Monday, June 29, 2009

Manek Urai: Kubur PAS sedang digali oleh Nik Aziz



Nik Aziz nampaknya semakin galak, semakin terdesak demi nak mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, pelbagai kenyataan beliau yang selama ini begitu bertentangan dengan agama ditambah lagi dengan tuduhan terbaru yang menyamakan UMNO dengan komunis dan Kerajaan Langit yang sesat Ayah Pin. Itu lah nik aziz yang dianggap ulama dan tok guru dikalangan ahli-ahli PAS.

Malam semalam di Manjor, Nik Amar mengingatkan penyokong PAS agar jangan terpengaruh dengan janji pembangunan yang dibawa oleh UMNO, Pembangunan diakui penting tapi kata nya yang utama ialah agama. PAS meletakkan agama sebagai asas perjuangannya kata nik amar.

Pemimpin PAS nampaknya terus menggunakan modal 'asas' mereka untuk berpolitik, agama merupakan komoditi yang penting dalam merelevankan perjuangan hipokrit PAS. Maka berduyun lah pemimpin PAS hari ini turun di Manik Urai untuk menambah kusut dan mengelirukan pengundi agar mereka terus 'tenggelam' dalam pelukan PAS ini.

Namun sebenarnya pemimpin PAS tahu bahawa modal memperalatkan agama ini sudah semakin tidak laku, pengundi Manik Urai sudah semakin jelas bahawa mainan agama yang sempit yang didondangkan oleh PAS sudah basi dan tertolak. Pengundi tahu bahawa PAS bukan parti yang memperjuangkan agama tetapi hanya menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa. PAS bukan agama, PAS bukan jaminan syurga, PAS bukan maksum malah banyak fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh pemimpinnya menyebabkan ahli, orang ramai dan pengundi Manik Urai menghindarkan diri dari menanggung dosa 'kering'.




Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, contohnya...Hari ini, hudud tidak dilagukan lagi, kisas sudah ditolak ketepi, slogan membangun bersama Islam telah bertukar kepada kearah negara berkebajikan. Isu kafir sudah basi, isu makan sembelihan orang UMNO disimpan, Isu sembahyang 2 Imam hanya laku di ulu-ulu sahaja, malah persaudaraan erat yang dijalinkan bersama-sama setan DAP dan PKR telah menyebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen PAS togel kepala apabila bersama-sama mereka.Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, kerana...Apabila Fadhil Noor pergi mengadap ilahi maka hilang lah isu lelong Putrajaya yang dianggap membazir, Bakar chik tertinggal bacaan fatihah dalam mengimamkan sembahyang jumaat di Terengganu semasa PAS memerintah dulu dikira sah, apabila bunyamin menuduh bekas PM menonton video lucah bersama cucu disambut dengan takbir.Bagi PAS perjuangan agama apabila menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundinya... berkawan dengan setan, tuhan mencarut dan banyak lagi yang cukup menjelaskan betapa pemimpin PAS berani, sanggup dan tergamak memperalatkan agama.

Tapi akhir ini dilihat bahawa kesedaran pengundi terutama orang-orang Islam akan betapa rosak nya pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin terserlah, malah mereka melihat sokongan yang datang dari orang bukan Islam kepada PAS hanya sandiwara politik membuktikan bahawa sebenarnya pemimpin PAS begitu mementingkan kuasa dan rela agama nya dipijak dan diperlekehkan oleh orang lain. Apa nak heran? itu memang jenis pemimpin PAS...Apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS terutama nik aziz di kelantan selama ini sebenarnya jauh dari seruan agama yang mengajak manusia kepada kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Malah hingga ke hari ini PAS sendiri masih belum dapat menyatakan dengan jelas akan konsep negara Islam yang mereka ingin bangunkan dan sebenarnya PAS selesa, disudut hati menerima dan bersetuju dengan konsep negara Islam yang diamalkan oleh UMNO selama ini...Tapi pasal kuasa politik terpaksa lah nafikan, hilang kuasa politik hilang pengaruh, hilang pengaruh maka hilang lah kekayaan, hilang kekayaan bermakna takde duit dan harta... jadi duit lah yang diperjuangkan... orang lain cari duit jugak tapi tak payah jual agama!!!

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan