Showing posts with label majlis raja raja. Show all posts
Showing posts with label majlis raja raja. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Kuat Melayu Bersama Raja

Kuatnya Mealyu bersama Raja
Kuatnya Melayu Bersama Sultan

Bukan Raja yang bijak
Bukan kerana Sultan yang gagah


Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu Bersama Sultan

Walau sebijak manapun Raja
Walau segagah manapun Sultan

Kuat Melayu bukan kerana Raja
Kuat Melayu bukan kerana Sultan

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Kuat Melayu pada adab
Kuat Melayu pada rendah diri

Kuat Melayu pada mengalah
Kuat Melayu pada berpada

Sebab itu

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Raja dijunjung Sultan disanjung
Kerana perintah Allah dan Rasul

Bukan  Raja yang bijak
Bukan Sultan yang gagah

Tapi berkat doa umat
Berkat doa bersatu hati

Kuatnya Melayu pada Muhammad
Kuatnya Melayu Pada Allah

Perintah Raja
Perintah Sultan

Dipujuk dek doa
Kepada Allah

Tuanku Perintah
Hamba laksana

Selain itu
Kerja Allah

Marilah di hari pertama tahun 2011 ini memupuk perpaduan antara Melayu,

dalam budaya Melayu banyak rahsia dan banyak hikmah,

Jangan kita lupa pada adab nanti Muhammad bersedih

Jangan kita lupa pada Doa nanti Mustafa merintih

Jangan kita lupa pada usaha nanti Yassin terguris

Jangan kita lupa pada Allah nanti Kekasihnya mengangis

Harap tuan tuan, para pembaca budiman renungkanlah ayat yang tak seberapa ini

Kalau ada yang elok, kalau ada yang bagus gunakanlah,

kalau buruk dan karat semuanya, lupakanlah

selamat tahun 2011

Wednesday, January 6, 2010

N.Ajis Celaka Celaka Celaka: Pembangkang mahu gulingkan sistem Demokrasi beraja

Isu Allah salah satu langkah mereka untuk mengelirukan umat Islam dan memburukkan Raja Raja



Pertama sekali kita mesti sedar sebenarnya Anwar Ibrahim, DAP dan PAS mahukan sebuah republik.
Mengapa?

DAP ni tak payah ternagkan lah.. dia memang tak senang selagi melayu berkuasa.

PKR ni dia ikut Anwar dan Anwar ni semakin hari semakin jelas ideologi yahudi beliau dan Yahudi ni memang anti Raja Raja - kecuali raja mereka sendiri ( Yahudi tahu sistem beraja ada daulat jadi dia tak nak orang lain ada raja, Raja yahudi sendiri dah tak ada sebab diaorang sendiri yang runtuhkan - ni bab lain.. lain kali kita cerita)

PAS pulak dok sanggah sistem beraja sebab kononnya Nabi tak amalkan sistem beraja... mana boleh beranak beranak aje terus gerenti jadi ketua... tak masuk akal... (ini pun cerita panjang gak, mungkin lain kali boleh kita kupaskan)

OK kita berbalik kepada kontroveris penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katolik...



Semakin hari semakin hangat. Bara sedang membakar sekam dari dalam. Dari luar timbunan sekam nampak cantik tapi di dalam sedang merah menyala. Itulah ibarat kes Kalimah Allah yang sedang sibuk diperdebatkan.

Sebenarnya aku pun tak tahu sedalam mana sentiment orang Islam yang tak setuju dengan keputusan mahkamah tinggi Pulau Pinang ni tapi dari yang aku bersembang dengan kawan kawan…boleh dikatakan semua orang setuju ianya satu kontroversi.

Pada pendapat aku, tindakan pembangkang yang terus menerus memecah belahkan orang Melayu menunjukaan bahawa mereka sedang terus menjalankan rancagan untuk mengubah Malaysia dari sebuah demokrasi beraja kepada satu republic.

Aku tahu, ramai yang kata ini satu analisis ekstrem, tapi sebenarnya tidak.

Untuk menjadikan Malaysia satu republic mereka perlu menjatuhkan imej raja raja dan untuk menjayakan program laknat ini mereka menggunakan Islam.




Apabila Anwar Ibrahim dan PKR serta Aziz dan Sabariah dan parti mereka membuat keputusan untuk mengatakan bahawa mereka tidak membangkang keputusan mahkamah tinggi tersebut maka ia membuka ruang untuk Islam diketepikan, sedikit demi sedikit, sebagai agama rasmi persekutuan.

Raja Raja pula adalah ketua agama Islam maka sudah tentulah rakyat yang membangkang keputusan tersebut akan menanti tidakan tuanku semua dalam kes ini.

Saya rasa scenario seterusnya akan dieskploitasi oleh Anwar dan konco konco nya, tak kira apa keputusan para raja.

Kalau Sultan Sultan semua setuju untuk mengembalikan hak eksklusif kalimah Allah kepada umat Islam Malaysia sudah tentu ada suara sumbang dari dalam Pakatan yang akan mempersoalkan keputusan itu dan menuduh raja raja berat sebelah. Malah mungkin ada yang akan menuduh raja raja rasis.

Jika pihak raja raja tidak bersetuju untuk mengembalikan hak eksklusif tersbut maka mereka akan katakana raja raja tak layak menjadi ketua agama.

Inilah taktik dan jawapan yang sama yang digunakan oleh Anwar setelah keputusan mahkamah tinggi PUlau Pinang diketahui umum.

Bila mahkamah beri hak pada Kristian, di masih mengatakan ia adalah taktik Umno dan BN….. aik… tapi dalam masa yang sama mereka mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan mahkamah itu…

Kalau mahkamah kata tak boleh, kita tahu dah tuduhan dia… sudah tentu dia tuduh mahkamah tak adil dan ikut telunjuk Umno….

Bila keputusan mahkamah sama dengan pendirian dia pun dia kata Umno tak adil… habis macamana?

Ini sebenarnya bukti Anwar sengaja mengambil pendirian yang bertentangan dengan kehendak rakyat semata mata untuk memecahkan orang Melayu melalui polemik yang tercetus… dia sengaja mahu orang Melayu keliru..



Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk menaikkan rasa benci dan marah puak yang tidak menyokong institusi raja raja untuk terus berkempen memburukkan tuanku semua.

Ini sudahpun berlaku di Kelantan. Kini terdapat krisis dalaman di Istana. Mereka juga sedang giat menyebarkan fitnah jahat mengenai keluarga diraja Terengganu dan khabarnya sedang berusaha gigih untuk melagakan Tengku Majid dan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim…

Kini mereka sedang mengatur strategi untuk memecahbelahkan keluarga diraja negeri Perak pula…harap panglima panglima dari Perak dapat bersiap sedia untuk melakukan apa saja untuk mematahkan serangan mereka….

Monday, August 24, 2009

Nizar Zambry: ALi Rustam dedahkan Khalid dan Guan Eng hina Raja

Datuk Wira Ali Rustam mendedahkan bagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng menghina Majlis Raja Raja dengan berkempen ketika mengiringi Sultan Selangor dan TYT Pulau Pinang


VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan