Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Brunei Menjadi Inspirasi Untuk Kelantan Laksanakan Hudud?

Bersediakah kita??



KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sehingga kini tetap serius dan yakin untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan, bahkan hasrat merealisasikannya juga dianggap sebagai mainan politik pihak tertentu.


Bukti Kelantan tidak lemah semangat biarpun ada kekangan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menurutnya, apabila disebut pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu yang sudah lama diusahakan tetapi dengan pelbagai halangan masih lagi belum berjaya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Ahmad berharap program itu dapat menyedarkan minda dan fikiran umat Islam terhadap hudud supaya membuka jalan bagi dilaksanakan walaupun dianggap terlalu sukar, tetapi suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

“Sambutan program ini juga diadakan bagi mengadakan tekanan kepada pihak tertentu supaya melihat kepada ajaran dan undang-undang Islam secara positif, bukan negatif.

“Bahkan hukum ALLAH SWT lebih mengatasi daripada undang-undang ciptaan manusia,” katanya.

Tambahnya, sambutan hari hudud itu juga dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

“Hudud ini bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata.

“Malangnya wajah hudud ini telah diberikan imej cukup buruk oleh media barat, dengan sokongan media sekular dalam negara kita yang menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hudud. Hakikat hudud bermakna batasan,” katanya.

Katanya, pelbagai kes jenayah berlaku sekarang ini sangat menakutkan dan beliau mempersoalkan undang-undang sedia ada tidak mampu mencegahnya dengan berpandangan undang-undang dicadangkan oleh ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

“Apa yang mampu kita (kerajaan negeri) lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan.

"Dengan itu saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan, sama ada negeri atau Persekutuan, sama-sama bertanggungjawab meningkatkan kualiti iman dalam kalangan rakyat dengan bekerjasama menyeru kebaikan cegah kemungkaran menerusi pendekatan masing-masing,” katanya. -Sinar Harian



Yang pastinya ada yang akan meraung bila hukum hudud benar-benar dilaksanakan.. Mungkinkah ini caranya untuk menghapuskan jenayah yang semakin menjadi-jadi dalam negara kita??

Wednesday, September 15, 2010

Murai Sendat Otak: Pas jaga air berkeladak kalau pas jaf\ga letrik jawabnya bergelap lah Kelantan

Kerajaan jaga air jadi keladak, kalau Kelantan jaga Letrik sendiri kerap lah black out ye?? Pas tu marah Umno

Murai ni kira satu jenis burung orang pandang celupar lah,

mulut tak reti diam.

bila memekak menyakit kan hati aje pulak tu - bukan nya ada inti, cakap kosong aje...

Jadi kisah hari ni ialah tentang Murai Sendat Otak, dia ni kalau bercakap memang tak reti berhenti, macam dia sorang aje pandai

pot pet pot pet

sari suntuk murai ni memekak

Murai ni pandai blog pulak tu....

kluk klak kluk klak, dibedalnya keyboard dengan paruh kemetot burung kemetot

burung bila kemetot, mulalah nak tunjuk besar, ialah takut orang tau burung dia kemetot

jadi hari ni dia pun bukak mulut lat nak membantai Umno pasal tak bagi air bersih di Kelantan.

Aik, apa kimak ni cakap? tanya aku

Kimak ni bebal ke? oh lupa sebenarnya memang otak sendat...

Air adalah TANGGUNGJAWAB kerajaan negeri.

Kerajaan negeri sekarang ialah PAS yang kononya diterajui oleh orang berjiwa suci yang bernama N.Ajis Nikmat.

Kalau N.Ajis Nikmat ni ikut prinsip Islam, yang sudah tentu sempurna, maka negeri Kelantan tidak boleh tidak akan maju jaya.

Kalau ikut perintah Allah dan tunjuk ajar Kekasihnya, Junjungan kita Baginda Rasulullah S.A.W. ada mungkinkah mereka tidak akan mendengar doa N.Ajis?

Kalau di ikut prinsip Islam dalam kerajaan, tak mungkin kerajaan tak cukup wang untuk mentadbir dan tak mungkin kerajaan tak cukup wang untuk menjaga sistem bekalan air...

Ish sistem UMNO/BN yang dikatakan kapir pun boleh jaga sistem air. Di Selangor aje dah berapa empangan besar dibina untuk air dan berbilion dibelanja untuk gantikan paip rosak. masih belum selesai tapi duit masih belanja....

Kerajaan DAP di Selangor sekarang memang dah nak habis duit, tu pasal dia nak jual aset syarikat air di Selangor, kalau tak mana nak cekau nak repair paip??

