Showing posts with label Nik Ajis. Show all posts
Showing posts with label Nik Ajis. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Nizar cari kutu babi : Melayu yang hancurkan Melayu?






Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak diluluskan penubuhannya  ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Anak Melayu tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Saturday, November 28, 2009

Nizar mati pucuk: Bukti Nik Aziz ular dalam semak

Nik Aziz kata dia takkan maafkan siapa yang menyebabkan dia tak seh gi haji sponsored tokey balak pakej VVIP RM65,000

kalau dah dia kata tak ape pergi naik haji di taja oleh orang yang berkepentingan, orang yang dapat bisnes dari Kerajaan negeri Kelantan yang dia sendiri pimpin, itu hak dia lah

kalau orang lain buat..... sah dia kata haram,
sah dia kata rasuah,
sah dia kata masuk neraka
....tak pe lah

kira betul lah dia nak pergi haji tu dan salah lah orang yang keluarkan cerita dia nak pergi haji dengan duit sponsor tokey balak

orang yang dia tak nak maafkan tu sekadar keluarkan cerita ...bukan ade orang pergi pegang tangan dia tahan naik kapal terbang

kalau cerita tu tak betul pergi ajelah, ape hal lak.. takkan pikir kan hilang jawatan langsung tak jadi gi Haji

ape besar sangat ke jawatan Menteri Besar Kelantan tu banding dengan jadi tetamu Allah

Kalau dia betul, ape Allah tak selamatkan dia lepas dia pergi haji dan do'a depan Kaabah??

prang kata doa orang alim ni mustajab..... aku dengar orang siap datang mintak N.Ajis doakan  lagi,

takkan dia doa untuk diri sendiri yang kononnya teraniaya di depan Kaabah Allah tak makbulkan???

tak masuk akal
pelik bin ajaib
depan belakang sama saja
Islam sekadar alat

punya lah pelik sampai aku pun meraban kejap

Tak pe kita kata salahlah sape sape yang keluarkan cerita N.Ajis nak pergi haji dengan pakej VVIP bernilai RM65,000 dari seroang tokey balak dan pelbagai syarikat yang selama ini mendapat banyak bisnes dari Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh N.Ajis sendiri

Tapi yang aku heran N.Ajis cakap tak nak maafkan orang tu dunia akhirat....

Setahu aku , orang Alim ni sentiasa memaafkan orang, itu sifat Nabi, dan sifat awliya dan juga orang Alim yang sudah tentu mahu bersifat seperti Nabi dan Awliya

kalau marah tak nak maafkan, baik jadi budak darjah tiga

lagipun kita pun ada dengar kisah pengajaran di mana ALlah di akhirat nanti akan cuba kow tim untuk kita, kalau kita ada buat salah dengan orang yang belum sempat diamaafkan, Allah akan tunjuk dua mahligai, untuk orang yang buat silap dan orang yang teraniaya tersebut

kataNya, kalau kau maafkan, kira settle kat sini, dua dua dapat mahligai, kalau tak kita timbang ikut doas pahala lah dan tengok pa jadi...

Mungkin lah N.Ajis rasa ibadat dan amalan dia cukup power untuk masuk Sorga.. ye lah dia tok guru

tapi aku nak ingatkan satu cerita lain plak...ni cerita orang pergi bertapa, selama seumur hidup orang ni tak de lain beribadat, aje, setiap hari dia makan ape saja yang ada dari pkoko buah di depan gua dia

bila di mahsyar dia pun buat kerek dengan Allah.. di kata "Aku tak nak masuk syurga atas syafaat,aku nak masuk syurga atas kiraan amalan pasal aku seumur hidup tak pernah buat jahat, beramal ibadat aje...

Terus kena lempar masuk neraka.. first pasal malan kita, banyak manapun takkan dapat membayar balik nikmat Allah, malah ada orang kata kalau kau hidup beribadat tak renti renti, nak bayar down payment nikmat mata pun tak lepas beb...

tapi tak tahulah N.Ajis kan jaga pintu Sorga, so dia dah kow tim siap siap kot jadi bila tuhan tanya whether dia nak maafkan orang yang keluarkan cerita ke tidak, dia mesti kata tok seh, kiro amale hanbo... hambo nak gi sorga lekas nak jumpa penyokong PAS...

Tak nak maafkan dunia akhirat ni perangai budak hingusan, bukan perangaiorangyang penuh Ilmu Allah di dada

Orang kata Segala Ilmu dunia ini (bukan semua Ilmu Allah ye, sekadar Ilmu yand dia nak berikan pada umat Manusia) berada dalam Al-Quran
Semua ilmu al-Quran berada di dalam Surah pembuka, Sura\h Al-Fatihah
Segala ilmu di dalam Alfathiah berada di dalam Bismillah
Segala Ilmu dalam bismillah beradad di dalam titik di huruf Ba di pangkal Bismillah

OK yang bab titik tu agak kaget aku nak cerita pasal aku pun tak faham tapi meh kita tengok sikit lah apa maksud Bismillah tu

Maksudnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

maksudnya segala Ilmu di dalam a;-Quran dah kena compress dalam bebrapa perkataan ini.

Setakat yuang aku faham, it simply means, semua yang berlaku itu atas kehendak Allah dan rule yang Allah gunakan to determine what should happen is sifat pemurah dan pengasih yang melimpah ruah...

Kalau orang alim dia mesti faham lagi dalam that Allah operates on this two simple priciple, pemurah dan pengasihan... orang yang pengasih sentiasa memaafkan orang.. macam Nabi lah

Orang Kata Nabi jarang sangat ambik hati apa pun orang buat sebab pada Rasulullah semuanya, naik atau jahat, cantik atau hodoh datangnya dari Allah... tu yang dia tak pernah (or very rarely) marah tu.

Ni orang baru tegur tentang sesuatu yang syak dah melenting tak nak maafkan orang, ular dalam semak jenis ape ni??

tapi gua kan jahil jadi ini adalah semata mata kata kata orangjahilm nak dengar dengar, kalau tak nak lu punya pasal lah

Sunday, October 4, 2009

Nizar jatuh terduduk : Siapa ajar budak ni jadi tak senonoh??



bila cikgu doa macam ni



anak murid jadi macam ni


Sekali tengok macam alim besar..dua kali tengok macam taliban (dia ni adik tiri osama laden kot) dan tiga kali tengok anakmelayu terfikir anak siapa lah ni (macam tak cukup didikan) dan bila dah mula nak menyampah tengok pasal dah mula rasa macam budak tak betul je ni.

Masa dekat kampung anakmelayu mesti kena hentam kalau main sepit baju tu..tapi brader kita yang alim besar hidup tak keruan dan panas hati macam perangai setan muka tak puas hati (eh segala yang buruk le pada budak tak senonoh ni) kemaruk main sepit.Mak dia mesti garang tak kasi dia main sepit masa dia budak budak dulu (ke orang tua dia pun tak mau tengok dia ni) Budak tak senonoh ni kalau ada mana mana ada company nak pakai sandwichman boleh le appoint budak ni.

Tanya Nik Ajis pasal dia le cikgu pada budak ni!!!!

Monday, September 28, 2009

Bagan Pinang: Undi pos ikut acuan PAS??



Dah beribu kali pilihanraya diadakan..Puak puak PAS masih persoalkan tentang undi pos. Apa yang tak kena sangat dengan undi pos ni.

Kalau ada salahnya dengan undi pos ni dan kalau undi pos ni menjadi penyebab kepada PAS kalah rasanya Nik Ajis dah lama tak jadi menteri besar Kelantan dan Selangor, Perak(suatu ketika dahulu), Wilayah Persekutuan dan Kedah tetap kekal dekat tangan BN. Jadi apa yang tak kena dengan undi pos?

PAS kalau boleh nak semuanya ikut acuan dia..nak kena dengar cakap dia..Nik Ajis pun sampai nak Tuhan dengar cakap dia..Syurga pun dia yang tetapkan..Jadi apa sangat lah Pengerusi SPR Tan Sri Aziz lagilah nak kena dengar cakap dia..

Keputusan mahkamah pun nak kena ikut acuan dia, Shaiful kena jubo pun nak kena ikut cakap dia, suami kena ikut cakap dia untuk serahkan isteri..Siapa nak jadi bangang ikutlah cakap dia.

Bagaimana Bagan Pinang..nak ikut cakap dia (Pakatan Bangsat) ke atau nak ikut selera sendiri?

Thursday, August 20, 2009

Undi PAS masuk kubur Cina

Siapa kata undi PAS masuk syurga? Salah semuanya salah..sekarang undi PAS masuk kubur Cina..Malam tadi Pakatan Gila dah membuktikan undi PAS sebenarnya masuk kubur Cina..

Punyalah kuat PAS pada pandangan orang orang Cina hinggakan pada kempern malam tadi di Bukit Indera Mulia beribu ribu orang Cina telah hadir ke ceramah tersebut. Cuma yang agak pelik kali ni orang orang Cina tersebut tidak memberikan apa apa respond pada penceramah..Tiada laungan takbir mahupun take beer..Tapi yang jelas tampak hanyalah khusyuk orang orang Cina tersebut hinggakan terbaring penuh khusyuk.

Seorang sahabat bertanya kepada aku, kata Pakatan Gila ni cuba menghampiri pengundi pengundi Cina tapi tak seorang Cina pun yang kelihatan pada kempen malam tersebut. Aku jelaskan pada sahabat tersebut kan ada beribu ribu orang Cina yang hadir pada malam tadi walaupun mereka cuma terbaring kaku di dalam jirat mereka.

Sebenarnya malam tadi kempen Pakatan Gila diadakan berdepan dengan kawasan perkuburan Cina..Jarak hanyalah kira kira 10 meter..Benarlah Pakatan Gila sememangnya gila berkempen hinggakan berkempen untuk orang orang yang telah mati.

Agaknya inilah yang dikatakan oleh Nik Ajis undi PAS masuk syurga..Tapi syurga yang mana?? Mungkin ada kekeliruan di kepala otak Nik Ajis...undi PAS bukan masuk syurga tapi masuk kubur Cina..Yang taksub benar dengan Pakatan Gila ni bolehlah tempah siap siap untuk dikuburkan di kawasan puncak supaya mudah masuk syurga..

Rupa-rupanya inilah syurga yang Nik Ajis janjikan pada pengundi pengundi..Syurga cipataan Nik Ajis rupanya..

-daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan