Sunday, July 5, 2009

Nik Aziz atau Tok Kenali: Siapa ulamak sebenar Kelantan?


Aku sebenarnya hairan dan sememangnya sudah lama hairan dengan tajuk yang aku tuliskan di atas ni. Permasalahan yang sudah lama aku fikirkan ini akhirnya terungkai jua apabila aku renung renungkan. Dan aku rasa semua orang akan turut bersetuju dengan apa yang aku fikirkan. Orang yang tidak bersetuju dengan apa yang akan aku tuliskan di bawah ini bermakna orang itu tidak mengiktiraf kewujudan seorang wali Allah di Kelantan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tajuk di atas tidaklah sesusah mana untuk dijawab. Melihat kepada tajuk itu saja semua orang sudah boleh menjawab kepada persoalan itu. Cuma aku agak hairan mengapa nama Tok Kenali seolah olah sengaja dibenamkan oleh orang orang yang mengaku dirinya sebagai ulamak di Kelantan.

Siapa yang tidak kenal pada Tok Kenali. Agak menghairankan sekiranya ada anak anak Kelantan yang tidak pernah mendengar nama Tok Kenali. Atau sengaja buat buat tidak pernah mendengar nama besar ini. Mungkin anak anak Kelantan kini lebih teruja dan taksub kepada seorang yang mengaku dirinya ulamak walaupun dia cuma seorang insan biasa yang bernama Nik Aziz.

Usahlah dibandingkan Tok Kenali dengan Nik Aziz. Terlalu jauh perbandingannya seperti langit dan bumi. Aku membuat beberapa pembacaan mengenai Tok Kenali sebelum aku melahirkan artikel ini. Itupun setelah hati aku agak tertekan dengan perangai Nik Aziz yang agak melampau akhir akhir ini. Tok Kenali adalah seorang ulamak besar yang tinggi ilmu pengajiannya dan baik adab pekertinya. Tidak bercakap kosong apatah lagi menghina sesama manusia dan Tok Kenali amat menghormati orang hinggakan ada yang mengatakan Tok Kenali menghormati kanak kanak sama seperti beliau menghormati orang dewasa. Samakah adab beliau jika hendak dibandingkan dengan Nik Aziz?

Nik Aziz adalah seorang ulamak yang tidak pernah diakui alimnya oleh orang orang lain kecuali oleh anak anak Kelantan sahaja. Dan aku pun agak hairan bagaimana dan siapa yang mengklasifikasikan Nik Aziz sebagai ulamak. Nik Aziz cukup rendah adabnya jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali. Buktinya cukup mudah, Nik Aziz lebih suka untuk mengkafirkan saudara seIslamnya dari UMNO dan lebih suka untuk berdamping dan memuji muji orang orang kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adakah ini ciri ciri seorang ulamak?

Yang peliknya mengapa Nik Aziz seperti mahukan orang orang Kelantan untuk melupakan Tok Kenali? Dan mengapa Nik Aziz sendiri seperti tidak mahu untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Aku bukan menuduh Nik Aziz sembarangan cuma aku mahu kita sama sama renungkan dengan kenyataan yang aku ambil dari ‘merahsilu.blogspot.com’ .

Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila!”

Mengapa Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang mengaku dirinya ulamak tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Apakah Nik Aziz merasakan bahawa dia lebih alim dan warak jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali atau Nik Aziz tahu sekiranya dia meneruskan perjuangan Tok Kenali maka orang orang Kelantan akan melupakakannya dirinya? Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang tidak mahu mengiktiraf kealiman orang lain dan cuba membuktikan bahawa hanya beliaulah yang paling alim dan hero Kelantan. Jangan cuba hendak dibandingakan Nik Aziz dengan nama nama ulamak ulamak besar yang diakui alimnya seperti yang tertulis di dalam buku ‘Tujuh Wali Melayu’. Aku cuma hairan siapa dan di mana Nik Aziz dimartabatkan sebagai seorang ulamak???

Jelas di sini, Nik Aziz hanyalah seorang yang bijak menggunakan agama sebagai platform politiknya. Nik Aziz bukanlah seorang ulamak yang sebenar dan hanya ulamak kepada PAS yang sangat berbeda adabnya jika hendak dibandingkan dengan ulamak ulamak besar yang diakui alimnya. Mungkin pengikut pengikut PAS sendiri tidak akan dapat membezakan antara Dajal dan Imam Mahadi.

Mudah mudahan Allah akan member petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar segera kembali kepada Islam yang sebenar dan bukan Islam PAS. Jika PAS menyalahkan Islam Hadhari apa bezanya dengan Islam PAS yang mereka ciptakan?

Ulamak adalah pewaris nabi dan yang pastinya Nik Aziz hanyalah ular dalam semak yang amat berbisa.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

-daeng celak-

4 comments:

  1. bila sumber ilmunya bukan sahaja dari lipatan buku, barulah warisatul ambiya

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz ke Tok Kenali ke demo semua bukan ulamak. Demo tu sami.

    Macam Ketua Sami Pibrong Ratakul di Wat (kuil) Sri Langkorn Mae-Phraya. Tugas sami adalah: sembahyang, baca mantra, jampi air, halau hantu dan macam tulah.

    Tak beza sikit pun dengan sami Nik Aziz, sami Tok Kenali, sami Haron Din dan orang macam tu lah. Demo semua sami juga.

    Masalahnya orang Melayu caya hantu, jembalang, sihir dan pocong. Orang Melayu juga caya agama. Jadi bila kedua ni di campur, jadilah Nik Aziz, Tok Kenali dan orang lain. Demo nampak sangat orang Melayu nak caya benda benda karut. Demo nampak sangat cara nak buat duit kat orang Melayu.

    Demo buatlah upacara. Upacara pakaian serban dan jubah, upacara mantra bacaan bahasa yang siapa pun tak faham, upacara gerakan badan - semuanya nak tipu orang Melayu.

    Apa nak buat? Orang Melayu nak caya. Selagi orang Melayu nak caya, selama itu lah orang Melayu kena tipu.

    ReplyDelete
  3. ulamak ke nik aziz tu...cuba kita fikir betul2...

    ReplyDelete
  4. butuh la ko....pandai buat onak....mesti umngok train ko....

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan