Monday, February 28, 2011

CILI HANGUS: Berakhirkah gandingan Parpukari- RBF

Ini berita terkini yang aku dengar dari rakan rakan blogger yang fasih dengan isu Perak, Blogger besar Perak sudah mula berperang dengan sumber berita utama dari Kelantan, Faisal RBF....



Puncanya, Nizam Kicap.......

Aku mula dengar cerita Nizam dan Parpu mula clash dah beberapa bulan, puncanya ...ye lah aku pun tak tahu punca yang sebenar, dari  mulut Parpu katanya Nizam ni tak pandai jaga wartawan dan tak defend boss dia dengan baik

Dari mulut si Nizam ni pulak, kesahnya Parpukari gila kuasa, semua dia nak bolot, dari blog, ke portal semuany Parpu nak kawal...ape lagi gaduh lah

yang aku tahu si Kicap ni memang ada beebrapa isu, sejak dia kerja dengan Azalina lagi dia dah memang ada masalah, ye lah, bila dah ikut Aza mesti lah juga penganut KJ..

KJ bertemu Parpu macam belerang bertemu api,,,pasti meletop

daru sudut pandangan aku memang ada benarnya kata si parpu ni sebab kengkawan yang jadi wartawan kat ipoh memang tak berape gemor makan nasi kuah kicap....tak mesra dan susah nak dapat berita....


Imej si Zambry pun dah teralar teruk akibat lengainya si kicap ni

lain lain hal aku tak tahu lah.....

yang pastinya RBF ni memang kamcheng dengan PK, dan tak mungkin dia akan defend si Kicap ni tapi kini aku rasa dah ada jurang antara dua blogger besar ni...he he he si RBF ni pun boleh tahan besar, dari ukuran pinggang dan juga ranking ...

Bila RBF serang Another Brick In The Wall yang menyatakan Nizam ni agak kureng...maka aku pun terpikir mungkinkah sudah berakhir gandingan PK-RBF?

Bila aku check balik, ada jugak aku dengar dulu RBF tak puas hati dengan PK kerana tidak mahu berkongsi tugasan dan pendapatan dari Perak, katanya banyak juga, beribu lah

Aku berharap, PK dan RBF tak berperang dan menembak sama sendiri ketika kita sedang berhadapan dengan dua PRK di Merlimau dan Kerdau..

kalau ada apa apa perbezaan pun harap dapat selesaikan cara baik

Kalau RBF dah dengar kesah Nizam, berjumpalah dengan ABITW agar dapat mendengar kesah sebaliknya, kalau tak nak jumpa ABITW, juma gua pun tak pe...hehehehe

kalau jumpa gua belanjateh pun cukup, gua boleh cerita perspektif dari kengkawan yang wartawan dan bekas wartawan...

Friday, February 25, 2011

Takziah, Datuk Hajjah Ilani Ishak, dari TS Muhyiddin Yassin

Datuk Hajjah Ilani Ishak banyak menyumbang kepada negara

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh,


Saya dan isteri, Puan Sri Datin Hjh Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Datuk Hajah Illani Ishak di atas kepulangan beliau ke rahmatullah.

Allahyarhamah Datuk Hajah Ilani adalah seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada persefahaman dan keharmonian antara agama. Tugas beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut dalam mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama amat dihargai. Tentunya pengalamannya sebagai bekas wakil rakyat Kota Bharu, Kelantan telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam menerajui jawatankuasa persefahaman dan keharmonian antara agama itu.

Kami berharap anggota keluarga Datuk Hajah Ilani tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Kami mendoakan agar Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan semoga dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un.Al-fatihah.

Wassalam.

Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Saturday, February 5, 2011

NILAI PAS: Bola = RM300K, Nyawa = RM120K

erajaan PAS bagi imbuhan RM300K kepada pasukan bola bila menang Piala Malaysia tapi bagi menyelamatkan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir, kerajaan PAS pimpinan wali selipar, N,Ajis Nikmat hanya sanggup membelanjakan RM120K aje....

Inilah agaknya nilai nilai Islam yang diterapkan oleh PAS kepada penganutnya, kalau sesuatu perkara itu glamer maka belanja lah lebih, tapi kalau tak de selebriti yang terlibat maka jangan habiskan banyak sangat duit.

Bab nak mengata kat Bn nombor satu, lambat bertindak lah, tak prihatin pada rakyat lah, apa lah...tapi bila tiba masa untuk menjalankan tanggungjawab, CULAS.....

Wahai penganut penganut pas sekalian, kamu lihatlah nilai yang Nik Aziz letakkan pada nyawa anak anak dan kaum keluarga kamu yang berada di Mesir...

Ketika kerajaan pusat mengerahkan segala kekuatan tentera udara dan laut bagi menghantar bantan dan menyelamatkan pelajar yang terkandas, sewaktu mana syarikat penerbangan Malaysia menghantar pesawat bernilai ratusan juta untuk menyelamatkan pelajar, Nik Aziz beri RM120K...itu aje

Kalau dicongak congak kan kutipan di setiap ceramah PAS yang bernilai lebih RM1,000 di setiap lokasi setiap malam, aku ingat derma ceramah aje dah lebih RM1 juta setahun, tapi mana pergi duit tu semua? kenapa kerajaan PAS Kelantan pikir RM120K itu cukup.

Sekaran awal tahun, bajet masih penuh lagi....takkan takde duit nak hulur kepada pelajar Malaysia di Mesir...

Macamana pulak dengan kerajaan Ustaz Azizan di Kedah dan Lim Guan Eng di Penang dan Khalid Gagap di Selangor?

Berapa mereka nak hulur bagi menyelamatkan pelajar Malaysia di Mesir?

Datuk Seri Musa Aman yang dituduh jahat dan korup oleh PAS telah mengerahkan kerajaan negeri Sabah menghantar pesawat ke Mesir untuk menyelamatkan pelajar dari negeri itu khasnya dan dari Malaysia yang terkandas.

Thursday, February 3, 2011

Domino tumbang di timur tengah, apa rupa domino baru?


Ketika dunia bersorak tumbangnya kerajaan Tunisia dan goyahnya Presiden Hosni Mubarak di Mesir, adakah sesiapa terfikir apa yang akan menggantikan kekosongan atau vakuum kuasa yang bakal wujud di dua negara penting di Timur Tengah ini?

Dunia arab sememangnya sudah lama dikuasai oleh kerajaan jenis monarki atau autokrasi dan ini terbukti berjaya mewujudkan sedikit kestabilan politik di satu ceruk dunia yang tidak pernah menikmati aman dalam tempoh beberapa kurun yang lalu.

Hosni Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia menggantikan pemimpin berkuku besi tetapi ada yang mengatakan mereka sendiri menjadi pemangsa kepada rakyat sendiri.

Kekayaan terlampau kedua dua pemimpin ini dijadikan kayu pengukur penindasan keatas rakyat. Gambar kereta mewah Ferrari diambil dengan jentera pengangkut di Tunisia tersebar luas, imej istana presiden Tunisia di pecahkan menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir.

Elok lah kalau pemimpin yang baru membawa perubahan positif dan memberi rakyat Mesir satu kehidupan yang lebih bermakna, tetapi adakah mereka yang bertindak memacu penunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir mempunyai rancangan yang jitu bagi memegang tampuk kuasa dan mencari haluan yang terbaik untuk negara mereka.

Adakah mereka sekadar pemimpin Jalanan yang memang pandai bersorak dan mengajak rakyat berdemonstrasi tetapi tak pernah terfikir rancangan jangka panajng.

Hakikatnya, adalah tidak susah untuk rakyat sesuatu negara menjatuhkan kerajaan mereka, samada melalui peti undi ataupun dengan demonstrasi jalanan dan kekacauan tetapi mereka wajib pasti apa yang dimahukan dengan perubahan dan siapakah yang akan membawa mereka ke alam yang lebih enak itu.

Muhammad El Baradei terkenal sebagai manusia yang 'menjual' Iraq kepada Amerika Syarikat, jadi kalau Mubarak diganti dengan El Baradei maka Rakyat Mesir hanya sekadar mengambil tampuk kuasa dari satu kaldai Amerika dan menyerahkan kepada yang satu lagi

Di Tunisia, keadaan sudah sedikit reda dengan timbalan presiden yang dikatana bersih mengambil tampuk Kuasa....tapi Jangan lupa 20 tahun yang lalu, Ben Ali adalah wira Tunisia yang membebaskan rakyat dari belenggu pemimpin yang kejam....

bak kata pujangga, kuasa bisa korup dan kuasa mutlak wajib korup

dalam minda kita sebagai rakyat, politik harus dijadikan sekadar ulam ulam kehidupan, kalau tak ada pun nasi tetap sedap, kalau ada mungkin lebih enak

tetapi tidak seperti ulam, politik yang berlebihan membinasakan, ia membuatkan kita lupa akan kehidupan sebenar, maka itu elok kiranya kita menepis sebanyak yang boleh tempias politik dari hidup kita dan membuat keputusan ketika bertafakur di rumah

maka pergilah kita mendengar ceramah si polan dan si polan, biarlah kita sama ketawa dengan jenakanya dan tak mengapalah kalau kita sama geram setiap kali si politikus menghentam meja tetapi anggaplah ia sebagai hiburan yang mungkin bermakna dan berguna

jangan sesekali kita membuat keputusan tentang masa depan kita di khalayak ramai.

balik lah ke rumah dan selepas solat atau sebelum tidur luangkan sedikit masa untuk bertafakur, untuk memikirkan kehidupan kita di hari yang lalu dan betulkan pegangan hidup dan wawasan kita.

dalam suasana hening dan sepi inilah elok kita sulamkan fikiran dan pendapat bagi menjadi satu wadah kehidupan,

dalam suasana sendiri inilah elok kita memilih marna masa depan untuk diri kita dan, jika boleh arah tuju yang mahu kita tunjukkan kepada anak anak.

Aku amat berharap yang rakyat Mesir sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka mahukan

aku pasti mereka sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka benci dan tidak mahu tetapi sudahkan mereka mengilas walau sejenak apa corak masa depan negara mereka

bak kata pujangga, awas apa yang diidamkan kerna ia mungkin sekali menjadi nyata

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan