Monday, September 9, 2013

AWAS! Dia Datang......


Wah wah.... Nampaknya dia mengikut jejak langkah suaminya, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia Mohd. Sumali Reduan... Pelakon Anne Ngasri sudah mula nak mengorak langkah untuk turut terlibat sama dalam politik.... Ni mesti terdorong bila tengok suami kan...hehe....

Baca laporan lanjut dari Sinar Harian....

SHAH ALAM - Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini. 
Laporan BH Online menyebut, cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu. 
Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka.

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan