Wednesday, July 1, 2009
Siapa yang bodoh?
Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.
Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.
Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.
Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.
Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak Permatang Pauh ini kerana dia bukan pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia kerana dia selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush.
Tenang dan waraslah Melayu!!!
- daeng celak-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment