
Setelah membongkar rahsia kesan DNA yang dijumpai pada jaket mangsa kematian misteri, Teoh Beng Hock di inkues yang bermula semalam, phak polis berkata bahawa dua orang yang merupakan pontensi suspek dalam kes tersebut enggan memberi kerjasama.
Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing enggan memberi sampel DNA mereka dan ianya berlaku atas nasihat peguam mereka, Gobind Singh Deo yang juga dari parti DAP.
jadi mengapa mereka enggan?
apa nak ditakut, keputusan DNA sudahpun dikeluarkan, jadi mereka tahu DNA yang dijumpai pada badan Teoh, apa nak takut?
kalau DNA awak tak sama dengan yang dijumpai apa nak elak, apa nak sorok?
kecualilah kalau ada nak disorok
Saya juga nak cadangkan polis mengambil sampel tulisan tangan mreka mereka ni supaya dapat dibandingkan dengan tulisan yang dipaparkan dalam blogsite Truth for Teoh Beng Hock