Showing posts with label demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

WIKILEAKS SELANGOR: Biaya demonstrasi - Khalid mencabar kuasa Sultan

Khalid patut dilucutkan jawatan kerana bertindak di luar bidang kuasa dan mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negeri dan jajahan Tuanku Sultan Selangor


Pendedahan oleh blog Apanama (Quarter Million Demo Man) tentang usaha kerajaan Selangor membiayai demonstrasi jalanan supaya memberi tekanan kepada Syabas agar bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam industri air negeri itu menunjukkan bahawa negeri paling kaya di Tanah Melayu telah jatuh ke tangan badut.

Sebagai kerajaan yang memerintah, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang harus dielakkan kerana sekiranya ia menjadi satu amalan dan kebiasaan maka ia boleh menimbulkan huru hara dan ini pastinay membebankan negeri dan juga menakutkan pelabur, samada dari dalam mahupun luar negara.

Tetapi badut politik, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pasangan badut perempuan beliau Faekah Husin telah merancanakan satu strategi yang sememangnya boleh digelar sebagai strategi makan tuan atau bunuh diri kerana memupuk budaya demonstrasi jalanan boleh menjurus kepada anarki.

Belum ada satu kerajaan pun yang mampu menentukan dengan pasti apa kesudahan sesuatu demonstrasi jalanan kerana dalam keadaan yang tegang, satu kesilapan kecil boleh berganda menjadi bencana yang luarbiasa dan tidak boleh dikawal.

Keputusan Khalaid untuk membiayai satu demonstrasi jalanan sudah tentu bertentangan dengan kehendak pihak berkuasa undang undang, iaitu polis. manakan mungkin satu kerajaan membiayai rakyatnya untuk menambah kekecohan dan memberi beban tugas dan tekanan yang lebih kepada pihak polis negeri itu sendiri.

Maklumat terbaru ini harus diambil secara serius oleh pihak polis, tentera dan Istana.

Saya sebutkan ketiga tiga ini kerana Istana adalah sumber kuasa pentadbiran negeri, Tuanku Sultan adalah pemerintah negeri manakala Menteri Besar hanya sebagai pentadbir bagi pihak Tuanku.

Polis negara ini danjuga pihak tentera adalah instrumen diraja yang ditubuhkan dengan izin tuanku bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Mungkin pihak Khalid dan konco konco DAP beliau melihat ini sebagai satu permainan politik tapi sebenarnya ia adalah satu ancaman kepada keamanan negara,  apabila sesuatu negeri mengambil sikap aktif untuk mewujudkan keadaan tidak stabil maka negeri itu mungkin boleh dikira sebagai sebuah negeri yang sudah tidak terkawal

Pada pendapat saya  ini menunjukkan bahawa menteri besar yang diberi kepercayaan oleh Sultan untuk mentadbir negeri Selangor sudah hilang keupayaan untuk menjamin negeri jajahan Tuanku dapat terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera, malah menteri besar sendiri yang mengwujudkan keadaan tidak stabil dalam negeri Tuanku.

Malah adalah tidak ekstrem untuk kita mengatakan bahawa Khalid telah mengkhianati Istana dan Tuanku Sultan kerana merancang dan sudah membawa keadaan kurang stabil kepada Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dari mukasurat ini sahaja sudah cukup untuk kita melihat bagaimana Khalid telah merancang dan mensyusun strategi untuk mengujudkan perasaan benci rakyat terhadap Kerajaan negeri Selangor, walaupun ianya untuk pentadbiran sebelumnya.

jangan lupa perkataannya masih keRAJAan, kuasa keRAJA an dari raja ataupun Sultan, kebencian yang dikipas oleh Khalid adalah terhadap Kerajaan tuanku Sultan Selangor

Datuk Seri Khir Toyo, kita jangan lupa, adalah pentadbir negeri Selangor bagi pihak Tuanku Sultan, Kuasa yang mengalir ke pejabat Menteri Besar tetap berpunca dari watikah perlantikan yang diterima dengan izin dan di hadapan Tuanku Sultan Selangor.

Lebih dari itu, Khalid sedang mengwujujdkan keadaan tidak sabil dlam Negeri Selangor pada masa sekarang dengan program ceramah dan demonstrasi jalanan dan kempen mengutip tandatangan yang mampu mewujudkan kebencian rakyat terhadap Tuanku Sultan sendiri.


Dalam mukasurat ini pula terdapat bukti bagaimana Khalid tidak mengendahkan peraturan dan kaedah pentadbiran negeri Selangor kerana memberi kontrak untuk penghasilah bahan cetakan bagi tujuan demonstrasi tersebut  kepada syarikat bukan Bumiputra yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kepala yang ditentukan.

Mungkinkah ini cara Khalid untuk menyorokkan cara beliau menghasilkan bahan cetakan yang berbentuk hasutan, dengan menggunakan syarikat kawan dan sahabat yang sanggup menyorokkan rahsia ini dari pentadbiran, pegawai dan juga rakyat jelata?

Satu laporan polis tentang khianat khalid terhadap Tuanku Sultan Selangor wajar dilakukan segera dan siasatan mendalam perlu dilakukan dan tindakan undang ndang wajib diambil sekiranya beliau didapati benar benar merancang dan membiayai demonstrasi jalanan

Wednesday, December 8, 2010

BERDEMO DI MASJID: Bukan Melayu Kurang Ajar, tapi Melayu yang Bodoh



Apelah bebalnya juak PKR dan PAS, si menteri besar gagap dan parti pungguk rindukan bulan tak habis habis mengajak semua orang pergi ke Masjid Negara untuk berdemo.

Yang geramnya tak sudah sudah mengajak orang bermual berdemo masa waktu Jumaat, apa punya pikiran macam ni?

Kenapa tak suruh DAP organise di gereja St John, atau gereja tepi sungai sebelah Dataran Merdeka?

kenapa tak mula di tokong atau kuil?

jawapannya mudah...

orang Kristian, Hindu, Buddha dan lain lain agama semuanya menghormati rumah ibadat sendiri tapi orang PKR dan PAS tak hormat masjid



korang tengok sendirilah perangai juak juak ni masa PRK, tidur di masjid dengan tak pakai basju, lintas ruang solat utama pakai tuala, macam dewan orang ramai dibuatnya


tak hormat langsung pada masjid

kalau ikut PAS sape sapa pun boleh masuk dan bersyarah dalam Masjid...kalau kat dewan kuliah universiti pun mesti ada tauliah, kelayakan atau sebab kuat untuk orang luar beri syarahan/ceramah




inilah jadinya bila orang PAS perasan mereka lebih Islam dari orang lain,

inilah jadinya bila orang PAS ingat mereka lebih pandai dan paham tentang Islam dari sesiapa yang tak pakai kopiah putih

inilah jadinya bila orang PAS bangga Agama, bangga dengan ibadat mereka, bangga dengan pemahaman mereka, seolah-olah orang lain semuanya tak faham akan Islam

tak ingatkah mereka tentang ajaran Islam yang menyuruh hita Mentaatai Allah, Mentaati Rasul dan Mentaaati Pemerintah yang adil

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan