Showing posts with label Awakening. Show all posts
Showing posts with label Awakening. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Awakening Muslihat Untuk Jatuhkan UMNO?


Kemunculan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia dikatakan strategi pihak tertentu untuk memecah belahkan UMNO terutama apabila Perhimpunan Agong UMNO akan berlangsung tidak lama lagi..

Nak kene sekeh je sape yang buat onar ni..main cara kotor pulak nak pecah belahkan UMNO...guna orang dalam UMNO pulak tu..

"Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, penyusun dan penerbit berkenaan didakwa sengaja mempergunakan persepsi buku ini yang seolah-olah pandangan 100 peratus bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sedangkan sebenarnya tidak sedemikian.
"Pandangan Abdullah sebenarnya biasa tetapi yang menimbulkan kontroversi adalah penulisan penyusun buku terbabit yang seolah-olah memberi persepsi buruk kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya menyentuh hubungannya dengan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Jelas mereka pergunakan Abdullah untuk merosakkan perpaduan UMNO, lebih-lebih lagi menjelang Perhimpunan Agung UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini."

Harap-harap orang UMNO sendiri bijak menangani isu ini...lakukan apa yang patut untuk perpaduan dan masa depan UMNO.....


Tuesday, August 13, 2013

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia: Penjelasan Tun Abdullah Badawi!!

Tun Abdullah Badawi tampil untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik buku yang diterbitkan mengenai beliau, Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Baca di bawah:-

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan terlibat dalam penulisan, penajaan, penerbitan dan pelancaran buku bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Menurut beliau, persetujuannya untuk diwawancara oleh penyusun-penyusun buku tersebut iaitu Prof. James Chin dan Prof. Bridget Welsh adalah berlandaskan kepada prinsip keterbukaan yang menjadi pegangannya.

Sehubungan itu, Abdullah meminta semua pihak tidak membuat andaian kononnya buku itu ditulis beliau yang bersubahat dengan pakatan pembangkang untuk menentang UMNO.
"Ini sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan di dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan UMNO dan insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir dengan masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia mencetuskan kontroversi selepas beberapa kandungannya dilihat menjurus kepada kritikan terhadap UMNO termasuk menyentuh mengenai hubungan Abdullah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tambah Abdullah, pembabitannya dalam wawancara bersama James dan Welsh pada 2011 lebih tertumpu kepada menjawab soalan yang dibangkitkan penulis-penulis yang menyumbang kepada buku berkenaan serta memberi ruang kepada beliau menjelaskan beberapa perkara.

Menurutnya, walaupun dimaklumkan buku itu bakal memuatkan rencana yang kritis dan kurang menyenangkan tentang kepemimpinannya, namun beliau tetap bersetuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Beliau berkata, analisis yang dihasilkan ahli akademik tentang sejarah politik negara adalah perkara biasa dan era pentadbirannya juga tidak terlepas daripada kajian ilmiah.

Dalam masa sama, ujarnya, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab atas mana-mana jemputan untuk membincangkan atau melancarkan buku tersebut.

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput melancarkan buku ini di Singapura, kalau pun benar, adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," katanya.

Selain itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak merancang menghadiri pelancaran buku berkenaan kerana tidak mahu orang ramai membuat andaian buku tersebut ditulis atau ditaja beliau.

"Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca," katanya. (HUSSAINI AMRAN-pengarang@utusan.com.my)



Diharapkan dengan penjelasan ini, kita semua jelas dengan apa yang berlaku sebenarnya...InsyaAllah....

Sunday, August 11, 2013

Pak Lah Mengalah?



Kalau selama ni dia diam je, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menjawab segala spekulasi sepanjang pentadbiran beliau yang lepas dalam buku terbarunya, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia".

Gua rasa ada baiknya penjelasan ini ditampilkan kerana ianya akan menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul semasa Pak Lah jadi PM...

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustafa Yaakob, bersetuju buku tersebut dapat menjernihkan keadaan sepanjang memerintah negara dari tahun 2003 ke 2008...

“Saya tidak tahu apakah inti pati buku tersebut. Jika dikatakan penjelasan, ia patut dipuji kerana selama ini Abdullah hanya berdiam diri. Jadi dengan menggunakan buku sebagai platform, kita nampak Abdullah bukan terus menyepi sebaliknya ada sebab,” katanya.  
Beliau berkata, penjelasan yang diperkatakan mungkin akan melibatkan beberapa pihak dalam Umno tetapi menolak ia menjurus kepada perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
“Najib mendapat sokongan padu daripada Abdullah dan jarang kita mendengar Najib mengkritik Abdullah. Tetapi ada bekas pemimpin lain yang mungkin dijadikan sasaran,” katanya.
Mustafa berkata, semua pihak harus menerima buku tersebut sebagai satu wadah daripada bekas pemimpin tertinggi dengan hati terbuka.  
“Ditambah dengan pemilihan Umno tidak berapa lama lagi, jangan ada pelbagai tafsiran sama ada daripada kalangan orang Umno mahupun orang luar,” katanya. -Sinar Harian

Gua harap buku ni takkan mengundang apa-apa isu lepas ni...setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabahnya...kita tengok je nanti... 

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan