Wednesday, July 1, 2009

'MANEK URAI TIDAK PERLU ADUN TERPELAJAR'

Penduduk di kawasan Manek Urai yang akan memilih ADUN baru pada pilihanraya kecil dua minggu lagi tidak memerlukan "wakil rakyat yang berpendidikan tinggi", kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan..Petikan dari Malasiakini.com bertarikh1 Julai 2009.

Ungkapan ini biasa didengar dimana-mana ceramah anjuran PAS. PAS tiada masalah dalam meletakkan siapa calon yang bakal dapat gaji dan elaun bulanan. Berpendidikan ataupun tidak bukan menjadi masalah. Janji letak jer siapa-siapa calon pun. Kalau pakai serban lagi cun, confirm orang akan gelar ustat yang baru balik dari Mesir. Kita kena hormat orang agama. Kalau kita baca dalam surat khabar pasal ustat rogol orang dalam Masjid tu tak banyak. Boleh dikatogeri isu kecil jer.Orang agama ini jiwanya bersih.. Mana ada kutuk-kutuk orang, hina orang, menyesatkan orang dengan kepakaran ilmu agamanya. Mana ada kita dengar orang agama kata orang islam tu kafir. Orang agama tidak memecahbelahkan orang islam. Tidak menyokong orang melayu dan islam bersatu padu tidak ada dalam kamus orang agama ni. Islam mengajar umatnya bersatu hati dan bermuafakat. Bukan memecah belahkan orang islam terutamannya orang melayu.

Penulis selalu juga mengikuti ceramah-ceramah anjuran PAS. Penceramah selalu menyebut mengenai calonnya. Antaranya selalu didengar dulu “ Kito letok sapo calon pun kito buleh mene… Letok lembu ko kambing pun kito mene jugok” sorokan dari penonton begitu kuat sekali diselangi dengan takbir “allahuakkbar”.. Kalau di Manik Urai PAS letak calon yang tidak berpendidikan tinggi memang tidak menjadi masalah. PAS meletakkan calonnya seorang pemborong ikan Mohd Fauzi Abdullah, berusia 50 tahun , Mohd Fauzi yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Manakala BN mempertaruhkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan ijazah pengurusan teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon pada pilihanraya kecil itu.



Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun




Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50 tahun


Siapa pun calon yang akan dibayar gaji dan elaun ini seharusnya menjalankan kerjanya dengan amanah dan ikhlas. Rakyat Manik Urai wajib memilih calonnya yang boleh bersama-sama rakyat. Bekerja bersama rakyat. Susah dan senang bersama rakyat.

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan