Showing posts with label rumah terbuka. Show all posts
Showing posts with label rumah terbuka. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Rendang babi dan beer di rumah terbuka Hari Raya PAS

Selepas kering tekak bersorak wakil DAP mengajurkan peraduan membaca Quran (nak kata musabawah takut tak betul pulak) pihak PAS Selangor akan membalas budi Cina mempersendakan Al Quran dengan mempersendakan makanan dan minuman kegemaran kaum tionghua.

Menurut sumber dalam Parti Ajaran Sesat, mereka akan menghidangkan rendang babi dan beer sejuk untuk hidangan rumah terbuka Hari Raya PAS negeri Selangor tahun ini.

"Kami sedang melatih seorang tukang sembelih untuk tujuan tersebut dan selepas disembelih daging itu akan disamak terlebih dahulu sebelum dimasak.

"Kami yakin teknologi masa kini mampu membunuh semua kuman yang terdapat di dalam daging babi dan jika kuman tersebut dapat dimusnahkan maka sudah tentu ia tidak lagi mendatangkan mudarat kepada kita," katanya lagi.

PAS telah berjaya mendapat tajaan dari syarikat arak Chang Beer dari Thailand untuk pembasah tekak di hari lebaran.

menurut sumber kami lagi, keputusan untuk membenarkan penjualan beer di Shah Alam jelas menunjukkan bahawa pucuk pimpinan PAS telah mula mengubah fikiran tentang hukum haram ke atas beer.

"Kalau haram dah tentu kita tak jual tapi menurut Ronnie Liu beer bukan minuman keras dan blleh dijual di semua kedai walaupun di kawasan majoriti Melayu.

"Kami sedar bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menentang keputusan tersebut tapi setelah perkara itu dirujuk ke Dewan Ulamak PAS, ternyata Hassan Ali salah kerana beliau telah ditegur kerana bertindak di luar kepentingan Pakatan.

"Bagi kami, walaupunini bukan fatwa rasmi tetapi ia menjadi petunjuk yang jelas kepada semua umat Islam, beer bukanlah minuman keras dan Ronnie Liu telah memberi interpretasi yang tepat.

"Kami harap umat rakyat Seangor akan datang menjamu selera rendang babi dan beer sejuk, kami  sudahpun mencuba resepi awal dan ianya memang besst," katanya lagi

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan