Penduduk Manek Urai dahagakan pembangunan dan tidak mahu terus ditinggalkan oleh arus kemajuan yang membawa peluang besar untuk Umat Islam menjadi cemerlang.
Setelah dua dekad di bawah pemerintahan PAS, penduduk Manek Urai terpaksa terus menerus berterima kasih kepada parti tersebut kerana menghindarkan pembangunan daripada mencemar bumi hijau mereka.
Sudah tentu ramai yang mengatakan orang Kelantan sememangnya mahukan negeri mereka terus menghijau dan tidak dicemari oleh bangunan tinggi, kilang kotor dan kompleks membeli belah besar yang boleh menggalakkan anak-anak muda melepak sesuka hati.
Rakan saya, seorang anak Kelantan berkata, ekonomi suram di negeri yang menggelar dirinya Serambi Mekah itu tidak menjadi masalah besar kerana anak Kelantan suka merantau mencari rezeki.
Apapun perbezaan pendapat politik, para pemimpin tidak seharusnya terus menerus mengglakkan perpecahan, tambah pula bila terdapat peluang yang begitu baik untuk mreapatkan saf dan memperkasakan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini
Saya tidak menafikan bahawa ramai warga Kuala Lumpur dan Lembah Kelang terdiri daripada warga Kelantan yang berhijrah demi mencari sesuap nasi dan kemakmuran hidup tetapi di sini juga adalah bukti bahawa rakyat Kelantan ahagakan aktiviti ekonomi yang lebih rancak dan pembangunan yang lebih pesat untuk negeri mereka.
Saya bertanya rakan saya itu: Jika anda ada pilihan untuk terus tinggal di Kelantan sambil menerima gaji atau pendapatan yang sama lumayan seperti di Kuala Lumpur dan semua adik beradik anda boleh menikmati perkara yang sama, adakah anda masih mahu tinggal berjauhan dari keluarga?
Islam mengajar kita berhijrah untuk lari dari kesempitan dan pulang untuk memajukan tempat asal kita apabila masa dan peluang diberikan. Apabila kuasa di tangan kita janganlah kita mencari pelbagai alasan pula untuk menidakkan pembangunan dan menyalahkan orang lain
Sudah tentu tidak. Malah Rasulullah sendiri berhijrah kerana ada keperluan, kerana keadaan tidak selamat di Makkah, kerana ada yang mahu membunuhnya. Setelah mendapat kelapangan, Baginda segera pulang ke Makkahtulmukarramah dan membawa pembangunan di tanah suci itu.
Islam tak pernah menyuruh rakyatnya hidup dalam kedaifan dan tidak pernah menyarankan agar umatnya pergi berhijrah demi mencari sesuap nasi, bagai melukut di tepi gantang orang lain.
Setiap kali Rasulullah menghantar umatnya ke luar dari Makkah, mereka pergi dengan ilmu dan kewangan yang teguh untuk menyebarkan syiar Islam, mereka tidak ke negeri China untuk mencari rezeki, mereka berdagang ke negara lain sebagai cara untuk menyebarkan ajaran Islam sambil menguatkan ekonomi Islam.
Islam yang diamalkan oleh PAS begitu sempit sekali, ia memberi fokus terhadap akhirat tetapi terus membiarkan umat merempat di bumi sendiri. Ini sudah tentu bukan Islam yang diajar oleh Rasulullah yang telah meninggalkan rangkaian sahabat yang begitu gemilang dari segi ilmu dan umat yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan.
Dalam apa jus yang ktia lakukan, Islam tidak pernah menidakkan duniawi, malah di dunia inilah tempat kita mencari Allah dan sekiranya kita yakin Allah itu pencipta yang maha Agung maka kita perlulah menjadikan umat Islam sebagai umat yang Agung.
Tidak ada ruginya sekiranya Umno diberikepercayaan untuk memajukan Umat dari segi fizikal dan teknologi dan Pas pula mengambil tampuk sebagai penguat akidah dan penyubur syiar Islam - kita semua ada peranan penting masing masing. Jangan kita sibuk bertelagah hingga kampung halaman tergadai
Rakyat di Manek Urai sudah begitu lama terpinggir dan ditinggalkan, kini mereka mengharapkan pembelaan dan kita semua tahu bahawa pembelaan dari segi sosial dan ekonomi hanya boleh datang dari Umno dan Barisan Nasional yang telah begitu lama menjadi pemandu negara.
Jangan kita biarkan penduduk Manek Urai terus ketinggalan, mari kita bersatu dan jadikan Manek Urai lebihmaju dan berdaya saing.
Keindahan Lata Rek di Manek Urai menjadikan kawasan ini magnet pelancung dan muda mudi. menurut orang tempatan, di seberang sungai terdapat kawasan dimana muda mudi melakukan sumbang. Diharap kerajaan Kelantan dapatlah bertindak meningkatkan syiar Islam di kalangan muda mudi negeri ini, jangan nanti pembangunan pun tak ada, Islam pun malap
Jangan kita, umat Melayu dan Islam berpecah kerana perpecahan umat Islam itu adalah punca kegembiraan umat lain. Bersatulah kita sebagai umat Islam dan majukan diri kita supaya dapat berdiri sama tinggi dengan umat lain di dunia.