Friday, July 10, 2009

Tarik Brek




Kagum dan terharu. Aku baru saja pulang dari mendengar ceramah di Perial di Pentas Pemuda Barisan Nasioanal Malaysia sempena pilihanraya kecil Manek Urai. Penceramah yang buat aku kagum dan terharu ialah Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang lebih terkenal dengan panggilan KJ. Jalan di sekitar Perial sesak akibat daru keinginan orang ramai untuk mendengar ceramah tersebut.Tahniah juga kepada penyokong penyokong dan para petugas PAS yang turut sama hadir di dalam ceramah tersebut.

Intipati daripada ceramah YB KJ pada malam ini buat aku tergamam dan penuh rasa terharu disulami rasa KeMelayuan yang seperti disentap. Saudara KJ mengingatkan orang prang Melayu tentang pentingnya erti perpaduan. Beliau kesal kerana keikhlasan Tuan Guru Hadi Awang dan YB Nasharudin di dalam mengutarakan tentang kerajaan perpaduan telah disentap dengan rakus oleh puak puak yang lebih gilakan kuasa daripada melihat perpaduan Melayu.Beliau menyentuh bagaimana idea kerajaan perpaduan ini telah dibunuh oleh Anwar Ibrahim, Husam Musa dan dan kuncu kuncunya dari Pakatan Rakyat. Dan yang menjadi mangsa kepada keadaan ini ialah Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya. PAS telah memang sedia menjadi parti yang kuat dan telah terbukti apoabila beberapa penggal memerintah Kelantan. Keadaan ini digunakan sebagai kesempatan oleh Anwar Ibrahim untuk merealisasikan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri. KJ turut melahirkan rasa simpati terhadap konspirasi politik yang dimainkan oleh Anwar dan DAP.




Saudara KJ turut menyentuh bagaimana Timbalan Presiden PAS, YB Nasharudin Md Isa telah dihalang untuk membantu PAS berkempen di Manek Urai kerana Keadilan dan DAP amat khuatir sekiranya beliau dibenarkan berkempen di Manek Urai ianya hanya akan membuka peluanv kepada orang Melayu untuk berfikir tentang perpaduan dan keadaan ini pastinya akan melemahkan Keadilan dan DAP daripada terus mendapat sokongan orang Melayu. Yang menariknya, beliau telah tidak dibenarkan hadir ke Manek Urai oleh Husam Musa yang ditewaskan di dalam Muktamar Agong PAS. Nampak benar bahawa Husam kemarukkan kuasa sehinggakan sanggup menghalang Timbalan Presiden PAS iatu bossnya sendiri daripada turun berkempen dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden.

Saudara KJ juga berkata bahawa ramai saudara saudara Melayu kita di dalam PAS yang inginkan kerajaan perpaduan itu untuk dibentuk. Buktinya jelas dan mudah apabila para perwakilan PAS sendiri yang telah memilih untuk menobatkan Haji Hadi Awang dan Nasharudin untuk menjadi pemimpin mereka. Bukankah kedua dua tokoh ini yang telah mencadangkan idea kerajaan perpaduan? Jelas antara PAS dan UMNO perlulah menjadi seperti adik dan abang untuk mencapai perpaduan Melayu.




Aku tarik brek untuk memberi ruang kepada penyokong penyokong PAS untuk berfikir tentang perpaduan Melayu. Alangkah indahnya sekiranya pelawaan saudara KJ untuk PAS bersama UMNO menjadi kenyataan. Dengan pintu dan hati yang terbentang luas akan aku panjatkan doa sekiranya PAS dan UMNO menjadi seperti aur dengan tebing berjalan seiring dan mengibarkan bendera Melayu.Cukuplah Melayu bertelagah sesama sendiri. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Biarlah anak anak kita diberi ruang yang secukupnya untuk menghirup udara yang nyaman dan kenal bahawa datuk nenek, mak dan bapanya adalah MELAYU YANG BERSATU.Ayuh bangkitlah tunjukkan kepada mereka bahawa Melayu sememangnya kuat apabila BERSATU. Sedarlah KITA ANAK MELAYU yang cintakan perpaduan. Kita robohkan dinding pemisah di antara kita dan sama sama kita injak mereka yang sengaja mahu melihat kita bertelagah.

Aku pohonkan kemaafan buat sahabat sahabat Melayu dari PAS sekiranya ada mengguris perasaan kalian. Buat kesekian kalinya untuk Melayu...TAKBIR!!!!!

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan