Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Ahmad Maslan dah hilang akal

Dalam masa Umno tengah bergelut di Alam Siber dan ketika kekuatan Umno di Alam Siber baru nak bertunas, Ketua Penerangan Umno pergi ambik batu hempas kepala kawan kawan blogger....

Apa punya akal ni Datuk Ahmad Maslan?

Kau dah hilang akal ke?

Kalau tak nak ada bloggers sokong Umno cakap aje... modal nak belasah Umno bukan sikit...

terpulang lah Datuk...

tiap kali berjumpa tak habis habis cerita BTN, kursus dan method berkempen yang Jurasik...

Awak dengan tak segan silu cerita kat satu dunia yang DS Najib pilih awak kerana muda, ni apa punya komen macam ni

orang muda mana baca paper, orangmuda baca blog dan internet news

tipu ke bohong ke, fitnah ke, orang muda sekarang dah develop internal filtering and acceptance mechanism.. kalau dia nak percaya si pembohong macam RPK tu pun dia kira berita sahih

tapi kalau ceramah Umno... betul ke benar, semuanya dikira bohong

pikir pikir sendirilah siapa yang GOBLOK TAK BOLEH DIAJAR

Thursday, August 6, 2009

Tahniah dan selamat jalan Dato' Sri JJ




Sekalung tahniah daripada kitaanakmelayu.blogspot.com atas tauliah kepada Dato’ Sri JJ kerana di lantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri.

Apa lagi yang mampu kita katakan di atas tauliah ini. Tidak siapa yang berhak untuk mempertikaikan tauliah ini. Sepanjang berkhidmat bersama beliau di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah menunjukkan segala kehebatan yang ada pada beliau dan tauliah ini seperti selak dengan pintu. Amat tepat. Siapa yang tidak bangga dengan penghantaran angkasawan pertama negara ke ISS, siapa yang tidak teruja dengan Dasar Bioteknologi Negara, Sistem Amaran Awal Tsunami dan bermacam macam lagi sumbangan besar yang telah Dato’ Sri JJ sumbangkan kepada negara.

Mudah-mudahan Dato’ Sri JJ akan berjaya menjalankan tanggungjawab penting yang diamanahkan oleh PM kepada beliau. Dan rakyat Malaysia akan terus mengharapkan sentuhan sentuhan ajaib beliau di dalam menjana ekonomi, politik dan sosial Malaysia.

Sekali lagi tahniah dan selamat jalan untuk menunaikan bakti kepada Malaysia yang tercinta.

-daeng celak-


Wednesday, August 5, 2009

Selangor lancarkan program Blogger Patriot tawan Selangor

Umno Bahagian Shah Alam telah melancarkan program Blogger Patriot, iaiatu usaha menawan kembali Selangor dalam PRU 13.

Mereka akan menggembelingkan tenaga bloggers pro Umno bagi usaha ini

Datuk Noh Omar telah melancarkan program ini dan di bawah ada sedikit petikan dari ucapan peringatan beliau

ada macam macam cerita











VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan