Tuesday, June 30, 2009

Sahabat Anwar di Bank Dunia cuba malukan Malaysia demi untuk populariti diri sendiri dan pilihanraya kecil Manek Urai

Paul Wolfowitz

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangya terkenal dengan rangkaian kenalan berkuasa di Washington yang dulunya termasuklah Paul Wolfowitz.

Nama perancang utama agenda Neo Konservatif George Bush ini dicadangkan sebagai presiden Bank Dunia namun dia rebah di pintu setelah di dapati dia telah cuba mengambil teman wanitanya Shaha Riza Ali sebagai seorang kakitangan Bank Dunia tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.

Shaha Riza Ali

Teman wanita Wolfowitz itu pada mulanya bekerja di bersama Anwar ibrahim di Foundation for the Future, Anwarlah yang menandatangai surat memohon perpindahan Shaha Riza Ali dari US State Department ke foundation tersebut.... ialah nak tolong kawan kawan.

Foundation of the Future ini sebenarnya ditaja oleh bekas naib presiden Amerika Syarikat Dick Cheney dan bertujuan untuk memperlekehkan semua kerajaan di timur tengah yang enggan menurut telunjuk mereka, malah yang mendengar arahan mereka pun diperlekehkan oleh Foundation of the Future... ye lah Anwar kan hero demokrasi konon sudah tentulah dia sesuai menjadi presiden pergerakan anti Islam ini.

Itu dulu, sekarang Anwar telah menggunakan rangkaiannya di Bank Dunia dan Washington untuk memburukkan Malaysia. Ini bukan kali pertama beliau bertindak begini

Anwar dan konco-konco dari Wahington - Wolfowirtz (kanan)


Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tahap kualiti pentadbiran di Malaysia telah merosot semenjak 2003.

Begitu elok sekali kenyataan ini keluar pada masa pengundi Manek Urai sedang menghadapi pilihanraya kecil

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan