Wednesday, July 1, 2009

Debat : Nik Aziz digoda syaitan




Aku ingatkan dah selesai isu debat antara Nik Aziz a.ka. alim kucing dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Rupa rupanya kemaruk untuk mengadakan debat ini masih memuncak di dalam hati Nik Aziz. Apa yang beliau ingin buktikan sebenarnya?


Semua orang tahu debat ini tidak akan menjadi jalan penyelesaian biarpun Nik Aziz sibuk mencanangkan bahawa debat ini bertujuan untuk menyelesaikan kemelut antara PAS dan UMNO. Tidak perlu diadakan debat ini sekiranya hanya untuk mencari populariti politik. Tidak bolehkan Nik Aziz yang kononnya alim besar ini mencadangkan untuk berbincang secara empat mata dengan Perdana Menteri tanpa dihadiri oleh mana mana pihak lain? Yang tidak menarik tentang debat ini ianya turut disokong oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain antaranya Tian Chua. Sayugia diingatkan sekalipun benar debat ini diadakan ianya hanyalah untuk kepentingan UMNO dan PAS. Dua buah parti politik terbesar untuk orang Melayu dan Islam Malaysia. Rasanya Tian Chua tak payahlah nak semakkan kepala nak sibuk campurtangan dalam hal ini. Adalah lebih baik jika dia menjaga kain Elizabeth Wong dari terselak lagi.


Rasanya PERBINCANGAN EMPAT MATA antara si alim kucing Nik Aziz dengan Perdana Menteri adalah jauh lebih baik dari debat ini. Itupun sekiranya Nik Aziz benar benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu dan Islam. Kerana sedikit sebanyak dari debat itu pasti akan menagih maruah Melayu untuk terus dicalarkan dan diaibkan. Tidakkah si alim kucing ini sedar akan keadaan ini atau sengaja mengada mengada untuk tidak ambil tahu?
Perkara yang ingin dibincangkan di sini sejauh mana Nik Aziz si alim kucing ini ikhlas untuk mengadakan debat ini untuk kepentingan Melayu dan Islam semata mata? Kenapa Hadi Awang Tuan Presiden PAS tidak dimaklumkan tentang keinginan debat ini? Jika kepentingan dalaman iaitu perbincangan awal antara Nik Aziz dan Hadi Awang tentang debat ini tidak diadakan di manakah ikhlasnya Nik Aziz? Adakah beliau merasakan bahawa beliau saja yang arif dan serba tahu dan atas sebab itu beliau membelakangkan rakan rakannya yang lain di dalam PAS? Dan kenapakah beliau berkeras menentang idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh rakan rakan beliau di dalam PAS? Tidakkah beliau sedar bahawa matlamat kerajaan perpaduan ini juga untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam? Tampak benar tidak ikhlas Nik Aziz di dalam isu debat ini. Mungkin idea debat ini datangnya dari kerisauan Nik Aziz yang semakin terpinggir dari ahli ahli PAS. Beliau tidak ubah seperti Quran buruk dari kacamata ahli ahli PAS.

Kita lupakan saja tentang debat ini kerana harga yang terpaksa dibayar untuk debat cukup tinggi iaitu MARUAH MELAYU. Mungkin Nik Aziz sudah terlalu tua justeru suka penulis ingatkan beberapa peribahasa untuk renungan beliau ‘meludah ke langit muka sendiri terkena air ludah’ dan ‘tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri’.


Dulu Nik Aziz tidak seperti ini. Semuanya bermula sejak beliau bersahabat dengan setan setan gondol yang bermata sepet dan si tampuk manggis. Sampai bila beliau akan terus dirasuk oleh syaitan syaitan yang inginkan Melayu berpecah belah? Mudah mudahan Hadi Awang akan dapat mengubati sakit rasukan syaitan yang melanda Nik Aziz si alim kucing ini. Jangan rasukan yang sama turut terpalit pada Hadi Awang juga hendaknya..Sama sama kita tunggu dan lihat.


Tidakkah Anwar mampu mengubati sakit Nik Aziz ini? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana beliau hanya akan menambah derita yang ada dan perosak yang amat digeruni.


Tenang dan waraslah Melayu!!!!


-daeng celak-

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan