
Sekalung tahniah daripada kitaanakmelayu.blogspot.com atas tauliah kepada Dato’ Sri JJ kerana di lantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri.
Apa lagi yang mampu kita katakan di atas tauliah ini. Tidak siapa yang berhak untuk mempertikaikan tauliah ini. Sepanjang berkhidmat bersama beliau di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah menunjukkan segala kehebatan yang ada pada beliau dan tauliah ini seperti selak dengan pintu. Amat tepat. Siapa yang tidak bangga dengan penghantaran angkasawan pertama negara ke ISS, siapa yang tidak teruja dengan Dasar Bioteknologi Negara, Sistem Amaran Awal Tsunami dan bermacam macam lagi sumbangan besar yang telah Dato’ Sri JJ sumbangkan kepada negara.
Mudah-mudahan Dato’ Sri JJ akan berjaya menjalankan tanggungjawab penting yang diamanahkan oleh PM kepada beliau. Dan rakyat Malaysia akan terus mengharapkan sentuhan sentuhan ajaib beliau di dalam menjana ekonomi, politik dan sosial Malaysia.
Sekali lagi tahniah dan selamat jalan untuk menunaikan bakti kepada Malaysia yang tercinta.
-daeng celak-