
Saya kira ramai umat Melayu yang sejuk hati melihat gambar ini terpapar di dada dada akhbar seluruh Tanah Melayu.
Ianya satu langkah kecil dalam usaha kita semua merapatkan saf umat Melayu agar lebih bertenaga untuk maju ke depan. Sudah terlalu biasa kita mendengar pemimpin DAP bertanya mengapa Melayu perlu bersatu? siap musuh orang Melayu hingga perly bersatu? tanya mereka.
Tapi saya yakin dalam lubuk hati setiap orang Melayu, mereka sedar bahawa perpaduan itu adalah penting dan berpegang kepada tali Allah menjanjikan kemakmuran di dunia dan kesejahteraan di Akhirat.
Menteri Besar Kelantan datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bersalaman dengan ketua perhubungan Umno Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed di majlis perasmian Fiesta Kelantan 2009.
Kerajaan Kelantan telah melantik Mustapa sebagai penaung Fiesta Kelantan 2009 dan beliau telah menerima perlantikan tersebut.
Jelas Mustapa memang insaf bahawa pentingnya perpaduan antara umat Melayu dan katanya perpaduan umat sudah tentu akan membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Umat Melayu/Islam yang bersatu akan menjadi tulang belakang Malaysia yang kuat untuk melangkah jauh ke depan.
Kita berharap pemimpin melayu lain akan mengambil iktibar dari gambar ini dan merapatkan saf orang Melayu agar negara terus aman dan makmur.