Kerajaan yang konon bertopeng Islam di Kelantan takkan tak boleh penuhi tanggungjawab asas membkalkan air kepada rakyat?

bayangkan kalu PAS jaga LEtrik???tak bergelap aje Kelantan?

tak payah pergi jauh lah, kita tengok beza antara air dan letrik di Kelantan pun kita dah nampak siapa yang lebih bijak memerintah, siapa yang lebih pandai membahagi sumber dan kewangan untuk kesenangan dan kemajuan rakyat

Thursday, October 8, 2009

NIZAR PEKAK: Rasuah besar PAS di Kelantan




Apabila Islam sekadar alat politik, maka sudah tentulah seseorang atau sesebuah parti itu boleh berceramah tenang Islam, mengecam seteru politik dan mengkafirkan saudara Islam semata mata untuk menunjkkan mereka lebih Islam

pada masa yang sama mereka pula akan mengamalkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa.

Kesah terbaru ini telah dibongkar oleh rakan blogger, RBF yang menyingkap permainan politik wang dalam kerajaan PAS kelantan dan ketua puak Erdogan yang totok pro-Anwar Ibrahim, iaitu Husam Musa.




Menurut RBF Husam, yang kehulu kehilir menjual Islam telah membuat satu perjanjian dengan seorang anak bekas pemimpin Negara yang dikenali lemah fikirannya.

Sebagai seorang yang cekap memanipulasi orang dan juga keadaan, Anwar sedar bahawa anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Tamrin sedang menghadapi masalah hutang di keliling pinggang dan memerlukan wang segera.

Oleh kerana Tamrin sudah dikenali sebagai seorang yuang kerap gagal dalam perniagaan, maka susah untuk dia memujuk pemimpin Umno untuk memberinya peluang berniaga dan inilah yang telah dieksploitasi oleh Anwar.


Beliau mula berkawan dengan Tamrin dan akhirnya kini menggunakan Tamrin sebagai serampang dua mata.

Satu cadangan telah diberikan kepada Husam agar menggunakan Tamrin dalam satu usaha membogelkan lebih banyak hutan di Kelantan.

Kali ini Kerajaan Negeri Kelantan, yang gagal untuk menjana ekonomi dan terpaksa bergantung kepada hasil jualan kawasan balak untuk terus bernyawa membuat keputusan untuk meluluskan 10,000 ekar untuk ditebang dan lot balak tersebut tleah dikeluarkan atas nama Tamrin Ghafar.

Rancangan mereka ialah untuk menggunakan isu ini sebagai bukti bahawa PAS juga berkongsi dengan Ahli Umno tetapi pautan Husam kepada wang haram ini telah terbongkar apabila seorang pemimpin PAS yang berada di luar lingkaran elit Nik Aziz-Husam membuak cerita.

Menurut RBF, pemimpin PAS Kelantan telah menceritakan bagaimana tanah balak itu akan dijual kepada pembalak Cina dengan harga RM25 juta.

Wang haram ini akan dipecahkan tiga bahagian, dengan Tamrin dan Husam menerima RM10 juta seorang manakala PAS Pusat akan diberi bahagian kecil RM5 juta.




Sebenarnya kisah ini tidaklah begitu menggemparkan kerana PAS juga parti politik biasa walaupun ia menggunakan Islam sebagai alat penarik peminat dan Husam juga adalah ahli politik biasa yang berjanggt, bermisai dan menggunakan kopiah putih sebagai sebahagian daripada kostum politik beliau.

Kita langsung tidak hairan sekiranya lebih banyak cerita begini akan terbongkar.


Malah bebrapa kisah menarik di Selangor bakal dibongkar dalam masa terdekat dan ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah industri maksiat, arak dan kongsi gelap.


Thursday, July 9, 2009

Mari nonton Dikir Barat Kampung Temalir

Ada macam macam pengajaran dalam siri Dikir Barat di Kampung Temalir nih, sila tonton
















video kita tampal dari rakan blogger marahku.blogspot.com gi lah blog dia banyak video manek urai

Sunday, July 5, 2009

Nik Aziz atau Tok Kenali: Siapa ulamak sebenar Kelantan?


Aku sebenarnya hairan dan sememangnya sudah lama hairan dengan tajuk yang aku tuliskan di atas ni. Permasalahan yang sudah lama aku fikirkan ini akhirnya terungkai jua apabila aku renung renungkan. Dan aku rasa semua orang akan turut bersetuju dengan apa yang aku fikirkan. Orang yang tidak bersetuju dengan apa yang akan aku tuliskan di bawah ini bermakna orang itu tidak mengiktiraf kewujudan seorang wali Allah di Kelantan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tajuk di atas tidaklah sesusah mana untuk dijawab. Melihat kepada tajuk itu saja semua orang sudah boleh menjawab kepada persoalan itu. Cuma aku agak hairan mengapa nama Tok Kenali seolah olah sengaja dibenamkan oleh orang orang yang mengaku dirinya sebagai ulamak di Kelantan.

Siapa yang tidak kenal pada Tok Kenali. Agak menghairankan sekiranya ada anak anak Kelantan yang tidak pernah mendengar nama Tok Kenali. Atau sengaja buat buat tidak pernah mendengar nama besar ini. Mungkin anak anak Kelantan kini lebih teruja dan taksub kepada seorang yang mengaku dirinya ulamak walaupun dia cuma seorang insan biasa yang bernama Nik Aziz.

Usahlah dibandingkan Tok Kenali dengan Nik Aziz. Terlalu jauh perbandingannya seperti langit dan bumi. Aku membuat beberapa pembacaan mengenai Tok Kenali sebelum aku melahirkan artikel ini. Itupun setelah hati aku agak tertekan dengan perangai Nik Aziz yang agak melampau akhir akhir ini. Tok Kenali adalah seorang ulamak besar yang tinggi ilmu pengajiannya dan baik adab pekertinya. Tidak bercakap kosong apatah lagi menghina sesama manusia dan Tok Kenali amat menghormati orang hinggakan ada yang mengatakan Tok Kenali menghormati kanak kanak sama seperti beliau menghormati orang dewasa. Samakah adab beliau jika hendak dibandingkan dengan Nik Aziz?

Nik Aziz adalah seorang ulamak yang tidak pernah diakui alimnya oleh orang orang lain kecuali oleh anak anak Kelantan sahaja. Dan aku pun agak hairan bagaimana dan siapa yang mengklasifikasikan Nik Aziz sebagai ulamak. Nik Aziz cukup rendah adabnya jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali. Buktinya cukup mudah, Nik Aziz lebih suka untuk mengkafirkan saudara seIslamnya dari UMNO dan lebih suka untuk berdamping dan memuji muji orang orang kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adakah ini ciri ciri seorang ulamak?

Yang peliknya mengapa Nik Aziz seperti mahukan orang orang Kelantan untuk melupakan Tok Kenali? Dan mengapa Nik Aziz sendiri seperti tidak mahu untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Aku bukan menuduh Nik Aziz sembarangan cuma aku mahu kita sama sama renungkan dengan kenyataan yang aku ambil dari ‘merahsilu.blogspot.com’ .

Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila!”

Mengapa Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang mengaku dirinya ulamak tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Apakah Nik Aziz merasakan bahawa dia lebih alim dan warak jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali atau Nik Aziz tahu sekiranya dia meneruskan perjuangan Tok Kenali maka orang orang Kelantan akan melupakakannya dirinya? Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang tidak mahu mengiktiraf kealiman orang lain dan cuba membuktikan bahawa hanya beliaulah yang paling alim dan hero Kelantan. Jangan cuba hendak dibandingakan Nik Aziz dengan nama nama ulamak ulamak besar yang diakui alimnya seperti yang tertulis di dalam buku ‘Tujuh Wali Melayu’. Aku cuma hairan siapa dan di mana Nik Aziz dimartabatkan sebagai seorang ulamak???

Jelas di sini, Nik Aziz hanyalah seorang yang bijak menggunakan agama sebagai platform politiknya. Nik Aziz bukanlah seorang ulamak yang sebenar dan hanya ulamak kepada PAS yang sangat berbeda adabnya jika hendak dibandingkan dengan ulamak ulamak besar yang diakui alimnya. Mungkin pengikut pengikut PAS sendiri tidak akan dapat membezakan antara Dajal dan Imam Mahadi.

Mudah mudahan Allah akan member petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar segera kembali kepada Islam yang sebenar dan bukan Islam PAS. Jika PAS menyalahkan Islam Hadhari apa bezanya dengan Islam PAS yang mereka ciptakan?

Ulamak adalah pewaris nabi dan yang pastinya Nik Aziz hanyalah ular dalam semak yang amat berbisa.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

Monday, June 29, 2009

Manek urai perlu pembelaan

Penduduk Manek Urai dahagakan pembangunan dan tidak mahu terus ditinggalkan oleh arus kemajuan yang membawa peluang besar untuk Umat Islam menjadi cemerlang.


Setelah dua dekad di bawah pemerintahan PAS, penduduk Manek Urai terpaksa terus menerus berterima kasih kepada parti tersebut kerana menghindarkan pembangunan daripada mencemar bumi hijau mereka.

Sudah tentu ramai yang mengatakan orang Kelantan sememangnya mahukan negeri mereka terus menghijau dan tidak dicemari oleh bangunan tinggi, kilang kotor dan kompleks membeli belah besar yang boleh menggalakkan anak-anak muda melepak sesuka hati.

Rakan saya, seorang anak Kelantan berkata, ekonomi suram di negeri yang menggelar dirinya Serambi Mekah itu tidak menjadi masalah besar kerana anak Kelantan suka merantau mencari rezeki.

Apapun perbezaan pendapat politik, para pemimpin tidak seharusnya terus menerus mengglakkan perpecahan, tambah pula bila terdapat peluang yang begitu baik untuk mreapatkan saf dan memperkasakan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini


Saya tidak menafikan bahawa ramai warga Kuala Lumpur dan Lembah Kelang terdiri daripada warga Kelantan yang berhijrah demi mencari sesuap nasi dan kemakmuran hidup tetapi di sini juga adalah bukti bahawa rakyat Kelantan ahagakan aktiviti ekonomi yang lebih rancak dan pembangunan yang lebih pesat untuk negeri mereka.

Saya bertanya rakan saya itu: Jika anda ada pilihan untuk terus tinggal di Kelantan sambil menerima gaji atau pendapatan yang sama lumayan seperti di Kuala Lumpur dan semua adik beradik anda boleh menikmati perkara yang sama, adakah anda masih mahu tinggal berjauhan dari keluarga?


Islam mengajar kita berhijrah untuk lari dari kesempitan dan pulang untuk memajukan tempat asal kita apabila masa dan peluang diberikan. Apabila kuasa di tangan kita janganlah kita mencari pelbagai alasan pula untuk menidakkan pembangunan dan menyalahkan orang lain


Sudah tentu tidak. Malah Rasulullah sendiri berhijrah kerana ada keperluan, kerana keadaan tidak selamat di Makkah, kerana ada yang mahu membunuhnya. Setelah mendapat kelapangan, Baginda segera pulang ke Makkahtulmukarramah dan membawa pembangunan di tanah suci itu.

Islam tak pernah menyuruh rakyatnya hidup dalam kedaifan dan tidak pernah menyarankan agar umatnya pergi berhijrah demi mencari sesuap nasi, bagai melukut di tepi gantang orang lain.

Setiap kali Rasulullah menghantar umatnya ke luar dari Makkah, mereka pergi dengan ilmu dan kewangan yang teguh untuk menyebarkan syiar Islam, mereka tidak ke negeri China untuk mencari rezeki, mereka berdagang ke negara lain sebagai cara untuk menyebarkan ajaran Islam sambil menguatkan ekonomi Islam.

Islam yang diamalkan oleh PAS begitu sempit sekali, ia memberi fokus terhadap akhirat tetapi terus membiarkan umat merempat di bumi sendiri. Ini sudah tentu bukan Islam yang diajar oleh Rasulullah yang telah meninggalkan rangkaian sahabat yang begitu gemilang dari segi ilmu dan umat yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan.

Dalam apa jus yang ktia lakukan, Islam tidak pernah menidakkan duniawi, malah di dunia inilah tempat kita mencari Allah dan sekiranya kita yakin Allah itu pencipta yang maha Agung maka kita perlulah menjadikan umat Islam sebagai umat yang Agung.

Tidak ada ruginya sekiranya Umno diberikepercayaan untuk memajukan Umat dari segi fizikal dan teknologi dan Pas pula mengambil tampuk sebagai penguat akidah dan penyubur syiar Islam - kita semua ada peranan penting masing masing. Jangan kita sibuk bertelagah hingga kampung halaman tergadai

Rakyat di Manek Urai sudah begitu lama terpinggir dan ditinggalkan, kini mereka mengharapkan pembelaan dan kita semua tahu bahawa pembelaan dari segi sosial dan ekonomi hanya boleh datang dari Umno dan Barisan Nasional yang telah begitu lama menjadi pemandu negara.

Jangan kita biarkan penduduk Manek Urai terus ketinggalan, mari kita bersatu dan jadikan Manek Urai lebihmaju dan berdaya saing.

Keindahan Lata Rek di Manek Urai menjadikan kawasan ini magnet pelancung dan muda mudi. menurut orang tempatan, di seberang sungai terdapat kawasan dimana muda mudi melakukan sumbang. Diharap kerajaan Kelantan dapatlah bertindak meningkatkan syiar Islam di kalangan muda mudi negeri ini, jangan nanti pembangunan pun tak ada, Islam pun malap


Jangan kita, umat Melayu dan Islam berpecah kerana perpecahan umat Islam itu adalah punca kegembiraan umat lain. Bersatulah kita sebagai umat Islam dan majukan diri kita supaya dapat berdiri sama tinggi dengan umat lain di dunia.

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan