Showing posts with label antiu melayu. Show all posts
Showing posts with label antiu melayu. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Kuat Melayu Bersama Raja

Kuatnya Mealyu bersama Raja
Kuatnya Melayu Bersama Sultan

Bukan Raja yang bijak
Bukan kerana Sultan yang gagah


Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu Bersama Sultan

Walau sebijak manapun Raja
Walau segagah manapun Sultan

Kuat Melayu bukan kerana Raja
Kuat Melayu bukan kerana Sultan

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Kuat Melayu pada adab
Kuat Melayu pada rendah diri

Kuat Melayu pada mengalah
Kuat Melayu pada berpada

Sebab itu

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Raja dijunjung Sultan disanjung
Kerana perintah Allah dan Rasul

Bukan  Raja yang bijak
Bukan Sultan yang gagah

Tapi berkat doa umat
Berkat doa bersatu hati

Kuatnya Melayu pada Muhammad
Kuatnya Melayu Pada Allah

Perintah Raja
Perintah Sultan

Dipujuk dek doa
Kepada Allah

Tuanku Perintah
Hamba laksana

Selain itu
Kerja Allah

Marilah di hari pertama tahun 2011 ini memupuk perpaduan antara Melayu,

dalam budaya Melayu banyak rahsia dan banyak hikmah,

Jangan kita lupa pada adab nanti Muhammad bersedih

Jangan kita lupa pada Doa nanti Mustafa merintih

Jangan kita lupa pada usaha nanti Yassin terguris

Jangan kita lupa pada Allah nanti Kekasihnya mengangis

Harap tuan tuan, para pembaca budiman renungkanlah ayat yang tak seberapa ini

Kalau ada yang elok, kalau ada yang bagus gunakanlah,

kalau buruk dan karat semuanya, lupakanlah

selamat tahun 2011

Tuesday, May 4, 2010

GEMPAR: Kenyataan polis pemandu Tian Chua tak serupa dengan dua saksi

INI ABANG POLIS KITA, ROSLAN BACHIK YANG PATAH KAKI KALI KETIGA
DILANGGAR KETIKA MENJALANKAN TUGAS DI SEKATAN JALAN
MANA AHALI POLITIK PEMBANGKANG?
TAK TUNTUT KEADILAN UNTUK ROSLAN KE?

Saksi pertama dan kedua konsisten - Kereta Tian Chua memotong di double line dan hentam motosikal tapi Pemandu Tian Chua kata Moto yang langgar dia

hilang akal ke apa???



KENYATAAN SAKSI 1


KENYATAAN SAKSI 1







KENYATAAN PEMANDU TIAN CHUA



Monday, March 1, 2010

Taktik bapak Lim Guan Eng dah backfire

Dia ingat anak dia MEnteri Besar Penang, dia hebat sangat lah... samapi nak suruh rakyat tubuh satu pergerakan menentang Hak Istimewa orang Melayu... inilah tahap sial bapak Lim Guan Eng, Lim Kit Siang..

Si pengamal nnepotisma tegar ni ( menantu dia si BEtty yang juga bini Lim Guan Eng kan wakil rakyat juga) dengan tak tahu malu mengamalkan hak hak istimewa keluarga Lim Kit Siang dalam DAP yang hanya mengutungkan bebrapa orang dan memenuhi tembolok anak pinak dia aje tapi bila bab hak orang melayu, yang termaktub dalam Perlembagaan...pandai di nak suruh buang

yang sedihnya ramai pulak orang Melayu PAS tak nampak benda ni dan terus totok sokong Lim Kit Siang dan anak menantunya dan juga Karpal dan anaknya...

tapi nasib baik lah orang melayu dah mula sedar..

hujung minggu lepas, sebanyak 76 NGO bersetuju untuk menerajui kaukus menyokong Hak Istimewa Orang Melayu

Alhamdulillah, Orang Melay makin sedar bahawa nasib mereka bagai telur di hujung tanduk dan mereka perlu bersatupadu dalam menghadapi cabaran ini.

ini  bukan hal duit atau ekonomi saja, ini bab masa depan kita sebagai satu bangsa.


Malaysia inilah tempat satu satunya dimana kelangsungan budaya, adat resam dan cara hidup Melayu boleh diteruskan, kita tak ada lain negeri untuk meneruskan sejarah kita, kita lihatlah bagaimana di Singapura pun orang Melayu tak boleh bertapak untuk memajukan budaya dan sejarah mereka, malah sejarah melayu dipadamkan,,

segala kisah zama raja raja Melayu di Signapura dipadam, maka bermula lah satu dongeng yang kononya bertitik tolak dari Temasek yang dijumpai oleh orang putih....

kamu ingat kalau DAP berkuasa di Malaysia ni ada ke ruang kita nak bermain kompang bermaulud, berzapin dan berpantun?

nanti semua dikatakan dilarang sebab bising, semua kena buat dalam dewan aje...

itu belum kit cerita tentang penindasan ekonomi yang berlaku pada mas sekarang, bagaimana peniaga melayu tak diberi kredit tapi peniaga cina sudah tentu boleh berhutang....

jadi saya ingin bersyukur yang Melayu dah mula sedar.. harap harap janganlah sekadar panas panas tahi ayam...

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan