eloklah suruh Anwar bertaubat dan PAS eloklah kaji semula dasar berbaik dengan PKR yang bertunjangkan Islam Palestin

Adakah ini kes marahkan isteri marahkan adik ipar ( Anwar kira isteri tu beb.. Umno = adik ipar... kenapa? lu pikirlah sendiri)

DAP tak pe, diaorang bukan Islam buat ape pun tak ape

Agaknya N.Ajis sebenarnya nak kata Palestin tu bumi laknat kot, sebab Islam dia tak betul dan sebab tu Yahudi dok perang tak berenti dengan mereka

aku kesian dengan N.Ajis sebab dari mulut dia semuanya pendapat yang makin bengong, sekarang dok Hina Palestin pulak

Thursday, August 6, 2009

Jeff ooi pulak hina orang Islam

Dalam Orang Islam Selangor dok marah si Ustad Ronnie Liu jadi Mufti dan keluar Fatwa, Jeff Ooi pulak buat hal di Penang, dikatanya JIM tu kumpulan ekstremis Islam.

kalau korang baca newsportal Malaysia Today, puak anti-Islam dan Anti Melayu begitu suka sekali dengan kenyataan Jeff tu dan terus sambung mengatakan Islam tu perosak dan Islam tu terrorist dan macam macam lagi kata kata yang menghina Islam

Si RPK memanglah suka, dia kan sebenarnya anti Melayu- dia memang dari dulu kata orang Melayu ni bodoh dan malas dan orang Melayu ni tak faham Islam... ialah kalau nak pandai Islam kena ada mak orang putih dulu kot

tapi apa pun si Jeff Ooi ni rupanya bengap juga, di tak tahu beza antara JI di Indon dan JIM di Malaysia,

kata pandai internet, blogger tersohor tapi nak guna google pun tak reti

atau memang dia sengaja cari peluang nak Hina Islam dan kemudian pura pura tak tahu...

DAP ni memang celaka... dis selagi boleh dia akan hina Islam dan Melayu jadi aku tak heran kalau si Jeff Ooi ni saja berlakon tak tahu supaya boleh maki dan hina orang Islam

Wednesday, August 5, 2009

Islam cara Umno lebih berpandangan jauh

Ini asalnya satu komen tapi telah ditingkatkan menjadi satu posting
- Terima Kasih pembaca XJN yang menulis dengan jelas dan bernas


Tulang besi lembik,

Kau ni lagi sekali aku nak katakan bodoh pasal

Zakat ni ceritanya hanya boleh dikeluarkan bila pendapatan cukup banyak,

Umno lah yang bersuaha meningkatkan ekonomi umat Islam dengan pelbagai usaha dari DEB ke Felda, ke rancangan PPRT, bantuan baja,kepada petani, minyak dan jala kepada nelayan dan bermacam lagi

bila diaorang semua dah berjaya maka bolehlah bayar zakat - itulah Islam Umno, memperkukuhkan kedudukan ekonomi --- ini adalah satu perjuangan yang besar

Kedua Umno meningkatkan tahap pelajaran Umat Islam di Malaysia dengan pelbagai institutsi dari ITM ke kolej teknik, sekolah berasrama, MRSM dan macam macam lagi, punya banyak diusahakan sampai kaum lain naik marah.--- Itu perjuangan Islam Umno iaitu meningkatkan tahap pelajaran Umat Islam dan Melayu.

Sebenarnya kaum lain juga dapat menikmati pelajaran yang baik di sekolah dan universiti awam dan swasta yang berkembang di bawah rejim Umno yang kamu katakan tidak Islam ini.

Ketiga, Umno membina pelbagai kemudahan asas dari bekalan air, elektrik, jalan, telefon dan kini ICT, broadband lagi.

Ini perjuangan Islam Umno untuk meletakkan negara di tahap kompettif agar semua rakyat dapat bersaing di dunia

Tak cukup dengan pembangunan duniawi, kerajaan Umno juga telah membina pelbagai kemudahan beribadah, bukan setakat ribuan masjid tapi juga sistem seperti tabung haji yang membantu umat islam untuk mendirikan rukun Islam kelima dengan teratur, sempurna dan selesa.

sistem ini terus menjadi idaman negara Islam lain, itulah perjuangan Islam Umno,kalau kamu kata ini tanda Umno menolak Islam maka Umno menolak Islam lah dalam kepala kamu

Tak cukup dengan itu, kita menurut sebaik mungkin perlembagaan madinah dengan membenarkan ukan islam untuk mencari rezeki tanpa dihalang dan membolehkan mereka maju dalam perniagaan, memang betul ada yang tertinggal tetapi ini bukanlah salah Umno sebenarnya,ini salah MIC,

kerana MIC memang telah gagal menolong kaum India, segala kemudahan yang diberi dan bantuan yang dihulurkan seperti pelaburan untuk Maika dan sebagainya tidak sampai ke penduduk sasaran.

MIC tu rakan kita dalam politik, ktia hormat dia macam orang dewasa sam dewasa, kita tanyalah masalah keluarga dia kalau dia kata tak da masalah kita percaya lah,kalau kit anampak terang ada masalah kita cuba tolong yang mana mampu tapi kalau dia kata tak de masalah kita biarkanlah, sampailah keluarga dia datang kepada kita.. tetapi kalau keluarga di datang memaki hamun, kita pun tak nak tolong, fatanglah cara elok wahai kumpulan Hindraf, tentu Umno akan tolong

Kalau kamu nak bangkitkan hal judi dan arak, kamu lihatlah sendiri di negeri negeri bawah naungan Pakatan, masih terus dikeluarkan lesen premis menjual arak dan judi, kenapa tak diharamkan shaja? Jawabnya kerana ada orang bukan Islam di negeri negeri ini dan mereka mahukan arak dan judi. Jadi kita tak boleh menidakkan hak mereka sewenang-wenangnya, boleh dilakukan di kawans majoriti Melayu mungkin seperti Shah Alam dan Putrajaya tetapi sukar dilakukan di tempat lain.

Jika dilakukan bisnes ini akan pergi ke pasaran hitam dan kerajaan kehilangan pendapatan tanpa dapat mengurangkan gejala arak dan judi.

Kamu bercakap tentang perkara remeh, iaitu sekumpulan manusia yang mungkin menentang pembahagian wang zakat di satu kawasan kepada orang bukan Islam.
tuduhan kamu juga dibuat tanpa memeriksa keadaan tempatan dan sebab tentangan itu ditimbulkan. sebgai seorang yang kononnya ingin menegakkan Islam, kamu perlu memeriksa dahulu sebab tindakan itu timbul.

Mungkinkah di kawasan tersebut masih ramai uman ti iSlam yang susah, fakir dan daif? jika benar maka wang tersebut eloklah disalurkan kepada mereka dahulu dan jika mahu disalurkan kepada yang bukan Islam maka bahagikanlah dengan cara terbaik dan terangkanlah kepada umat Islam yang membantah ini.

awak melompat macam katak kepanasan, menguak macam kerbau terpitdan menyalak macam anjing datang bulan dan menuduh orang yang bukan bukan kenapa?

adakah itu Islam? inikah Islam brand PAS atau Islam brand Nik Aziz dimana mencaci orang, menuduh dan mengkafir adalah cara teraik untuk memaukan Umat.

Perjuangan nombor satu ialah memajukan Umat, dari segi fizikal dan jug aspiritual.

Umat Islam harus menjadi umat terbaik bukan umat kelas kedua yang ditindas dibumi sendiri

Islam Umno lebih berpandangan jauh kerana ia menjana kemajuan fizikal dan rohani sambil membimbing rakyat ke arah kesejahteraan umat, hal ibadah memang Umno tak pernah tekankan secara rukun kerana ia adalah antara umat dan Allah, tetapi InsyAllah, setelah umat menjadi cemerlang dari segi dunia, secara automatik ia akan mahukan kecemerlangan akhirat

tetapi sekiranya umat tidak menikmati kecemerlangan dunia, adalah besar kemungkinan mereka akan lebih terjerumus ke arah kufur kerana di dalam hati mereka terlalu banyak kemarahan dan rasa tidak puas hati



Jika kita percaya Allah itu sempurna, maka dunia ini juga sempurna -- mana boleh pencipta yang sempurna mencipta sesuat yang pincang... dengan itu jika kita terasa tidak puas hati dengan kemiskinan kita atau kesusahan kita ia menjejaskan akidah

aku ni bukan orang belajar Islam tinggi tapi inilah yang aku faham dan aku dengan dari orang tua tua.. itulah sebabnya kemiskinan itu dekat dengan kekufuran

pikir pikirkan lah

Tuesday, June 30, 2009

Sahabat Anwar di Bank Dunia cuba malukan Malaysia demi untuk populariti diri sendiri dan pilihanraya kecil Manek Urai

Paul Wolfowitz

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangya terkenal dengan rangkaian kenalan berkuasa di Washington yang dulunya termasuklah Paul Wolfowitz.

Nama perancang utama agenda Neo Konservatif George Bush ini dicadangkan sebagai presiden Bank Dunia namun dia rebah di pintu setelah di dapati dia telah cuba mengambil teman wanitanya Shaha Riza Ali sebagai seorang kakitangan Bank Dunia tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.

Shaha Riza Ali

Teman wanita Wolfowitz itu pada mulanya bekerja di bersama Anwar ibrahim di Foundation for the Future, Anwarlah yang menandatangai surat memohon perpindahan Shaha Riza Ali dari US State Department ke foundation tersebut.... ialah nak tolong kawan kawan.

Foundation of the Future ini sebenarnya ditaja oleh bekas naib presiden Amerika Syarikat Dick Cheney dan bertujuan untuk memperlekehkan semua kerajaan di timur tengah yang enggan menurut telunjuk mereka, malah yang mendengar arahan mereka pun diperlekehkan oleh Foundation of the Future... ye lah Anwar kan hero demokrasi konon sudah tentulah dia sesuai menjadi presiden pergerakan anti Islam ini.

Itu dulu, sekarang Anwar telah menggunakan rangkaiannya di Bank Dunia dan Washington untuk memburukkan Malaysia. Ini bukan kali pertama beliau bertindak begini

Anwar dan konco-konco dari Wahington - Wolfowirtz (kanan)


Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tahap kualiti pentadbiran di Malaysia telah merosot semenjak 2003.

Begitu elok sekali kenyataan ini keluar pada masa pengundi Manek Urai sedang menghadapi pilihanraya kecil

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan