Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

RM 150 Je....




Kadar bayaran saman AES telah diturunkan sebanyalk RM 150 selepas PDRM mengambil alih AES.. Haa..sesiapa lepas ni yang kena saman, harga dah turun... Liat lagi nak bayar tak tau la...



Baca laporan Berita Harian..


PUTRAJAYA: Kadar baru minimum kompaun system penguatkuasaan automatic (AES) ditetapkan RM150 selaras dengan kadar yang ditetapkan polis DIraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang tertekan dengan masalah kewangan bertindak di luar jangkaan apabila membuat tiga percubaan membunuh diri yang akhirnya membawa kepada kematian menyayat hati ke atas anak perempuan mereka di Blok D, Sri Manja Square di sini semalam.

Mayat Mabel Hiew Mun, 5, yang disyaki telah mati tujuh hari lalu ditemui dalam keadaan mula mereput dan berbau busuk pada pukul 9 pagi oleh seorang ibu rakan sekolah tadika mangsa.

Mangsa merupakan pelajar Tadika Jin Ying yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Ibu rakan sekolahnya bertindak demikian selepas merasa pelik apabila mendapati mangsa tidak hadir sejak lima hari lalu manakala ibu kanak-kanak itu pula gagal dihubungi.

Wanita itu berada di rumah ketika mayat mangsa ditemui.

Mangsa dikatakan mati selepas lemas akibat terhidu asap arang yang dibakar pasangan tersebut di dalam bilik tidur utama.





Thursday, September 12, 2013

Haa...Kan Dah Kene Gantung


Main-main lagi ye... Orang yang buat hal ni cetek betul pemikirannya... Kot ye pun tak setuju dengan kerajaan, jangan la sampai menjatuhkan maruah orang yang bersusah payah menjaga keselamatan negara.. Individu yang bertanggungjawab terhadap penyiaran logo PDRM yang tertulis 'Polis Raja Di Malaysia' sudah pun digantung dan ditamatkan perkhidmatan.... Padan muka... Cari pasal lagi....




Putra Merdeka dan Anak Seberang ada laporan tentang isu ini juga...

Wednesday, September 4, 2013

Terima Kasih...Ini Yang Kita Mahu...




Terima kasih PDRM.. Sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara... Kejayaan mereka menerusi Ops Cantas ni juga rasanya disebabakan oleh ketegasan & kewibawaan kepimpinan Zahid Hamidi juga... Yang pastinya seluruh rakyat Malaysia berterima kasih kerana tindakan yang sepatutnya telah diambil...rakyat Malaysia yang nak Malaysia ni amanlah... Yang nak menghancurkan keamanan Malaysia tu patut dicantas sekali.....

Laporan Bernama...


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas usaha berterusan mereka mencegah jenayah. 
"Terima kasih dan tahniah @PDRMsia atas usaha berterusan dalam mencegah jenayah. Kerjasama semua pihak amat dihargai," kata Perdana Menteri melalui twit terbarunya di akaun twitter @NajibRazak. 
Beliau turut memuatkan siaran akhbar yang menunjukkan statistik kes jenayah kekerasan seluruh negara telah menurun sebanyak 21.6 peratus sejak Ops Cantas Khas dilaksanakan PDRM 17 Ogos lepas. 
Laporan akhbar itu turut menunjukkan statistik jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak 14.7 peratus. 
Dalam perkembangan lain, Najib melalui twitnya turut mengajak orang ramai memberi sokongan kepada Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 September ini. 
Beliau berkata sokongan itu antara lain boleh diberikan dengan melawat dan berkongsi akaun Facebook selain laman web karnival berkenaan iaitu http://www.kud.my
Karnival berkenaan yang diadakan sejak 2006 dengan objektif antara lain bagi membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan tempatan, akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya kali ini. 
Kira-kira 600 pempamer atau usahawan akan menyertai karnival berkenaan dengan jangkaan pengunjung kira-kira sejuta orang. - Bernama

Wednesday, July 31, 2013

Nyawa di hujung PISTOL!!!



BANG!BANG! Semudah tu je kan orang sekarang nak selesaikan masalah....

Nampaknya trend orang Malaysia sekarang nak selesaikan masalah adalah pakai pistol je...undang-undang semua dah ditolak ketepi..habis tu PDRM buat apa je bila isu ni terjadi?Sibuk shopping raya??

Tak lama dulu pada 26 April kita digemparkan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato Shaharuddin bin Ibrahim. Beliau telah dibunuh dengan tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal. Kejadian berlaku kira-kira pukul 830 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Dato Shaharuddin bin Ibrahim
Kesan Tembakan



Kes pertama pada 4 Julai 2013 melibatkan seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di leher dalam kejadian cubaan untuk membunuh mangsa pada 4 Julai 2013 yang lalu. Mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mat Zaki Hashim


Kes berikutnya berlaku pada 17 Julai melibatkan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan. Mangsa, Hashim Mat Zain, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tok Dosoh dan ditembak dengan 6 das tembakan tetapi hanya 2 das tepat mengenai mangsa.

Hashim Mat Zain


Seorang lagi guru ditembak mati pada 19 Julai  ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim Kedah. Mangsa, K Shanmugam, 45, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Ini merupakan kes ketiga melibatkan guru.

K Shanmugam

Kes terbaru yang berlaku pada 29 Julai lalu melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab- Malaysia, Hussain Ahmad Najadi telah ditembak di kawasan letak kereta  sebuah tokong Cina  di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang. Isteri mangsa, Cheong Mei Kuan turut tercedera dalam kejadian.

Hussain Ahmad Najadi


Persoalannya, di manakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini? 

Apakah langkah PDRM untuk memastikan keselamatan dalam negara Malaysia ini terus terjamin..Sekarang ni ramai yang nak keluar dari rumah pun bimbang dan berasa tidak selamat apatah lagi yang mempunyai keluarga...Berapa orang lagi yang harus mati baru PDRM nak ambil tindakan??

Peribahasa Melayu 'Bagai nyawa di hujung tanduk' boleh diubah kepada 'Bagai nyawa di hujung pistol'...

Tak puas hati sikit, tembak..ni la jadi kalau orang dah tak takut undang-undang...elok-elok ada akta ISA pergi mansuhkan...orang dah tak takutlah...buat kesalahan pun hanya kena bayar denda..jangan kecut telur sangat sampai keselamatan dan kehormatan digadai!!

Sumber: The Star, Utusan, Berita Harian, Kosmo!

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan