Showing posts with label ketenteraman. Show all posts
Showing posts with label ketenteraman. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Masih Amankah Malaysia ku?



Maaflah..Gambar diatas bukanlah untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk buat sampai tak tidur malam..Nampaknya keamanan negara kita bukan lagi seperti dulu...

Ish..Baru pagi tadi kita dikejutkan dengan berita pegawai bank mati ditembak oleh pengawal yang merompak bank tempat beliau sendiri berkerja, lagi sekali Malaysia digegarkan dengan berita 4 orang awam diserang secara tiba-tiba. Kejadian terbaru ni meragut 2 nyawa...Suspek dipercayai kurang siuman dan mempunyai masalah mental...

Laporan dari MStarOnline...

KUALA LUMPUR: Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.
Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.
"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.
"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.
"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.
Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.


Berikut merupakan gambar-gambar mangsa ketiga yang merupakan yang pertama terbunuh:






Mangsa terakhir yang merupakan yang kedua terbunuh:



Dan gambar suspek yang telah berjaya ditangkap dan sekitar keadaan tempat kejadian:




Nasib baik suspek berjaya ditangkap...Kalau tak, orang awam kat stesen LRT mana la pulak dia jadikan mangsa...

VIDEO: Video ini dirakam oleh orang awam yang berada ditempat kejadian...Sila lihat..



Oh ya... Video seterusnya ini adalah rakaman CCTV kejadian pegawai bank dibunuh oleh pengawal keselamatan...




Aku rasa ramai yang bersetuju kalau aku cakap rakyat Malaysia perlukan sesuatu untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Mungkin pihak PDRM boleh mengatur strategi yang sesuai sama seperti mereka mengatur rancangan untuk menangkap geng-geng kongsi gelap dalam OPS CANTAS...

Malang memang tidak berbau...Tapi berhati-hati lah.. Aku percaya orang-orang yang telah melakukan semua ini mempunyai sebab tersendiri...Kos hidup tinggi, hutang keliling pinggang, tekanan hidup antara sebab-sebab yang boleh dikaitkan dengan permasalahan yang berlaku...Masih amankah Malaysia ku kini?

Wednesday, July 31, 2013

Nyawa di hujung PISTOL!!!



BANG!BANG! Semudah tu je kan orang sekarang nak selesaikan masalah....

Nampaknya trend orang Malaysia sekarang nak selesaikan masalah adalah pakai pistol je...undang-undang semua dah ditolak ketepi..habis tu PDRM buat apa je bila isu ni terjadi?Sibuk shopping raya??

Tak lama dulu pada 26 April kita digemparkan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato Shaharuddin bin Ibrahim. Beliau telah dibunuh dengan tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal. Kejadian berlaku kira-kira pukul 830 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Dato Shaharuddin bin Ibrahim
Kesan Tembakan



Kes pertama pada 4 Julai 2013 melibatkan seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di leher dalam kejadian cubaan untuk membunuh mangsa pada 4 Julai 2013 yang lalu. Mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mat Zaki Hashim


Kes berikutnya berlaku pada 17 Julai melibatkan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan. Mangsa, Hashim Mat Zain, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tok Dosoh dan ditembak dengan 6 das tembakan tetapi hanya 2 das tepat mengenai mangsa.

Hashim Mat Zain


Seorang lagi guru ditembak mati pada 19 Julai  ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim Kedah. Mangsa, K Shanmugam, 45, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Ini merupakan kes ketiga melibatkan guru.

K Shanmugam

Kes terbaru yang berlaku pada 29 Julai lalu melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab- Malaysia, Hussain Ahmad Najadi telah ditembak di kawasan letak kereta  sebuah tokong Cina  di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang. Isteri mangsa, Cheong Mei Kuan turut tercedera dalam kejadian.

Hussain Ahmad Najadi


Persoalannya, di manakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini? 

Apakah langkah PDRM untuk memastikan keselamatan dalam negara Malaysia ini terus terjamin..Sekarang ni ramai yang nak keluar dari rumah pun bimbang dan berasa tidak selamat apatah lagi yang mempunyai keluarga...Berapa orang lagi yang harus mati baru PDRM nak ambil tindakan??

Peribahasa Melayu 'Bagai nyawa di hujung tanduk' boleh diubah kepada 'Bagai nyawa di hujung pistol'...

Tak puas hati sikit, tembak..ni la jadi kalau orang dah tak takut undang-undang...elok-elok ada akta ISA pergi mansuhkan...orang dah tak takutlah...buat kesalahan pun hanya kena bayar denda..jangan kecut telur sangat sampai keselamatan dan kehormatan digadai!!

Sumber: The Star, Utusan, Berita Harian, Kosmo!

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan