Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Friday, July 10, 2009

UMNO + PAS = Perpaduan Islam dan Melayu




ISLAM merupakan agama yang bersifat universal yang menyeru kepada, perpaduan,persaudaraan dan perdamaian supaya umatnya kuat serta bermaruah. Sekiranay dilihat terjemahan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi banyakmenyentuh perkara ini, malah menyuruh agar mmepunyai sikap berkasih sayang, tolong-menolong, hormat menghormati sesama islam dan juga bukan islam.

Konsep perpaduan yang cuba direalisasikan oleh PAS adalah acuan kepada kebaikan dan pemuafakatan semua dan cubaan mematikan soal perpaduan akan membawa kepada kerugian. Dalam islam juga perpaduan amat ditekankan,kerana dengan perpaduan,semangat umat Islam akan lebih dihormati. Sekiranya kerapuhan perpaduan dan ikatan persaudaraan membuatkan umat Islam dan bangsa melayu mudah diperkudakan,dihinjak-hinjak serta disepak-sepak dan yang paling sedih apabila bergaduh sesama sendiri.

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Umat Islam dan MELAYU patut bermaafan dan bertoleransi atas perbezaan dan sepakat atas persamaan.




Itulah yang cuba dibuat oleh PAS dan UMNO demi kepentingan agama dan MELAYU. Presiden PAS serta timbalannya telah mencetuskan hasrat murni apabila cuba duduk semeja dengan Presiden UMNO mengenai kepentingan Islam dan juga Melayu. Hasrat murni ini cuba dihancurkan oleh pemimpin PAS yang lain terutamanya PKR dan DAP. Anuar dan Husam bermati-matian cuba mengelirukan Nik Aziz mengenai perpaduan yang cuba dibawa oleh Hj Hadi dan Nasharuddin. Mengapa ini terjadi? Adakah PKR dan DAP amat takut apabila Melayu bersatu dan islam yang merupakan agama rasmi negara kita semakin jitu.. Adakah DAP dan PKR akan gagal meraih undi melayu didalam agendanya merampas kerajaan daripada kerajaan Barisan Nasional?



Oleh itu pakatan jahat DAP dan PKR ini terus bermain dan bermain hinggakan sanggup memperbodohkan Nik Aziz. Nik Aziz dikelirukan sebigitu rupa. Apakah salah Nik Aziz.

Apapun terima kasih kepada Presiden PAS kerana dengan berani dan ikhlas menyuarakan isu perpaduan ini. PAS sudah nampak akan agenda busuk dan keji DAP dan PKR apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Politik kotor DAP dan PKR telah mula dirasai oleh orang-orang PAS. Lebih mengejutkan apabila ramai orang-orang PAS yang dating untuk mendengar ceramah daripada saudara Khairi Jamaluddin atau KJ dan Lukman Adam. Ceramah yang menyentuh isu perpaduan islam dan MELAYU telah dikupas dengan baik tanpa menyindir serta mengutuk parti PAS. Kempen pilihanraya Manek Urai ini di kampung Peria turut didengari sama oleh orang-orang PAS yang kebetulan berada di kampung itu.

Ternyata mereka (PAS) juga telah merasai politik jahat yang telah dibawa oleh DAP dan PKR selama ini. Sokongan daripada PAS juga dirasai di Pilihanraya Manik Urai ini. Terima kasih orang-orang PAS yang cintakan pepaduan sesama ISLAM dan MELAYU.

UMNO dan PAS adalah sebuah parti orang melayu. Betul slogan PAS untuk semua. Tapi adakah semua orang-orang PAS yang bukan melayu dan ISLAM boleh menyokong ISLAM. DAP dengan lantang menolak kerajaan ISLAM. Langsung tidak hormat kepada perjuangan Ulama yang berpegang memperjuangkan ISLAM.

Thursday, July 9, 2009

Mari nonton Dikir Barat Kampung Temalir

Ada macam macam pengajaran dalam siri Dikir Barat di Kampung Temalir nih, sila tonton
















video kita tampal dari rakan blogger marahku.blogspot.com gi lah blog dia banyak video manek urai

Tuesday, July 7, 2009

PEMIMPIN PAS YANG BODOH DAN EXPIRED

Bosan bila pemimpin PAS suka menbuat ceramah dengan maki hamun orang . Bagi PAS semua orang UMNO nie jahat, sesat,haram dan macam-macam lagilaaa yang penceramah PAS ni kata. Sakit telinga bila dengar ceramah-ceramah pas. Beribu sekaliipun ceramah pas, benda sama jer lahanat tu ulang. Kutuk orang dan caci orang. Dah tak ada idea lain ker. Sikit-sikit ulang ayat –ayat suci Alquran.. pas tu kutuk orang lain.

Dalam satu ceramah PAS kat Manek Urai… penceramah –penceramah PAS selalaunya berlatabelakangkan Islam. Kalau tak ada basic islam dan maki hamun orang tak boleh jadi pemimpin PAS. Kalau tahu agama jer … tak tahu maki, caci, hina, kutuk orang, nyesatkan orang serta memecahbelahkan orang islam dan melayu… kiranya tak cukup syarat utama menjadi penceramah atau wakil PAS. Kalau tak silap ada kot dalam terma dan syarat-syarat masa nak isi borang keahlian.

Ini yang sering terjadi dalam ceramah-ceramah PAS. Benda sama jer. Masa penceramah PAS Hamid Deranimasa berceramah kat lata rek..Hamid Derani anggap pilihanraya kecik Manek Urai nie macam musim buah kat manek uraila. Bila musim buah jer bersepah-sepah kluang, monyet, berok,kero,babi yang dating makan buah-buah kayu. Hamid menganggap sama jer dengan orang-orang sebelah sana (BN) turun dari Kuala Lumpur,Pahang, Perak dan mana-mana negeri seluruh Malaysiala. Hamid bg tau dalam ceramahnya…Bila natang-natang kluang, monyet, berok,kero,babi tu makan apa yang dia tinggal. Lepas makan tinggal tahi.. suka orang PAS Lata Rex bila penceramah dia cakap cam tu. Kononnya bila Pilihanraya Manek Urai nie, semua jentera BN dari luar Kelantan nie BINATANGLA. Abis tu yang orang-orang PAS yang datang dari luar Kelantan tu BABI apo. PAS Terengganu, PAS Melaka la.. bersepah-sepah datang. Sedap sangat cakap kat orang sampai kena batang idung sendiri... Kalau aku cakap BASO NATE GILO NOK MAPUH kat penceramah tuu… marah plak. Nasib baik aku tak cakap......

Bagi PAS dah rasa kuat sangatla tu bila DAP dan PKR boleh duduk dalam satu parti yang tak berdaftar. Konon boleh amik alih negarala. PAS yang bodoh kayu… dulu elok-elok negeri klatam nie bawah PAS dan BARISAN NASIONAL… kalau lawan pun BN dan PAS. Adalaa sikit terselit calon bebas kat Pasir Mas. Tima kasih Nik Ajis bagi tiket bebas kat Ibrahim Ali. Tiba-tiba N40 DUN Guchil ada PKR. Pasal bodoh sgt NIK Ajis nie bg kat PKR nie.. Mula-mula bagi satu dulu kat PKR. Pas nie masuk dua plak. Pas tu DAP pun nak jugak. Abislaa tiket-tiket PAS yang ada kat Klatam. Contoh kat Bukit Gantang… majoriti orang PAS.. Calon PAS sedia ada kat Bukit Gantang orang tempatan pun kena langgar kat Nizar gak calon luar. Nampak sangat diorg nie pentingklan diri sendiri.

Sedih bila pemimpin-pemimpin PAS hanya pentyingkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan pasal rakyat. Janji kroni-kroni diorng dapat elaun dan gaji bulan-bulan sebagai ahli parlimen. Rakyat PAS sokong jer memBABI buta. Suka tul geng PAKATAN RAKYAT nie ngan BABI.
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik dengan tegasnya berkata, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan Pas tidak akan menyebutnya lagi. Gila takbur bercakap..Nik Ajis berkata, ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.
“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau. (Sumber : Utusan Malaysia 06/07/2009)

Presiden PAS berkata PAS akan menimbang terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita Umno, untuk berbincang dengan Muslimat PAS.PAS masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, (lapor Bernama yang dipetik dari Malaysiakini.com bertarikh 7 julai 2007.)

Kesian Datuk Seri Abdul Hadi Awang , kalau hanya berjumpa dan berbincang mengenai kepantingan orang melayu.. pun kena marah dek Nik Ajis. Semuanya gara-gara nasihat-nasihat orang yang bodoh kat Nik Ajis. Takut Anuar Ibrahim dan DAP bila PAS dan UMNO bincang pasal isu melayu. PKR dan DAP dah mula terasa pergerakan orang-orang melayu PAS dan PKR kepada UMNO. Sebab tu laa dia beria sangat tak bagi PAS berjumpa mata antara PAS dan UMNO.

Sedikit terjemahan daripada ayat-ayat suci AlQuran:

"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan"
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah dan jangalah kamu semua berpecah belah"
Surah Ali Imran, ayat 103

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"
Surah al-Hujurat, ayat 10.

MELAYU BERSATU…. MELAYU BERSATU… MELAYU BERSATU

Kain kafan penyokong PAS berwarna hijau?

Penamaan calon di Manek Urai
(ehsan sahabat marahku.blogspot.com)


Semasa aku berada di celah celah para penyokong PAS untuk proses penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam, aku dapati hampir semua penyokong PAS yang hadir adalah orang orang Kelantan. Mungkin orang PAS akan tersenyum dengan apa yang aku tulis ini kerana tentunya mereka akan berkata sudah barang pasti keadaan ini berlaku kerana ianya pilihanraya kecil untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Aku pun sedar keadaan ini tetapi keadaan ini terjadi juga di mana mana negeri di dalam Malaysia di mana setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan PAS, segerombolan orang orang Kelantan akan tentunya memenuhi kawasan tersebut.

Yang menariknya, orang yang sudah berangan angan untuk masuk syurga ini mempunyai mulut yang macam celaka dan macam bontot ayam. Agaknya sudah ditakdirkan agar aku memasuki pusat penamaan calon melalui pintu masuk yang disediakan untuk penyokong PAS dan semasa itulah aku dapati bagaimana 5 orang penyokong Barisan Nasional yang juga telah tersilap jalan dengan melalui pintu masuk PAS, golongan ahli syurga walaupun muka hitam dan kelabu tiada sinar jernih. Macam ni ke muka ahli syurga? Dalam keadaan 5 orang pemuda Barisan Nasional yang tesilap jalan itu, masih jelas di telinga aku bagaimana orang orang PAS menghina dan mencerca pemuda Barisan Nasional tersebut. Mereka mengata bahawa baju yang berlambangkan Barisan Nasional yang di pakai oleh pemuda pemuda tersebut sebagai najis dan tambah menyedihkan apabila salah seorang pemuda Barisan Nasional yang memakai kopiah telah dijerit dengan kata kata kesat dan dituduh sebagai tidak layak untuk memakai kopiah. Wah, betul punya tinggi cita cita penyokong penyokong gila PAS ini seolah olah telah berada di dalam syurga. Macamlah dia orang sahaja yang layak untuk memakai kopiah. Apakah kain kafan untuk orang orang PAS akan berwarna hijau dan tidak berwarna putih seperti orang orang lain?

Tiba masa Tian Chua hadir, penyokong penyokong PAS memberikan takbir seolah olah Tian Chua pun telah menjadi ahli syurga walaupun tidak disunatkan dan tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi mungkin aku terlupa, suatu syurga khusus telah disediakan oleh Nik Aziz untuk penyokong penyokong PAS tetapi soalnya syurga apa? Syurga untuk orang orang Islam Kelantan atau syurga untuk orang yang mukanya hitam seperti bontot kuali? Kedua duanya boleh kerana PAS ini gagah di Kelantan hanya kerana Nik Aziz ini orang Kelantan. Apakah PAS akan kuat seperti ini sekiranya Nik Aziz orang Johor? Sendiri mau ingat.

Tapi apa nak dihairankan kerana dalam sejarah Tanah Melayu nama Kelantan akan tercicir dari segi perjuangan.Hanya nama Tok Janggut yang biasa kedengaran. Yang menjadi sejarah di dalam Kelantan ini apabila Jepun menjadikan tempat mendarat tenteranya di Pantai Sabak. Mana pergi orang orang Kelantan yang tampak seperti gagah tetapi amat mudah di tawan seperti mana si alim kucing Nik Aziz mudah menawan mereka. Nampaknya PAS akan terus mencipta sejarah di Kelantan apabila penyokong penyokong PAS akan dikafankan dengan kain kafan berwarna sejarah. Itulah PAS di Kelantan yang terdesak untuk mencipta sejarah sebelum ditinggalkan kerana tidak mempunyai apa apa sumbangan pada Tanah Melayu. Soalnya Melayukah PAS??

Tenang dan waraslah Melayu!!
-daeng celak-


Sunday, July 5, 2009

Nik Aziz atau Tok Kenali: Siapa ulamak sebenar Kelantan?


Aku sebenarnya hairan dan sememangnya sudah lama hairan dengan tajuk yang aku tuliskan di atas ni. Permasalahan yang sudah lama aku fikirkan ini akhirnya terungkai jua apabila aku renung renungkan. Dan aku rasa semua orang akan turut bersetuju dengan apa yang aku fikirkan. Orang yang tidak bersetuju dengan apa yang akan aku tuliskan di bawah ini bermakna orang itu tidak mengiktiraf kewujudan seorang wali Allah di Kelantan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tajuk di atas tidaklah sesusah mana untuk dijawab. Melihat kepada tajuk itu saja semua orang sudah boleh menjawab kepada persoalan itu. Cuma aku agak hairan mengapa nama Tok Kenali seolah olah sengaja dibenamkan oleh orang orang yang mengaku dirinya sebagai ulamak di Kelantan.

Siapa yang tidak kenal pada Tok Kenali. Agak menghairankan sekiranya ada anak anak Kelantan yang tidak pernah mendengar nama Tok Kenali. Atau sengaja buat buat tidak pernah mendengar nama besar ini. Mungkin anak anak Kelantan kini lebih teruja dan taksub kepada seorang yang mengaku dirinya ulamak walaupun dia cuma seorang insan biasa yang bernama Nik Aziz.

Usahlah dibandingkan Tok Kenali dengan Nik Aziz. Terlalu jauh perbandingannya seperti langit dan bumi. Aku membuat beberapa pembacaan mengenai Tok Kenali sebelum aku melahirkan artikel ini. Itupun setelah hati aku agak tertekan dengan perangai Nik Aziz yang agak melampau akhir akhir ini. Tok Kenali adalah seorang ulamak besar yang tinggi ilmu pengajiannya dan baik adab pekertinya. Tidak bercakap kosong apatah lagi menghina sesama manusia dan Tok Kenali amat menghormati orang hinggakan ada yang mengatakan Tok Kenali menghormati kanak kanak sama seperti beliau menghormati orang dewasa. Samakah adab beliau jika hendak dibandingkan dengan Nik Aziz?

Nik Aziz adalah seorang ulamak yang tidak pernah diakui alimnya oleh orang orang lain kecuali oleh anak anak Kelantan sahaja. Dan aku pun agak hairan bagaimana dan siapa yang mengklasifikasikan Nik Aziz sebagai ulamak. Nik Aziz cukup rendah adabnya jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali. Buktinya cukup mudah, Nik Aziz lebih suka untuk mengkafirkan saudara seIslamnya dari UMNO dan lebih suka untuk berdamping dan memuji muji orang orang kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adakah ini ciri ciri seorang ulamak?

Yang peliknya mengapa Nik Aziz seperti mahukan orang orang Kelantan untuk melupakan Tok Kenali? Dan mengapa Nik Aziz sendiri seperti tidak mahu untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Aku bukan menuduh Nik Aziz sembarangan cuma aku mahu kita sama sama renungkan dengan kenyataan yang aku ambil dari ‘merahsilu.blogspot.com’ .

Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila!”

Mengapa Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang mengaku dirinya ulamak tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Apakah Nik Aziz merasakan bahawa dia lebih alim dan warak jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali atau Nik Aziz tahu sekiranya dia meneruskan perjuangan Tok Kenali maka orang orang Kelantan akan melupakakannya dirinya? Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang tidak mahu mengiktiraf kealiman orang lain dan cuba membuktikan bahawa hanya beliaulah yang paling alim dan hero Kelantan. Jangan cuba hendak dibandingakan Nik Aziz dengan nama nama ulamak ulamak besar yang diakui alimnya seperti yang tertulis di dalam buku ‘Tujuh Wali Melayu’. Aku cuma hairan siapa dan di mana Nik Aziz dimartabatkan sebagai seorang ulamak???

Jelas di sini, Nik Aziz hanyalah seorang yang bijak menggunakan agama sebagai platform politiknya. Nik Aziz bukanlah seorang ulamak yang sebenar dan hanya ulamak kepada PAS yang sangat berbeda adabnya jika hendak dibandingkan dengan ulamak ulamak besar yang diakui alimnya. Mungkin pengikut pengikut PAS sendiri tidak akan dapat membezakan antara Dajal dan Imam Mahadi.

Mudah mudahan Allah akan member petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar segera kembali kepada Islam yang sebenar dan bukan Islam PAS. Jika PAS menyalahkan Islam Hadhari apa bezanya dengan Islam PAS yang mereka ciptakan?

Ulamak adalah pewaris nabi dan yang pastinya Nik Aziz hanyalah ular dalam semak yang amat berbisa.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

Nik AJis sama taraf dengan para Sahabat Rasulullah, kalau tak percaya masuk neraka



Kalau nak tengok ceramah Hamid Deraman, bekas petugas Umno yang kini masuk syurga PAS
sila klik ke slide show di bawah ni

Saturday, July 4, 2009

PAS - Parti Kencing Bersepah




Apa punya gila yang PAS buat di Manek Urai Baru malam tadi. Ada pesta yang PAS buat untuk penduduk Manek Urai Baru. Selain dari pasar malam, PAS juga mengadakan pesta hiburan yang mereka panggil hiburan alternatif. PAS telah memanggil beberapa orang penyanyi untuk menghiburkan penduduk di situ seperti Ringgo bekas vokalis kumpulan Arrow yang kini telahpun menyertai PAS, seorang penyanyi nasyid yang aku sendiri tak kenal dan sebuah kumpulan dikir barat yang kononnya amat tersohor iaitu kumpulan dikir barat Megat Nordin.

Ringgo memulakan persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu semasa dia masih bersama kumpulan Arrow. Ada yang dia nyanyi dengan suara sebenar dan ada yang nyanyi dengan cuma mulut yang terkumat kamit. Kencing juga rupanya si Ringgo ni. Ingatkan masuk PAS dan tak reti nak kencing rupanya sama saja. Habis di kencingnya penduduk Manek Urai Baru dengan hanya miming semasa menyanyi. Si Ringgo ni siap bercerita kepada penduduk Manek Urai tentang kehidupan zaman jahiliah nya dan dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Tok Guru Nik Aziz si alim kucing yang kononnya telah mengubah cara hidupnya. Aku mulanya agak terharu dengan kata kata si Ringgo yang tampak macam dah berubah dan ikhlas. Tapi dalam masa sibuk menyanyi tu tiba tiba aja si Ringgo mempromosikan album yang dia hasilkan untuk dijual kepada penduduk di Manek Urai Baru tu. Harganya 10 ringgit untuk 7 buah lagu. Kencing lagi si Ringgo ni nampaknya, ingatkan benar benar dah berubah dan sedar rupa rupanya nak jual album dia. Si Ringgo ni tau penyokong penyokng gila PAS ni memang taksub pada PAS jadi dia pun ambilkan kesempatan pada penyokong penyokong PAS ni untuk jual albumnya. Jadi siapa yang bodoh dan siapa yang diperbodohkan. Yang untungnya si Ringgo ni. Yang tetap bebal adalah penyokong penyokong PAS yang sentiasa bersedia untuk diperbodohkan.

Lepas dari Ringgo buat persembahan naik pulak seorang penyanyi nasyid yang aku tak tau nama dia naik ke pentas untuk buat persembahan. Sebelum dia nyanyi dia pun berkempen untuk PAS. Tapi yang tak sedapnya dia cakap seolah olah yang dia seorang ajelah yang alim dan orang lain sesat barat. Cakap seolah olah beliaulah ahli syurga. Siap suruh bertakbir. Alo brader puasa pun belum lagi sabar sabarlah nak bertakbir. Kesian pulak bila aku dengar cuma ada beberapa kerat je yang menyahut seruan dia untuk bertakbir. Memang sah kau ni tak popular.

Selepas penyanyi nasyid yang tak popular ni selesai buat persembahan, dikir barat Megat Nordin meneruskan acara pada malam tadi. Megat Nordin kata yang dia dan kumpulannya digam oleh RTM gara gara menyokong PAS dan dia anak Kelantan. Dan anaknya yang berusia 8 tahun yang berbakat besar turut disekat bakatnya. Megat Nordin kata dia digam oleh RTM kerana dia diberi rumah oleh kerajaan PAS dan lantaran itu digam oleh RTM Kuala Lumpur dari menyertai pertandingan dikir Barat . Apalah punya isu yang si Megat Nordin gunakan ni. Agak agak kau orang berapa ramai anak anak Kelantan yang belajar di universiti milik kerajaan Persekutuan? Jawabnya bersepah dan aku tak rasa kerajaan akan menyekat mereka hanya kerana mereka anak Kelantan. Kena kencing lagi nampaknya penduduk Manek Urai baru malam tadi. Tukang karut kumpulan tu nampaknya memang mengarut dengan segala fitnah yang dilemparkan pada UMNO. Aku tak hairan pun pada tukang karut ni pasal dah namanya pun tukang karut. Mestilah mengarut dan penyokong penyokong PAS pun tak ada bezanya dengan si tukang karut. Semuanya memang suka benda yang mengarut.

Cuma pada penduduk Manek Urai aku nak berpesan. Janganlah jadi bodoh dengan mempercayai apa yang PAS buat. Buktikan bahawa penduduk Manek Urai tidak bodoh seperti yang PAS sangkakan. Biarkan mereka sangka penduduk Manek Urai bodoh dan kita akan bodohkan mereka pada 14 Julai ini. Buat buat bodoh lebih baik dari benar benar bodoh macam PAS.

Anwar Ibrahim bagaimana? Bodoh ke dia ni? Bodoh tak bodoh kita lupakan saja budak Permatang Pauh ni pasal dia memang dah lama kena bodoh dengan Amerika. Bodoh nak rosakkan negara.

Tenang dan waraslah Melayu!!!!


-daeng celak-





















Wednesday, July 1, 2009

Siapa yang bodoh?




Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.

Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.

Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.

Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.

Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak Permatang Pauh ini kerana dia bukan pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia kerana dia selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush.

Tenang dan waraslah Melayu!!!


- daeng celak-

Debat : Nik Aziz digoda syaitan




Aku ingatkan dah selesai isu debat antara Nik Aziz a.ka. alim kucing dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Rupa rupanya kemaruk untuk mengadakan debat ini masih memuncak di dalam hati Nik Aziz. Apa yang beliau ingin buktikan sebenarnya?


Semua orang tahu debat ini tidak akan menjadi jalan penyelesaian biarpun Nik Aziz sibuk mencanangkan bahawa debat ini bertujuan untuk menyelesaikan kemelut antara PAS dan UMNO. Tidak perlu diadakan debat ini sekiranya hanya untuk mencari populariti politik. Tidak bolehkan Nik Aziz yang kononnya alim besar ini mencadangkan untuk berbincang secara empat mata dengan Perdana Menteri tanpa dihadiri oleh mana mana pihak lain? Yang tidak menarik tentang debat ini ianya turut disokong oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain antaranya Tian Chua. Sayugia diingatkan sekalipun benar debat ini diadakan ianya hanyalah untuk kepentingan UMNO dan PAS. Dua buah parti politik terbesar untuk orang Melayu dan Islam Malaysia. Rasanya Tian Chua tak payahlah nak semakkan kepala nak sibuk campurtangan dalam hal ini. Adalah lebih baik jika dia menjaga kain Elizabeth Wong dari terselak lagi.


Rasanya PERBINCANGAN EMPAT MATA antara si alim kucing Nik Aziz dengan Perdana Menteri adalah jauh lebih baik dari debat ini. Itupun sekiranya Nik Aziz benar benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu dan Islam. Kerana sedikit sebanyak dari debat itu pasti akan menagih maruah Melayu untuk terus dicalarkan dan diaibkan. Tidakkah si alim kucing ini sedar akan keadaan ini atau sengaja mengada mengada untuk tidak ambil tahu?
Perkara yang ingin dibincangkan di sini sejauh mana Nik Aziz si alim kucing ini ikhlas untuk mengadakan debat ini untuk kepentingan Melayu dan Islam semata mata? Kenapa Hadi Awang Tuan Presiden PAS tidak dimaklumkan tentang keinginan debat ini? Jika kepentingan dalaman iaitu perbincangan awal antara Nik Aziz dan Hadi Awang tentang debat ini tidak diadakan di manakah ikhlasnya Nik Aziz? Adakah beliau merasakan bahawa beliau saja yang arif dan serba tahu dan atas sebab itu beliau membelakangkan rakan rakannya yang lain di dalam PAS? Dan kenapakah beliau berkeras menentang idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh rakan rakan beliau di dalam PAS? Tidakkah beliau sedar bahawa matlamat kerajaan perpaduan ini juga untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam? Tampak benar tidak ikhlas Nik Aziz di dalam isu debat ini. Mungkin idea debat ini datangnya dari kerisauan Nik Aziz yang semakin terpinggir dari ahli ahli PAS. Beliau tidak ubah seperti Quran buruk dari kacamata ahli ahli PAS.

Kita lupakan saja tentang debat ini kerana harga yang terpaksa dibayar untuk debat cukup tinggi iaitu MARUAH MELAYU. Mungkin Nik Aziz sudah terlalu tua justeru suka penulis ingatkan beberapa peribahasa untuk renungan beliau ‘meludah ke langit muka sendiri terkena air ludah’ dan ‘tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri’.


Dulu Nik Aziz tidak seperti ini. Semuanya bermula sejak beliau bersahabat dengan setan setan gondol yang bermata sepet dan si tampuk manggis. Sampai bila beliau akan terus dirasuk oleh syaitan syaitan yang inginkan Melayu berpecah belah? Mudah mudahan Hadi Awang akan dapat mengubati sakit rasukan syaitan yang melanda Nik Aziz si alim kucing ini. Jangan rasukan yang sama turut terpalit pada Hadi Awang juga hendaknya..Sama sama kita tunggu dan lihat.


Tidakkah Anwar mampu mengubati sakit Nik Aziz ini? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana beliau hanya akan menambah derita yang ada dan perosak yang amat digeruni.


Tenang dan waraslah Melayu!!!!


-daeng celak-

Monday, June 29, 2009

Manek urai perlu pembelaan

Penduduk Manek Urai dahagakan pembangunan dan tidak mahu terus ditinggalkan oleh arus kemajuan yang membawa peluang besar untuk Umat Islam menjadi cemerlang.


Setelah dua dekad di bawah pemerintahan PAS, penduduk Manek Urai terpaksa terus menerus berterima kasih kepada parti tersebut kerana menghindarkan pembangunan daripada mencemar bumi hijau mereka.

Sudah tentu ramai yang mengatakan orang Kelantan sememangnya mahukan negeri mereka terus menghijau dan tidak dicemari oleh bangunan tinggi, kilang kotor dan kompleks membeli belah besar yang boleh menggalakkan anak-anak muda melepak sesuka hati.

Rakan saya, seorang anak Kelantan berkata, ekonomi suram di negeri yang menggelar dirinya Serambi Mekah itu tidak menjadi masalah besar kerana anak Kelantan suka merantau mencari rezeki.

Apapun perbezaan pendapat politik, para pemimpin tidak seharusnya terus menerus mengglakkan perpecahan, tambah pula bila terdapat peluang yang begitu baik untuk mreapatkan saf dan memperkasakan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini


Saya tidak menafikan bahawa ramai warga Kuala Lumpur dan Lembah Kelang terdiri daripada warga Kelantan yang berhijrah demi mencari sesuap nasi dan kemakmuran hidup tetapi di sini juga adalah bukti bahawa rakyat Kelantan ahagakan aktiviti ekonomi yang lebih rancak dan pembangunan yang lebih pesat untuk negeri mereka.

Saya bertanya rakan saya itu: Jika anda ada pilihan untuk terus tinggal di Kelantan sambil menerima gaji atau pendapatan yang sama lumayan seperti di Kuala Lumpur dan semua adik beradik anda boleh menikmati perkara yang sama, adakah anda masih mahu tinggal berjauhan dari keluarga?


Islam mengajar kita berhijrah untuk lari dari kesempitan dan pulang untuk memajukan tempat asal kita apabila masa dan peluang diberikan. Apabila kuasa di tangan kita janganlah kita mencari pelbagai alasan pula untuk menidakkan pembangunan dan menyalahkan orang lain


Sudah tentu tidak. Malah Rasulullah sendiri berhijrah kerana ada keperluan, kerana keadaan tidak selamat di Makkah, kerana ada yang mahu membunuhnya. Setelah mendapat kelapangan, Baginda segera pulang ke Makkahtulmukarramah dan membawa pembangunan di tanah suci itu.

Islam tak pernah menyuruh rakyatnya hidup dalam kedaifan dan tidak pernah menyarankan agar umatnya pergi berhijrah demi mencari sesuap nasi, bagai melukut di tepi gantang orang lain.

Setiap kali Rasulullah menghantar umatnya ke luar dari Makkah, mereka pergi dengan ilmu dan kewangan yang teguh untuk menyebarkan syiar Islam, mereka tidak ke negeri China untuk mencari rezeki, mereka berdagang ke negara lain sebagai cara untuk menyebarkan ajaran Islam sambil menguatkan ekonomi Islam.

Islam yang diamalkan oleh PAS begitu sempit sekali, ia memberi fokus terhadap akhirat tetapi terus membiarkan umat merempat di bumi sendiri. Ini sudah tentu bukan Islam yang diajar oleh Rasulullah yang telah meninggalkan rangkaian sahabat yang begitu gemilang dari segi ilmu dan umat yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan.

Dalam apa jus yang ktia lakukan, Islam tidak pernah menidakkan duniawi, malah di dunia inilah tempat kita mencari Allah dan sekiranya kita yakin Allah itu pencipta yang maha Agung maka kita perlulah menjadikan umat Islam sebagai umat yang Agung.

Tidak ada ruginya sekiranya Umno diberikepercayaan untuk memajukan Umat dari segi fizikal dan teknologi dan Pas pula mengambil tampuk sebagai penguat akidah dan penyubur syiar Islam - kita semua ada peranan penting masing masing. Jangan kita sibuk bertelagah hingga kampung halaman tergadai

Rakyat di Manek Urai sudah begitu lama terpinggir dan ditinggalkan, kini mereka mengharapkan pembelaan dan kita semua tahu bahawa pembelaan dari segi sosial dan ekonomi hanya boleh datang dari Umno dan Barisan Nasional yang telah begitu lama menjadi pemandu negara.

Jangan kita biarkan penduduk Manek Urai terus ketinggalan, mari kita bersatu dan jadikan Manek Urai lebihmaju dan berdaya saing.

Keindahan Lata Rek di Manek Urai menjadikan kawasan ini magnet pelancung dan muda mudi. menurut orang tempatan, di seberang sungai terdapat kawasan dimana muda mudi melakukan sumbang. Diharap kerajaan Kelantan dapatlah bertindak meningkatkan syiar Islam di kalangan muda mudi negeri ini, jangan nanti pembangunan pun tak ada, Islam pun malap


Jangan kita, umat Melayu dan Islam berpecah kerana perpecahan umat Islam itu adalah punca kegembiraan umat lain. Bersatulah kita sebagai umat Islam dan majukan diri kita supaya dapat berdiri sama tinggi dengan umat lain di dunia.

Manek Urai: Kubur PAS sedang digali oleh Nik Aziz



Nik Aziz nampaknya semakin galak, semakin terdesak demi nak mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, pelbagai kenyataan beliau yang selama ini begitu bertentangan dengan agama ditambah lagi dengan tuduhan terbaru yang menyamakan UMNO dengan komunis dan Kerajaan Langit yang sesat Ayah Pin. Itu lah nik aziz yang dianggap ulama dan tok guru dikalangan ahli-ahli PAS.

Malam semalam di Manjor, Nik Amar mengingatkan penyokong PAS agar jangan terpengaruh dengan janji pembangunan yang dibawa oleh UMNO, Pembangunan diakui penting tapi kata nya yang utama ialah agama. PAS meletakkan agama sebagai asas perjuangannya kata nik amar.

Pemimpin PAS nampaknya terus menggunakan modal 'asas' mereka untuk berpolitik, agama merupakan komoditi yang penting dalam merelevankan perjuangan hipokrit PAS. Maka berduyun lah pemimpin PAS hari ini turun di Manik Urai untuk menambah kusut dan mengelirukan pengundi agar mereka terus 'tenggelam' dalam pelukan PAS ini.

Namun sebenarnya pemimpin PAS tahu bahawa modal memperalatkan agama ini sudah semakin tidak laku, pengundi Manik Urai sudah semakin jelas bahawa mainan agama yang sempit yang didondangkan oleh PAS sudah basi dan tertolak. Pengundi tahu bahawa PAS bukan parti yang memperjuangkan agama tetapi hanya menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa. PAS bukan agama, PAS bukan jaminan syurga, PAS bukan maksum malah banyak fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh pemimpinnya menyebabkan ahli, orang ramai dan pengundi Manik Urai menghindarkan diri dari menanggung dosa 'kering'.




Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, contohnya...Hari ini, hudud tidak dilagukan lagi, kisas sudah ditolak ketepi, slogan membangun bersama Islam telah bertukar kepada kearah negara berkebajikan. Isu kafir sudah basi, isu makan sembelihan orang UMNO disimpan, Isu sembahyang 2 Imam hanya laku di ulu-ulu sahaja, malah persaudaraan erat yang dijalinkan bersama-sama setan DAP dan PKR telah menyebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen PAS togel kepala apabila bersama-sama mereka.Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, kerana...Apabila Fadhil Noor pergi mengadap ilahi maka hilang lah isu lelong Putrajaya yang dianggap membazir, Bakar chik tertinggal bacaan fatihah dalam mengimamkan sembahyang jumaat di Terengganu semasa PAS memerintah dulu dikira sah, apabila bunyamin menuduh bekas PM menonton video lucah bersama cucu disambut dengan takbir.Bagi PAS perjuangan agama apabila menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundinya... berkawan dengan setan, tuhan mencarut dan banyak lagi yang cukup menjelaskan betapa pemimpin PAS berani, sanggup dan tergamak memperalatkan agama.

Tapi akhir ini dilihat bahawa kesedaran pengundi terutama orang-orang Islam akan betapa rosak nya pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin terserlah, malah mereka melihat sokongan yang datang dari orang bukan Islam kepada PAS hanya sandiwara politik membuktikan bahawa sebenarnya pemimpin PAS begitu mementingkan kuasa dan rela agama nya dipijak dan diperlekehkan oleh orang lain. Apa nak heran? itu memang jenis pemimpin PAS...Apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS terutama nik aziz di kelantan selama ini sebenarnya jauh dari seruan agama yang mengajak manusia kepada kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Malah hingga ke hari ini PAS sendiri masih belum dapat menyatakan dengan jelas akan konsep negara Islam yang mereka ingin bangunkan dan sebenarnya PAS selesa, disudut hati menerima dan bersetuju dengan konsep negara Islam yang diamalkan oleh UMNO selama ini...Tapi pasal kuasa politik terpaksa lah nafikan, hilang kuasa politik hilang pengaruh, hilang pengaruh maka hilang lah kekayaan, hilang kekayaan bermakna takde duit dan harta... jadi duit lah yang diperjuangkan... orang lain cari duit jugak tapi tak payah jual agama!!!

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

Siapa yang sesatkan PAS?

Dalam sibuk nak adakan pilihanraya kecil Manek Urai, macam macam fatwa yang Nik Aziz keluarkan. Semuanya pasal nak tutup kelemahan dan percakaran yang sedang melanda PAS ketika ini. Terbaru, Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan samakan UMNO dengan ajaran sesat ayah Pin. Pelik..dulu orang tua yang orang orang PAS panggil tok guru ni tak meroyan seteruk ni. Apa yang dah tak kena dengan orang tua ni? Dah kena sampuk dengan bapak setan dari PKR agaknya atau saja nak cari publisiti murah pasal takut ditenggelamkan oleh Hadi Awang dan Nasharudin yang tampak lebih jelas memperjuangkan kepentingan Melayu bersama UMNO.
Nik Aziz apa yang tak kena sekarang ni? Sampai sanggup kata rela menumpahkah darah untuk mempertahankan kerusi Manek Urai. Berapa punya gila. Demi kerusi politik sanggup tumpahkan darah sesama Melayu. Sah dah kurang siuman. Ulamak rasanya tidak berperangai sedemikian rupa. Tapi bila fikirkan balik Nik Aziz ni dalam PAS hanya sebagai tuan penasihat. Jadi apabila nasihatnya orang dah tak dengar dan cakap cakapnya dah tak semasin dulu, eloklah berundur secara terhormat. Zaman dah berubah. Perjuangan Islam Nik Aziz juga sudah berubah hingga sanggup bersekongkol dengan segala bapak setan dalam PKR dan DAP. Hadi Awang dan Nasharudin dan sedar akan perkara ini cuma Nik Aziz yang terus terusan buta. Mungkin hijab Nik Aziz jauh lebih tebal dari Hadi Awang dan Nasharudin. Atau yang lebih menakutkan sekiranya Nik Aziz tidak dapat ilham dari Allah dan lebih cenderung mendengar bisikan bisikan syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh mu yang nyata. Kalau yang nyata pun Nik Aziz tak nampak apatah lagi syaitan yang bertopengkan manusia yang banyak di dalam Pakatan Rakyat sekarang.

Kepada ahli ahli PAS yang masih waras dan tidak sebuta Nik Aziz, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Malaysia. Jangan biarkan syaitan syaitan yang bebas berkeliaran sekarang ini mengganggu kehidupan kita rakyat Malaysia yang selama ini di perintah oleh orang orang yang masih mendapat restu dan keizinan dari Allah. Inilah kelebihan yang ada pada kita dan tidak ada pada Nik Aziz. Kita masih lagi mendapat petunjuk Allah. Anwar Ibrahim, lupakan saja pengkhianat Melayu ni. Sejak dia bebas merosakkan PAS nampaknya Nik Aziz turut sama rosak. Jadi siapakah yang menjadi perosak Melayu. Antara Anwar dan Nik Aziz siapa yang bapak setan dan siapa bapak perosak Melayu??


Tenang dan waraslah Melayu!!!


-daeng celak-

Tuan Guru yang tidak dapat hidayah a.k.a alim kucing



Sejak bila Nik Aziz jadi jiwa kacau. Selepas tuduh UMNO macam komunis dan ajaran sesat sekarang nak ajak Perdana Menteri berdebat pulak. Apa mahu orang tua yang dah tua ni sebenarnya?? Dulu aku hormat jugak pada dia ni bukan kerana hormat dia sebagai ulamak pasal pada aku dia tak selayaknya digelar ulamak tapi aku cuma hormat pada dia pasal dia orang tua. Tak lebih dari tu.Sekarang ni sejak berkawan baik dengan kafir kafir laknat dari DAP, nampaknya orang tua ni sering mengalami masalah tidur malam. Sering berkhayal yang entah apa apa. Sering mendengar bisikan bisikan syaitan yang dah berjaya menawan hatinya. Rupanya tak sekuat mana iman orang tua yang sendiri menggelarkan dirinya ulamak dan tuan guru. Agaknya apa perasaan beliau bila berjumpa Elizabeth Wong tempoh hari..Berkhayal jugak ke?


Tapi bila aku fikirkan balik tentang debat ni, semua orang boleh agak yang siapa punya idea bangang. Tentunya idea bangang ni datangnya budak dari Permatang Pauh tu. Sebabnya budak Permatang Pauh ni tahu, penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang macam lembu ditarik hidung tu tetap akan sokong dia orang walau apa pun yang kita cakap tentang pemimpin pemimpin dia orang tu. Kalau disuruh makan tahi pun mahu jugak dibuat gamaknya. Kalau hijab setebal Gunung Kinabalu cakaplah apa saja mereka tetap dengan kebodohan mereka. Dan tak lebih dari apa debat tu selain dari nak membuka aib Perdana Menteri. Dan yang mereka harapkan rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gila meroyan sokong PAS akan ketawa terbahak bahak melihat Perdana Menteri diaibkan secara live. Melayu PAS inilah yang merosakkan Melayu. PKR pun ada Melayu Cuma Melayu PKR..ah lupakan saja..mereka tak lebih dari hamba DAP dan hamba kepada budak Permatang Pauh yang nak jadi Perdana Menteri tu.


Di tangan Melayu terletaknya nasib Melayu. Kalau hancurnya Melayu pasal kebodohan mereka sendiri dan pasal termakan tahi yang DAP hidangkan jangan nak menyesal suatu hari nanti. Mungkin Melayu terlalu selesa sekarang ini. Kalau hancurnya Melayu kita sama sama panggil Nik Aziz untuk membacakan talkin pasal dia antara yang bertanggungjawab menghancurkan Melayu. Budak Permatang Pauh tu macam mana? Lupakan saja pasal dia memang nak hancurkan Melayu dan pindah ke Los Angeles.


Tenang dan waraslah Melayu!!!!
-daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan