Showing posts with label PAS bodoh. Show all posts
Showing posts with label PAS bodoh. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

DAP mengajak PAS dan PKR melukut di gantang Cina

Tak habis habis kita tonton bagaimana Pakatan Rakyat mengikut telujuk DAP untuk melutut dan Kow Tow kepada pengundi Cina.

Yang terakhir di ajaknya pemimpin Islam cucuh lilin untuk upacara keagamaan untuk kebumi Teoh Beng Hock...

Ada ke pernah kita tengok pemimpin DAP angkat tangan masa doa beb? aku tak pernah, kau macamana?

Angkat tangan masa doa pun DAP dan pemimpin Cina tak buat tapi pemimpin Melayu/Islam.... hmm entahlah


Hakikatnya PAS dan PKR dah kena cucuk hidung dek DAP dan sekarang mereka percaya yang sokongan paling padu yang akan menjanjikan kemenagan ialah dari kaum Cina.

Ikutlah telunjuk DAP tu, di Selangior dari 700 rumah urut dah ada 4,000 dalam masa setahun. tanyalah EXco kerajaan tempatan Ronnie Liu apa perlunya sampai begitu banyak rumah urut?



Ni si Nizar, OK-lah dia half Chinese so dia hormat kebudayaan kaum mak dia. Tapi tu si Manusia bersongkok sebelah si Nizar tu (Hero PAS tuu), Apahal pulak engkau beria ia benar menyalakan lilin???
Tak cukup hormat ke kalau sekadar berdiri saja dan bertafakur bila seorang Makhluk Allah kehilangan nyawa?



Mungkin korang kata aku ni tak tahu menahu pasala Islam dan pasal mengikut upacara agama lain, dan mungkin juga korang kata aku ni saja nak burukkan pembangkan, jadi bacalah kata kata mustajab dari dua pemimpin pembangkang ni

"Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin dan menunjuk-nunjukkan itu tidak boleh. tetai jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh", kata Husam Musa kepada pemberita.


"Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam?" kata Khalid Samad di dalam blognya!

TQ ParpuKari for alerting us to the Quotes


Brother Anwar, Azmin dan Shamsul AMK lagi bagus, sampai tunduk sembah pada lilin, tokpekong dan hantaran si mati.
Nasib baik hamba Allah dari PAS yang berkopiah putih di barisan depan tak tunduk sama.. sekadar berdiri aje cukuplah.
Orang Cina tak angkat tangan pun bila kita doa


Ini semua berlaku gara gara mengikut telunjuk DAP untuk mencari undi Cina. tak ada salahnya mencari sokongan, tapi tak payahlah sampai mengambil bahagian dalam upacara agama mereka.

kau tengok macamana dengan orang wakil pun DAP naik tocang di Kedah

Cina buat tempat potong babi di tengah tengah Alor Setar pun tak boleh kacaum kalau kacau, di terpekik terlolong macam babi tersepit akan keluar Pakatan.

Penyudahnya, Kerajaan Pas disuruh cari tempat untuk membina sebuah tempat potong babi yang baru di negeri Kedah yang penduduknya majoriti Melayu.

Tak perlulah ada tempat potong babi di Kedah tu... Singapore pun tak ada tempat potong babi tak mati pun Cina Singapore tapi Cina Kedah kena ada tempat potong babi sendiri.. takkan takleh ambik dari Penang.

Alor Setar dua jam aje dari penang

Thursday, July 2, 2009

Dengan kerana BABI--- DAP tikam belakang PAS

DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi


JOHARI KASSIM: Mangsa sikap chauvinist DAP
dan Ego Lim Guan Eng


Dipetik dari Marahku

Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.


Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat...


Tak layan.. pecat juga... malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula... begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.

Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN...

Eh wahh sedapnya mulut,
dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,


Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng - jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online

semua yang BN buat tak betul dan DAP akan betulkan... sekarang bila dia sudah menurut kehendak pemaju, maka Hindraf dan mangsa Kampung Pala pula yang dikatakan bodoh dan boneka BN.... pikir lah sendiri di mana letaknya kepentingan Guan Eng dan DAP


Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan... macamana ni... BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI

DAP tikam belakang PAS demi babi,

Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat... NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?

Thomas Soo (Kiri) ketua DAP Kedah yang menarik diri dari Pakatan dan menempelak kerajaan PAS KEdah pimpinan Datuk Azizan Abdul Razak demi kerana membela rumah lapah babi yang didirikan secara HARAM di Alor Setar. Katannya Kerajaan PAS Kedah sepatutnya beri mereka leebih masa untuk beroperasi secara haram sebelum berpindah--- Rumah lapah babi ni dah diberi notis sekian lama sejak 1995... Nak notis berapa lama lagi?

Soalan yang tidak ditanya ialah... adakah rumah lapah babi itu sah? jika sah adakah ia diroboh untuk membuatlaluan kepada pembangunan? ketiga adakah ia masih relevan dan sesuai berada di tempat tersebut, mungkinkah sat sistem berkelompok atau pusat akan digunakan di negeri yang majoriti besarnya Melayu... apa tak penting ke perasaan orang Melayu...cuma perasaan orang makan babi aje ke yang penting?

Berapa ramai pelapah babi dan pemakan babi yang tempias kesan akibat meruntuhkan rumah lapah babi ini? seribu orang? sepuluh ribu orang? seratus ribu orang? Ataupun cuma keperitan sementara untuk beberapa peraih babi yang terpaksa memandu lebih jauh untuk mendapatkan daging kegemaran mereka?

DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam

DAP sanggup berpatah arang kerana satu rumah lapah babi... PAS masih tak sedarkah yang ia tidak mungkin akan dapat melaksanakan hukum hudud ataupun bercakap sekalipun tentang negara Islam selagi iabersekongkol dengan DAP dan kawan baiknya, Anwar Ibrahim.

Umno sekadar mahu negara Islam dilaksanakan secara halus buat masa kini dan mungkin secara total apabila tiba masa yang sesuai... itupun dikatakan Umno kafir danKomunis dan pengikut Ayah Pin...

BAgi DAP, satu rumah lapah babi sudah cukup penting untuk oyangkan kerajaan PAS di Kedah, bayangkanlah reaksi mereka terhadap Hukum Hudud yang PAS mahukan

kalau begitu apa pula fatwa Nik Aziz tentang DAP yang sanggup berputus sahabat kerana kerajaan PAS di Kedah merobohkan satyu rumah lapah babi? adakan Nik Aziz dan seluruh jentera PAS akan meminta Datuk Azizan untuk tidak merobohkan rumah lapah babi itu?

MACAM BIASA, PAKATAN AKAN ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR... AIK DALAM SEBULAN BERAPA KALI MESYUARAT TERGEMPAR DAA.. LEPAS TU NAK BUAT PERJUMPAAN RAKSAKSA TUNJUK PERPADUAN LAGI,, HARITU AJAK 100 RIBU TAK SAMPAI 5,000 YANG DATANG... KALI NI BERAPA RIBU PULAK NAK LAYAN KERENAH DAP DAN RUMAH LAPAH BABI YANG HARAM TU...
DAH LAH TU, BILA PERJUMPAAN BESAR AJE RAMAI LAH YANG PAKAI SONGKOK AJI YANG DATANG...

MAKLUM AJELAH ORANG PARTI MANA NI KALAU BUKAN ORANG PARTI YANG ASYIK KENA HINA DENGAN DAP

WALAUPUN PARTI INILAH YANG MERAIH UNDI MELAYU HINGGA PAKATAN DAPAT LIMA NEGERI... YE SEKARANG EMPAT LAH

PARTI YANG LAGI SATU TU DIA TAK KISAH KALAU PAS KENA HINA DENGAN DAP,

DIA NAK JADI PM, ITU AJE,

DIA TAK HERAN NAK MENGHALALKAN CARA....

DAH MEMANG ITULAH SIKAP PKR

DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu... entahlah

pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia


RENCANA THE STAR MENYUSUL

Kedah DAP pulls out of state Pakatan coalition (Update)


ALOR SETAR: Kedah DAP has pulled out from the state Pakatan Rakyat coalition, saying the PAS-led government was not giving equal treatment to all Kedahans.

State DAP chairman Thomas Su said the most recent issue involved the demolition of an illegal pig slaughterhouse at Kampung Berjaya in Jalan Putra here.

He said the state government failed to handle the issue properly.

“Although the slaughterhouse was operating on land belonging to the Alor Setar City Council, the state government had the power to postpone demolition work.

“This would have given more time for the Kedah Pigs Trader and Slaughterer Association to find a new site,” he said at a press conference after witnessing the demolition work on the illegal slaughterhouse here Wednesday.

Mayor Datuk Khazali Din was quoted as saying recently that the slaughterhouse was built illegally on the site 30 years ago, and the council had ordered the association to vacate the premises several times since 1995, with the latest such directive issued in May.

However, the association had asked for a postponement until the end of June this year, to give it time to find a new place, Su said, claiming that Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak had supported its application.

Su said that the one-month grace period was not enough for the association to find a new location for the slaughterhouse.

“Another issue that we feel the state failed to handle amicably was the 50% housing quota for bumiputras in the state,” he said.

Su said that he would inform the national DAP headquarters on the state’s decision.

Azizan said the decision on the new location for the slaughterhouse should be made by the association that runs the premise.

“I was told that the association has submitted an application to the Pendang district office for a piece of land in Kampung Cina on June 26 and the district office technical team is studying the application,” he told newsmen after chairing the state executive council meeting on Wednesday.

Azizan said that decision to postpone the demolition of the slaughterhouse must be made by the council and the state government could not interfere with it.

The Pakatan council will be holding an emergency meeting on Thursday to discuss the pullout.

Wednesday, July 1, 2009

Siapa yang bodoh?




Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.

Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.

Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.

Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.

Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak Permatang Pauh ini kerana dia bukan pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia kerana dia selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush.

Tenang dan waraslah Melayu!!!


- daeng celak-

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan