Showing posts with label ulu selangor. Show all posts
Showing posts with label ulu selangor. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Kita menang sorak tapi negeri tergadai di Selangor 2008, jangan biarkan ia berulang 2010

Maka dikerahlah penulis upahan dan cybertroppers sekelian untuk 'memujuk BN supaya tidak meletakkan calon melayu di Hulu Selangor.... kerana kononnya dengan meletakkan calon bukan Melayu sajalah BN dapat mengekalkan semangat 1Malaysia...he he he jadi betul lah semangat satu Malaysia tu muhibbah ye..

anyway, sebenarnya pemimpin BN ni bijak dan banyak hikmah mereka...bukan macam pembangkang yang kawin pun tidak tapi lari duduk serumah.... BN dah memelihara harmoni pelbagai bangsa selama 50 tahun

kalau ni tak betul dah lama darah mengalir di jalan jalan Malaysia... tapi ni tak semuanya aman...

Hulu Selangor sebenarnya memang terlalu berat untuk pembangkang, kesilapan maut Khalid al-gagap Ibrahim membatalkan UiTM di Serendah dah pun menikam belakang seluruh kerajaan Negeri Selangor dan kini ia duduk rebah, menanti ajal..



mereka sedar rakyat selangor dah nampak betapa politik anak hingusan yang meruntun sejahtera rakyat dengan dengki, sarat dengan hasad dan lebat dengan sikap perkauman telah menjadikan Selangor bahan jenaka seluruh negara.

Kita menang sorak tahun 2008 tapi negeri Selangor telah tergadai. Jangan biarkan kesah sedih ini berulang lagi di PRK Hulu Selangor mahupun PRU 13 akan datang.

kita sudah lihat betapa azab tinggal di bawah pemerintahan yang berdengki kepada rakyat sehingga hak penempatan sementara tanah (TOL) pun dijadikan politik untuk menganiaya merka yang tidak menyokong Pakatan pada 2008

Di Pulau pinang kita lihat bagaimana mereka memperbodohkan waga emas dengan gula gula RM100 setahun tapi itupun dengan syarat mesti meletakkan kawasan peti undi dan ada ruang pula untuk daftar pemilih di situ.. apa maksud semua ini kalu bukan untuk memenuhi dengki politik mereka

Saturday, March 27, 2010

PKR berebut Ulu Selangor


TERKINI

ADUN DAP Manoharan minta PKR letakkan Uthayakumar sebagai calon

wow bestnya, Pakatan ni sijil nikah pun belum ada tapi DAP dah pandai arah mengarah...


Posting asal

Dengar cerita sejak dari hari mula Parlimen besidang kali ni, sudah ada perebutan tiga penjuru dalam PKR untuk Parliment Ulu Selangor.

Kesahnya Zaid Ibrahim, yang dikatakan akan menjadi pengganti Anwar Ibrahim sebagai ketua PKR seluruh galaxy bima sakti sudah terliur tengok kerusi tu. Maklumlah, kalau nak jadi ketua PKR elok gak ada kerusi kalau tak jenuh nak berdiri sambil anak buah duduk.

Ye lah, kata orang tua tua tu kalau ketua masuk eloklah kita bangun dan kalau tak cukup kerusi sorang kena berdiri dan serahkan kerusi pada ketua...

itu kalau kita hormat orang tu lah

Tapi dalam PKR mereka ikut prinsip Tuntutan Anwar Ikutan Kami (TAIK) dan menurut prinsip TAIK ni Anwar berkusas sepenuhnya ke atas setiap yang berlaku dalam PKR dan Anwar pula menurut kehendak penolong kanan tercinta Azmin Ali.

Cinta Anwar terhadap Azmin dikatakan telah melahirkan sistem kepimpinan 3A. Ini tak bermaksud ada tiga KPI dan semua kena A, tapi lebih menerangkan bagaimana Anawar, Azmin dan Azizah bermadu dalam pelbagai lingungan kehidupan politik...

Dan kita semua maklum bahawa Azmin akan melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa ini, termasuklah menikam sesiapa saja yang dilihat terlalu rapat dengan punca kuasa.

Khalid Ibrahim masih pakai political bandage kat tengah belakang, tak caya tanya lah dia.. tukar dressing tak habis lagi tu...

Terkini Azmin cuba untuk menghalang kenaikan Zaid Ibrahim dengan mengajukan calon beliau sendiri untuk bertanding di Ulu Selangor dan tak lain tak bukan orang itu ialah Shamsul 'pampers'-'terkencing dalam seluar' Iskandar Akin.

Shamsul yang dikatakan kurang akal politik ini disenangi Azmin, ye lah macam Mahathir suka kat Pak lah sebab ingat dia no tak berapa cerdik.

Jadi bila kepimpinan PKR sedar yang Datuk Zainal, MP Ulu Selangor dari PKR dah tak dapat bertahan maka bermulalah usaha untuk mendapatkan kerusi tersebut.

Zaid dah memang dianggap calon yang sesuai untuk menjamin masa depan parti.

Walaupun PKR sedar bahawa Zaid sebenarnya tak relevant di Ulu Selangor kerana sikap elitist dan perangai yang dikatakan meninggi hidung.

Ini juga modal yang digunakan oleh Azmin untuk menidakkan hastrat Zaid menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya menyatukan PKR kembali sekiranya Anwar merengkok dalam penjara akibat didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari.

Azmin mahukan Shamsul yang dikatakan lebih sesuai dengan jiwa penduduk tempatan tapi malangya percaturan itu mungkin akan menyebabkan imej PKR tercalar dengan lebih teruk kerana Ketua AMK ini juga tidak berpijak di bumi nyata.

Si Shamsul ni seronok berpolitik ke sana ke mari tapi politik beliau adalah politik payung terjun, sama seperti ramai ahli politik PKR yang lain.

dalam kes ni pun dia sebenarnya payung terjun, nak masuk mencelah Zaid ni pun Azmin yang lakukan. Siap pergi ker rumah Anwar nak pujuk suruh letak Shamsul.

Tak tahulah pa yang terjadi tapi dengar khabar dari blog blog lain like Unspinners dan Parpukari, tak lama selepas Azmin masuk, maka terpacullah Shamsul pula.

Ni apa ni, nak minta kerusi pun pakai big brother, macamana nak perjuangkan nasib rakyat dan menyelesaikan masalah setempat.

Kita masih tunggu keputusan Nuar, kalau si Shamsul dapat, maka jelas Azmin maish berkuasa

Kalau Zaid dapat maksudnya Azmin sudah kehilangan pengaruh ke ats Anwar dan kedudukan beliau dalam proses transisi PKR selepas Anwar kemabil ke Sungai Buluh, Azmin mungkin tidak ada tempat.

namun, kita tak perlu terkejut kerana Azmin sememangnya perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Ezam...

Kalau Shamsul dapat bertanding maka ketidakpausan hati di kalangan pemimpin akar umbi akan terus membengkak dan ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai meninggalkan parti.

yang peliknya ada juga kita dengar tentang jentera tempatan pilihanraya PKR yang tak mahukan kedua dua pemimpin payung terjun ni, mereka nak orang tempatan...

ini kerana khabarnya BN akan meletakkan orang tempatan...

Tak sempat Datuk Zainal disemadikan PKR sudah bergolak kerana tamak.

inilah yang terjadi apabila perjuangan mereka berpaksikan kuasa dan personaliti.

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan