Showing posts with label wanita umno. Show all posts
Showing posts with label wanita umno. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Come On...Bertahan!




Sengit....Panasss... Semua nak pertahankan jawatan masing-masing... Nampaknya bahang untuk mendapat dan mengekalkan jawatan dalam Wanita UMNO semakin terasa..Apa pun biarlah persaingan ni terjadi secara sihat...dan yang penting dengan niat yang betul... 

Baca laporan dalam Utusan..


Kesemua Exco Pergerakan Wanita UMNO akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu Oktober ini. 
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, selain barisan Exco, lebih 10 muka baharu menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tersebut setakat ini. 
Beliau berkata, jawatan Naib Ketua pergerakan itu pula sehingga kini menyaksikan pertandingan antara Exco Wanita UMNO merangkap Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun. 
Dalam pada itu, menurut Hamidah, beliau sendiri tidak berhasrat untuk bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan kali ini. 
"Besar kemungkinan jawatan Ketua Wanita tidak akan dicabar oleh mana-mana ahli selepas bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada bertanding," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Hamidah berkata, seramai 80,000 ahli akan menentukan pucuk pimpinan tertinggi pergerakan itu pada hari pengundian yang berlangsung serentak dengan Pemuda serta Puteri di peringkat pusat dan bahagian pada 12 Oktober ini. 
Katanya, penamaan calon untuk semua peringkat sayap parti termasuk Majlis Tertinggi (MT) dan bahagian pula akan berlangsung pada 21 September ini di ibu pejabat dan pejabat perhubungan negeri masing-masing. 
''Pada hari penamaan calon, mereka yang mahu bertanding perlu menghantar borang mempunyai nama pencadang dan penyokong serta wakil calon masing-masing yang akan dibuka pada hari tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. 
''Hari pengundian bagi peringkat MT pula akan berlangsung pada 19 Oktober melibatkan seramai 150,000 perwakilan bakal membuat pilihan mereka," katanya. 
Setakat ini, antara yang sudah mengesahkan bertanding mempertahan jawatan Exco Wanita UMNO ialah Datuk Armani Mahiruddin, Datuk Jamelah A. Bakar, Datuk Rosni Zahari, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin dan Datuk Norhayati Onn. 
Turut mengesahkan mempertahan jawatan ialah Datuk Maznah Hamid, Datuk Marlia Abdul Latiff, Datuk Rusnah Kassim, Datuk Hasnah Salam dan Datuk Noorhayati Omar. 
Calon lain ialah Datuk Noriah Mahat, Datuk Rabiyah Ali, Norliza Rahim, Azihani Ali, Roslin Abdul Rahman dan Datin Ros Suryati Alang.

Selamat Bertanding!! 

Wednesday, September 11, 2013

Kenapa Manusia Nak Jadi Batu....


Kadang-kadang sebab banyak mulut bercakap yang buat sesuatu keadaan tu lebih parah.... Nak pulak bercakap benda tak betul dan menghasut... Aishh... Jauhkan lah....Wanita UMNO dinasihatkan tidak menjadi batu api dalam isu berkenaan Sharizat dan Azalina...Eloklah...Lagipun dalam sama parti buat apa bermasam muka...

Laporan dari Sinar Harian...

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsee membidas sesetengah pihak yang menjadi batu api dan melaga-lagakan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


"Perbuatan melaga-lagakan sesama pemimpin Umno tidak menguntungkan parti malah akan dieksploitasikan oleh pihak pembangkang," tegasnya dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.


Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, sepatutnya pihak yang terbabit perlu menghormati keputusan Azalina yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno.


"Tetapi malangnya ada pula kalangan Wanita Umno yang terus mendesak Azalina supaya bertanding kononnya bagi mengukur kekuatan," ujar Syed Ali.


Menurut beliau, desakan itu akhirnya hanya akan melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan Wanita Umno.


"Wanita Umno sudah boleh 'berasa seronok' kerana Shahrizat hampir pasti akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia tanpa bertanding," katanya.


Beliau menegaskan, sikap batu api dan memperlekehkan individu tertentu sepatutnya tidak ada dalam minda pemimpin Umno ketika parti sedang berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.


Menurut Syed Ali, pertandingan merebut jawatan dalam parti khususnya sayap wanita bukan gelanggang untuk seseorang individu itu menguji kekuatan atau pengaruh.


"Azalina dah umum untuk tarik diri walaupun beliau berat untuk berbuat demikian, jadi kita kena hormati keputusan tersebut," ujarnya.


Semalam, Ecxo Wanita Umno Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid menyarankan Azalina supaya terus bertanding bagi mengukur kekuatan sebenarnya untuk mengemudi sayap Umno yang berpengaruh itu.


"Jangan tarik diri kerana khuatir takut kecundang," Maznah dipetik sebagai berkata.


"Mungkin Maznah ikhlas tetapi apabila buat kenyataan selepas bekas Ketua Puteri Umno itu umum tarik diri, akan timbul tanggapan seolah-olah seperti memperlekeh-lekehkan kewibawaan Azalina," kata Syed Ali.  


Azalina semalam dilaporkan akan menarik diri daripada merebut jawatan tertinggi sayap parti itu selepas "dinasihatkan" untuk tidak berbuat demikian.
Beliau dikatakan hanya akan mempertahankan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan akan datang.

Dilaporkan Azlina akan membuat kenyataan rasmi mengenainya pada 20 September depan. 

Azalina pun dah tarik diri...Tak yah nak keruhkan keadaan lagi... Kadang-kadang kita beralah bukan kerana kita lemah atau takut, tapi kita dah buat satu tindakan yang bagus untuk mengelak keadaan negatif.... Tapi tak salah nak bagi peluang pada orang lain sekali sekala....

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan