Apa punya gila yang PAS buat di Manek Urai Baru malam tadi. Ada pesta yang PAS buat untuk penduduk Manek Urai Baru. Selain dari pasar malam, PAS juga mengadakan pesta hiburan yang mereka panggil hiburan alternatif. PAS telah memanggil beberapa orang penyanyi untuk menghiburkan penduduk di situ seperti Ringgo bekas vokalis kumpulan Arrow yang kini telahpun menyertai PAS, seorang penyanyi nasyid yang aku sendiri tak kenal dan sebuah kumpulan dikir barat yang kononnya amat tersohor iaitu kumpulan dikir barat Megat Nordin.
Ringgo memulakan persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu semasa dia masih bersama kumpulan Arrow. Ada yang dia nyanyi dengan suara sebenar dan ada yang nyanyi dengan cuma mulut yang terkumat kamit. Kencing juga rupanya si Ringgo ni. Ingatkan masuk PAS dan tak reti nak kencing rupanya sama saja. Habis di kencingnya penduduk Manek Urai Baru dengan hanya miming semasa menyanyi. Si Ringgo ni siap bercerita kepada penduduk Manek Urai tentang kehidupan zaman jahiliah nya dan dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Tok Guru Nik Aziz si alim kucing yang kononnya telah mengubah cara hidupnya. Aku mulanya agak terharu dengan kata kata si Ringgo yang tampak macam dah berubah dan ikhlas. Tapi dalam masa sibuk menyanyi tu tiba tiba aja si Ringgo mempromosikan album yang dia hasilkan untuk dijual kepada penduduk di Manek Urai Baru tu. Harganya 10 ringgit untuk 7 buah lagu. Kencing lagi si Ringgo ni nampaknya, ingatkan benar benar dah berubah dan sedar rupa rupanya nak jual album dia. Si Ringgo ni tau penyokong penyokng gila PAS ni memang taksub pada PAS jadi dia pun ambilkan kesempatan pada penyokong penyokong PAS ni untuk jual albumnya. Jadi siapa yang bodoh dan siapa yang diperbodohkan. Yang untungnya si Ringgo ni. Yang tetap bebal adalah penyokong penyokong PAS yang sentiasa bersedia untuk diperbodohkan.
Lepas dari Ringgo buat persembahan naik pulak seorang penyanyi nasyid yang aku tak tau nama dia naik ke pentas untuk buat persembahan. Sebelum dia nyanyi dia pun berkempen untuk PAS. Tapi yang tak sedapnya dia cakap seolah olah yang dia seorang ajelah yang alim dan orang lain sesat barat. Cakap seolah olah beliaulah ahli syurga. Siap suruh bertakbir. Alo brader puasa pun belum lagi sabar sabarlah nak bertakbir. Kesian pulak bila aku dengar cuma ada beberapa kerat je yang menyahut seruan dia untuk bertakbir. Memang sah kau ni tak popular.
Selepas penyanyi nasyid yang tak popular ni selesai buat persembahan, dikir barat Megat Nordin meneruskan acara pada malam tadi. Megat Nordin kata yang dia dan kumpulannya digam oleh RTM gara gara menyokong PAS dan dia anak Kelantan. Dan anaknya yang berusia 8 tahun yang berbakat besar turut disekat bakatnya. Megat Nordin kata dia digam oleh RTM kerana dia diberi rumah oleh kerajaan PAS dan lantaran itu digam oleh RTM Kuala Lumpur dari menyertai pertandingan dikir Barat . Apalah punya isu yang si Megat Nordin gunakan ni. Agak agak kau orang berapa ramai anak anak Kelantan yang belajar di universiti milik kerajaan Persekutuan? Jawabnya bersepah dan aku tak rasa kerajaan akan menyekat mereka hanya kerana mereka anak Kelantan. Kena kencing lagi nampaknya penduduk Manek Urai baru malam tadi. Tukang karut kumpulan tu nampaknya memang mengarut dengan segala fitnah yang dilemparkan pada UMNO. Aku tak hairan pun pada tukang karut ni pasal dah namanya pun tukang karut. Mestilah mengarut dan penyokong penyokong PAS pun tak ada bezanya dengan si tukang karut. Semuanya memang suka benda yang mengarut.
Cuma pada penduduk Manek Urai aku nak berpesan. Janganlah jadi bodoh dengan mempercayai apa yang PAS buat. Buktikan bahawa penduduk Manek Urai tidak bodoh seperti yang PAS sangkakan. Biarkan mereka sangka penduduk Manek Urai bodoh dan kita akan bodohkan mereka pada 14 Julai ini. Buat buat bodoh lebih baik dari benar benar bodoh macam PAS.
Anwar Ibrahim bagaimana? Bodoh ke dia ni? Bodoh tak bodoh kita lupakan saja budak Permatang Pauh ni pasal dia memang dah lama kena bodoh dengan Amerika. Bodoh nak rosakkan negara.
Tenang dan waraslah Melayu!!!!
-daeng celak-
HANCING..... tu lah dok sebok kata aku lagi islam dari muu, islam aku lagi bagus dari islam mu..
ReplyDeletelu siaopa beb nak cakap macam tu
Islam itu mudah
Islam itu Indah
Islam itu mesra
Islam itu tenang
islam itu cinta
islam bukan maki hamun
Islam bukan mencari gaduh
islam bukan ajak bertengkar/berdebat
islam bukan memecah belah
biasala bro..PARTI AJARAN SESAT ni...memang kerjanya nk mengelirukan rakyat je...sebenarnya diorang tak buat satu keje pun..pastu tuduh org lain semua salah..
ReplyDelete