Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Tok Pa tawan hati Nik Aziz?




Saya kira ramai umat Melayu yang sejuk hati melihat gambar ini terpapar di dada dada akhbar seluruh Tanah Melayu.

Ianya satu langkah kecil dalam usaha kita semua merapatkan saf umat Melayu agar lebih bertenaga untuk maju ke depan. Sudah terlalu biasa kita mendengar pemimpin DAP bertanya mengapa Melayu perlu bersatu? siap musuh orang Melayu hingga perly bersatu? tanya mereka.

Tapi saya yakin dalam lubuk hati setiap orang Melayu, mereka sedar bahawa perpaduan itu adalah penting dan berpegang kepada tali Allah menjanjikan kemakmuran di dunia dan kesejahteraan di Akhirat.

Menteri Besar Kelantan datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bersalaman dengan ketua perhubungan Umno Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed di majlis perasmian Fiesta Kelantan 2009.

Kerajaan Kelantan telah melantik Mustapa sebagai penaung Fiesta Kelantan 2009 dan beliau telah menerima perlantikan tersebut.

Jelas Mustapa memang insaf bahawa pentingnya perpaduan antara umat Melayu dan katanya perpaduan umat sudah tentu akan membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Umat Melayu/Islam yang bersatu akan menjadi tulang belakang Malaysia yang kuat untuk melangkah jauh ke depan.

Kita berharap pemimpin melayu lain akan mengambil iktibar dari gambar ini dan merapatkan saf orang Melayu agar negara terus aman dan makmur.


Friday, July 10, 2009

UMNO + PAS = Perpaduan Islam dan Melayu




ISLAM merupakan agama yang bersifat universal yang menyeru kepada, perpaduan,persaudaraan dan perdamaian supaya umatnya kuat serta bermaruah. Sekiranay dilihat terjemahan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi banyakmenyentuh perkara ini, malah menyuruh agar mmepunyai sikap berkasih sayang, tolong-menolong, hormat menghormati sesama islam dan juga bukan islam.

Konsep perpaduan yang cuba direalisasikan oleh PAS adalah acuan kepada kebaikan dan pemuafakatan semua dan cubaan mematikan soal perpaduan akan membawa kepada kerugian. Dalam islam juga perpaduan amat ditekankan,kerana dengan perpaduan,semangat umat Islam akan lebih dihormati. Sekiranya kerapuhan perpaduan dan ikatan persaudaraan membuatkan umat Islam dan bangsa melayu mudah diperkudakan,dihinjak-hinjak serta disepak-sepak dan yang paling sedih apabila bergaduh sesama sendiri.

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Umat Islam dan MELAYU patut bermaafan dan bertoleransi atas perbezaan dan sepakat atas persamaan.




Itulah yang cuba dibuat oleh PAS dan UMNO demi kepentingan agama dan MELAYU. Presiden PAS serta timbalannya telah mencetuskan hasrat murni apabila cuba duduk semeja dengan Presiden UMNO mengenai kepentingan Islam dan juga Melayu. Hasrat murni ini cuba dihancurkan oleh pemimpin PAS yang lain terutamanya PKR dan DAP. Anuar dan Husam bermati-matian cuba mengelirukan Nik Aziz mengenai perpaduan yang cuba dibawa oleh Hj Hadi dan Nasharuddin. Mengapa ini terjadi? Adakah PKR dan DAP amat takut apabila Melayu bersatu dan islam yang merupakan agama rasmi negara kita semakin jitu.. Adakah DAP dan PKR akan gagal meraih undi melayu didalam agendanya merampas kerajaan daripada kerajaan Barisan Nasional?



Oleh itu pakatan jahat DAP dan PKR ini terus bermain dan bermain hinggakan sanggup memperbodohkan Nik Aziz. Nik Aziz dikelirukan sebigitu rupa. Apakah salah Nik Aziz.

Apapun terima kasih kepada Presiden PAS kerana dengan berani dan ikhlas menyuarakan isu perpaduan ini. PAS sudah nampak akan agenda busuk dan keji DAP dan PKR apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Politik kotor DAP dan PKR telah mula dirasai oleh orang-orang PAS. Lebih mengejutkan apabila ramai orang-orang PAS yang dating untuk mendengar ceramah daripada saudara Khairi Jamaluddin atau KJ dan Lukman Adam. Ceramah yang menyentuh isu perpaduan islam dan MELAYU telah dikupas dengan baik tanpa menyindir serta mengutuk parti PAS. Kempen pilihanraya Manek Urai ini di kampung Peria turut didengari sama oleh orang-orang PAS yang kebetulan berada di kampung itu.

Ternyata mereka (PAS) juga telah merasai politik jahat yang telah dibawa oleh DAP dan PKR selama ini. Sokongan daripada PAS juga dirasai di Pilihanraya Manik Urai ini. Terima kasih orang-orang PAS yang cintakan pepaduan sesama ISLAM dan MELAYU.

UMNO dan PAS adalah sebuah parti orang melayu. Betul slogan PAS untuk semua. Tapi adakah semua orang-orang PAS yang bukan melayu dan ISLAM boleh menyokong ISLAM. DAP dengan lantang menolak kerajaan ISLAM. Langsung tidak hormat kepada perjuangan Ulama yang berpegang memperjuangkan ISLAM.

Tarik Brek




Kagum dan terharu. Aku baru saja pulang dari mendengar ceramah di Perial di Pentas Pemuda Barisan Nasioanal Malaysia sempena pilihanraya kecil Manek Urai. Penceramah yang buat aku kagum dan terharu ialah Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang lebih terkenal dengan panggilan KJ. Jalan di sekitar Perial sesak akibat daru keinginan orang ramai untuk mendengar ceramah tersebut.Tahniah juga kepada penyokong penyokong dan para petugas PAS yang turut sama hadir di dalam ceramah tersebut.

Intipati daripada ceramah YB KJ pada malam ini buat aku tergamam dan penuh rasa terharu disulami rasa KeMelayuan yang seperti disentap. Saudara KJ mengingatkan orang prang Melayu tentang pentingnya erti perpaduan. Beliau kesal kerana keikhlasan Tuan Guru Hadi Awang dan YB Nasharudin di dalam mengutarakan tentang kerajaan perpaduan telah disentap dengan rakus oleh puak puak yang lebih gilakan kuasa daripada melihat perpaduan Melayu.Beliau menyentuh bagaimana idea kerajaan perpaduan ini telah dibunuh oleh Anwar Ibrahim, Husam Musa dan dan kuncu kuncunya dari Pakatan Rakyat. Dan yang menjadi mangsa kepada keadaan ini ialah Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya. PAS telah memang sedia menjadi parti yang kuat dan telah terbukti apoabila beberapa penggal memerintah Kelantan. Keadaan ini digunakan sebagai kesempatan oleh Anwar Ibrahim untuk merealisasikan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri. KJ turut melahirkan rasa simpati terhadap konspirasi politik yang dimainkan oleh Anwar dan DAP.




Saudara KJ turut menyentuh bagaimana Timbalan Presiden PAS, YB Nasharudin Md Isa telah dihalang untuk membantu PAS berkempen di Manek Urai kerana Keadilan dan DAP amat khuatir sekiranya beliau dibenarkan berkempen di Manek Urai ianya hanya akan membuka peluanv kepada orang Melayu untuk berfikir tentang perpaduan dan keadaan ini pastinya akan melemahkan Keadilan dan DAP daripada terus mendapat sokongan orang Melayu. Yang menariknya, beliau telah tidak dibenarkan hadir ke Manek Urai oleh Husam Musa yang ditewaskan di dalam Muktamar Agong PAS. Nampak benar bahawa Husam kemarukkan kuasa sehinggakan sanggup menghalang Timbalan Presiden PAS iatu bossnya sendiri daripada turun berkempen dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden.

Saudara KJ juga berkata bahawa ramai saudara saudara Melayu kita di dalam PAS yang inginkan kerajaan perpaduan itu untuk dibentuk. Buktinya jelas dan mudah apabila para perwakilan PAS sendiri yang telah memilih untuk menobatkan Haji Hadi Awang dan Nasharudin untuk menjadi pemimpin mereka. Bukankah kedua dua tokoh ini yang telah mencadangkan idea kerajaan perpaduan? Jelas antara PAS dan UMNO perlulah menjadi seperti adik dan abang untuk mencapai perpaduan Melayu.




Aku tarik brek untuk memberi ruang kepada penyokong penyokong PAS untuk berfikir tentang perpaduan Melayu. Alangkah indahnya sekiranya pelawaan saudara KJ untuk PAS bersama UMNO menjadi kenyataan. Dengan pintu dan hati yang terbentang luas akan aku panjatkan doa sekiranya PAS dan UMNO menjadi seperti aur dengan tebing berjalan seiring dan mengibarkan bendera Melayu.Cukuplah Melayu bertelagah sesama sendiri. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Biarlah anak anak kita diberi ruang yang secukupnya untuk menghirup udara yang nyaman dan kenal bahawa datuk nenek, mak dan bapanya adalah MELAYU YANG BERSATU.Ayuh bangkitlah tunjukkan kepada mereka bahawa Melayu sememangnya kuat apabila BERSATU. Sedarlah KITA ANAK MELAYU yang cintakan perpaduan. Kita robohkan dinding pemisah di antara kita dan sama sama kita injak mereka yang sengaja mahu melihat kita bertelagah.

Aku pohonkan kemaafan buat sahabat sahabat Melayu dari PAS sekiranya ada mengguris perasaan kalian. Buat kesekian kalinya untuk Melayu...TAKBIR!!!!!

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan