Showing posts with label by election. Show all posts
Showing posts with label by election. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

P212 Sibu: Dengarlah apa yang rakyat Sibu mahukan




Hakikatnya Rakyat negara ini masih dahagakan pembangunan yang terus menerus dilaksanakan oleh BN selama lebih 50 tahun dan bukan janji kosong melangit dan politik adu domba yang dianjurkan oleh Pakatan Republikan

Monday, May 10, 2010

P212 SIBU: Penyokong PAS semenanjung diimpot untuk buat kacau di Sibu

Aku bukan blogger pembangkang cakap hentam kromok aje, ini adalah pendapat blogger yang berada di Sibu OhPolitik yang mengambil gambar juak PAS yang terpekik konon nak meng-apikan orang Kristian di Sarawak bagi membenci BN..

korang tengoklah sendiri video ni



Thank You MyGhostwriterz yang juga pengendali blog OhPolitik kerana telah muatnaik video ini

P212 Sibu: DAP cuba rampas tanah Iban untuk Cina

Blogger Kak Jamaliah (OhPenipu!) yang berada di lapangan membawa satu cerita menarik yang menunjukkan bahawa DAPigs ini sudah mula menipu orang Iban di Sarawak walaupun belum memiliki kuasa... kononnya mereka menjanjikan akan memberikan hakmilik tanah tradisi kepada setiap orang...

hakikatnya mereka memang tak mempunyai kuasa untuk bertindak sebegitu kerana urusan tanah adalah di bawah kerajaan negeri...
jadi apa akalnya???

menurut Kak Jam, DAP nak kudakan Orang Iban dan perah keringat mereka untuk memperkayakan penyokong Cina mereka dengan hasil usaha pribumi Sarawak

bacalah sendiri di sini



mentang mentanglah Presiden PAS, Hadi Awang kata orang Sarawak semua bodoh dan masih pakai cawat, ingat ingatlah sikit bila nak menipu tu...

Monday, April 26, 2010

ANALISIS HULU SELANGOR: Bacaan kayu pengukur pertengahan penggal

Ada bermacam macam analisis tentang Hulu Selangor yang akan keluar dalam masa sehari dua ni, hasil nukilan pena tajam dan kapak tumpul dari pemerhati yang hatin yang terang dan minda yang benak dan aku pun tak tahu analisis ni akan masuk dalam kategori mana

Sebelum kita memasuki kancah PRK kali ini, semua pemimpin dan pencacai Pakatan berkata Hulu Selangor adalah referendum besar untuk Malaysia, ia akan menjadi kayu pengukur pertengahan penggal sebelum Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa dua tahun lagi.

Tetapi setelah kalah maka penulis upahan dan peminat setia Anwar Ibrahim mulalah berkata yang kekalahan ini tak mengukur apa apa, cuma satu selingan dalam drama politik ulung mereka...

anggur kalau masam memang siapa pun tak nak... tak gitu

saya ingin meneliti impak keputusan PRK Hulu Selangor dan setakat mana ia boleh menjadi pengukur seintimen rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dan tiga parti yang berpakat untuk menduduki Putrajaya.

saya memang pro-BN tetapi saya akan cuba untuk menghasilkan satu analisis yang objektif. Walaubagaimanapun akan terdapat sedikit pewarnaan dalam penulisan saya harap para pembaca mengambil kira perkara ini.

Sebagai permulaan kita perlu melihat faktor calon dan samada ia memberi kesan terhadap pilihan pengundi, faktor calon ini perlu di ambil kira agar ia tidak mengelirukan kita dalam mengukur prestasi parti ataupun pakatan dalam pilihanraya ini.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim merupakan satu nama besar dalam politik pembangkang. semasa di dalam Umno, Zaid dianggap ahli politik payung terjun kerana tidak mempunyai sokongan padu di mana mana bahagian atau cawangan.

Selepas meletakkan jawatan sebagai menteri undang undang dalam kabinet Pak Lah, Zaid menjadi popular di kalangan pengkritik kerajaan dan setelah bercuti selama enam bulan dia pun lompatlah ke parti Anwar Ibrahim, PKR

di sana dia disambut bagaikan anak raja.. ditatang bagaikan minyak yang penuh dan kemudian dinobatkan dengan pelbagai jawatan dan tugas.

Zaid jugalah yang dipertanggungjawabkan menyatukan ketiga tiga parti yang kelihatan sukar bersatu hati ini.

sepertimana dalam Barisan Nasional, si ahli politik hingusan diberikan tanggungjawab yang berat.

dalam kabinet Pak Lah, kononnya dia diberi tanggungjawab untuk merombak sistem kehakiman dan perundangan negara... hakikatnya tugas ini hanya boleh dipikul oleh seorang yang mempunyai bahu politik yang sasa, pertuturan kata yang halus lagi lunak dan akal perundingan yang licik.... tiga kebolehan yang tiada pada si Zaid yang suka mengamuk dan merempan

maka setelah bebrapa bulan dia pun melemparkan permainan kegemarannya dan terus merajuk dengan Pak lah.....

para pemimpin pakatan sedar yang tugas mencantumkan tiga parti DAP, PAS dan PKR menjadi satu parti yang boleh bertentang mata adalah satu tugasan yang hanya sesuai untuk ahli politik bertahap dewa...budak hingusan sudah tentu tidak dapat melakukannya

Zaid dalam egonya berfikir tugasan ini sekadar menghasilkan kerangka dalam undang undang untuk membolehkan mereka bersatu dari segi entiti politik..jika ini tugasnya seorang peguam pelatih pun boleh melakukannya

kerangka undang undang tidak mungkin dapat menjadi tempat pautan PKR, DAP dan PAS kerana mereka sebenarnya tidak selesa tinggal serumah.

rundingan untuk menghasilkan satu parti politik campuran perlu menghasilkan satu objektif yang sama, selain dari objektif menumbangkan BN yang menjadi musuh semasa...

bagaimana mungkin zaid memujuk PAS meninggalkan perjuangan negara Islam dan hukum Hudud?

bagaimana mungkin zaid boleh memujuk DAP menerima hukum hudud?

bagaimana mungkin zaid memujuk Anwar untuk bersetuju memberi laluan kepada isu yang lebih penting dari kerjaya politik seorang bekas Timbalan Perdana Menteri?

lupakah kita bahawa Tengku Razaleigh yang begitu tinggi ilmu politiknya pun gagal dalam usaha tersebut

malah si Anar Ibrahim yang didewakan penyokong pembangkang juga terkantul dan masih belum boleh manubuhkan satu kabinet bayangan untuk pembangkang...

yang pastinya Zaid mempunyai nama yang besar dan dikenali ramai tetapi lawannya P Kamalanathan adalah seorang ahli politik marhaen yang hanya bertapak sebagai aktivis sosial dan pendidikan di sekitar tempat tinggalnya di Rawang...

Pertarungan di Hulu Selangor sebenarnya antara gabungan Zaid Ibrahim dan pakatan dan Barisan Nasional.

gabungan populariti Zaid dan populariti pakatan terpaksa di hadapi oleh Barisan Nasional yang tidak mempertaruhkan nama terkenal.

Ini yang menjadi punca mengapa para bloggers pro-BN menyerang Zaid dengan bertalu talu, mereka perlu menidakkan kuasa populariti calon agar yang tinggal hanyalah BN vs pakatan... barulah adil

Isu arak dan judi digunakan dengan berjaya di kalangan pengundi Melayu.

Jika diamati keputusan kali ini, jumlah undi keseluruhan meningkat dan kedua dua parti telah berjaya meningkatkan bilangan undi yang diterima berbanding dengan PRU 12.

Ini menunjukkan bahawa rakyat sebenarnya sudah mula berubah fikiran, mereka tidak lagi begitu ghairah dengan dogma liberal Anwar Ibrahim dan pakatan tetapi pada masa yang sama mereka juga masih belum meletakkan kepercayaan yang mantap kepada BN...

Slogan BN mampu berubah telah membuahkan satu pemikiran semula dalam minda pengundi, rata rata mereka yang ditanya berasa suka yang BN sudah mengaku silap tetapi agak gusar mengapa tindakan untuk berubah memakan masa begitu lama.

Sebagai penduduk di negeri paling kaya di Malaysia, pengundi Hulu Selangor juga terasa kecil hati yang kawasan mereka tertinggal tetapi ramai juga yang sedar bahawa wujudnya begtu banyak projek pembangunan yang gagal menunjukkan kerajaan Selangor dibawah BN cuba untuk meningkatkan ekonomi kawasan tersebut tetapi gagal akibat faktor luaran dan dalaman. krisis kewangan 1997 yang ditaja oleh George Soros dan pelabur-mega lain dari Amerika banyak menjahanamkan cita cita dan impian orang Hulu Selangor.

inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh BN dan PRK kali ini telah membuka mata kerajaan Barisan Nasional sekali lagi tentang potensi Hulu Selangor sebagai penjana ekonomi negeri dan negara.. saya yakin jika kerajaan negeri kembali ke tangn BN maka pembangunan Hulu Selangor akan rancak...

sebenarnya inilah janji yang paling menghantui pemgundi Hulu Selangor. mereka secara amnya berfikir samada kerajaan BN akan mengotakan janji ini di masa depan...

seperti yang saya katakan tadi, tahap kepercayaan mereka terhadap BN masih belum pulih sepenuhnya.

manakala di pihak Anwar Ibrahim pula mereka terus menerus mengasak kerajaan dengan dua kata kunci utama iaitu zalim dan korup. Kerajaan BN zalim dan kerajaan BN korup

kezaliman BN berpaksikan kes liwat Anwar seperti yang dituduh oleh bekas pegawai khasnya sendiri, Saiful Bukari

paksi kecil kezaliman BN yang lain ialah kematian Teoh Beng Hock dan beberapa penjenayah ketika dalam tahanan polis.

lain lain kezaliman berkisar sekitar kelambatan pemberian geran tanah dan apa yang dilabelkan sebagai ketidak adilan dalam pengagihan bantuan kerajaan kepada orang Melayu...

pada pendapat saya isu kezaliman BN sudah mula pudar dan luntur kerana rakyat dapat menilai sendiri apa yang telah dinikmati selama ini.. pembangunan fizikal dan ekonomi paling jelas kelihatan.

kerajaan yang zalim tidak mungkin dapat mengajak rakyat untuk berganding bahu memajukan ekonomi kerana kerajaan yang zalim akan memerah hasil keringat rakyat sehingga rakyat tidak boleh menikmati buah usaha mereka... ini jelas tidak berlaku

statistik peningkatan pendaftaran perniagaan dan syarikat setiap tahun menjadi pengukur asas tentang keyakinan rakyat yang kerajaan tidak akan bertindak zalim terhadap mereka...

lihatlah di USSR dan Cina dulu dan Korea Utara kini...semangat keusahawanan di sana tidak wujud kerana semua hasil bumi diambil kerajaan yang zalim... kerajaan BN tidak zalim tetapi mempunyai kelmahan yang agak banyak, ada yang kecil ada yang serius

isu korupsi memang kuat berdengung di telinga pengundi...ini tidak dapat dinafikan tetapi korupsi tidak hany berlaku pada BN... nama pemimpin besasr pakatan seperti Nik Aziz Nik Mat sudahpun terpalit dengan amalan kroni malah di Selangor ada ahli dewan undangan yang dikaitkan dengan jenayah terancang, pelacuran dan perjudian.

mungkin persepsi BN korup masih kuat dan persepsi pakatan korup masih belum bertaut di hati rakyat... terpulanglah kepada kedua dua pihak untuk membetulkan keadaan sebelum terlambat

sebenarnya kemenangan BN dengan majoriti 1,725 undi dan peningkatan bilangan undi kedua dua belah pihak menunjukkan bahawa rakyat masih menaruh harapan agar pakatan dapat menjadi alternatif yang elok bagi mereka berpaut di masa depan

tapi pada masa yang sama mereka mula sedar bahawa dakyah Anwar Ibrahim perlulah ditapis kerana tak mungkin semua yang dilakukan BN itu adalah jahat dan tidak elok.

Rakyat masih mengharap BN dapat berubah dan harapan ini telah dinyatakan melalui undi yang memenangkan BN dengan majoriti yang jauh lebih sedikit dari zaman kegemilangan mereka dimana sebarang kemenangan dengan lebihan undi kurang dari 10,000 dianggap memalukan

Hulu Selangor memberi harapan kepada kedua dua belah pihak terutama sekali PAS dan UMNO dan bukan BN dan pakatan

kenapa saya katakan PAS dan Umno?

sentimen pengundi Melayu yang mahukan calon melayu sebenarnya hanya boleh di penuhi oleh PAS dan Umno. jika calon dari Umno bertemu Zaid, ramai yang telah menjangkakan kekalahan teruk bagi bekas Ahli Parlimen Kota Baru tersebut

tetapi jika pertarungan Hulu Selangor antara PAS dan Umno... sudah tentu ia lebih sengit lagi

Undi yang boleh dikirakan mantap untuk Zaid Ibrahim juga menunjukkan sentimen terhadap calon Melayu masih tebal dikalangan pengundi di situ, walaupun Zaid peminum dan memiliki kuda lumba merka tetap mahukan calon Melayu.

sebagai analisis akhir, saya katakan bahawa Hulu Selangor menunjukkan bahawa Melayu sudah tidak mahu berpecah lagi dan jika diberi peluang untuk merapatkan saf, sudah tentu mereka akan melakukannya

inilha harapan saya agar
MELAYU BERSATU

Sunday, April 25, 2010

HULU SELANGOR P94: Pakatan mengaku kalah, mari kita lanyak dengan majoriti besar

Tengoklah Gambar Anwar Al Yahudi ketika bergambar sebagai
ahli lembaga pengarah National Endowment for Democracy (NED),
NED ni sebenarnya menggantikan tugan CIA (Ajensi perisiskan USA)
dalam menyebarkan dakyah demokrasi ala USA kepada seluruh dunia
- siapa yang tak setuju 100 peratus mesti kena serang...
sampai gitu sekali Anwar jual negara.
NED ni memang dipenuhi dengan kawan kawan Israel,
 pelobi zionis dan orang kuat pentadbiran Amerika
yang juga bersimpati dengan zionis..
pendek cerita ini ajensi zionis lah


Bila mula keluar cerita pengundi hantu ni kita tahu lah parti Anwar Ibrhaim ni dah nak kalah... ini memang taktik basi harami Al-Juburi Al Yahudi

Di mana mana polihanraya yang diaorang nak kalah, mula lah keluar taktik pengundi hantu ni...

entah siapa yang dia tahan tak tahulah tapi selalunya yang kena tahan ni pekerja pilihanraya...

BN hantar pekerja naik bas supaya tak sesak jalan, PKR sengaja suruh datang sorang stau kereta supaya jalan sesak dan pengundi bN tak boleh keluar mengundi

NI lah rupa orang PAS di dalam masjid,
tak pakai baju, tidur meniarap..
kalau budak kecik dah lama kena penampar
tapi pasal dah tua ganyut,
orang maki dan carutkan dalam hati aje lah

kita dah dapat info semalam bahawa Askar Kelantan PAS yang datang menyerang tak cukup ramai dan tak cukup nak buat provokasi di semu peti undi panas jadi Anwar pun panggil lah samseng seposen PKR dari KL...

khabarnya 300 kereta akan turun dan buat semak di jalan jalan Hulu Selangor...

inilah taktik biasa penyokong Anwar Al Yahudi ni.. dia jerit maki pengundi BN tak  kira tua muda lelaki permepuan...

bila memaki macam ni kita tahulah ini semua Askar Kelantan PAS dan orang luar... kalau orang kampung takkan dia nak jerit maki Mak Timah dengan Pak Mok... karang balik kena marah dengan bapak...

tapi orang penyokong ANwar Al Yahudi ni memang tak de adab,,, dia kalau orang cium tangan pun dia kata orang tu nak mengampu...

aku tak tahulah macamana orang penyokong Anwar Gay ni salam mak bapak dan pakcik makcik mereka... dia tak cium tangna kot, takut nankti sepupu sepapat lain kata nak mengampu kot...

bodoh dan bebal dan tak beradab

Saturday, April 24, 2010

PRK HULU SELANGOR P94: Antara yang dijanji dan yang disaji



PAS kononnya menjanjikan hukum hudud... tapi sekarang dah tak menguit dah isu hudud ni, takut kena balun dengan DAP.

PAS kononnya benci orang Umno sebab tak Islam, suka buat dosa, smaapi tak boleh dimaafkan langsung. malah bekerja dengan kafir dan syaitan laknat pun lagi elok dari berbaik dengan Umno...


tapi calon PKR di Hulu Selangor tu bukan orang Umno ke dulu? dan yang lebih pentingnya perangai dia masih lagi sama....

masih miliki kuda lumba,
masih lagi ada bilik khas simpan wain (wine cellar)

dan masih lagi mewah dengan duit yang dikutip sebagai kroni Umno...

tapi cepat pulak N.Ajis boleh maaf...

macamana ye??

PAS kononnya parti ahli syurga...

tak tahulah bila ada nabi baru bawa wahyu yang undi PAS ni terus masuk Jannah...

tapi kalau ahli syurga mesti lah hormat kepada Allah.


Kita kalau kita hormat seseorang kita tak ambil mudah bila kita melawat atau menjenguk orang itu.

contohnya lah, kalau orang PAS pergi rumah N.Ajis ke Hadi Awang ke, rasa rasanya dia pergi berlengging (tak pakai baju)ke?

bila dah sampai di rumah orang tersebut ada ke dia buka baju dan baring meniarap sambil lipat kaki seluar sampai nampak betis....

memang betul aurat lelaki antara pusat dan lutut

tapi kalau itu menjadi ukuran, lain kali keluar rumah pakai lah macam tu,


lain kali pergi rumah N.Ajis pakai lah macam tu,

lain kali pergi solat berjemaah pakai lah kain pelikat aje....

kalau tak berpakaian lengkap dan hormat di sekitar masjid tu satu hal lah,

ini dalam dewan Solat utama...

ni pakcik yang dalam gambar pakai tuala kuning ni saya sendiri nampak dia berjalan seperti tupa antara waktu Asar dan Maghrib semalam...

tak boleh ke bawa baju semua ke tempat mandi dan kembali berpakaian lengkap sebelum melintas dewas Solat utama???

ini menunjukkan bahawa walaupun dia dah tua dia masih kurang adab,

entah apa lah yang diajar pada anak cucu dia ni???

PAS dah jauh menyimpang dari perjuangan yang kononnya untuk menegakkan Islam dan memperkasakan Islam

PAS kini lebih rela bersekongkol dengan mereka yang sesat demi kuasa

Nabi tak pernah mengajar kita menurut orang kafir, dalam semasa pemerintahan Nabi, orang Yahudi, Nasrani semua menurut perintah baginda... mereka bebas beragam dan berniaga tapi hukum tetap hukum Islam

tak ada nye Nabi kata tak pe lah kita simpan dulu hukum Allah samapi Karpal Singh dan Lim Kit Siang lembut hati


Parti Islam jenis apa yang sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan demi untuk mendapatkan satu kerusi Parlimen. kerusi parlimen yang akan diberikan kepada orang yang tidak menegah murtad, yang tidak mahukan hukum hudud dan mahukan judi dijadikan cara untuk mejana wang untuk pentadbiran negara

PAS sebenarnya sedang mengajak ahlinya untuk mengundi musuh kepada perjuangannya ke Parliment.

PAS sebenarnya sedang menikan diri sendiri dengan memangkah Zaid Ibrahim yang pernah mengugut menyaman PAS semata mata kerana PAS mahukan Hukum Hudud yang dilabelkan Zaid sebagai kolot, tidak bertamadun dan tidak sesuai untuk zaman moden

PAS sebenarnya sedang memujuk ahlinya di Hulu Selangor untuk mengundi seorang yang menghina  undang undang Allah

Apakah yang dijanjikan PAS dan apakah yang dihidangkan di Hulu Selangor

sama samalah kita renungkan

Saturday, March 27, 2010

PKR berebut Ulu Selangor


TERKINI

ADUN DAP Manoharan minta PKR letakkan Uthayakumar sebagai calon

wow bestnya, Pakatan ni sijil nikah pun belum ada tapi DAP dah pandai arah mengarah...


Posting asal

Dengar cerita sejak dari hari mula Parlimen besidang kali ni, sudah ada perebutan tiga penjuru dalam PKR untuk Parliment Ulu Selangor.

Kesahnya Zaid Ibrahim, yang dikatakan akan menjadi pengganti Anwar Ibrahim sebagai ketua PKR seluruh galaxy bima sakti sudah terliur tengok kerusi tu. Maklumlah, kalau nak jadi ketua PKR elok gak ada kerusi kalau tak jenuh nak berdiri sambil anak buah duduk.

Ye lah, kata orang tua tua tu kalau ketua masuk eloklah kita bangun dan kalau tak cukup kerusi sorang kena berdiri dan serahkan kerusi pada ketua...

itu kalau kita hormat orang tu lah

Tapi dalam PKR mereka ikut prinsip Tuntutan Anwar Ikutan Kami (TAIK) dan menurut prinsip TAIK ni Anwar berkusas sepenuhnya ke atas setiap yang berlaku dalam PKR dan Anwar pula menurut kehendak penolong kanan tercinta Azmin Ali.

Cinta Anwar terhadap Azmin dikatakan telah melahirkan sistem kepimpinan 3A. Ini tak bermaksud ada tiga KPI dan semua kena A, tapi lebih menerangkan bagaimana Anawar, Azmin dan Azizah bermadu dalam pelbagai lingungan kehidupan politik...

Dan kita semua maklum bahawa Azmin akan melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa ini, termasuklah menikam sesiapa saja yang dilihat terlalu rapat dengan punca kuasa.

Khalid Ibrahim masih pakai political bandage kat tengah belakang, tak caya tanya lah dia.. tukar dressing tak habis lagi tu...

Terkini Azmin cuba untuk menghalang kenaikan Zaid Ibrahim dengan mengajukan calon beliau sendiri untuk bertanding di Ulu Selangor dan tak lain tak bukan orang itu ialah Shamsul 'pampers'-'terkencing dalam seluar' Iskandar Akin.

Shamsul yang dikatakan kurang akal politik ini disenangi Azmin, ye lah macam Mahathir suka kat Pak lah sebab ingat dia no tak berapa cerdik.

Jadi bila kepimpinan PKR sedar yang Datuk Zainal, MP Ulu Selangor dari PKR dah tak dapat bertahan maka bermulalah usaha untuk mendapatkan kerusi tersebut.

Zaid dah memang dianggap calon yang sesuai untuk menjamin masa depan parti.

Walaupun PKR sedar bahawa Zaid sebenarnya tak relevant di Ulu Selangor kerana sikap elitist dan perangai yang dikatakan meninggi hidung.

Ini juga modal yang digunakan oleh Azmin untuk menidakkan hastrat Zaid menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya menyatukan PKR kembali sekiranya Anwar merengkok dalam penjara akibat didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari.

Azmin mahukan Shamsul yang dikatakan lebih sesuai dengan jiwa penduduk tempatan tapi malangya percaturan itu mungkin akan menyebabkan imej PKR tercalar dengan lebih teruk kerana Ketua AMK ini juga tidak berpijak di bumi nyata.

Si Shamsul ni seronok berpolitik ke sana ke mari tapi politik beliau adalah politik payung terjun, sama seperti ramai ahli politik PKR yang lain.

dalam kes ni pun dia sebenarnya payung terjun, nak masuk mencelah Zaid ni pun Azmin yang lakukan. Siap pergi ker rumah Anwar nak pujuk suruh letak Shamsul.

Tak tahulah pa yang terjadi tapi dengar khabar dari blog blog lain like Unspinners dan Parpukari, tak lama selepas Azmin masuk, maka terpacullah Shamsul pula.

Ni apa ni, nak minta kerusi pun pakai big brother, macamana nak perjuangkan nasib rakyat dan menyelesaikan masalah setempat.

Kita masih tunggu keputusan Nuar, kalau si Shamsul dapat, maka jelas Azmin maish berkuasa

Kalau Zaid dapat maksudnya Azmin sudah kehilangan pengaruh ke ats Anwar dan kedudukan beliau dalam proses transisi PKR selepas Anwar kemabil ke Sungai Buluh, Azmin mungkin tidak ada tempat.

namun, kita tak perlu terkejut kerana Azmin sememangnya perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Ezam...

Kalau Shamsul dapat bertanding maka ketidakpausan hati di kalangan pemimpin akar umbi akan terus membengkak dan ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai meninggalkan parti.

yang peliknya ada juga kita dengar tentang jentera tempatan pilihanraya PKR yang tak mahukan kedua dua pemimpin payung terjun ni, mereka nak orang tempatan...

ini kerana khabarnya BN akan meletakkan orang tempatan...

Tak sempat Datuk Zainal disemadikan PKR sudah bergolak kerana tamak.

inilah yang terjadi apabila perjuangan mereka berpaksikan kuasa dan personaliti.

Saturday, October 3, 2009

NIZAR Sakit jantung: PAS Bidab BN Beradab





Ko tengoklah rupa orang Pemuda BN Kuala Krai ni, muka senyum aje walaupun dimaki hamun orang PAS





Dia tetap steady dan senyum





Walaupun terus dimaki hamun dia tetap menghulur tangan untuk bersalam

Bial orang PAS lalu kat penyookong BN, orang BN buka laluan dan iring sekali supaya tak dikacau...

inilah orang PAS

orang Islam tak de perangai tak beradab macam ni


Sunday, August 23, 2009

Dr Zambri Kadir: Kempen Kotor Bukti PAS bercelaru



dengar penjelasan yang mudah ini oleh Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

PAS tak mendengar nasihat tok guru mereka sendiri yang mencaci orang yang menyerang batang tubuh ketika berkempen

jadinay senjata makan tuan lah, kini jentera kempen PAS di Permatang Pasir di sumpah laknat oleh Tok Guru mereka sendiri

Lagi pengakuan PAS songlap duit derma



interview di masjid kubu pas di Permatang Pasir
ahli PAS mengaku duit Masjid hasil kutipan derma disalahgunakan

Friday, August 21, 2009

Kisah Mat Salleh songlap duit sekolah agama semakin panas

Ustad Salleh Man kata kalau orang nak sentuh peribadi dia, tak de masalah langsung kot... gitulah kata si calon PAS ni dengan begitu bangga...

Ye lah orang PAS kan semua masuk syurga, bkalau jadi pemimin jadi maksum terus jadi mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Mat Salleh Penang sorang ni

Tup tup aku terbaca dalam blog Parpukari yang dia ni dah songlap duit untuk sekolah pintar yang jadi miliknya.... betul ke?

Parpu ni memang terkenal tak kasi can punya sama orang Pakatan, tapi mungkin dia silap jadi aku pun merayap lah ke blog blog lain dan terserempak pulak dengan kisah yang sama di BigDogDotCom....hmm Big Dog memang Pro-Umno tapi selalunya cerita panas dia berpaksikan bukti dan kebenaran

Dalam posting dia BigDog kata tak perlu terkejut beruk dengar crita orang PAS songlap duit, sebab masa Memali dulupun diaorang dah belajar songlap duit...

kutip derma konon nak tolong mangsa Memali tapi lepas tu lesap... masuk poket orang PAS..

N.Ajis dan kengkawan lain yang maksum pun buat diam aje

anyway balik ke cerita asal...

Rocky plak link kan ke story Parpukari dan BigDog..wah ni dah serius nih
so aku pun pergi lah menyelinap ke kubu pas di Kubang Semang dan bertanya tanya...

rupa rupanya tak lah secret sangat cerita nih... ada orang sini yang dah terdengar kesah ni sebenarnya....

rupanya si Mat Salleh ni memanglah ada sekolah ugama, tapi biasalah orang PAS management kurang skit jadi duit kadang kadang short

katanya dia nak guna duit untuk sekolah lah, tak tahu lah untuk ape, repair kelas ke, beli komputer ke, renovate ape ke..tak tahu lah

kiranya dia dah congak congak tengok si Nuar Brahim macam dah banyak duit masuk dari luar tolong dia, jadi si Mat Salleh ni kata dia boleh save skit duit PAS dan guna untuk tolong sekolah dia

niat tu baik tu pasal orang buat diam aje..

ye lah untuk tolong sekolah....

Macam biasa bila terkena batang hidung dia, PAS minta bukti, bila PAS buat tuduhan, dia suruh orang sumpah laknat menafikan ( kecuali Anwar lah yang tak perlu sumpah laknat. Pasal memang dah sedia laknat kot, ye lah kaum Nabi Lut)

jadi kali ni kita tengoklah samada diaorang berani ke sumpah laknat untuk menafikan kisah Mat Salleh songlap duit sekolah agama

itu sajalah kisah kita hari ni

tapi songlap tetaplah songlap.. ye tak

BTW si Mat Salleh ni pernah BANGKRAP rupanya.. hutang Standard Chartered lebih RM360K... beli apa sampai RM360K tu beb???? beli rumah baru ke?

Thursday, July 9, 2009

Mari nonton Dikir Barat Kampung Temalir

Ada macam macam pengajaran dalam siri Dikir Barat di Kampung Temalir nih, sila tonton
















video kita tampal dari rakan blogger marahku.blogspot.com gi lah blog dia banyak video manek urai

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan